lokman hakim b. muhammed · 2013-11-19 · 2.5 e-book 21 2.6 teori konstruktivisme 22 2.6.1 ... x...
Post on 02-Mar-2019
220 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN
MOODLE BAGI TAJUK RATIOS, RATES AND PROPORTIONS 11
TINGKATAN TIGA
LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan : ……………………………
Nama Penyelia : Prof. Dr. Ismail Bin Kailani
Tarikh : …………………………….
i
PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BAGI
TAJUK RATIOS, RATES AND PROPORTIONS 11 TINGKATAN TIGA
LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………….
Nama Penulis : LOKMAN HAKIM B. MUHAMMED
Tarikh : 7 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Untuk bonda tersayang,
ZARIYANAH BT YAHYA
Doa, jasa, dan pengorbanan bonda sentiasa dalam ingatan kini dan selamanya
Tiada kasih yang lebih luhur selain kasihmu
Terima kasih bonda
Kekanda-kekanda yang dikasihi,
SUFIAN THAURI B. MUHAMMED
AMINAH BT MUHAMMED
FATIMAH BT MUHAMMED
NORZAHRAH BT MUHAMMED
Terima kasih atas doa dan perhatian kalian
Dan
Buat sahabat-sahabatku,
Sekalung budi di atas segala galakan, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui, dengan limpah
kurnia sempurnalah projek Sarjana Muda ini dengan hasil yang cukup baik dan
memberangsangkan.
Pertamanya, terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberikan kata-kata
semangat dan dorongan yang iltizam di dalam menempuh pengajian di universiti.
Terima kasih juga diberikan kepada Penyelia Projek Sarjana Muda, Prof. Dr.
Ismail Kailani atas cadangan dan kritikan yang diberikan dan memberikan impak yang
positif dan mendalam dalam penghasilan projek ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa mengambil berat
perihal diri ini dan membantu di saat susah. Dengan bantuan kalian penghasilan projek
ini dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan.
Akhirnya kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan yang sentiasa
memantau serta menilai diri ini dari semasa ke semasa.
Dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dangan penghasilan projek
sarjana muda ini. Terima kasih diucapkan.
v
ABSTRAK
Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan
pembelajaran berpusatkan pelajar. Projek ini bertujuan untuk membangunkan web portal
dengan menggunakan pendekatan konstruktivisme sosial bagi tajuk Ratios, Rates and
Proportions ll. Web portal ini dibangunkan dengan menggunakan MOODLE sebagai
tapak dan berasaskan model ADDIE. Ia turut menyediakan pelbagai jenis aktiviti
pembelajaran selaras dengan kehendak KBSM. Aktiviti seperti Quiz, Forum, Chat,
Journal dan Assignment membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru sekaligus
mengatasi masalah kekangan masa di dalam kelas. Web portal yang diperkuatkan
dengan video dan animasi ini diharap dapat memudahkan pemahaman kepada para
pelajar tingkatan tiga yang merupakan kumpulan sasaran.
vi
ABSTRACT
Web based learning is viewed as an effective means of delivering courses in the
process of teaching and learning as this medium can support student-centered
learning.The purpose of this project is to develop web portal based on social
constructivism approaches for the topic Ratios, Rates and Proportions ll. This web
portal was developed using MOODLE as a base and ADDIE’S model for its deign. It
prepared a variety of teaching and learning activities which was suit with KBSM
programme. Activities like Quiz, Chat, Forum and Assignment allowed students to
interact with teachers and at the same time avoid time consuming problems in class.
