majlis - official portal of ukm...anugerah bitara ukm atur cara 9.00 pagi - ketibaan dan pendaftaran...
Post on 15-Mar-2021
11 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MAJLIS ANUGERAH BITARA UKM 2016 2 DISEMBER 2016
Assalamulaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera Pertama sekali, saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas limpah kurnia dan rahmatnya, kita semua dapat bertemu pada hari ini bagi meraikan rakan-rakan kita yang telah menyumbang tenaga, masa dan idea demi kejayaan universiti. Anugerah kecemerlangan universiti yang mengiktiraf Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan staf UKM sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Sarjana Bestari, Anugerah Kualiti dan Anugerah Inovasi UKM. Pada tahun ini bersesuaian dengan hala tuju yang baharu, UKM mencadangkan anugerah
kecemerlangan universiti diselarikan dengan enam (6) Bidang Keberhasilan Strategik UKM dinamakan Anugerah Bitara UKM. Sesungguhnya penglibatan Warga UKM amat diperlukan dan penting dalam memastikan pembangunan dan kemajuan Universiti mencapai enam Bidang Keberhasilan Strategik (KRA). Justeru, saya percaya penganjuran Majlis Anugerah Bitara ini akan menjadi salah satu medan terbaik bagi mengiktiraf dan menzahirkan penghargaan Universiti kepada Warga UKM yang telah mencurahkan idea, memerah keringat dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kecemerlangan Universiti. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini kerana tanpa komitmen yang jitu daripada Warga UKM tidak mungkin Universiti akan berada pada tahap seperti yang kita lihat pada hari ini. Saya juga berharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk terus berusaha, berinovasi dan memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diamanahkan. Marilah kita bersama terus bersatu padu dalam meneruskan kelangsungan UKM Pendaulat Amanah Negara, mengilhamkan harapan dan mencipta masa depan.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli panel pemilih, semua Ahli Jawatankuasa Induk Anugerah Bitara dan Jawatankuasa Kerja Anugerah Bitara 2016 serta mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung, terima kasih dan syabas di atas komitmen dalam merealisasikan majlis yang amat bermakna ini.
Sekian.
Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
AL
U-A
LU
AN
NA
IB C
AN
SE
LO
R
Anugerah Bitara UKM 1
Anugerah Bitara UKM
PE
NG
ER
US
I A
NU
GE
RA
H B
ITA
RA
UK
M
2
Assalamulaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas limpah kurnia dan nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita sehingga kita masih berupaya dan berada di sini bagi meraikan rakan-rakan kita yang telah menyumbang tenaga, masa dan idea demi kejayaan dan kecemerlangan Universiti. Sebanyak 10 kategori anugerah pada tahun ini termasuk satu anugerah Bitara Bahasa Melayu yang bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mana-mana staf akademik atau Pengurusan & Profesional serta Pelaksana yang bekerjasama secara aktif menjayakan enam Bidang Keberhasilan Strategik (KRA) berkaitan pendidikan, penyelidikan dan khidmat serta menyumbang ke arah peningkatan kebolehpasaran graduan, penyelidikan inovasi, perolehan dana serta penonjolan kekuatan akademik UKM. Secara keseluruhannya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli panel yang terlibat dalam proses pemilihan dan penilaian pemenang bagi setiap anugerah. Kepada semua penerima anugerah saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan diharapkan anugerah ini dapat menyuntik semangat kepada warga UKM yang lain. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Anugerah Bitara UKM 2016 dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi memastikan kejayaan majlis ini. Sekian, terima kasih. Wassalam Prof. Ir. Dato’ Dr. Mohd. Marzuki Mustafa Pro-Naib Canselor (Strategi & Pembangunan Korporat)
ANUGERAH BITARA UKM 2016
AN
UG
ER
AH
BIT
AR
A U
KM
ATUR CARA
9.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Penerima Anugerah
9.15 Pagi - Lagu Negaraku
- Lagu Varsiti Kita
- Bacaan Doa
9.30 Pagi - Ucapan Alu-aluan Naib Canselor YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Bin Ghazali
9.45 Pagi - Penyampaian hadiah kepada pemenang Anugerah Bitara UKM
- Jamuan Minum Pagi
- Majlis Bersurai
Anugerah Bitara UKM 3
ANUGERAH
BITARA UKM Anugerah ini memberikan pengiktirafan kepada Fakulti/Pusat/Institut/
Bahagian/Unit UKM dengan mengambil kira pencapaian prestasi
keseluruhan yang merangkumi bidang Keberhasilan Strategik (KRA) UKM.
ANUGERAH BITARA UKM
INSTITUT PERUBAHAN IKLIM (IPI)
Ringkasan:
IPI telah menunjukkan prestasi cemerlang pada tahun 2015 di dalam semua Bidang Keberhasilan Strategik UKM
(KRA). IPI telah berjaya menghasilkan graduan yang berdaya saing, kompeten dan inovatif. beberapa
pengiktirafan telah diterima oleh pelajar IPI dari dalam dan luar negara seperti anugerah Kertas Terbaik,
Fellowship, Geran Penyelidikan dan Program Sangkutan Siswazah (Internship).
IPI telah memperoleh RM 6.2 juta geran penyelidikan secara kumulatif pada tahun 2015. Dari segi penerbitan, IPI
telah berjaya mengatasi 7 PTJ lain di dalam Gugusan Sains dan Teknologi di dalam penerbitan jurnal terindeks,
buku, kertas polisi dan lain – lain. Purata penerbitan jurnal terindeks per pensyarah IPI juga telah mengatasi
sasaran yang diperlukan oleh UKM iaitu 3 per pensyarah di mana IPI telah berjaya menghasilkan purata 8 jurnal
per pensyarah.
Kehebatan IPI juga diperakui oleh pihak yang menjalin kerjasama strategik dengan IPI. Menerusi kerjasama
strategik ini, IPI telah diberi mandat untuk menjadi pakar runding dan penasihat di dalam projek penyelidikan yang
diperlukan oleh rakan strategik yang terlibat. IPI mempunyai pakar rujuk yang mahir di dalam bidang masing –
masing. Bagi menyokong projek penyelidikan yang dijalankan, IPI mempunyai prasarana seperti makmal dan
peralatan yang setanding dengan standard antarabangsa untuk kemudahan pelajar dan penyelidik.
AN
UG
ER
AH
BIT
AR
A U
KM
SPSA 2015 PENCIPTA 2015 Open Roof and Face
Bengkel Smart Helikopter 2015 Geran JAS 2015 Warga IPI
Anugerah Bitara UKM 5
ANUGERAH BITARA
PENDIDIK Anugerah Bitara Pendidik bertujuan memberi pengiktirafan kepada PTJ/
Individu yang cemerlang dalam membudaya, memperkasakan aktiviti,
menunjukkan kesarjanaan dan kecemerlangan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang menghasilkan graduan yang cemerlang. Kesarjanaan
pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi dalam pendekatan
pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan pengajaran merujuk
kepada amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan
yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah/teori/prinsip pengajaran
yang mantap untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.
