masjid al-falah

Post on 07-Aug-2015

261 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Biasa

TRANSCRIPT

Sejarah Ringkas

Syukur ke hadrat Allah swt kerana telah mengurniakan masjid cantik, makmur dan indah ini. Masjid Al-Falah USJ 9 (MAF) siap dibina pada bulan September 1998, berharga RM 8.5 juta oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun (1986 – 1997). Masjid yang tersergam indah ini, boleh menampung kapasiti 6000 – 7000 orang jemaah. Keluasan lantai lebih kurang 40 000 kaki persegi di kedua-dua aras.

Dirasmikan oleh Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan baginda perkenan menunaikan solat fardhu Jumaat pada 21 Syawal 1420 bersamaan 28 Januari 2000.

Kini MAF berjaya mengendalikan Sekolah KAFA dengan bantuan Jabatan Agama Islam (JAIS) dan dinamakan Sekolah Agama Rakyat MAF (SARMAF). Mampu memuatkan 1000 orang pelajar bagi sesi pagi dan petang.

Pada pertengahan tahun 2004, masjid ini dicantikkan dengan berkonsepkan keindahan Masjid Nabawi. Sehingga keindahaannya sedikit sebanyak boleh mengubati kerinduan Masjid Nabawi As-Syarif. Semua ini adalah sumbangan jemaah MAF.

Akhirnya, jutaan ucapan terima kasih dan Jazakumullahu khairan kathiran kepada para penyumbang dan para jemaah sekelian yang sentiasa menyokong MAF dalam semua aspek khususnya bagi menjayakan program-program dakwah, kemasyarakan dan seumpamanya di sini.

Sekian, terima kasih dari pihak Pegawai dan AJK MAF.

Ajk dan Pegawai bagi Sesi 2012-2015

Dato’ Sri Hj Syed Zainal Abidin Bin Syed Mohamed Tahir (Nazir)

Berumur 50 tahun mempunyai Ijazah Kejuruteraan Sivil dari University of Maryland (USA). Memegang jawatan Nazir sejak 2009 hingga sekarang. Bekas Pengarah Urusan Proton Holding selama 6 tahun, pernah berkhidmat di Perodua selama 6 tahun, Hicom Holding selama 5 tahun dan Petronas Gas selama 7 tahun . Beliau juga YDP Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Jurunikah (PIMPINAN). Panel penasihat, institut kajian zakat Malaysia UiTM (10 mei 2011 – 9 mei 2014), ahli majlis anggota penasihat pemikir &Pemandu persatuan orang Kota Bharu (OKB) ). Beliau telah berumahtangga dengan 3 orang anak.

Hj Kamaruddin Bin Abd Karim (Timbalan Nazir)

52 tahun, berpendidikan BSc Civil Engineering (1985) dari UniversitiTeknoloji MARA, Shah Alam, Selangor. Bertugas sebagai Pengarah Projek di Zelan Berhad. Di lantik oleh JAIS sebagai Setiausaha Masjid Al Falah bagi Sesi 2009 – 2012 dan kini dilantik sebagai Timbalan Nazir untuk Sesi 2012 – 2015. Telah bekeluarga dan mempunyai 5 orang anak.

Dr Khazali Bin Hj Mohd Zin (Setiausaha)

56 tahun, lahir diKg Selayang Lama, Kuala Lumpur. Mempunyai Ijazah Ph.D dari University of Warwick (UK) , MPhil dari Brunel University (UK) dan BSc (UKM). Bersara dari Sirim Berhad setelah bekerja 28 tahun sebagai Juruperunding Utama Kanan. Beliau adalah Ketua Biro Kemasyarakatan

Masjid Al Falah pada sesi 2009-2012. Beliau telah berkeluarga dan mempunyai 7 orang anak. Beliau juga memegang jawatan Ketua Biro Keselamatan untuk sessi 2012-2015.

Ustaz Mohd Yadman Bin Sarwan (Penolong Setiausaha)

Berusia 43 tahun, berkelulusan Ijazah sarjana dan bertugas sebagai pensyarah kanan di UiTM dan sedang melanjutkan ijazah Ph.D. Bergiat aktif dalam aktiviti belia dan pemuda sejak penubuhan masjid dan Ketua Biro Pemuda sesi 2009-2012. Telah berkeluarga dengan 5 orang cahaya mata. Sekarang dilantik Penolong Setiausaha sesi 2012-2015.

Abdul Halim Bin Mohd Tahir (Bendahari)

Berusia 54 tahun berasal dari Johor. Pemeriksa kira-kira Masjid Al Falah sesi 2009-2012. Di lantik sebagai Bendahari di sesi 2012-2015 dan ahli lembaga pengelola KAFA (Integrasi) Masjid Al Falah.

Ahmad Tifla Bin Ahmad Badaruddin (Ajk Biro Dakwah)

Berusia 51 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Berkelulusan Diploma Perakaunan dari UiTM Shah Alam dan kini memegang jawatan pengurus kanan di syarikat perbankan. Menjadi anak kariah semenjak tahun 1998 dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Biro Aset dan Penyelenggaraan dan Biro Dakwah. Menerajui Biro Dakwah bagi sessi 2012-2015

Ahmad Fuad Bin Syed Abu Bakar (Ajk Biro Multimedia)

55 tahun, lahir di Johor Bahru. Berkhidmat di Motorola 23 tahun sebagai Pengurus Perancangan, kini di IC Microsystems Sdn Bhd, Cyberjaya, Bahagian Logistik & Perancangan. Ketua Biro Khairat Masjid Al Falah sesi 2009-2012. Telah berkeluarga dan mempunyai 2 orang anak. Kini menjawat Ketua Biro Kemasyarakatan untuk sessi 2012-2015.

