masalah perumahan setingan dan kos rendah di wilayah lembah klang
Post on 30-Jun-2015
1.836 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1.0 Pengenalan
Menurut Katimah Rostam (1988:20) bandar wujud melalui proses yang dikenali sebagai
pembandaran atau urbanisasi. Pembandaran lazimnya ditakrifkan sebagai suatu proses perubahan
sama ada penduduk, petempatan, cara hidup, pekerjaan dan kegiatan ekonomi, pemikiran
manusia atau lain-lain ke arah bandar. Perkembangan pesat pembandaran di bandar-bandar besar
dalam era moden di abad ke-21 ini menjadi semakin ketara terutama bagi kebanyakan negara-
negara membangun. Hal ini adalah kerana, pembandaran dianggap penting sebagai pemangkin
kepada pertumbuhan ekonomi negara disamping dapat meningkatkan taraf hidup penduduk
(Anuar Amir, 2004).
Sehubungan dengan itu, proses globalisasi pembangunan dan pembandaran manusia
mempunyai impak yang sangat besar terhadap ruang sesebuah negara, khususnya dikawasan
bandar. Hal ini berlaku kerana, proses pembandaran saling berkaitan dengan perkembangan
ekonomi yang cenderung berlaku di bandar. Proses pembangunan bertumpu ke kawasan bandar
kerana kawasan ini mempunyai kelebihan daya saing yang tinggi berbanding dengan kawasan
bukan bandar. Keadaan ini wujud kerana terdapatnya peluang untuk pengusaha meningkatkan
lagi kecekapan ekonomi apadila firma diletakkan dalam kawasan bandar. Walau bagaimanapun,
proses pembandaran telah mewujudkan satu keadaan iaitu pelebaran jurang pembangunan antara
wilayah tetapi dalam segi sudut pandangan lain, penumpuan sedemikian boleh membantu
memesatkan dan membangunkan kawasan sekitarnya.
Justeru, melalui proses pembandaran berlaku perpindahan penduduk atau migrasi sama
ada migrasi dalaman mahupun migrasi antarabangsa ekoran daripada faktor tarikan yang terdapat
di bandar. Kemasukan penduduk menyumbang kepada pertumbuhan penduduk bandar semakin
meningkat dan meningkatkan juga penggunaan guna tanah. Maka dengan itu proses
pembandaran memberikan pelbagai isu yang kian membebenkan dan langkah untuk
mengatasinya sukar untuk dilakukan.
2.0 Kajian Kes: Isu-isu pembandaran di Wilayah Lembah Klang
Klang yang dulunya dikenali sebagai Kelang, merupakan bandar DiRaja di negeri Selangor.
Ketika dahulu Klang merupakan ibu negeri Selangor sebelum kemunculan Kuala Lumpur dan
Shah Alam. Wilayah Lembah Klang terletak ditengah-tengah pantai barat semenanjung
Malaysia, berkeluasan 2832 kilometer persegi dan berkoordinat 3o02’U 101o27’T
(http://en.wikipedia.org/wiki/Klang).
Walau bagaimanapun, proses
pembandaran di WLK ini telah memberikan
pelbagai permasalah kepada manusia malah
kepada alam sekitar juga. Antara isu
dominan yang wujud ekoran proses
pembandaran di WLK ialah isu perumahan.
Perkembangan bandar yang pesat di WLK
adalah disebabkan perpindahan penduduk
dari luar bandar dan bandar-bandar kecil.
Keadaan ini menyebabkan beberapa bandar
utama di WLK seperti Kuala Lumpur,
Petaling Jaya, Shah Alam, Rawang,
Ampang Jaya dan Kajang mengalami
pertambhan penduduk yang pesat. Maka
dengan itu, sebahagian besar penduduk
yang berhijrah ke WLK terdiri daripada
golongan yang berpendapatan rendah dan
golongan ini terpaksa mencari kawasan
perumahan yang bersesuaian dengan
pendapatan mereka. Keperluan perumahan
kos rendah ini telah menyebabkan
tumbuhnya beberapa kawasan setinggan di
kawasan pusat bandar dan sekitarnya.
Rajah 2.0 : Peta Wilayah Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.