ANUGERAH BITARA PENDIDIK
Kategori BITARA PENDIDIK (PTJ/KUMPULAN)
UKM-CESMED (Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS)
Ringkasan:
Dalam dunia digital telah menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bidang keusahawanan mencabar. Ini
kerana pengajar boleh sahaja diganti dengan ‘Dr. Google’. Justeru, kaedah P&P bersifat ‘experiential’ berasaskan
penyelesaian masalah, pertandingan yang mencungkil dan menggilap jati diri keusahawanan dalam kalangan
pelajar terpaksa dilakukan di UKM CESMED demi mendapatkan outcome yang hampir sebenar dengan alam
pengurusan perniagaan sebuah syarikat kecil. Ekosistem keusahawanan dan jaringan bersama rakan strategik
agensi-agensi pembangunan keusahawanan dan enterprais kecil dan sederhana (EKS) serta penggunaan
teknologi membantu UKM CESMED melaksanakan P&P di premis perniagaan EKS. Kaedah P&P kami
mendekatkan kefahaman, meningkatkan ketrampilan keusahawanan dalam diri setiap pelajar kami.
Pembelajaran melalui Mentor – mentee (ahli lembaga EIR) Pembelajaran melalui e-learing melalui sistem OBS
Malam GALA Tokoh Siswa 2015 Mobiliti ke Thailand
BIT
AR
A P
EN
DID
IK
Anugerah Bitara UKM 7
Kategori BITARA PENDIDIK (INDIVIDU)
PROF. MADYA DR. MELOR MD YUNUS
Ringkasan:
MELOR MD YUNUS, PhD, is an Associate Professor of TESL at the Faculty of Education, UKM. She is best
known for establishing the integration of ICT in teaching and learning English as a Second Language research.
She is the first recipient of the National Higher Education e-Learning award (2014) for her contributions in
Creativity (Blended Learning, Flipped Learning, and Problem-Based Learning). She is also in the Top 3 Cited
Malaysian Researcher List in 2014 MRUN Report. She is active in scholarly journal writing and publishing and she
has currently published more than 120 papers in various Citation-Indexed journals particularly SCOPUS. She co-
authored three books with her students under UKM Press: English, English Everywhere: The Out-of-Class
language Learning Strategies (2015), The Many Faces of Malaysian English (2016) and My Kaleidoscope World of
Words: Autism and Sight Vocabulary (2016). The recipient of many innovation awards, she is highly regarded
among her peers in her field.
“I believe that one of my best qualities as an academician is my ability to inspire. My desire to engage, challenge
and inspire growth in my students is not limited to the classroom. My desire to collaborate with students translates
into the research domain through publications, conferences and innovative competitions. It is my goal to share with
students the awe and excitement, as well as the dedication and hard work.”
Anugerah Bitara UKM
BIT
AR
A P
EN
DID
IK
8
Kategori BITARA PENDIDIK HARAPAN
DR. NOOR LIZZA BINTI MOHAMED SAID
Ringkasan:
Saya merupakan pensyarah Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam bidang pengkhususan undang-undang dan
pengurusan harta Islam (Hibah, Wasiat, Wakaf dan Faraid). Selain daripada mengajar bidang pengkhususan, saya
juga terlibat dengan pengajaran kursus CITRA HHHC9101, LMCK1531 dan LMCK1621. Saya juga telah
membangun dan menawarkan kursus CITRA baharu iaitu PPPG2952 Wasiat dan Hibah dalam Islam untuk
ditawarkan kepada pelajar luar fakulti. Sebagai seorang muallim, mudarris, murabbi, muaddib dan mursyid saya
menerapkan 4K dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan iaitu keilmuan,
kekreatifan (inovasi), keprihatinan dan keterampilan. Antara kaedah yang saya gunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran ialah kaedah komunikasi dua hala, flipped learning, iTunesU, MOOC, pembelajaran berasaskan
masalah, penggunaan laman web dan LDK. E-Mirath dan e-Hisab (http://www.ukm.my/e-mirath/e-hisab/) telah
dibangunkan hasil daripada penyelidikan PTS untuk kegunaan P&P dan memenuhi keperluan masyarakat Islam.
Selain daripada kursus Celik Faraid dan kursus Bijak Urus Harta yang telah ditawarkan di MOOC UKM, saya juga
terlibat secara langsung dalam pembangunan e-kandungan iTunesU kursus-kursus wajib Fakulti Pengajian Islam.
Kebolehterimaan pelajar dibuktikan dengan peningkatan pencapaian pelajar, hasil penilaian kursus oleh pelajar
yang sentiasa mendapat skor yang tinggi dan mendapat pengiktirafan pengajar cemerlang fakulti pada setiap
semester. Saya juga telah memenangi kategori Anugerah Pengajar Cemerlang (JUNIOR) Fakulti Pengajian Islam
2016 (Penilaian 2015) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UKM (APC) 2016. Bercita-cita untuk menjadi insan
yang paling dikasihi dan diredhai Allah yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.
Pertandingan MOOC
Pelancaran iTunes U peringkat UKM
BIT
AR
A P
EN
DID
IK
Anugerah Bitara UKM 9
Kategori BITARA PENDIDIK HARAPAN
DR. MELISSA SHAMINI A/P PERIASAMY
Ringkasan:
Teaching is my vocation and my passion. I believe teaching and learning is a two way process and therefore, I
strongly encourage students to be active participants of the process. As an educator, I embrace a philosophy for
my teaching practice that is holistic, multimodal, dynamic, and inclusive. I inject creativity, innovativeness and fun
into all aspects of my teaching including teaching aids and material, delivery, communication and assessments so
that the learning experience is interesting and engaging for students. Through this I aim to provide a world class
educational experience that is enjoyable, interactive and inspirational.
Anugerah Bitara UKM 10
BIT
AR
A P
EN
DID
IK
ANUGERAH BITARA
SARJANA Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada individu
atau kumpulan yang menyumbang kepakaran dan hasil penyelidikan yang
berimpak tinggi. Penyelidik (individu/kumpulan) tersebut mampu memberi
sumbangan besar kepada bidang keilmuan, kemajuan universiti,
masyarakat dan negara.