Web portal with video and animation hopefully can help form three students which was
the target group to understand this topic better.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiv
LAMPIRAN xv
1 PENGENALAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar belakang masalah 3
1.2 Penyataan Masalah 5
1.3 Objektif Projek 5
1.4 Kerangka Kajian 6
1.41 Kerangka Teori 6
1.4.2 Kerangka Projek 7
viii
1.5 Kepentingan Projek 8
1.5.1 Pelajar 8
1.5.2 Guru 8
1.5.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 9
1.5.4 Ibu bapa dan Masyarakat 9
1.6 Batasan Pembangunan 9
1.7 Definasi Istilah 9
1.7.1 Internet 10
1.7.2 Pembangunan 10
1.7.3 Web portal Pendidikan 10
1.8 Penutup 11
2 SOROTAN KAJIAN 12
2.0 Pendahuluan 12
2.1 Masalah Pembelajaran Matematik 13
2.1.1 Masalah Pembelajaran Topik 14
2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 15
2.3 E-Pembelajaran 16
2.3.1 Kebaikan E-Pembelajaran 16
2.3.2 Kelemahan E-Pembelajaran 18
2.4 MOODLE 19
2.4.1 Kelebihan MOODLE 20
2.5 E-Book 21
2.6 Teori Konstruktivisme 22
2.6.1 Konstruktivisme Sosial 24
2.7 Penutup 25
3 METODOLOGI 27
3.0 Pengenalan 27
ix
3.1 Rasional Pemilihan Model ADDIE 27
3.2 Model Rekabentuk Pengajaran: ADDIE 28
3.2.1 Fasa Pertama : Analisis 29
3.2.1.1 Analisis Kumpulan Sasaran 29
3.2.1.2 Analisis Maklumat dan Iisi Pelajaran 29
3.2.1.3 Analisis Keperluan Perkakasan 30
3.2.1.4 Analisis Keperluan Perisian 30
3.2.2 Fasa Kedua : Rekabentuk 30
3.2.2.1 Reka Bentuk Informasi 30
3.2.2.2 Reka Bentuk Interaksi 31
3.2.2.3 Reka Bentuk Antaramuka 31
3.2.3 Fasa Ketiga : Pembangunan 32
3.2.4 Fasa Keempat : Perlaksanaan 33
3.2.5 Fasa Kelima : Penilaian 33
3.3 Perisian yang Digunakan 34
3.4 Penutup 34
4 WEB PORTAL ‘ RATIOS, RATES AND PROPORTIONS ll’ 35
4.0 Pengenalan 35
4.1 Skrin ‘Log in’ 35
4.2 Skrin ‘Main Menu’ 38
4.3 Penghasilan Bahan E-Pembelajaran 39
4.3.1 Notes 39
4.3.2 Aktiviti 41
4.3.2.1 Learning Outcome 42
4.3.2.2 Quiz 42
4.3.2.3 Forum 44
4.3.2.4 Assignment 45
4.3.2.5 Others 46
4.4 Multimedia dalam Web Portal 49
x
4.4.1 Teks 49
4.4.2 Video 49
4.4.3 Animasi 50
4.5 Penutup 53
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 54
5.0 Pengenalan 54
5.1 Perbincangan 54
5.2 Kelebihan dan Kelemahan 55
5.2.1 Kelebihan Web Portal 56
5.2.2 Kelemahan Web Portal 57
5.3 Masalah Semasa Penghasilan Projek 58
5.3.1 Kepakaran yang Terhad 58
5.3.2 Capaian Internet 58
5.3.3 Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran 59
5.4 Cadangan 59
5.5 Penutup 60
RUJUKAN 61
LAMPIRAN A : Pengesahan Pelajar UTM 64
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 Pandangan Pelajar Tentang Masalah Yang 6
Dihadapi Semasa Pembelajaran Matematik
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Kerangka kajian 6
3.1 Model ADDIE 28
4.1 Paparan ‘log in’ 36
4.2 Paparan ‘Create New Account’ 37
4.3 Paparan Topik Matematik Sekolah Menengah 37
4.4 Paparan ‘Main Menu’ 38
4.5 Paparan Pilihan Nota 40
4.6(a) Paparan Datuk Lee Chong Wei Memberi Penerangan 40
4.6(b) Paparan Alex Young Memberi Penerangan 41
4.7 Paparan ‘Learning Outcome’ 42
4.8(a) Paparan Soalan Kuiz 43
4.8(b) Paparan Soalan Kuiz Selepas Disemak 44
4.9 Paparan Forum 45
4.10 Paparan ’assignment’ 46
4.11(a) Paparan ‘Crossword’ 47
4.11(b) Paparan ‘matching’ 48
4.12 Paparan ‘Glossary’ 49
4.13 Paparan Journal 49
4.14 Paparan Video 50
4.15(a) Paparan Objek Bergerak 1 51
4.15(b) Paparan Objek Bergerak 2 51
4.15(c) Paparan Objek Bergerak 3 51
xiii
4.16(a) Paparan Contoh Animasi Pada ’Main Menu’ 52
4.16(b) Paparan Contoh Animasi Pada ‘Main Menu’ 52
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN PENERANGAN ADDIE Analyze, Design, Development, Implementation, Evaluation
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
WWW World Wide Web
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu
yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan
Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus
pembangunan yang berasaskan teknologi canggih ini di mana teknologi ini juga
digunakan secara meluas di dalam bidang pendidikan. Aspek teknologi telah
digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan
memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Teknologi
sememangnya amat diperlukan kerana ianya sangat membantu terutama dalam sistem
pendidikan kini. Sebagai media tutorial, komputer memiliki keunggulan dalam hal
interaksi, menumbuhkan minat belajar sendiri serta dapat disesuaikan dengan kebolehan
dan minat pelajar
E-Pembelajaran merupakan salah satu dari teknologi komputer yang kian
berkembang. E-Pembelajaran atau juga disebut sebagai ‘E-Learning’ adalah kaedah
pembelajaran secara elektronik dan digital. Ia telah lama diketengahkan oleh intelektual
pendidikan dunia dan Malaysia. Teknologi ini kian menular di peringkat sekolah setelah
diaplikasikan di institut pengajian tinggi sebelum ini. E-Pembelajaran yang akan
diketengahkan ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk
2
membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas. Pelajar tidak hanya memperolehi
maklumat melalui buku tetapi terus dengan mengakses laman web yang berkenaan.
Menurut Roslai di dalam Berita Harian(2006) antara kelebihan e-pembelajaran
termasuk kos lebih rendah, jangkauan lebih luas, dan kaedah lebih baik untuk
menilai keputusan latihan.
Dalam membangunkan web portal ini pembangun menggunakan
konstruktivisme sebagai model pembelajaran. Menurut model konstruktivisme,
pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif di mana pelajar membina idea atau
konsep baru berasaskan kepada pengetahuan sedia ada. Teori konstruktivisme
menjadi landasan falsafah kepada rasional penggunaan komputer dalam proses
pembelajaran.
Pembangunan bahan e-learning (web portal) ini adalah berasaskan model
ADDIE iaitu ia melibatkan satu model reka bentuk yang sering menjadi asas kepada
model-model rekabentuk instruksi yang lain. Proses-proses yang terdapat dalam
rekabentuk Model ADDIE memudahkan pembangun untuk menilai dan
memperbetulkan perisian. Ini kerana penilaian formatif yang dijalankan bagi setiap
fasa dalam model ini akan membawa pembangun balik ke fasa asal
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menyokong penuh penerapan
teknologi berbantu komputer dalam sistem pendidikan kini. Ada dinyatakan bahawa
budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori
kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan
menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Bagi menyediakan guru yang mahir
dalam menggunakan komputer pihak Kementerian Pelajaran Malaysia turut
mengadakan kursus-kursus penggunaan komputer untuk melatih para guru dalam
melaksanakan teknologi ini dalam pengajaran di sekolah.
3
1.1 Latar Belakang Masalah
Matematik merupakan matapelajaran yang wajib dipelajari oleh semua
pelajar sama ada di peringkat rendah atau menengah. Ramai pelajar sering
menganggap matematik sebagai matapelajaran yang sukar dan mencabar. Justeru
adalah menjadi tanggungjawab pihak Kementerian Pendidikan dan golongan
pendidik untuk mencari kaedah baru bagi membolehkan pelajar berasa seronok
dalam mempelajari subjek ini.
Fajar Bakti(2006) menyatakan tajuk Ratios, Rates and Proportions ll adalah
berkait rapat dengan kehidupan seharian dimana di dalam bab ini terkandung
subtopik seperti kadar, laju, purata laju dan pecutan. Teknik pengajaran yang sesuai
bagi tajuk yang berkaitan dengan kehidupan seharian adalah konstruktivisme dimana
mengikut pandangan teori konstruktivisme, pelajar telah mempunyai idea tersendiri
mengenai kejadian suatu fenomena sebelum memasuki bilik darjah. Pelajar membina
realiti mereka sendiri atau mentafsir realiti berasaskan persepsi pengalaman mereka
(Good & Brophy, 1990). Liew dan Wan Muhamad Saridan(1991) yang mengatakan
apabila seseorang pelajar didedahkan kepada isi pelajaran yang baru, pelajar tersebut
akan mentafsir dan mencari makna bagi isi pelajaran yang baru itu berdasarkan
konsep-konsep yang biasa ditemui. Apabila konsep konsep ini menjadi kukuh dalam
pemikiran dan struktur kognitif para pelajar, menyebabkan ia sukar dan susah untuk
diubah.