Sumber: peta
httpwww.townplan.gov.myimager.wilayah_
pelan%20wilayah%20lembah%20
klang%20conurbation.pdf
3.0 Fokus Kajian: Masalah Perumahan Setingan dan Kos Rendah di Wilayah Lembah
Klang
Wilayah Lembah Klang merupakan kawasan yang paling pesat membangun di Malaysia.
Pembangunan ini memberikan kesan yang positif dan negatif kepada pembangunan bandar.
Permintaan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah adalah salah satu isu yang harus di
tangani. Kekurangan penawaran rumah kos rendah adalah berpunca dari permintaan perumahan
yang tinggi dari golongan ini dan secara tidak langsung ia mengakibatkan wujudnya kawasan-
kawasan setinggan. Strategi dan penyelesaian isu ini memerlukan pemantauan dan pemerhatian
yang lebih daripada pihak yag gerwajib disamping kerjasama antara semua pihak.
4.0 Definisi Perumahan di Malaysia
Menurut Katimah Rostam (1988) maksud perumahan dalam Laporan Banci Penduduk dan
Perumahan Malaysia tahun 1980 kuartes perumahan untuk tujuan bancian ditakrifkan sebagai
bangunan atau struktur yang telah diubahsuai untuk dijadikan tempat kediaman walaupun
bangunan tersebut dibina bukan atas tujuan tempat tinggan tetapi telah didiami ketika dibanci.
Walaupun bangunan tersebut dibina bukan untuk tujuan tempat tingak tetapi pernah didiami pada
masa lalu sekalipun kosong ketika dibanci. Sekirannya bangunan tersebut berkemungkinan akan
didiami oleh penghuni pada masa akan datang, juga boleh dianggap sebagai tempat kediaman.
Pada umunya, tempat kediaman boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
4.1 Unit Perumahan
Unit perumahan merupakan tempat kediaman yang letaknya berasingan serta bebas dan
pembinaannya bertujuan untuk didiami. Sekirannya bagunan tersebut dibina bukan atas tujuan
tempat kediaman tetapi didiami ketika dibanci, bangunan tersebut juga dianggap sebagi unit
perumahan. Antara jenis banguan unit perumahan ialah seperti bangle, berkembar, teres pangsa
atau pangsapuri serta bilik-bilik dab rumah bergerak yang dijadikan tempat kediaman.
4.2 Tempat Kediaman Beramai-ramai
Tempat kediaman beramai-ramai merujuk kepada sebarang tempat kediaman yang berasingan
serta bebas yang dibina untuk tempat tinggal dan tempat tidur bagi sekumpulan individu atau isi
rumah. Kebiasaannya tempat kediaman jenis ini mempunyai kemudahan kemudahan yang
lengkap seperti dapur, tandas, bilik air, ruang tamu, bilik tidur yang dikongsi bersama-sama
antara isi rumah.
5.0 Masalah Perumahan di Wilayah Lembah Klang
5.1 Definisi Rumah Setingan
Istilah setinggan mengikut akta darurat merupakan apa-apa rumah, pondok, bangsal, gerai,
sengkuap-tempat perteduhan, kurungan beratap atau apa-apa sambungan binaan yang bercantum
kepada sesuatu bangunan atau binaan lain yang dibuat daripada apa jua bahan sebagai tempat
binaan mengikut apa cara melainkan mengikut pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan dan di atas mana-mana tanah kerajaan, swasta atau sebagainya ataupun secara amnya
penerokaan atau pendudukan atau pembinaan bangunan di atas tanah hak pihak lain (kerajaan,
rezab kerajaan, tanah agensi kerajaan, tanah komuniti, tanah persendirian atau lain-lain secara
haram atau tidak sah di sisi undang-undang. (Kanun Tanah Negara 1965).
5.2 Definisi Rumah Kos Rendah
Menurut Jabatan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, perumahan kos rendah boleh didefinisikan
sebagai projek pembangunan perumahan yang dijual pada harga yang telah ditetapkan oleh
kerajaan iaitu RM25,000 hingga RM42,000 dan bagi kajian ini definisi perumahan kos rendah
bergantung kepada sumber atau agensi yang menyediakan maklumat tersebut.