Persidangan di KOREA Penerbitan Tersohor
ANUGERAH BITARA SARJANA
Kategori BITARA SARJANA (PTJ/KUMPULAN)
SAGUHATI
DR. A’DAWIYAH ISMAIL
Kumpulan: Dakwah, Kerohanian dan Pembangunan Islam
Projek : Dakwah memacu kerohanian dalam kelestarian pembangunan menurut Islam
Ringkasan:
Selaku ketua kumpulan Dakwah, Kerohanian dan Pembangunan Islam (Kod :DPP-2015-089) saya bersama ahli
jawatankuasa kumpulan mengadakan perbincangan dan sentiasa merancang latihan dan aktiviti dalam bentuk
bengkel serta kursus yang berhubung dengan penyelidikan dan penerbitan kepada ahli kumpulan. Ahli kumpulan
yang terdiri daripada para pensyarah di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam
UKM, Bangi sentiasa menyambut baik dan memberi kerjasama bagi setiap pelaksanaan aktiviti yang dianjurkan
bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam mengurus penyelidikan dan penerbitan yang
berkualiti. Selain itu, saya turut merujuk kepakaran ahli akademik dari PTJ luar bagi berkongsi pengalaman
kejayaan dalam mengurus penyelidikan dan penerbitan.
Anugerah Bitara UKM
Bengkel Penyelidikan Proposal KPT Bengkel Penerbitan Berimpak Tinggi
12
BIT
AR
A S
AR
JA
NA
Kategori BITARA SARJANA (PTJ/KUMPULAN)
SAGUHATI
SR. DR. KHAIRUL NIZAM ABDUL MAULUD
Kumpulan: Pusat Pencerapan Bumi, Institut Perubahan Iklim
Projek : Impak perubahan Iklim
Ringkasan:
Kumpulan penyelidik Impak Perubahan Iklim, Institut Perubahan Iklim telah melakukan banyak kajian yang
berkisarkan kepada impak penduduk di Malaysia. Sebanyak 10 projek penyelidikan dijalankan pada tahun 2015
dengan jumlah dana sebanyak RM3,482,212.68. Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan, kumpulan ini telah
menghasilkan penulisan buku, jurnal dan seterusnya memperoleh geran penyelidikan seperti TRGS dan Arus
Perdana yang berjumlah RM 1,151,200.00 pada tahun 2016. Kumpulan ini juga telah mengadakan program
komuniti bersama penduduk yang terkesan kepada kehilangan tanah dan harta benda serta ekonomi perubahan
iklim. Program ini dijalankan pada 2 hingga 3 Jun 2015 dan dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan yang terlibat
sama seperti Yayasan Sime Darby, NAHRIM, JPS, DOE, Jabatan Laut dan turut sama adalah delegasi
Pengurusan Kanan UKM. Program dijalankan usaha sama dengan Kursi Perubahan Iklim-YSD, Kursi Endownmen
MPOB-UKM dan Kursi Pembangunan Lestari UKM-YSD: Teknologi Sisa Sifar.
BIT
AR
A S
AR
JA
NA
Anugerah Bitara UKM 13
Kategori BITARA SARJANA (INDIVIDU)
PROF. DR. SITI KARTOM BINTI KAMARUDIN
Kumpulan: -
Projek : Sel Fuel Langsung Metanol untuk Aplikasi Mudah Alih
Ringkasan:
Penyelidikan Prof Dr Siti Kartom Kamarudin telah mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan dan
antarabangsa seperti Anugerah `WIPO Award’ for the Best Women Invention daripada World Intellectual Property
Organization (WIPO),`Best Innovation Award’ daripada Taiwan Invention Products Promotion Association (TIPPA)
2008, pingat emas di Seoul pada tahun 2008 dan Pingat emas di ITEX 2008, serta lain-lain lagi. Beliau juga aktif
dalam bidang penulisan dan dianugerahkan beberapa anugerah penerbitan seperti `Top 25 Hottest Article Journal
Of Power Sources’ , `Top 25 Hottest Article Chemical Engineering Journal’ serta pengiktirafan lain seperti
Honorarium for review paper in Journal Of Power, `Certificate Of Merit For Thesis in Energy and Environment’,
Anugerah Tesis Cemerlang , Anugerah Kertas Kerja Terbaik Kategori Tenaga dan sebagainya. Kini beliau
merupakan antara penyelidik yang aktif dalam bidang Sel Fuel langsung metanol di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa dengan pencapaian H-index 25 dengan bilangan citation hampir 3000. Seterusnya dalam tahun
2015, beliau telah di anugerahkan `Malaysian Rising Star Award’ berdasarkan 1% sitasi tertinggi di dunia dan di
tahun 2015 dan 2016 beliau diiktiraf sebagai `The World Most Influential minds 2015 Top 100’ dalam bidang
kejuruteraan.
Anugerah Bitara UKM 14
BIT
AR
A S
AR
JA
NA
Kategori BITARA SARJANA (INDIVIDU)
PROF. DR. SUPYAN HUSSIN
Kumpulan: - Projek : Holographic Transdisciplinary Conservation
Ringkasan:
Projek kajian ini meneliti satu aspek dalam perubatan berasaskan kearifan tempatan yang didokumentasikan
dalam media hologram. Hologram adalah platform yang boleh digunakan untuk mempersembahkan fenomena
intangible yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar, misalnya reaksi dan respon pesakit terhadap rawatan yang
diberikan. Teknologi holografi yang diadunkan dalam video dan pada pancaran infrared akan memudahkan orang
awam untuk memahami aspek intangible dalam proses rawatan. Hologram ini juga boleh dibentuk menjadi satu
pangkalan data khusus. Kajian ini adalah satu daripada sub-tajuk LRGS Conceptualizing Local Knowledge: A
Study of Sustainable Values in Local Wisdom and Indigenous Science yang berpusat di USM.
Hologram menggunakan asap sebagai skrin dalam persembahan
Hamlet di USM
Penggunaan 3D cahaya (hologram) yang menggambarkan rasa
panas yang keluar dari badan pesakit
Wacana Perubatan Islam
BIT
AR
A S
AR
JA
NA
Anugerah Bitara UKM 15
Kategori BITARA SARJANA HARAPAN
PROF. MADYA IR. DR. ABU BAKAR BIN SULONG
Kumpulan: Persis (PERSIS), Pembuatan Termaju (AMReG), Institut Sel Fuel, Pemprosesan Bahan & Integriti (AMPI) Projek : Komposit bagi Pengacuan Suntikan Serbuk dan Penguat Bahan Polimer dan Composite for Powder Injection Molding and Polymer Reinforce Material Ringkasan:
Sejak memperoleh PhD pada tahun 2007, beliau adalah seorang penyelidik yang aktif dalam bidang Polimer
Komposit dan Pengacuan Suntikan Serbuk, hasilnya beliau telah menerbitkan lebih daripada 130 Makalah (50
kuartil 1), dengan H-indek adalah 13 dan lebih daripada 600 petikan. Beliau mendapat anugerah penyelidikan
berkumpulan pada tahun 2010, 2011, 2012 dan 2015. Beliau juga termasuk dalan carta 50 penerbitan tertinggi
UKM dari 2010 ke 2015. Beliau telah menjadi penyelidik bersama dan ketua projek untuk geran bernilai hampir RM
9.9 juta. Beliau telah dijemput sebagai pengucaptama dan penceramah jemputan bagi beberapa persidangan
kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga penilai geran peringkat kebangsaan.