Mohd Azmi Bin Abdul Hamid (Ajk Biro Pembangunan dan Ekonomi)

40 tahun, lahir di Pulau Pinang. Mempunyai Ijazah B.Sc dari University of Wisconsin (USA). Bekerja sebagai pengarah kewangan di ALM Group of Companies. Beliau adalah Ketua Biro Pembangunan dan Ekonomi Masjid Al Falah pada sesi 2012-2015. Beliau telah berkeluarga dan mempunyai 3 orang cahaya mata.

Hj Samsudin Bin Dahalan (Ajk Biro Khairat)

52 tahun, di lahirkan di Kg.Keru Padang Lebar, Batu Kikir, Kuala Pilah N.Sembilan. Sudah 18 tahun menetap di USJ 8 bersama keluarga dengan mempunyai 5 orang anak. Beliau mempunyai perniagaan sendiri dan di amanahkan untuk mengetuai Biro Khairat Kematian sesi 2012-2015.

Hj Che Mohamed Bin Che Hussin (Biro Kebajikan)

Berumur 54 tahun berasal dari Kelantan. Bertugas diTelekom Malaysia. Beliau adalah Pemeriksa Kira-Kira II pada sessi 2009-2012 dan sekarang menjawat Ketua Biro Kebajikan sesi 2012-2015.

Ir. Wan Murdani Bin Wan Mohamad Ajk (Biro Aset dan Penyelenggaraan)

Berasal dari Kota Bharu, Kelantan sudah berkeluarga dengan mempunyai 1 anak. Berumur 41 tahun bertugas sebagai Pengarah (Bahagian Pembangunan Digital) Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC). Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, University of Missouri-Rolla, USA serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Ustaz Hj Nor Azian Bin Man (Imam 1)

Beliau telah menjadi imam di Masjid Al Falah sejak tahun 2001. Berasal dari Jitra, Kedah dan telah berkeluarga dengan mempunyai 5 orang anak. Memulakan pengajian di Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah , Kodiang Kedah, dan seterusnya belajar di Mahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Kedah . Beliau memperolehi Diploma Darul Quran JAKIM (1993-96). Beliau meneruskan pengajian di Maahad Qiraat al-Azhar Shoubra Mesir dan memperolehi B.A Hons (1997-2000). Beliau juga berpengalaman menjadi guru agama untuk jamaaah Haji dan Umrah, menjadi guru agama dan bahasa Arab di Sekolah Nahdhah Kodiang Kedah dan Imam Tarawikh diBintulu.

Ustaz Fakhrol Radzi Bin Ahmad (Imam 2)

Berusia 44 tahun berasal dari Kedah. Telah menjadi imam di Masjid Al Falah sejak tahun 1998. Beliau juga merupakan Penolong Pendaftar Nikah dan Cerai JAIS. Mendapat pendidikan di Universiti Yarmouk Jordan. Sudah berkeluarga dan mempunyai 6 orang cahaya mata.

Ustaz Mohd Zuwairi Bin Mohd Yusof (Imam 3)

Beliau telah menjadi imam di Masjid Al Falah sejak Jan 2003. Berasal dari Sitiawan,Perak dan telah berkeluarga dengan mempunyai 3 orang cahaya mata. Pernah menjadi tenaga pengajar di Kolej Institut Pengajian Tahfiz Malaysia Sudan

1999 – 2000 dan pada tahun 2001- 2002 bekerja sebagai Penolong Pegawai di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Beliau pernah mewakili Malaysia sebagai peserta di dalam Musabaqah Tahfiz peringkat Antarabangsa di Negara Tunisia dan Indonesia.

Ustaz Abdul Rahim Bin Ishak (Bilal 1)

Berasal dari Baling Kedah berumur 35 tahun. Sudah berumah tangga dengan 3 orang anak. Mempunyai Syahadah 4 Thanawi. Pernah bertugas sebagai Bilal II di Masjid Abu Bakar SS19 (2003-2006) dan Masjid Al Falah USJ 9 (2006- 2012) . Sekarang menjawat Bilal I sesi 2012-2015.

Ustaz Mohd Hazizul Bin Mohammed Ghouth (Bilal 2)

Berumur 27 tahun berasal dari Kuala Terengganu. Menerima pendidikan di Institut Tahfiz Darul Furqan, Bangsar Kuala Lumpur (1996-1998), Dirosah Khossoh, Abasiyyah, Mesir (1998-1999), Maahad Tahfiz Al- Quran wal Qiraat ad-Din , Malim Nawar, Perak (2000- 2001), Maahad Tahfiz Al- Quran Negeri Perak, Ipoh, Perak (2001-2003) dan Institut Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab, Bagan Serai, Perak (2004-2006).Beliau berkelulusan dari Maahad Qirat al- Azhar, Shoubra, Mesir

(2006-2009). Beliau merupakan seorang Hafiz dan sudah berumah tangga. Sebelum ini beliau bertugas di De Palma Hotel Shah Alam. sebagai pegawai eksekutif hal ehwal agama.

Mohd Farizal Bin Zulkifly (Wakil Pemuda)

27 tahun, lahir di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Mempunyai Diploma Accounts. Bekerja dengan Dale Carnegie Training sebagai Business Development. Wakil Pemuda Masjid Al Falah pada sesi 2012-2015. Telah berkeluarga dan mempunyai seorang isteri.