6.0 Statistik dan Pertumbuhan Perumahan Setingan dan Kos Rendah di Wilayah
Lembah Klang
Kajian yang dijalankan Ahris Yaakup, Amiruddin Abu Bakar, Nor Azila Yahaya dan Omani
Kalsum Haji Taib (2003) menunjukkan tahap penawaran perumahan kos rendah, mampu
menampung permintaan penduduk yang semakin bertambah dari tahun ke tahun. Pertambahan
ini secara tidak langsung, akan menyebabkan permintaan penduduk terhadap keperluan
perumahan kos rendah terus meningkat khususnya bagi golongan yang berpendapatan rendah.
Masalah pertumbuhan kawasan setinggan ini adalah disebabkan oleh golongan berpendapatan
sederhana dan tinggi turut terlibat sama dalam pembelian kos rendah yang khusus disediakan
bagi golongan berpendapatan rendah. Hal ini menyebabkan persaingan yang sengit untuk
mendapatkan rumah tersebut yang penawarannya sememangnya terhad. Hal ini seterusnya
membawa kepada kewujudan kawasan-kawasan setinggan kesan daripada, kekurangan
penyediaan rumah-rumah kos rendah yang mampu disewa atau dibeli bagi golongan ini. Tahap
penawaran perumahan kos rendah yang dapat menampung permintaan penduduk yang semakin
bertambah dari tahun ke tahun. Berdasarkan analisis penduduk dan sosio ekonomi, jumlah
penduduk bagi Wilayah Lembah Klang dijangka akan bertambah sebanyak 4,068,300 orang pada
tahun 2000 berbanding 2,958,554 orang penduduk pada tahun 1991. Pertambahan ini sekaligus
akan menyebabkan permintaan penduduk terhadap keperluan perumahan kos rendah meningkat
terutamanya daripada golongan berpendapatan rendah.
Rajah 2.0 : Taburan perumahan kos rendah mengikut sempadan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan
Sumber :
Sejumlah 272 kawasan perumahan kos rendah yang dapat dikenalpasti di Wilayah
Lembah Klang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 231 kawasan mempunyai maklumat status
pembinaan yang dikelaskan pada 4 bahagian iaitu sipa dan diduduki, siap dan belum diduduki,
dalam pembinaan dan dalam perancangan. Manakala, kawasan yang mempunyai maklumat jenis
projek samada oleh pihak kerajaan ataupun swasta adalah sebnayka 142 kawasan dan sebanyak
230 kawasn perumahan kos rendah mempunyai maklumat jenis bangunan samada teres atau
pangsa. Hasil analisis pengelasan dan tabvuran perumahan kos rendah menunjukkan jumlah
perumahan kos rendah yang paling tinggi di Wilayah Lembah Klang adalah dibawah pentadbiran
Majlis Perbandaran Shah Alam iaitu sebanyak 54 kawasan. Bagi PIhak Berkuasa Tempatan yang
lain, jumlahnya adalah kurang 30 kawasan dan angka terendah adalah Majlis Perbandaran Klang
iaitu 6 kawasan sahaja dapat dikenalpasti. Selain itu, terdapat sebnayk 119 kawasan perumahan
kos rendah jenis pangsa di Wilayah Lembah Klang manakal, jenis teres pula didapati sebanyak
55 kawasan dan selainnya 37 kawasan mempunyai bangunan jenis teres dan pangsa.
Sebahagian masalah pertumbuhan kawasan setinggan adalah disebabkan oleh golongan
yang berpendapatan sederhana dan tinggi terlibat sama dalam pembelian perumahan kos rendah
yang khususnya untuk golongan berpendapatan rendah. Ini menyebabkan terdapat persaingan
yang tinggi untuk mendapatkan rumah kos rendah yang terhad penawarannya. Masalah ini sekali
gus membawa kepada wujudnya kawasan-kawasan setinggan kesan dari kurangnya penyediaan
rumah-rumah kos rendah yang mampu disewa atau dibeli oleh mereka. Kependudukan setinggan
di kalangan warganegara asing juga menjadi punca masalah ini kerana ketiadaan tempat tinggal
bagi mereka yang diambil bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan. Sungguhpun tenaga pekerja
asing diperlukan untuk pembangunan negara tetapi masalah timbul apabila majikan tidak
dikenakan syarat untuk menyediakan tempat tinggal bagi pekerja. Selain itu, terdapat kekeliruan
untuk membezakan warganegara asing yang mempunyai permit pekerja dengan yang tidak
mempunyai permit. Hal ini adalah sukar untuk dikenalpasti, sekaligus ia akan menimbulkan
masalah dalam penentuan kepada keperluan perumahan bagi pekerja asing yang bekerja di
Wilayah Lembah Klang. Selain itu, masalah kos tanah yang tinggi dalam kawasan bandar akibat
spekulasi hartanah yang berleluasa kerana pemaju tidak mengikut pelan pembangunan yang telah
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan menyebabkan pemaju sukar untuk
menyediakan lebih banyak rumah kos rendah yang dijual dengan harga RM25,000.