Anugerah Bitara UKM 16
BIT
AR
A S
AR
JA
NA
Kategori BITARA SARJANA HARAPAN
PROF. MADYA DR. NOVEL ANAK LYNDON
Kumpulan: Sosio-Budaya dan Etnisiti Projek : Kluster Masyarakat Madani dan Komuniti UKM-MPOB Endowmen
Ringkasan:
Dari tahun 2013 hingga 2016 beliau telah menerbit 71 artikel dalam Journal dan 7 bab dalam buku. Daripada
jumlah tersebut 33 artikel diindekskan dalam Journal Scopus. Dari tahun 2011-2016 beliau terlibat dalam 8 geran
penyelidikan sebagai ketua projek, 5 geran sebagai ketua program dan 10 geran sebagai penyelidik bersama.
Beliau juga tersenarai dalam kedudukan nombor 24 daripada 50 Senarai Top 50 Penyelidik Dengan Jumlah Sitasi
Tertinggi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dalam Google Scholar. Jumlah sitasi ialah 134 dan h-index 6.
Beliau juga memegang jawatan pentadbiran sebagai Ketua Program Siswazah. Beliau turut dilantik sebagai Ketua
Kluster Masyarakat Madani dan Komuniti Kursi UKM-MPOB Endowmen dan Ketua Penyelidikan Sosio-Budaya
dan Etnisiti.
BIT
AR
A S
AR
JA
NA
Anugerah Bitara UKM 17
ANUGERAH BITARA
KETERLIBATAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada
warga UKM yang telah bekerjasama secara strategik dalam inisiatif
keterlibatan industri dan masyarakat dalam aktiviti berkaitan pendidikan,
penyelidikan dan khidmat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk
menyumbang ke arah pembangunan pembelajaran dan pengajaran,
peningkatan kebolehpasaran graduan, pembangunan penyelidikan dan
inovasi, perolehan dana, serta peningkatan keupayaan sosioekonomi
industri, pendidikan, kesihatan, persekitaran, teknologi dan lain-lain.
ANUGERAH BITARA KETERLIBATAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT
Kategori KETERLIBATAN INDUSTRI
PROF. MADYA DR. ZALINDA OTHMAN
Ringkasan:
Untuk membina kecemerlangan dan jati diri mahasiswa/i melalui pendekatan yang menarik dan berbeza, pada
tahun 2015 HEJIM, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) telah melaksanakan satu program
pembentangan poster Projek Industri. Ia merupakan satu program yang pertama kali diadakan di FTSM. Program
ini merupakan satu platform bagi memberi latihan dan pengalaman kepada pelajar tahun akhir yang telah
menjalani latihan industri untuk membentangkan projek yang mereka telah laksanakan di industri. Ia juga memberi
peluang FTSM membina jaringan bersama industri. Ia disertai oleh seramai 187 pelajar tahun tiga FTSM, penilai-
penilai poster yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah FTSM, 11 syarikat jemputan dan pelajar-pelajar FTSM.
Majlis ini dirasmikan oleh Prof. Dato Dr. Imran Ho Abdullah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri
dan Masyarakat. Enam orang wakil pelajar telah membuat pembentangan ringkas. Mereka telah berkongsi
pengalaman menjalani latihan industri selama 20 minggu di syarikat penempatan mereka. Manakala, dalam
program ini juga HEJIM FTSM telah menjemput saudara Mohd. Sukur Ibrahim untuk berkongsi pengalaman beliau
sebagai alumni FTSM, graduan Ijazah Kepujian dalam Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (Komputeran
Industri). Beliau merupakan seorang OKU yang berjaya dan telah memenangi pelbagai anugerah. Selain itu,
sebanyak 11 syarikat telah menghantar wakil mereka untuk menghadiri program ini. Syarikat yang hadir ialah
CyberSecurity Malaysia, Multimedia Development Corporations Sdn. Bhd., Yeayy Sdn. Bhd., Skali Community
Engagement Sdn. Bhd., Sasbadi Sdn. Bhd., Petro Teguh (M) Sdn. Bhd., Fusionex International, Zukhruf Dynamic
Resources, Pricewaterhouse Coopers, Dasar Jati Sdn. Bhd. dan TMNar Resources Sdn. Bhd. Program ini telah
berjaya dilaksanakan dan diharap dapat membantu FTSM melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan, berdaya
saing dan bertanggungjawab di peringkat fakulti, universiti, kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
BIT
AR
A K
ET
ER
LIB
ATA
N
Anugerah Bitara UKM 19
Anugerah Bitara UKM
Kategori KETERLIBATAN MASYARAKAT
PROF. DR. WAN MOHTAR BIN WAN YUSOFF
Kumpulan: SRI@UKM Projek : Inovasi Penanaman Padi secara Lestari di Tumpat Kelantan: Pensaluran Ilmu, Pelaksanaan dan Pelestarian Amalan
Ringkasan:
Petani di Malaysia dan di kebanyakan negara sedunia guna baja kimia buatan dan ladunan racun kimia sebagai
kaedah lazim untuk tanam padi, sayur dan pelbagai jenis tanaman. Kumpulan SRI@UKM telah buktikan
penanaman padi bebas kimia buatan dan bebas racun kimia berdaya meningkatkan jumlah ton per hektar sebesar
tiga kali ganda. Beberapa petani di sawah-sawah di Kelantan telah menjadi pengamal peneroka kaedah SRI yang
tegar. Justeru itu sumbangan kepada hasrat kerajaan untuk tangani kecukupan bekalan beras bukan lagi sekadar
harapan. Malah usaha pertanian ikut kaedah SRI berteras agroekologi seserasi perimbangan alam maya
termaktub dalam lipatan sejarah se-nusantara. Peranan sebagai pengekspor beras jelas tertulis. Pengamal
kaedah SRI dilatih kawal perasaan dan perasan sabar, redha dan istiqomah dalam mengamal ilmu pertanian ini.
Bahan-bahan sedia ada di hunian di kumpul untuk menghasil baja secara fermentasi anaerobik. Cara menanam
satu anak pokok berumur 5-7 hari guna benih terpilih dengan jarak 30-35 cm mengungkap keadaan seserasi
pertumbuhan padi.