Hjh Salwa Binti Bahrum (Wakil Muslimat)

Berasal dari Gopeng, Perak. Di lantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Muslimat Masjid Al Falah pada tahun 1996 – 2006 dan sebagai Wakil Wanita dari 2006 – 2009, 2009 – 2012 dan 2012 – 2015. Telah bekeluarga serta mempunyai anak seramai 5 orang.

Dr Mohd Fauzi Bin Jaafar (Pemeriksa Kira-kira 1)

55 tahun, beliau adalah Pengasas dan Pengerusi Lembaga Sekolah Islam Antarabangsa At-Tamimi. Telah berkeluarga dan mempunyai 4 orang puteri. Bekas Timbalan Ketua Biro Ekonomi dan Pembangunan pada sesi 2009 – 2012. Kini menjadi Pemeriksa Kira-kira 1 dan Ahli Lembaga KAFA Al-Falah untuk sesi 2012-2012.

Khairul Annuar Bin Arif (Pemeriksa Kira-kira 2)

Beliau bertugas sebagai Pengurus disyarikat swasta dan mempunyai Ijazah Sains (Kimia industri) UiTM dan telah berkeluarga dan mempunyai 3 orang cahaya mata.

Mohamed Amir Bin Abdul Salam (Siak 1)

Berumur 58 tahun berasal dari Pulau Pinang. Menjadi Siak di Masjid Alimsah Waley, P.Pinang dari 2002-2010 . Bertugas sebagai Pengawal Keselamatan di Masjid Al Falah USJ 9 sebelum ditawarkan jawatan Siak I mulai 15 Julai 2012.

Ahmad Nurulhadi Bin Abdullah (Kerani 1)

Mula berkhidmat di Masjid Al-Falah pada 1 April 2010. Mendapat pendidikan awal dari Sekolah Ugama Arab Maahad Muhammad (L), Kota Bharu, Kelantan. Menyambung pengajian dalam bidang Diploma Mekanikal di Politeknik Ungku Omar.

Mohd Arif Bin Mukhtar (Kerani 2)

Dilahirkan pada tahun 1989. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER). Melanjutkan pelajaran di UiTM dalam bidang Perakaunan. Mula berkhidmat di Masjid Al-Falah pada bulan Julai 2012 sehingga kini. Salah seorang Pemuda Al-Falah.

Kemudahan Masjid

Masjid Al-Falah mempunyai kemudahan sekolah KAFA yang diberi nama Sekolah Agama Rakyat Masjid Al-Falah (SARMAF). Ia ditubuhkan pada Disember 2000. Jumlah guru dan kakitangan ialah 29

orang. Bilik darjah berjumlah 24 buah termasuk sesi pagi dan petang, dan jumlah murid-murid ialah 800 orang.

Peperiksaan utama di KAFA(I)MAF adalah Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK). Sijil PSRA akan membantu pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran di sekolah-sekolah agama di bawah penyeliaan JAIS. Manakala pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam UPKK pula berpeluang untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh agama dan juga integrasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di dalam tahun 2011, peperiksaan UPKK Tahun 5, seramai 32 orang mendapat 8A manakala peperiksaan PSRA, seramai 8 orang murid mendapat Gred Mumtaz (90% ke atas)

KAFA(I)MAF bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah juga dalam bidang kokurikulum. Pada tahun 2011, KAFA(I)MAF telah berjaya mendapat Naib Johan KAMIL peringkat negeri bagi ketiga-tiga acara iaitu Marhaban (L), Solat Jenazah (L) dan menulis Khat Tahap 1 (P).

Hubungi Sekolah KAFA:

Tel: 03-8024 1225

Fax: 03-8024 1226

Website: http://www.kafaalfalahusj9.edu.my/index.php

Salah satu kemudahan yang terbaru disediakan di Masjid Al-Falah USJ9 adalah Klinik Waqaf An-Nur yang dikelolakan oleh KPJ Healthcare Berhad. Klinik ini dibina dengan kos sebanyak RM550,000.00 dari sumbangan orang ramai dan ahli korporat. Buat masa ini, klinik beroperasi pada hari selasa dan khamis sahaja.

Majlis Raudhah di Hatiku Bersama TV9

Pada 29 September 2012, pihak masjid bersama dengan TV9 telah menganjurkan Majlis Raudhah di hatiku. Program kali ini adalah kali kedua selepas berjaya dilakukan pada tahun 2011.

Kali ini penyertaan adalah sangat memberangsangkan daripada penaja-penaja seperti MSC, Brainy Bunch, Maybank, dan banyak lagi. Hasil kutipan kali ini berjumlah sebanyak lebih RM40 ribu.

Pelbagai acara berlangsung pada hari tersebut termasuklah program Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Adik Tanya Ustaz dan siaran langsung Rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O’.

Sebanyak 80 gerai pameran dan gerai makanan disediakan untuk pengunjung yang datang. Masjid Al-Falah juga membuka 3 unit gerai Jumble Sale dan mendapat keuntungan bersih hasil jualan sebanyak RM14,166. Gerai air minuman yang dikelola oleh Biro Kebajikan dan Biro Muslimat masing-masing mendapat keuntungan bersih RM4,895.

Buat julung-julung kalinya, Masjid Al-Falah melancarkan produk jenama El-Luthfa, butik rasmi masjid Al-Falah yang menjual pelbagai pakaian lelaki dan wanita dengan harga yang berpatutan.

Pihak pengurusan masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Program Raudhah di hatiku kali ini.

Latar Belakang

Masjid ini dibina pada tahun 2000 selepas taman disekitarnya siap sepenuhnya. Kebanyakan ukiran disumbang oleh penduduk setempat dan setiap ukuran di dinding diukir khas menggunakan tangan.