Penyebab kepada wujudnya setinggan melalui kadar kelahiran dan penghijrahan
penduduk secara terus ke kawasan bandar di samping faktor-faktor tarikan yang lain seperti
peluang pekerjaan, kemudahan membeli-belah, hiburan dan cara hidup bandar. Bagi mereka
yang berpendapatan ‘marginal’ perumahan yang termampu adalah penempatan setinggan yang
sangat murah kosnya berbanding dengan harga perumahan kos rendah.
Rajah 3.0 : Taburan perkampungan setinggan mengikut sempadan Pihak Berkuasa
Tempatan
Sumber :
Secara keseluruhannya, analisis taburan kawasan setinggan menunjukkan terdapat
sebanyak 322 kawasan setinggan yang dapat dikenalpasti di Wilayah Lembah Klang. Daripada
jumlah kawasan tersebut didapati lokasi rumah setinggan terdapat banyak di kawasan tanah rata
iaitu lebih kurang 28.13% daripada keseluruhan unit rumah, manakala terdapat sebanyak 46.0%
terletak di kawasan tepi sungai dan bakinya 25.86% terletak di lereng-lereng bukit. Ciri-ciri
lokasi perletakan setinggan di tepi sungai dan lereng bukit boleh menjadi punca kepada masalah
alam sekitar seperti hakisan, banjir dan pencemaran air. Ciri-ciri lain kawasan setinggan yang
dapat dikenalpasti di Wilayah lembah Klang menunjukkan sejumlah 9192 unit rumah dengan
jumlah keluarga seramai 9723 buah keluarga dan 79,598 jumlah isirumah. Menurut takrif
Laporan Banci Penduduk 1991 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, isirumah adalah
sekumpulan orang yang tinggal dan membuat peruntukan bersama untuk makanan dan lain-lain
keperluan hidup di mana orang-orang dalam kumpulan tersebut adalah saudara atau tidak atau
kedua-duanya sekali dan sebuah isirumah hanya boleh mempunyai seorang ketua isirumah
manakala ahlinya boleh mengandungi seorang atau lebih ramai. Purata saiz isirumah yang tinggi
di kawasan setinggan dengan anggaran 8 orang seunit rumah akan menambahkan lagi tahap
ketidakselesaan penduduk terbabit. Dari segi pendapatan penduduk mengikut bilangan ketua
isirumah, didapati sebanyak 10.17% berpendapatan kurang daripada RM500, 65.56%
berpendapatan antara RM501 hingga RM1000, 17.33% berpendapatan antara RM1001 hingga
RM1500, 3.98% berpendapatan antara RM1501 hingga RM2000 dan bakinya sebanyak 2.66%
berpendapatan melebihi RM2000. Ini menunjukkan bilangan ketua isirumah yang mempunyai
nilai tertinggi adalah dari golongan yang berpendapatan rendah iaitu kurang dari RM1000
manakala jumlah golongan yang berpendapatan sederhana tinggi iaitu antara RM1001 hingga
RM2000 adalah 21.31% dan golongan berpendapatan tinggi iaitu melebihi RM2000 adalah yang
paling sedikit.
7.0 Kepadatan Penduduk terhadap Masalah Perumahan Penduduk
Isu kepadatan penduduk dan sosio-ekonomi WLK digambarkan dalam analisis penduduk dan
sosio-ekonomi yang menunjukka ciri-ciri pola petempatan, profil penduduk, kesan pembangunan
kepada penduduk tempatan serta struktur guna tanah semasa Amiruddin Abu Bakar, Ahris
Yaakup dan Nor Azila Yahaya (2006).