Tampak sawah padi merekah akibat tidak
adanya bekalan air
Menunjukkan buku kronologi SRI Ledang
yang telah berjaya
Peserta bengkel mendengarkan taklimat
pengurusan sawah secara SRI
Berbengkel di malam hari. Semangat untuk
perubahan
Dr. Anizan Isahak menerangkan prinsip
penanaman padi kaedah SRI kepada petani
Peserta bengkel penanaman padi SRI pertama
di Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan
20
BIT
AR
A K
ET
ER
LIB
ATA
N
Kategori KETERLIBATAN MASYARAKAT
PROF. DATIN DR. NORIZAN ABDUL RAZAK
Kumpulan: Transformasi Luar Bandar
Projek : Pembangunan Usahawan Wanita Netpreneur
Ringkasan:
Menjalankan program membantu wanita luar bandar dalam meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan
digital literasi mereka untuk pembelajaran sepanjang hayat, perhubungan media sosial dan berniaga serta
meningkatkan pendapatan melalui perniagaan atas talian. Turut terlibat membangunkan perniagaan sosial di
kalangan usahawan wanita di Malaysia. Telah berjaya melatih 2000 usahawan wanita menjadi netpreneur hampir
di seluruh negara iaitu di Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Sabah, Sarawak, Selangor dan terkini di Johor
semenjak 2009 sehingga kini. Projek membina platform digital mall di www.ewtc.my dan www.rasasayang.my
berjaya membantu usahawan wanita memasarkan produk merentasi sempadan masa dan dikenali di alam siber.
12 modul latihan atas talian telah mendapat pengiktirafan dari Telecentre.org sebuah organisasi antarabangsa.
Selain itu, beliau pernah dianugerahkan Tokoh Saidatina Khadijah Maulidur Rasul 2015 peringkat negeri Selangor
di atas usaha melatih wanita dalam digital ekonomi. Beliau juga dilantik sebagai pakar runding dan ketua projek
untuk e-entrepreneur IKLIN, ANGKASA, RTC, Telecentre.org, MCMC, YAPEIM, MOSTI, .MyDomain Registry dan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan turut menjadi ketua panel juri Asia Pacific ICT
Awards kategori e-komuniti. Merupakan pengasas dan presiden persatuan e-usahawan wanita Malaysia (eWA)
dengan ahli 400 wanita semenjak tahun 2011 hingga kini.
Prof. Datin Dr Norizan menerima Anugerah Tokoh Saiditina
Khadijah untuk Sambutan Maulidur Rasul 2015 Negeri Selangor Keratan akhbar News Strait Times dan Utusan Malaysia
Sebagai pengucaptama untuk pembangunan perniagaan atas talian
anjuran ANGKASA Melatih netpreneur dalam kalangan para usahawan wanita Kelantan
BIT
AR
A K
ET
ER
LIB
ATA
N
Anugerah Bitara UKM 21
ANUGERAH BITARA
KEUNGGULAN PERKHIDMATAN Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu yang telah
menunjukkan daya inovasi yang tinggi untuk memberi perkhidmatan
berkesan dan menjadi rujukan pihak berkepentingan.
ANUGERAH BITARA KEUNGGULAN PERKHIDMATAN
Kategori PENTADBIR AKADEMIK
PROF. DR. HAZITA BT. AZMAN
Kumpulan: 1-FSSK-Barisan Kedekanan FSSK
Projek : Penjenamaan Semula FSSK - Projek FSSK-Brand
Ringkasan:
Projek FSSK-Brand yang dicetuskan beraspirasi menggerakkan FSSK ke arah menjadi pusat rujukan bidang sains
sosial dan kemanusiaan yang terulung. Pelaksanaan projek ini telah menghasilkan peningkatan yang ketara
ditahap pengurusan pentadbiran, akademik dan juga kualiti pelajar. Di tahap pengurusan pentadbiran
pembangunan dan penggunaan SPDFSSK dalam tugasan harian di FSSK telah memenangi Anugerah Inovasi
QIT pada tahun 2014. Di tahap akademik pula proses penjenamaan ini telah menyaksikan 5 jurnal akademik
lahiran fakulti berjaya mencapai status berindeks. Dalam pada itu, empat bidang disiplin di FSSK telah pernah
mencapai kedudukan 150 ke atas dalam QS-Ranking 2014-2015. Projek FSSK-Brand ini turut melibatkan
pengukuhan jatidiri para siswazahnya untuk kebolehpasaran melalui program Insan Budiman, Insan Jauhari dan
EEP (pemantapan Bahasa Inggeris). Program Insan Budiman telah menerima anugerah inovasi UKM pada 2016.
Projek FSSK-Brand ini telah dijadikan contoh model penjenamaan semula UKM dan fakulti-fakulti lain.
KE
UN
GG
UL
AN
PE
RK
HID
MA
TA
N
Anugerah Bitara UKM 23
Anugerah Bitara UKM
Kategori PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
HAJI ZANUDIN MOHD DAUD
Kumpulan: Pusat Strategi UKM
Projek : Komunikasi Dalaman Menggunakan Kumpulan WhatsApp
Ringkasan:
Kumpulan WhatsApp telah diwujudkan pada tahun 2015 bertujuan mewujudkan saluran komunikasi antara pihak
pengurusan Universiti dengan Fakulti/Institut/Pusat. Saya sebagai admin kepada beberapa Kumpulan WhatsApp
yang telah diwujudkan seperti Bicara KRA, Taskforce KRA#1, Taskforce KRA#2, Taskforce KRA#3, Strategi &
Korporat, Media@UKM dan KLAW (Keselamatan, Elektrik, Air dan Wifi).
Kumpulan WhatsApp ini dapat menghebahkan pelbagai berita kejayaan dan juga sebagai saluran menyampaikan
aduan terutamanya masalah keselamatan kampus, air, wifi. Pihak JPP akan mengambil tindakan segera hasil dari
aduan dan laporan tindakan dapat dimaklumkan segera kepada pengadu. Berita kejayaan juga dapat dikongsi
melalui Kumpulan WhatsApp seperti Bicara KRA.
Hasil dari mewujudkan beberapa kumpulan WhatsApp ini, telah menghasilkan satu inovasi yang bernilai tinggi dan
memberikan impak yang besar dan berkesan dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk warga
Universiti.