Binaan

Masjid ini dibina sepenuhnya berkonkrit dan terdapat dua khubah yang sama saiznya serta terdapat menara 120 meter di sebelah kanan masjid.

Kemudahan

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang menunggu di serambi, taman hijau, tempat letak kereta yang boleh memuatkan sehingga 300 biji kereta.

Keistimewaan

Rekaan dalamannya padat dengan corak bertemakan keislaman dan ruang dalam masjid sangat lapang dan boleh mengurangkan suhu panas serta surah-surah menghiasi dinding pintu masuk masjid.

Berkonsep Ramah dan Penuh Sejarah

Masjid Agung Al-Falah merupakan masjid terbesar di Provinsi Jambi, Indonesia. Masjid ini juga dikenal sebagai Masjid 1000 Tiang, meskipun jumlah tiangnya hanya 256 buah. Masjid ini terletak di Jalan Sultan Thaha No. 60 Legok, Kota Jambi, Provinsi Jambi, Indonesia. Masjid ini dibangun pada tahun 1971 dan selesai pada tahun 1980. Bangunan masjid ini memang hanya seperti sebuah pendopo terbuka dengan banyak tiang penyangga dan satu kubah besar di atasnya. Bentuk bangunan dengan konsep keterbukaan tanpa sekat seperti ini menghasilkan konsep ramah.

Tanah lokasi di mana Masjid Agung ini berdiri, dulunya merupakan pusat kerajaan Melayu Jambi. Namun pada tahun 1885 dikuasai penjajah Belanda dan dijadikan pusat pemerintahan dan benteng Belanda. Hal tersebut sejalan dengan penjelasan sejarawan Jambi, Junaidi T Nur, bahwa Mesjid Agung Al falah ini berdiri di lahan bekas Istana Tanah Pilih dari Sultan Thaha Syaifudin.

Pada tahun 1858, Saat terpilih menjadi sultan di kesultanan Jambi, Sultan Thaha Syaifudin membatalkan semua perjanjian yang dibuat Belanda dengan mendiang ayahandanya, karena perjanjian tersebut sangat merugikan kesultanan Jambi. Saat itu, Balanda sangat marah dan mengancam akan menyerang Istana.

Namun Sultan Thaha justru lebih dulu menyerang pos Belanda di daerah Kumpe. Pasukan Belanda melakukan serangan balasan dan membumi hanguskan komplek Istana Tanah Pilih. Tahun 1906 lokasi bekas istana sultan tersebut dijadikan asrama tentara Belanda yang digunakan sebagai tempat pemerintahan Keresidenan. Di era kemerdekaan sampai tahun 1970an lokasi tersebut masih difungsikan sebagai asrama TNI di Jambi.

Pada awalnya gagasan pembangunan Masjid Agung sudah mengemuka tahun 1960-an oleh pemerintah Jambi, beserta tokoh tokoh Islam Jambi. Namun, proses pembangunan masjid baru dimulai tahun 1971. Para alim ulama dan tokoh tokoh Jambi diantaranya M.O. Bafaddal, H Hanafi,

Nurdin Hamzah, dan gubernur saat itu (Tambunan atau Nur Admadibrata ) Sepakat untuk membangun masjid agung di lokasi tersebut dan dan merelokasi asrama TNI. Salah satu alasan kenapa masjid yang dibangun di lokasi bersejarah tersebut adalah mengacu pada lambang Jambi yang terdapat gambar Masjid. Masjid Agung Al-falah kota Jambi diresmikan penggunaannya oleh presiden Soeharto pada tanggal 29 September 1980.

Masjid kebanggaan warga Jambi ini berdiri diatas lahan seluas lebih dari 26.890 M2 atau lebih dari 2,7 Hektar, sedangkan luas bangunan masjid adalah 6.400 M2 dengan ukuran 80m x 80m, dan mampu menampung 10 ribu jamaah sekaligus. Sedari awal bangunan Masjid Agung hingga sekarang tetap dipertahankan sesuai bentuk awalnya. Kalaupun ada renovasi hanya penambahan ukiran pada mihrab imam, tanpa merombak bentuk awal Masjid. dan mengganti pembungkus tiang di tahun 2008.

Masjid agung Al-Falah kota Jambi dibangun lengkap dengan kubah besar dan menara yang menjulang. Keseluruhan bangunan masjid menggunakan material beton bertulang. Bila dipandang sepintas lalu, jejeran tiang tiang masjid berwarna putih yang ramping di masjid ini memiliki kemiripan dengan tiang tiang masjid agung kota Roma, Italia yang dibangun jauh lebih belakangan dibanding dengan masjid Al-Falah di Jambi ini.

Jejeran ratusan tiang di masjid Al-Falah ini terbagi dua bentuk. Bentuk pertama merupakan tiang tiang lansing bewarna putih dengan tiga sulur ke atas menyanggah sekeliling atap masjid sebelah luar. Dan bentuk tiang kedua berupa tiang tiang silinder berbalut tembaga menopang struktur kubah di area tengah bangunan masjid. penggunaan material tembaga untuk menutup tiang tiang silinder ini memberikan kesan antik namun megah pada interior masjid Al-Falah.

Di rancang sebagai bangunan terbuka tanpa pintu dan jendela, benar benar sejalan dengan nama masjid ini. Al-Falah dalam bahasa arab bila di Indonesiakan menjadi Kemenangan, menang bermakna memiliki kebebasan tanpa kungkungan, mungkin filosofi itu juga yang menjadi dasar dibangunnya masjid ini dengan konsep terbuka. Agar muslim manapun bebas masuk dan melaksanakan ibadah di masjid ini.

