manual pengguna pendaftaran pegawai penerima...

Post on 15-Oct-2019

48 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MANUAL PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI PENERIMA KOMPUTER BAGI PROJEK 1GFMAS DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) DAN SEKOLAH PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) NEGERI JOHOR 1. Sila akses Sistem Pengurusan Pendidikan Negeri Johor di alamat jpnjohor.moe.gov.my/sppj

2. Masukkan Id Pengguna dan Kata Laluan. Id Pengguna bagi sekolah ialah Kod Sekolah

manakala bagi PPD ialah Kod PPD. Kata Laluan ialah 123 (jika tidak pernah dikemaskini). Klik

butang Masuk selepas Id Pengguna dan Kata Laluan ditaip masuk.

3. Sila klik menu Penerima Komputer 1GFMAS di bawah Modul SPPJ.

4. Sila pastikan Pegawai Penerima yang hendak dilantik mempunyai kepakaran teknikal ICT.

Peranan Pegawai Penerima boleh dimuat turun seperti pada paparan di bawah.

5. Sila klik Tambah Pegawai Penerima untuk memasukkan maklumat Pegawai Penerima.

6. Sila isi ruangan Nama Pegawai Penerima, Jawatan, Gred, No. Tel. Pejabat, No. Tel. Bimbit

dan Email. Klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat tersebut.

7. Maklumat yang dimasukkan akan dipaparkan pada jadual di bahagian bawah. Sekiranya

terdapat lebih dari seorang Pegawai Penerima yang hendak dilantik, sila ulangi langkah

nombor 6.

8. Jika terdapat kesilapan semasa menaip masuk maklumat Pegawai Penerima, pengguna

boleh membuat pembetulan dengan menekan butang Edit pada maklumat Pegawai

Penerima yang dikehendaki.

9. Maklumat Pegawai Penerima boleh diedit pada ruangan yang disediakan. Sila klik butang

Simpan selepas maklumat selesai diedit.

10. Pengguna akan terus dibawa ke paparan utama. Pengguna juga boleh mengedit maklumat

Pegawai Penerima yang dikehendaki pada paparan ini.

11. Sebarang bantuan teknikal boleh diajukan kepada Pegawai Teknologi Maklumat JPN Johor,

En. Mohd Firdaus Mad Shah di talian 07-2311528 atau 016-6210726

-TAMAT-

top related