24
KE
UN
GG
ULA
N P
ER
KH
IDM
ATA
N
Kategori PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
ENCIK ZOLKEFLI BIN MOHAMED
Kumpulan: X-Factor Awam JPP
Projek : Pelan Transformasi Unit Awam, JPP
Ringkasan:
Membentuk, memimpin ‘team work’ serta bergerak secara proaktif terhadap aset dan prasarana kampus secara
inhouse. Antaranya telah melaksanakan penyelenggaraan jalan keseluruhan kampus dengan menampal jalan-
jalan berlubang untuk jangka pendek secara berkala di samping perancangan penyelesaian jangka panjang
menguruskan perolehan kerja penurapan semula permukaan jalan secara berperingkat. Kami juga bergerak
secara proaktif terhadap kemudahan lain seperti papan tanda yang pudar dan berkarat, kemasan dinding, tembok
yang pudar, di samping penyelenggaraan yang diuruskan dan dilaksanakan secara pantas terhadap laporan yang
diterima daripada warga UKM seluruhnya. Aktiviti penyelenggaraan ‘Break Down’ luar jangka seperti pembaikan
paip pecah, bocor juga dilaksanakan secara pantas berdasarkan aduan yang diterima daripada pelanggan/PTJ
atau secara pemeriksaan dalaman. Membentuk ‘team work’ serta komunikasi yang mantap dan berkesan terhadap
memenuhi Persiapan Fizikal majlis-majlis Universiti supaya berjalan lancar , sempurna serta berusaha memenuhi
permohonan, permintaan keperluan Universiti.
KE
UN
GG
UL
AN
PE
RK
HID
MA
TA
N
Aktiviti secara dalaman penyelenggaraan jalan jangka pendek
Pelaksanaan Kerja-Kerja memperbaharui permukaan jalan jangka
panjang secara berperingkat mengikut keutamaan
Aktiviti penyelenggaraan Break Down luar jangka pembaikan paip
pecah secara segera
Aktiviti persiapan fizikal majlis universiti yang dilaksanakan secara
pembentukan team work serta komunikasi yang berkesan
Anugerah Bitara UKM 25
Anugerah Bitara UKM
Kategori PELAKSANA
ENCIK ABD. RAAI BIN OSMAN
Kumpulan: -
Projek : Fotografi Berimpak
Ringkasan:
Berkhidmat di UKM pada 5 November 1979
Tenaga pengajar kursus Ko-kurikulum UKM 1997-2012, Kursus Citra UKM 2013 hingga sekarang, Kursus
Fotografi Unit Latihan UKM.Kursus fotografi untuk agensi penguatkuasaan Malaysia,Kursus Fotografi di Brunei.
Menganjurkan kursus fotografi percuma dengan Jabatan Belia Kedah & Perak. Menulis di Senada, Portal UKM &
Mingguan Malaysia,Seminar Fotografi UKM 2014
Hakim pertandingan
Anugerah Kewartawanan Foto di Malaysian Press Institut , Dewan Bandaraya KL,Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa Malaysia, lain-lain agensi dan NGO
Memenangi anugerah peringkat UKM dan kebangsaan
Petandingan fotografi PNB 2003, Anugerah laman web 2005,Anugerah Inovasi ICT UKM 2013,Anugerah Seni
UKM 2007 hingga 201
KE
UN
GG
ULA
N P
ER
KH
IDM
ATA
N
26
ANUGERAH BITARA
PENDANAAN Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada PTJ/
Kumpulan/Individu yang cemerlang dalam penjanaan daripada hasil
perkhidmatan, kepakaran dan asset.
Anugerah Bitara UKM
ANUGERAH BITARA PENDANAAN
PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG
Ringkasan:
Pemerkasaan aktiviti penjanaan kewangan merupakan antara usaha yang dilakukan oleh Perpustakaan Tun Seri
Lanang untuk memantap dan melestarikan prasarana dan persekitaran ilmu yang kondusif. Ia meliputi inisiatif
penjanaan berdasarkan endowmen dan tajaan; penyewaan ruang; pengkomersilan; perkongsian kepakaran dan
penjimatan kos yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih RM10 juta. Sejumlah lebih RM2 juta dijana
melalui inisiatif endowmen termasuklah sumbangan kos naik taraf 27 bilik diskusi, surau Perpustakaan dan
beberapa sumbangan lain. Inisiatif sewaan ruang menjana lebih RM20 ribu, manakala inisiatif kepakaran dan
pengkomersilan memperoleh lebih RM72 ribu. Selain itu, kreativiti dalam perolehan dan perkhidmatan pangkalan
data dan sumber maklumat elektronik Perpustakaan telah berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya RM8 juta
nilai penjimatan nyata setahun. BIT
AR
A P
EN
DA
NA
AN
28
Hadiah KHAS BITARA PENDANAAN
FAKULTI PERUBATAN
Projek : Program Akademik bersama UNPAD dan lain-lain aktiviti penjanaan
Ringkasan:
Usaha penjanaan Fakulti Perubatan termasuklah penubuhan kedai farmasi, program kerjasama UKM-UNPAD
bersama PKP, parkir berbayar, sewa ruang niaga dan sewa pangsapuri. Penjanaan kendiri perlu dibudayakan
dan ditingkatkan dalam suasana ekonomi sekarang.
Antara pelajar terlibat program UKM-UNPAD di Bandung Pelajar bersama Prof. Dr. Tri Hanggono, Rector UNPAD
BIT
AR
A P
EN
DA
NA
AN
Anugerah Bitara UKM 29
ANUGERAH BITARA
REKAYASA PRASARANA Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada PTJ/
Kumpulan/Individu yang menghasilkan prasarana dan persekitaran yang
kondusif serta sistem perkhidmatan yang berkesan.
RE
KA
YA
SA
PR
AS
AR
AN
A
ANUGERAH BITARA REKAYASA PRASARANA
KOLEJ PENDETA ZA’BA
Ringkasan:
Bermotokan ‘From Passion to Profit’ Kolej Pendeta Za’ba (KPZ) telah melakukan rekayasa prasarana meliputi
beberapa rekayasa ke atas kemudahan penginapan pelajar termasuk penukaran perabot dan kunci 1600 bilik
asrama, pembangunan kemudahan sukan dan rekreasi, transformasi 23 buah ruang perniagaan dan penjanaan,
transformasi pusat pentadbiran dan kemudahan pelajar serta rekayasa lestari dengan penekanan kepada
penghijauan kolej, pengaliran air bersih dan inovasi sistem pembuangan sampah. KPZ juga telah berjaya
menjimatkan RM 120 000.00 kos penyelenggaraan pembersihan pada tahun 2015/16 hasil daripada kreativiti
pengurusan kewangan. ‘Passion’ tersebut telah melayakkan KPZ dianugerahkan Tempat Kerja Kondusif 2016,
Tempat Pertama Kolej Selamat 2012 dan naib johan Kolej Paling Selamat tahun 2013-2016.
Anugerah Bitara UKM 31
Anugerah Bitara UKM
Hadiah SAGUHATI
UNIT PEMBANGUNAN, FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
Ringkasan:
Memastikan penyelenggaraan bangunan, infrastruktur serta mekanikal dan elektrikal dirancang, diurus dan
dipantau dengan sempurna dan sistematik. Semua kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan kemudahan asas
dilakukan dengan segera dan menggunakan kos yang ekonomi disamping mengurus dan memantau kawasan
landskap supaya cantik, indah, harmoni dan selesa.
JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
Ringkasan:
Inovasi diserlahkan melalui pembentukan kumpulan pegawai infra yang terdiri daripada kakitangan pelbagai
jawatan, namun bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran & pengajaran dan suasana kerja,
dari segi pembuktian, belum diserlahkan secara nyata-aspirasi kemudahan yang ingin dinaiktaraf.
KOLEJ KERIS MAS
Ringkasan:
Melaksanakan amalan penyelenggaraan prasarana fizikal terbaik, Penjimatan kos penyelenggaraan, mendapat
pengiktirafan pihak berkepentingan dan mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran & pengajaran
dan suasana kerja.
RE
KA
YA
SA
PR
AS
AR
AN
A
32
ANUGERAH BITARA
BAHASA MELAYU Anugerah Bitara Bahasa Melayu bertujuan memberi pengiktirafan kepada
PTJ/Individu yang cemerlang dalam memartabatkan Bahasa Melayu.
Anugerah Bitara UKM
ANUGERAH BITARA BAHASA MELAYU
Kategori AKADEMIA BAHASA MELAYU
PROF. MADYA DR. FAZAL MOHAMED MOHAMED SULTAN
Ringkasan:
Sejak berkhidmat di UKM pada tahun 2007, kejayaan mendapat Dana Galakan pada tahun 2007, Geran GUP
sebanyak RM103,000 dan Geran Fundamental (FRGS)sebanyak RM70,000 daripada Kementerian Pengajian
Tinggi iaitu FRGS pada tahun 2008 telah membantu saya menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dalam bahasa
Melayu. Hasil kajian penyelidikan daripada dana-dana yang diperoleh, saya telah berjaya menghasilkan pelbagai
jenis penulisan dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada sebuah buku hasil daripada tesis PhD cemerlang yang
telah diulang cetak, 32 artikel di dalam jurnal SCOPUS, 7 buah buku suntingan dan 19 bab dalam buku, 24 kertas
kerja yang diterbitkan sebagai prosiding dan pelbagai penulisan popular.
34
BIT
AR
A B
AH
AS
A M
EL
AY
U
Kategori PENTERJEMAHAN KARYA ILMU DALAM BAHASA MELAYU
DR. INTAN SAFINAZ BT. ZAINUDIN
Ringkasan:
Saya merupakan salah seorang penterjemah yang terlibat dengan projek terjemahan buku ‘A Compact History of
Mexico’ ke dalam Bahasa Melayu iaitu Intisari Sejarah Mexico Baharu. Projek ini merupakan usaha IKMAS UKM
dan Kedutaan Mexico di Malaysia. Buku terjemahan yang bertajuk ‘Intisari Sejarah Mexico Baharu’ diterbitkan
oleh Penerbit UKM.
BIT
AR
A B
AH
AS
A M
EL
AY
U
Anugerah Bitara UKM 35
Anugerah Bitara UKM
Kategori AHLI AKADEMIK (BUKAN WARGANERAGA) YANG MEMARTABATKAN BAHASA
MELAYU DALAM BIDANG SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
SAGUHATI
PROF. MADYA DR. ALI SALMAN
Ringkasan:
Sepanjang berkkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebuah universiti yang mendaulatkan
Bahasa Melayu, saya terlibat dalam pengajaran yang disampaikan dalam Bahasa Melayu, begitu juga dengan
penyeliaan tesis dan viva pelajar di peringkat pra siswazah dan siswazah. Di samping itu, terdapat juga beberapa
artikel jurnal dan bab dalam buku yang saya tulis dalam Bahasa Melayu di samping penulisan popular dalam
akhbar dan beberapa majalah di Malaysia (cth: Al-Islam). Saya juga pernah ditemubual oleh Astro Awani melalui
siaran langsung. Saya ada terlibat dalam khidmat masyarakat yang di sampaikan dalam Bahasa Melayu (cth:
Bengkel Bahasa Ingeris) di apartment Seri Tanjung, Bandar Baru Bangi dan juga penceramah jemputan (cth: ILIM,
JPJ).
36
BIT
AR
A B
AH
AS
A M
EL
AY
U
ANUGERAH BITARA
PENERBITAN Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada Individu yang
mempunyai karya ilmiah yang diterbitkan dalam pelbagai jenis penerbitan
yang berimpak tinggi dan memberi sumbangan kepada bidang ilmu.
Anugerah Bitara UKM
ANUGERAH BITARA PENERBITAN
Kategori MAKALAH
PROF. DR. KHAIRUL ANWAR BIN MASTOR
Ringkasan:
Makalah yang ditulis adalah hasil penyelidikan bersama dengan penyelidik-penyelidik dari 23 buah negara melalui
geran projek Intramural Research Program NIH-APPOC – Adolescent Personality Project of Culture yang diketuai
oleh Dr Robert McCrae, Laboratory of Personality & Cognition, NIA, NIH, Baltimore, Maryland, USA dan geran
National Research Foundation-Flanders (Grant 1200613N). Saya terlibat sebagai ahli penyelidik bersama kerana
instrumen NEO Personality Inventory-3 (McCrae, Costa, & Martin, 2005) adalah ubahsuaian NEO PI-R yang telah
saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu (Mastor et al, 2000). Tujuan utama kajian ialah untuk menyelidiki
secara komprehensif faktor budaya dan umur yang berbeza ke atas perbezaan jantina dalam personaliti ke atas
4,850 data kajian. Sejak awal kajian dijalankan bermula dari penulisan proposal, penyediaan instrumen,
rekabentuk dan analisis data serta perbincangan, komunikasi adalah melalui email dan juga perbincangan dalam
beberapa persidangan antarabangsa dan mesyuarat pakar bidang (expert meeting). Kehadiran saya tersebut telah
dibiayai oleh dana Universiti Penyelidikan UKM. Jaringan penyelidikan dalam bentuk keahlian dalam kumpulan
penyelidikan tersohor dalam bidang (saya sertai sejak tahun 2005 hingga kini) sememangnya salah satu strategi
penting dan berkesan bagi penerbitan artikel jurnal berimpak tinggi dan kuartil 1.