Sementara bagian dalam kubah di hias dengan ornamen garis garis simetris mirip dengan garis garis lintang dan garis bujur bola bumi. Ring besar di bawah kubah di hias dengan lukisan kaligrafi Al-Qur’an bewarna emas. Sebuah lampu gantung berukuran sangat besar berbahan tembaga memperindah tampilan ruang di bawah kubah.

KOMPONEN-KOMPONEN MASJID JAMEK TANJUNG MALIM

Ahmad suhaimi menyatakan di dalam bukunya “ aspek-aspek kesenian islam ‘

Dari makkah ke madinah ….. dan dari sana islam berkembang ke seluruh pelusuk tanah arab, iraq, Syria, turki, afrika utara, hingga ke sepanyol. Di mana sahaja ia bertapak kebudayaan islam turut terbentuk bersama ajaran islam itu sendiri. Kebudayaan yang kemudiannya secara sedar telah

menumbuh suburkan seni bina islam yang secara sendiri memberikan pengaruh berkesan pada segenap penghidupan Negara itu.

Menurut buku masjid menerangkan bahawa masjid sebagai rumah ibadat, komponen-komponen masjid berbeza mengikut saiznya ,penggunaannya sama ada untuk orang perseorangan atau berjemaah termasuk untuk sembahyang jumaat.namun sedemikian setiap masjid mempunyai komponen utama yang dipunyai oleh semua masjid iaitu dewan,mimbar, menara, mihrab, tempat berwuduk, pintu masuk dan kubah.

Dewan

Bumbung dan ruang terbuka dewan untuk jemaah bersembahyang. Dewannya berbentuk empat segi dihampar barisan karpet memenuhi saf. Ragam hias dewan ini begitu biasa dengan enam batang tiang.

Sila letak gambar dewan masjid di sini

Masjid jamek ini terletak di jalan utama pekan tanjung malim berhampiran dengan pusat pekan. Kedudukan masjid ini terletak dikawasan yang begitu strategik sesuai dengan peranannya yang berdekatan dengan pejabat pos, balai polis, balai bomba dan kemudahan lain.

Melihat daripada persekitaran luarnya menunjukkan kehidupan masyarakat di pekan ini. Pengunjung dari luar tangjung malim tidak perlu bimbang untuk sembahyang kerana masjid dilengkapi dengan kemudahan tempat penyimpanan barang.

Pada asalnya pelan masjid yang dapat memuatkan jemaah yang terdiri daripada pelajar-pelajar SITC seramai empat ratus orang dan penduduk tempatan mendesak supaya masjid dibesarkan dan akibat daripada pembukaan sekolah menegah dato abdul razak pada tahun 1960 an.

Sumbangan peruntukan diperolehi daripada beberapa orang menteri mengikut peringkat :

1960 an : a. Pagar batu oleh tun abd eazak

b. atap genting hijau oleh YM tengku razaleigh

c. karpet dalam dan dewan solat oleh

YAB Dr mahathir Muhammad

1980 an : pada tahun 1987 sekali lagi masjid ini dibesarkan dengan peruntukan berjumlah rm 182,000.00 oleh timbalan perdana menteri YAB Tun Ghafar Baba.

1990 an : pada tahun 1996 masjid ini sekali lagi menerima perubahan apabila berlaku pengubahsuaian dengan peruntukkan timbalan perdana menteri pada ketika itu iaitu YAB Dr. Anwar Ibrahimdengan peruntukkan sebanyak rm 320,000.00 untuk kubah, atap serta penahan banjir dan naik taraf lantai.

MIHRAB

Mihrab iaitu tempat imam mengetuai sembahyang berjemaah terletak di tempat menunjuk kearah kiblat bagi masjid. Bagi masjid jamek tg. Malim mihrabnya begitu ringkas di dalam bentuk empat segi dengan subuah tingkap di akhir sudut

Ia begitu berbeza jika dibandingkan dengan masjid-masjid moden yang mengadaptasi bentuk seni bian masjid sepanypl atau bani uthmaniyyah yang menekankan rekaan dalaman dan hiasan kaligrafi. Namun demikian bahagian ini masih mengekalkan fungsinya sebagai tempat imam.

Sila letaK GAMBAR

MIMBAR

Binaan yang biasanya diletakkan di sebelah kanan bahgian mihrab dengan mempunyai anak tangga untuk naik ke atas. Mempunyai pentas kecil yang berbumbung dengan hiasan.

Mimbar dipercayai mula digunakan di rumah rasulullah di madinah apabila jumlah jemaah bertambah ramai dan kesukaran untuk melihat baginda manjadi asas penggunaan mimbar iaitu untuk bertujuan meninggikan kedudukan baginda supaya mudah dilihat dan didengar. Maka sejak itulah mimbar menjadi salah satu komponen masjid dan digunakan oleh khatib sebagai tempat untuk membaca khutbah

Bagi mimbar masjid jamek tg. Malim, mimbar mempunyai tangga yang ditutup dengan karpet, tangga dihiasi dengan kayu larik, begitu juga dengan bahagian pelantar kecil yang berkarpet serta bertiang larik. Bahagian atas berbentuk separuh bulat dengan hiasan ukiran bunga tebuk terus.bahagian cucur atap pula dihiasi dengan motif pucuk rebung mudah.

Bahagian bumbung dipasang bentuk bulan dan bintang condong sedikit ke arah kiri. Keseluruhan mimbar menggunakan kayu yang ditempah khas dikatakan ianya baru berusia beberapa tahun.