WLK merupakan kawasan konurbasi yang besar. Bancian penduduk pada tahun 1991,
lebih 90 peratus penduduk WLK tinggal dalam kawasan tepubina bandar. Sejak dua dekat yang
lalu proses pembandaran telah bergerak dengan pantas dan pesat yang mewujudkan penumpuan
aktiviti ekomomi, pembangunan infrastruktur dan kemudahan sosial penduduk.
Jadual 7.1 : Pertumbuhan Penduduk Wilayah Lembah Klang
PBT 1991 2000 2005 1991-2000 2000-2005
MP Selayang 256,481 369,819 408,310 4.15% 2.00% MP Ampang Jaya 291,248 419,949 486,836 4.15% 3.00% Mp Kajang 218,645 315,263 348,076 4.15% 2.00% DBKL 1,153,199 1,423,900 1,490,700 2.37% 0.92% MP Petaling Jaya 265,797 383,251 444,293 4.15% 3.00% MP Subang Jaya 150,826 217,475 240,110 4.15% 2.00% MP Shah Alam 217,694 284,041 313,605 3.00% 2.00% MP Klang 242,955 307,977 340,031 2.67% 2.00%
Sumber: httpwww.kwp.gov.myagiswlkwebPDFKertas%203L.pdf
Kadar pertumbuhan penduduk dalam tempoh lima tahun, iaitu dari tahun 2000 hingga
tahun 2005 pada keseluruhannya dijangkakan akan mengalami penurunan yang cukup ketara.
Pada lima tahun sebelumnya iaitu tahun 1990 hinga 2000 pertumbuhan penduduk mengalami
tred pertumbuhan yang hampir sama kecuai DBKL dan Majlis Perbadaran Klang iaitu kadar
pertumbuhan purata yang pesat sekitar 4.0 peratus. Hal ini disebabkan kawasan WLK menjadi
semakin tepu yang dipengaruhi oleh faktor tarikan aliran migrasi ke arah selatan seperti kawasan
pembangunan Sepang, KLIA dan Putrajaya. Analisis data kependudukan dan sosio-ekonomi
menunjukkan kawasan yang tinggi tertumpu di kawasan bandar dan yang mempunyai kepadatan
penduduk sederhana tinggi pula tertumpu di kawasan perbandaran dan koridor pembangunan.
Rajah 4.0 menunjukkan kepadatan penduduk di WLK
Rajah 4.0 : Kepadatan Penduduk di Wilayah Lembah Klang
Sumber: httpwww.kwp.gov.myagiswlkwebPDFPaper%20JITIK.pdf
7.1 Migrasi
Isu migrasi di Malaysia dan khususnya WLK merupakan isu yang berterusan dahulu
sehingga sekarang. Migrasi penduduk sama ada yang melibatkan migrasi desa ke badar dan
migrasi antarabangsa sama ada secara sah dan pendatang haram. Kehadiran migran ini yang
berlainan budaya, adat, bangsa dan status pendidikan menambahkan beban kepada WLK dan
akhirnya kawasan WLK terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menimbulkan masalah
keselamatan dan kententeraman awam dalam kalangan penduduk setempat (Katimah Rostam
2006)
Ditambah pula dengan kependudukan setinggan dalam kalangan warganegara asing juga
menjadi punca pelbagai masalah kerana ketiadaan tempat tinggal bagi mereka yang diambil
bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan. Situasi kini, pekerja asing sangat diperlukan untuk
membangunkan negara tetapi wujud masalah apabila majikan tidak menyediakan tempat tinggal
bagi pekerjanya yang menjadi masalah keperluan perumahan bagi pekerja asing yang bekerja di
WLK.