H indeks saya pada Okotber 2016 : (SCOPUS = 13) & (Google Scholar = 16)
Citation keseluruhan: (SCOPUS= 617) & (Google Scholar= 1127)
Bersama para penyelidik yang turut serta semasa Expert Meeting di
Dubronick, Croatia
Institute fur Psychologie, Humboldt
University, Berlin Bersama Dr Robert McCrae di NIH
38
BIT
AR
A P
EN
ER
BIT
AN
Kategori MAKALAH
PROF. DATIN DR. NORLINAH MOHAMED IBRAHIM
Ringkasan:
Saya menyertai projek Global Burden of Diseases (IHME) sejak 2013 sebagai kolaborator. Data diperolehi
daripada 35,620 sumber daripada 188 buah negara. Bandingan insiden, prevalens dan YLD (years lived with
disability) dianalisa secara global dan regional bagi tahun 1990 dan 2013 menggunakan computational kluster
( DisMod-R-2.0). Di Malaysia, penyakit-penyakit yang dikenalpasti sebagai punca utama YLD ialah sakit belakang,
diabetes, anxiety, major depressive disorder,COPD, migraine, neck pain dan kekurangan iron. Hasil kajian dapat
memberikan trend penyakit kronik bagi sesebuah negara dan seterusnya dapat membantu pihak yang
bertanggungjawab mengambil inisiatif atau langkah bagi mencegah atau mengatasi masalah tersebut khusus bagi
negara tersebut
H index : 17 (Google Scholar)
Citations: 1446(Google Scholar) BIT
AR
A P
EN
ER
BIT
AN
Anugerah Bitara UKM 39
Anugerah Bitara UKM
Kategori BUKU
PROF. DATO’ IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
Buku : Perancangan Pengangkutan Bandar
Ringkasan:
Buku ini ditulis untuk pelajar-pelajar yang ingin berkecimpung dalam bidang Pengangkutan bandar dan juga
jurutera professional yang merancang, melaksana dan mengurus pengangkutan bandar. Ia menerangkan langkah-
langkah yang perlu dilakukan ketika hendak melakukan perancangan jangka pendak dan jangka panjang,
melakukan penilaian terhadap projek-projek yang hendak dilaksanakan dan memberikan cadangan-cadangan
untuk perlaksanaan kemudahan pengangkutan bandar. Termasuk dalam penerangan buku ini ialah kajian sosio-
ekonomi, kejuruteraan, aliran tunai dan kesan alam sekitar.
40
BIT
AR
A P
EN
ER
BIT
AN
Kategori BUKU
DR. SALMY EDAWATI YAACOB
Buku : Dilema Dinar Emas
Ringkasan:
Buku ‘Dilema Dinar Emas’ adalah hasil karya asli dari tesis PhD ‘Dinar Emas dan Mekanisme Pelaksanaannya
dalam Ekonomi Semasa’. Tesis ini mendapat penganugerahan Tesis Terbaik oleh Yayasan Nurul Yaqeen
(Timbalan Perdana Menteri Malaysia) pada tahun 2012. Projek Penerbitan Buku dari Tesis di bawah kelolaan Naib
Canselor UKM pada masa itu telah memilih tesis ini sebagai 10 terbaik untuk penerbitan buku. Buku terbitan
Penerbit UKM ini juga sedang dalam proses mendapatkan indeks ISI Thomson Reuters. Selain menjadi bacaan
santai masyarakat awam, buku ini juga menjadi rujukan tambahan subjek Citra Keusahawanan Islam dan
Pelaburan Emas LMCU1422 yang disertai lebih 300 orang pelajar. Sehingga hari ini buku ini sudah terjual lebih
100 naskah di pasaran.
BIT
AR
A P
EN
ER
BIT
AN
Anugerah Bitara UKM 41
ANUGERAH BITARA
PENGKOMERSIALAN PRODUK Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada inovasi
yang mempunyai impak yang besar dan signifikan, yang mampu memberi
pulangan kormersil dan sumbangan yang besar kepada bidang ilmuan,
kemajuan universiti dan Negara.
BIT
AR
A P
EN
GK
OM
ER
SIL
AN
PR
OD
UK
ANUGERAH BITARA PENGKOMERSILAN PRODUK
ENCIK MOHAMAD HANIF BIN MD SAAD (KETUA PROJEK)
PROF DR AINI HUSSAIN ( PENYELIDIK BERSAMA)
Ringkasan:
CAISERTM is a platform technology that enables the creation of software or systems for integrated event
processing purposes. CAISERTM receives Simple Events notification from Event Producers such as smart CCTV
System, Telemetry/SCADA systems (sensors, PLC, RTU), network monitoring system and user messages via
various Communication Channel such as email, SMS, Telegram, TCP, Skype, Twitter, OPC, DCOM and web-
service. CAISERTM analyzes the Simple Events sequence and their temporal and spatial correlation with other
Simple Events and previously detected Complex Events to identify current Complex Events. Next, it processes
these events (Simple and Complex) to generate mitigation action for events that requires mitigation. The mitigation
actions are conveyed via the Communication Channel to Event Consumers (user, operators, technicians, etc.) and
executed by Event Actors (robot, automation system, alarm system, Mechatronics System etc) automatically
CAISER Main IDE PUMA Pump House Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) UKM
Sistem Notifikasi dan Amaran Awal (SNAA),
Putrajaya
Smart Surveillance System (Sekitar) untuk Makmal
Inovasi 2 , FKAB, UKM
Dam Monitoring System untuk
Perbadanan Putrajaya
Anugerah Bitara UKM 43
Anugerah Bitara UKM 44
AN
UG
ER
AH
BIT
AR
A U
KM
SENARAI PENGERUSI ANUGERAH
Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Jawatankuasa Anugerah Bitara UKM Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat Jawatankuasa Anugerah Bitara Pendidik Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar Jawatankuasa Anugerah Bitara Sarjana Jawatankuasa Anugerah Bitara Penerbitan Jawatankuasa Anugerah Bitara Pengkomersilan Produk Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah Jawatankuasa Anugerah Bitara Keterlibatan Industri dan Masyarakat Tuan Haji Abd Razak bin Hussin Jawatankuasa Anugerah Keunggulan Perkhidmatan Prof. Dr. Nor Ghani bin Md. Nor Jawatankuasa Anugerah Bitara Pendanaan Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal Jawatankuasa Anugerah Rekayasa Prasarana Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin Jawatankuasa Anugerah Bahasa Melayu Prof. Dato’ Ir. Dr. Marzuki Mustafa Sekretariat Anugerah Bitara UKM
VARSITI KITA
Lihat kampus ku yang tenang
Damainya alam ciptaan tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
Amal dan jerih digabungkan
Lautan ilmu kita harungkan
Sumber ilmuan berkembangan
Inilah varsiti kita
Ditegakkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita
Bangun berbakti membina
Memupuk insan jiwa bertakwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat ungulnya
Membina negara sentiasa
Maju berilmu dan bahagia
Anugerah Bitara UKM 43
AN
UG
ER
AH
BIT
AR
A U
KM
Susunan dan Rekabentuk oleh Pusat Strategi UKM@Barudin2016
top related