Maka untuk memudahkan pemahaman pelajar, kaedah penyampaian mata
pelajaran matematik haruslah diubahsuai daripada pendekatan tradisi kepada
pendekatan alternatif yang lain seperti penerokaan, penemuan kendiri, simulasi,
pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran masteri dan sebagainya menerusi
perisian multimedia interaktif yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar masa kini memerlukan rangsangan
yang pelbagai untuk memotivasikan mereka untuk belajar. Minat untuk mereka
belajar akan berkurang sekiranya tiada rangsangan yang pelbagai. Kaedah
pengajaran secara tradisional menimbulkan rasa kebosanan dan kurang menarik jika
dibandingkan dengan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian
4
seperti komputer mampu menimbulkan rangsangan positif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Komputer memainkan peranan yang penting dalam pendidikan
matematik. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang diajar.
Cockcroft(1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah
mengubahkan kepentingan sesuatu topik dalam matematik
Satu kaedah pembelajaran menggunakan komputer yang popular masa kini
adalah melalui web. Mengikut Baharuddin Aris et al (2003), melalui kaedah
pembelajaran web, suatu aspek yang penting adalah penglibatan pelajar kepada
proses pembelajaran. Pelajar yang terlibat akan berinteraksi secara aktif dalam
mendapatkan maklumat dan pengetahuan samada sesama pelajar sendiri mahupun
interaksi bersama penyelia mereka. Nolan & Martin (1994) dalam Wan Mohd Shukri
(2003), menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan
Internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar
didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal.
Oleh sebab itu, pembangun memilih untuk membangunkan web portal bagi
tajuk Ratios, Rates and Proportions ll yang dipelajari oleh pelajar tingkatan 3 dengan
menggunakan moodle sebagai tapak dimana pelajar bebas untuk mencari maklumat
tanpa dikenakan bayaran. Teori pembelajaran yang digunakan adalah teori
konstruktivisme dimana ia menekankan kepada kegiatan pelajar. Menurut Holzer
(1994), implikasi teori konstruktivisme terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah
pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran masing-masing manakala guru hanya
dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif.
Melalui laman web yang dihasilkan ini, pembelajaran kendiri akan dapat dibentuk di
mana pelajar akan belajar dengan sendirinya yang melibatkan interaksi antara pelajar
dengan komputer.
5
1.2 Pernyataan Masalah
Proses pengajaran dan pembelajaran dengan berbantu komputer sudah lama
diperkenalkan di sekolah-sekolah. Pihak kementerian turut menyediakan
kemudahan-kemudahan seperti komputer riba dan CD pembelajaran kepada guru-
guru dan sekolah bagi merealisasikan matlamat ini. Selepas menjalani sesi latihan
mengajar, pembangun telah melihat kesukaran pelajar- pelajar tingkatan 3 dalam
memahami tajuk Ratios, Rates and Proportions ll dimana di dalam tajuk ini pelajar
akan didedahkan dengan konsep kadar, laju, purata laju dan pecutan. Sehubungan
dengan itu, kesukaran pelajar dalam memahami topik tersebut telah menimbulkan
minat kepada pembangun untuk membantu para pelajar memahami konsep dalam
Ratios, Rates, and Proportions ll dengan lebih mendalam. Ini kerana komputer dapat
memberi pembelajaran secara berulang-ulang. Pembelajaran secara berulang akan
memberikan kesan atau ingatan yang lebih baik dari sebelumnya (Clement, 1994).
1.3 Objektif Projek Objektif yang ingin dicapai oleh pembangun adalah
i. Membangunkan web portal berasaskan moodle bagi subjek Matematik
Tingkatan 3 bertajuk ‘ Ratios, Rates and Proportion ll’.
ii. Mengisi web portal dengan bahan bantu pengajaran untuk guru dan bahan
sokongan pembelajaran pelajar.
top related