SILA LETAK GAMBAR

KUBAH

Masjid ini mempunyai kubah yang tidak begitu besar jika dibandingkan dengan saiz bumbungnya dengan bentuk bawang. Konsep dinaturalisasi diwujudkan dengan menggunakan warna yang memberi kesan pantulan balik bahagian bumbung genting ke atas kubah dan konsep di materialisasi disempurnakan dengan bahagian kubah yang diringankan dengan menggunakan konsep warna cerah iaitu putih.

SILA LETAK GAMBAR

KOLAH

Kebiasaan struktur rumah masyarakat melayu meletakkan sebarang sumber air berasingan dengan bahagian rumah, begiru juga dengan struktur binaan masjid. Kolah diletakkan di luar dan di bina besar dengan keluasan yang membolehkan lebih ramai jemaah mengambil wuduk serentak sebelum

menunaikan ibadah. Kolah yang dibina ringkas berbentuk segi empat dipasang bebola untuk memudahkan pengaliran air daripada tangki.

Berkemungkinan juga asak bahagian kolah masjid ini terletak di bahagian cucur atap masjid untuk memudahkan takungan air hujan. Kolah yang dibina kini mempunyai sistem pengairan yang memudahkan jemaah mengambil wuduk secara beramai-ramai.

SILA LETAK GAMBAR

MENARA

Pembinaan menara menjadi perlambangan seni bina masjid dalam kesenian islam. Keunikan masjid menjadi suatu ciri yang begitu unik sehingga adakalanya terdapat masjid yang mempunyai sehingga empat menara. Sebenarnya tujuan asal pembinaan menara selain daripada mercu tanda masjid memudahkan orang ramai nampak masjid dari jarak yang jauh. Ianya juga bertujuan memastikan laungan azan boleh di dengar dalam jarak yang lebih jauh.

Pada zaman rasullah, bilal melaungkan azan dari bumbung rumah baginda. Menjelang abad ke-14 dan ke-15, menar dibina sebagai saah satu komponen masjid.

Bagi masjid jamek tangjung malim menara yang dibina besekali diatas bumbung di bahagian hujung tepi, menar berbentuk segi empat menegak ini begitu ringkas dengan mempunyai kubah kecil berbentyk kudup bunga yang bersudut. Tidak terdapat sebarang hiasan atau arabesque dibahagian menara dan tinggi menara hanya sekitar lima kaki, dan mempunyai blok bunga bercorak geometri daripada batu bata untuk tujuan pengudaraan .

Terdapat empat pembesar suara dipasangkan kepada menara untuk membantu menguatkan laungan azan. Bahagian dalamnya berbentuk kosong dengan dilengkapi tangga.

SILA LETAK GAMBAR

BAHAGIAN BUMBUNG

Struktur asas bahagian atas bumbung banguna masjid ini mempunyai bentuk segi empat rata di setiap penjuru mempunyai kubah-kubah kecil yang diletakkan bersiri, namun demikian apabila diteliti masjid ini juga mempunyai struktur bumbung meru tiga lapis berdasarkan kepada lapisan sebeum menuju ke kubah bulat dan uga menara kubah kecil disekelilingnya. Bumbung lapisan kedua hanya terdapat di bahagian pintu masuk masjid sahaja tetapi menganjur mengelilingi bumbung utama.

Bumbung utama yang terletak di atas bahagian dewan solat berbentuk tiga segi meru dengan hiasan bulat berlubang memenuhi bahagian cucur atap, dihias dengan empet menera kubah dan beberapa menara kecil. Kubah utama terletak dipertemuan empat bucu dewan dengan dengan bentuk kubah bawang. Jika dibuat perbandingan kubah ini begitu kecil berbanding dengan saiz yang dipasang di bahagian bawah bumbung setiap lapisan.

SILA LETAK GAMBAR

RUANG LEGAR

Masjid ini mempunyai kawasan ruang legar disekeliling binaan luar masjid. Pada bahagian ruang legar ini dipenuhi dengan beberapa pintu gerbang yang mempunyai bentuk arc atau lengkunagn dalam pelbagaia saiz dan rupa. Daripada pintu gerbang utama pengunjung akan melalui ruang legar dan melalui sebuah gerbang dalam kawasan empat segi dan sekali lagi melalui pintu gerbang dan baru la menuju ke dalam kawasan dewan sembahyang utama.

Gerbang-gerbang kecil yang tidk boleh dilalui juga memenuhi bahagian ruang legar sebagai pemisah kawasan yang dipasang pemidang juga daripada batu bata dengan kekisi mudah untuk pengaliran udara.

SILA LETAK GAMBAR

HIASAN

Penjelmaan bentuk-bentuk geometri, motif bunga dan tumbuh-tumbuhanserta kaligrafi adalah alternatif kepada larangan yang disebut oleh hadith. Hiasan ini sendiri secara tidak langsung menjadi alat untuk meninggikan nilai aktiviti yang tidal melanggar batasan kesenian islam. Arabesque atau curak yang tidak terbatas dikatakan sebagai suatu kesenian abstrak yang mampu melangkaui zaman dan ruang masa.

SILA LETAK GAMBAR

KHAT NASKH

Tulisan khat naskh bermula sejak akhir abad ke-9 masihi. Tulisan ini amat popular dan mudah ditulis kerana berbentuk ”geometrical curve”. Pada zaman pertengahan islam khat naskh digunakan untuk menulis al-quran.naskh diambil daripada perkataan ”nasihah” yang bermaksud ajaran atau panduan dan ianya juga merupakan tulisan yang paling popular digunakan paling popular digunakan oleh para khattat dalam naskah ilmiah seperti buku, majalah dan sebagainya. Ini adalah kerana ianya mudah untuk dibaca.