7.2 Kemiskinan
Isu kemiskinan penduduk bandar mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan isu
penyediaan kemudahan asas dan isu penghijrahan penduduk. Kebanyakan penduduk miskin di
kawasan yang kurang selesa dan tidak mendapat kemudahan asas yang cukup dan
kebanyakannya merupakan penghijrahan yang datang dari pelbagai destinasi. Isu ini akan
menimbulkan pelbagai gejala lain termasuk penyakit berjangkit, kebakaran, banjir dan kekotoran
melampau. Di WLK ( Aiken S.R., Leinbach T.R., Leigh C.H., Moss M.R, 1994). Penyakit utama
di kawasan ini adalah penyakit yang dibawa oleh nyamuk iaitu demam denggi yang boleh
membawa maut. Pada tahun 1973 ketika WLK mula rancak membangun kes demam denggi
berdarah mula berleluasa. Kebanyakannya berlaku dikawasan setingan kerana persekitara yang
kotor mengalakkan pembiakan nyamuk ADIS. Malahan pemakan yang tidak seimbang ekoran
kemiskinan membuatkan seseorang itu lemah sistem pertahanan badan dan mudah dijangkiti
penyakit dan tidak mampu untuk menampung kos perubatan.
8.0 Ruang dan Tanah untuk Perumahan
8.1 Ruang sempit
Hasil daripada perkembangan pesat kawasan bandar mengakibatkan kurangnya kedapatan tanah
di kawasan perbandaran. Ini secara tidak langsung mempengaruhi ciri-ciri perumahan kos rendah
di kawasan bandar. Daripada perumahan sedia ada, di dapati sebahagian besar daripada
perumahan kos rendah masih di dalam status pembinaan, iaitu sebanyak 45%. Daripada jumlah
tersebut, 40% berstatus masih dalam pembinaan dari tahun 1988. Ini termasuklah hampir 50%
kawasan perumahan yang statusnya sudah siap dibina tetapi masih belum diduduki sejak dari
tahun 1988. Daripada keseluruhan jumlah perumahan kos rendah di kawasan luar bandar,
sebanyak 80% kawasan adalah berstatus dalam pembinaan, manakala 16% adalah di dalam
perancangan.
8.2 Tanah kos tinggi
Seterusnya, masalah kos tanah yang tinggi dalam kawasan bandar menyebabkan pemaju sukar
untuk menyediakan lebih banyak rumah kos rendah. Kadar pertumbuhan pendudukan meningkat,
golongan pendapatan rendah tidak dapat menapung keperluan hidup dengan baik, penghijrahan
penduduk secara terus ke kawasan bandar disebabkan tarikan peluang pekerjaan, kemudahan dan
gaya hidup bandar, bagi golongan berpendapatan rendah perumahan yang termampu adalah
penempatan setinddan yang sangat murah kosnya berbanding dengan harga perumahan kos
rendah.
9.0 Langkah mengatasi dan cadangan pembaikan untuk mengatasi masalah
perumahan di wilayah lembah klang
Pembangunan perumahan kos rendah dan pengurangan kawasan sistematik untuk menangani isu
dan masalah berkaitan perumahan kos rendah dan setinggan yang dapat membantu Pihak
Berkuasa Tempatan membuat dasar dan polisi pembangunan dalam manangani isu dan
permasalahan tersebut. Perancangan dan pembangunan Program Perumahan Kos Rendah adalah
satu pendekatan utama di dalam menempatkan semula kawasan-kawasan setinggan (Ahris
Yaakup, Mansur Ibrahim, Musa Mohamed dan kamariah Kamarudin, 2003) .
10.0 Kesimpulan
Pembangunan perumahan kos rendah dan pengurangan kawasan setinggan di Wilayah Lembah
Klang memerlukan perancangan dan pemantauan yang lebih sistematik dalam menangani isu dan
masalah berkaitan. Hal ini juga sekali gus, akan membantu Pihak Berkuasa Tempatan untuk
membuat dasar dan polisi pembangunan supaya perancangan bandar dan masalah perumahan
berjaya dikawal. Justeru, perancangan dan pembangunan Program Perumahan Kos Rendah salah
satu pendekatan utama dalam menempatkan semula kawasan-kawasan setinggan yang mana,
perancangan di peringkat wilayah akan berfungsi sebagai penasihat kepada Pihak Berkuasa
tempatan dalam usaha mengatur strategi pembangunan perumahan kos rendah dan seterusnya
mengurangkan masalah kewujudan kawasan setinggan khasnya di Wilayah Lembah klang.
Polisi-polisi baru ini diharap dapat memenuhi permintaan dan penawaran perumahan kepada
penduduk di Wilayah Lembah Klang.
Aiken S.R., Leinbach T.R., Leigh C.H., Moss M.R. (1994). Pembangunan dan Persekitaran di Semenanjung
Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
top related