Kebanyakkan hiasan tulisan ayat pujian atau potongan ayat-ayat al-quran didalam masjid jamek tanjung malim menggunakan teknik khat naskh

SILA LETAK GAMBAR

PEDOMAN KEPENGURUSAN

TA’MIR MASJID

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur

seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

(QS 61:4, Ash Shaff)

Pengurus Ta’mir Masjid menjalankan kepemimpinan organisasi. Konsep dasar kepemimpinan adalah pengembanan amanah dan partisipasi, bukan perolehan kekuasaan dan masa bodoh. Pengurus mengemban amanah jama’ah bukan menguasai jama’ah. Demikian pula, jama’ah berpartisipasi aktif dalam kegiatan yang diselenggarakan. Untuk itu, pengertian Pengurus, status, tugas maupun kewajibannya harus diatur dengan jelas dalam Pedoman Kepengurusan.

Pengurus Ta’mir Masjid adalah penggerak organisasi dalam beraktivitas mencapai tujuan. Gerak langkah Pengurus yang terarah, terstruktur serta memiliki metode dalam setiap tindakannya sangat diharapkan sekali agar menghasilkan kinerja yang harmonis dan bermutu. Untuk itu perlu disusun suatu Pedoman Kepengurusan yang memberi petunjuk secara umum dalam mengelola aktivitas kepengurusan.

PENGURUS

Sesuai dengan Anggaran Dasar dan Anggaran Rumah Tangga, Pengurus Ta’mir Masjid adalah pelaksana kepemimpinan organisasi yang mengemban amanah jama’ah dan memiliki wewenang sesuai dengan tanggungjawabnya. Pengurus merupakan lembaga kepemimpinan tertinggi dalam organisasi dengan periode kepemimpinan yang tertentu. Adapun tugas-tugasnya, antara lain:

a. Menyusun kepengurusan lengkap Pengurus Ta’mir Masjid.

b. Melaksanakan hasil-hasil Musyawarah Jama’ah.

c. Melakukan sosialisasi hasil-hasil Musyawarah Jama’ah dan kebijakan organisasi kepada lembaga-lembaga di bawahnya dan jama’ah pada umumnya.

d. Menyelengarakan Sidang Pleno tiap tahun sekali, yang dihadiri seluruh Pengurus, Majelis Syura, Pengurus Remaja Masjid dan Pengurus Majelis Ta’lim Ibu-Ibu.

e. Menyelenggarakan Sidang Pleno Khusus tiga tahun sekali untuk menentukan kebijakan dan meminta pertanggungjawaban Badan Pengurus Yayasan.

f. Menyelenggarakan Rapat Kerja Pengurus tiap tahun sekali guna menjabarkan Program Kerja hasil Musyawarah Jama’ah.

g. Menyelenggarakan rapat-rapat kepengurusan sesuai dengan kebutuhan organisasi.

h. Menyelenggarakan Musyawarah Jama’ah dan menyiapkan Draft Materi yang akan dibahas dalm musyawarah tersebut.

i. Menyampaikan Laporan Pertanggungjawaban Pengurus kepada jama’ah melalui forum Musyawarah Jama’ah.

j. Melantik dan mengesahkan kepemimpinan lembaga-lembaga di bawahnya berdasarkan hasil-hasil musyawarah kelembagaan tersebut.

k. Melakukan pembinaan lembaga-lembaga di bawahnya.

l. Memberi sangsi dan merehabilitasi anggota atau fungsionaris Pengurus yang dianggap melanggar aturan organisasi.

m. Menjaga imamah dan ukhuwah jama’ah.

STRUKTUR DAN BAGAN ORGANISASI

Struktur atau susunan organisasi Pengurus Ta’mir Masjid terdiri dari Ketua Umum yang membawahi beberapa Ketua Bidang yang memiliki satu atau lebih departemen. Ketua Umum memiliki staf Sekretaris Umum, Bendahara dan Wakil Bendahara, sedang Ketua Bidang memiliki staf Sekretaris Bidang. Untuk memperjelas struktur organisasi dibuat bagan organisasi Pengurus Ta’mir Masjid. Bagan organisasi adalah gambar struktur organisasi. Biasanya berbentuk kotak-kotak kedudukan yang dihubungkan oleh garis-garis wewenang, baik instruksional ataupun koordinatif.

Berikut ini contoh struktur dan bagan organisasi dalam bentuk komposisi susunan Pengurus Ta’mir Masjid.

Keterangan :

: Garis instruksi.

: Garis koordinasi.

1. KU : Ketua Umum

2. KPJ : Ketua Bidang Pembinaan Jamaah

3. KPPM : Ketua Bidang Pemeliharaan dan Pengembangan Masjid

4. KKU : Ketua Bidang Kesejahteraan Umat

5. KPP : Ketua Bidang Pendidikan dan Pelatihan

6. KDP : Ketua Bidang Dana dan Perlengkapan

7. KPRM : Ketua Bidang Pembinaan Remaja Masjid

8. B : Bendahara

9. WB : Wakil Bendahara

10. SU : Sekretaris Umum

11. SPJ : Sekretaris Bidang Pembinaan Jamaah

12. SPPM : Sekretaris Bidang Pemeliharaan dan Pengembangan Masjid

13. SKU : Sekretaris Bidang Kesejahteraan Umat

14. SPP : Sekretaris Bidang Pendidikan dan Pelatihan

15. SDP : Sekretaris Bidang Dana dan Perlengkapan

16. SPRM : Sekretaris Bidang Pembinaan Remaja Masjid

17. DPJ : Departemen Bidang Pembinaan Jamaah

18. DPPM : Departemen Bidang Pemeliharaan dan Pengembangan Masjid

19. DKU : Departemen Bidang Kesejahteraan Umat

20. DPP : Departemen Bidang Pendidikan dan Pelatihan

21. DDP: Departemen Bidang Dana dan Perlengkapan

22. DPRM : Departemen Bidang Pembinaan Remaja Masjid

PENGAMBILAN KEPUTUSAN

Proses pengambilan keputusan Ta’mir Masjid dilakukan dengan cara musyawarah yang terdiri dari:

1. Rapat Pleno.

a. Dihadiri oleh seluruh Pengurus, Majelis Syura, Pengurus Remaja Masjid dan Pengurus Majelis Ta’lim Ibu-Ibu.

b. Dilaksanakan tiap tahun sekali.

c. Diselenggarakan dan dipimpin oleh Pengurus

d. Ketua Umum memimpin jalannya rapat.

e. Membahas Laporan Tahunan Pengurus dan evaluasinya.

f. Memberi masukan/rekomendasi yang tidak mengikat kepada Pengurus dalam menjabarkan Program Kerja untuk tahun berikutnya.

2. Rapat Pleno Khusus.

a. Dihadiri oleh seluruh Pengurus, Majelis Syura, Pengurus Remaja Masjid dan Pengurus Majelis Ta’lim Ibu-Ibu dan undangan khusus.

b. Dilaksanakan setelah berakhirnya masa kepengurusan Organ Yayasan Masjid.

c. Diselenggarakan dan dipimpin oleh Pengurus.

d. Pengurus mempersiapkan seluruh Draft yang akan dibahas, yang meliputi:

- Draft Program Kerja Yayasan, Struktur dan Bagan Organisasi Yayasan.

- Draft Kriteria Personil Dewan Pembina, Dewan Penasehat dan Dewan Pengurus Yayasan.

- Draft Rekomendasi Untuk Yayasan.

- Draft Konsep Yayasan, yang akan di ajukan ke Notaris.

e. Ketua Umum memimpin jalannya rapat.

f. Menentukan kebijakan dan meminta pertanggungjawaban Organ Yayasan Masjid.

g. Memilih, mengesahkan dan melantik Organ Yayasan Masjid, yang terdiri dari: Dewan Pembina, Dewan Penasehat dan Dewan Pengurus.

3. Rapat Kerja.

a. Dihadiri seluruh Pengurus, Ketua Majelis Syura, Ketua Pengurus Remaja Masjid dan Ketua Pengurus Majelis Ta’lim Ibu-Ibu.

b. Ketua Umum memimpin jalnnya rapat.

c. Dilakukan satu tahun sekali untuk menjabarkan Program Kerja Musyawarah Jama’ah.

d. Merencanakan agenda kegiatan seluruh bidang selama satu tahun ke depan.

e. Menyusun anggaran baik pembiayaan maupun penerimaan secara terintegrasi.

f. Menetapkan Rencana Kerja dan Anggaran Pengelolaan (RKAP) Pengurus selama satu tahun ke depan.

4. Rapat Umum.

a. Dihadiri seluruh Pengurus dan undangan khusus.

b. Ketua Umum memimpin jalannya rapat.

c. Dilakukan minimum tiga bulan sekali untuk:

- Membahas Laporan Kegiatan masing-masing bidang tiap tri wulan.

- Melakukan koordinasi kegiatan antar bidang.

- Mengambil keputusan organisasi baik intern maupun ekstern.

- Melakukan evaluasi kegiatan tri wulan yang lalu.

- Melakukan perbaikan kegiatan tri wulan yang akan datang.

5. Rapat Bidang.

a. Dihadiri seluruh pengurus masing-masing bidang dan undangan khusus.

b. Ketua Bidang dan Sekretaris Bidang menjadi pimpinan rapat.

c. Dilakukan minimum dua bulan sekali untuk:

- Membahas perkembangan bidang.

- Melakukan koordinasi kegiatan bidang.

- Mengambil keputusan organisasi yang berkaitan dengan bidang kerja.

- Melakukan evaluasi dan perbaikan kegiatan bidang.

6. Rapat Panitia.

a. Dihadiri seluruh panitia, baik Panitia Pengarah (SC) maupun Panitia Pelaksana (OC) dan undangan khusus.

b. Ketua dan Sekretaris Panitia Pelaksana menjadi pimpinan rapat.

c. Dilakukan sesuai dengan kebutuhan untuk:

- Menyusun rencana kepanitiaan.

- Membahas perkembangan jalannya kepanitiaan.

- Melakukan koordinasi dan evaluasi kegiatan panitia.

- Mempersiapkan pelaksanaan kegiatan secara teknis.

- Mempersiapkan Laporan Pertanggungjawaban Panitia.

KOORDINASI KERJA

Motivasi kepengurusan disampaikan pada forum-forum rapat dan dalam acara pelaksanaan kegiatan. Sosialisai kebijakan dan kegiatan dilakukan melalui forum-forum rapat, Lembar Informasi, Papan Pengumuman dan dalam acara pelaksanaan kegiatan. Pendelegasian kepengurusan dilakukan dengan menerbitkan Surat Pelimpahan Tugas yang diketahui oleh atasannya. Reshuffle atau pergantian personalia Pengurus dibahas dan dilakukan dalam Rapat Pleno dan surat keputusannya ditandatangani oleh Ketua Umum.

Setiap amanah yang diemban oleh Pengurus, kepanitiaan atau unit-unit lain di lingkungan Ta’mir Masjid harus dipertanggungjawabkan dengan menerbitkan laporan tertulis. Supaya laporan yang disampaikan memiliki keseragaman, maka perlu ditetapkan standard format-format laporan.

top related