laporan projek transformasi landskap
Post on 04-Dec-2015
307 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
laporan PROJEK internshipSK PASIR PUTEH KENINGAUIPG KAMPUS DARUL AMAN
LAPORAN PROGRAM :TRANSFORMASI LANDSKAP
BANGUNAN PENDIDIKAN KHAS
TARIKH :5 HINGGA 26 OKTOBER 2015
DISEDIAKAN OLEH :NURDIYANAH BINTI JINLI
931006-12-6292PISMP AMBILAN JANUARI 2012
PENDIDIKAN KHAS-MP-PR-4
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA GURU PELATIH : Nurdiyanah Binti Jinli
PROGRAM : PISMP Semester 8 Ambilan Januari 2015
NAMA SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Peti Surat 466,
Jalan Luagan, 89008, Keningau, Sabah.
NAMA PROJEK/AKTIVITI : Transformasi Landskap
TEMPOH PELAKSANAAN : 3 Minggu
TARIKH : 5 hingga 26 Oktober 2015
MASA : 7.30 Pagi – 12.00 Tengahari
TEMPAT : Kawasan Bangunan Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh,
Keningau.
MATLAMAT :
1) Menambahbaik landskap kawasan bangunan pendidikan khas
Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Keningau Sabah.
2) Membantu mewujudkan suasana kondusif bagi para murid dan
guru yang berada di sekolah ini.
OBJEKTIF :
1) Meningkatkan keceriaan melalui hiasan luaran pada bangunan
sekolah pendidikan khas.
2) Mencantikkan ruangan luar bangunan pendidikan khas untuk
mewujudkan suasana aman dan kondusif.
3) Merapatkan silaturahim antara murid dengan rakan-rakan dan di
antara murid dengan guru-guru.
STRATEGI PELAKSANAAN :
1) Guru pelatih berbincang dengan guru-guru PPKI SK Pasir Puteh untuk
merangka awal projek.
2) Guru pelatih berbincang dengan pihak pentadbir sekolah untuk
mendapatkan persetujuan bagi melaksanakan projek yang dipilih.
3) Guru pelatih menyediakan kertas cadangan projek.
4) Guru pelatih berbincang dengan pentadbir sekolah lagi sekali bagi
memuktamadkan perjalanan perlaksanaan projek, sumber kewangan,
perbelanjaan serta mendapatkan kelulusan.
5) Surat yang telah disahkan diluluskan oleh pihak pentadbir sekolah
dimaklumkan kepada guru-guru PPKI SK Pasir Puteh.
6) Taklimat diberikan kepada guru pelatih sebelum program berlangsung.
7) Projek dijalankan oleh guru pelatih pada hari yang telah ditetapkan.
REFLEKSI :
1) Kekuatan Projek / Aktiviti :
Murid-murid dan guru-guru berpeluang untuk menikmati pemandangan
suasana kawasan bangunan kelas baru yang lebih ceria dan bersih.
Pihak pentadbir, guru-guru sekolah dan guru-guru pelatih lain yang terlibat
sudi memberi kerjasama yang sepenuhnya serta membantu bagi
melancarkan perjalanan projek.
Semua murid dapat menyertai program secara menyeluruh dalam setiap
aktiviti yang dijalankan.
Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmoni
dengan persekitaran landskap yang indah dan ceria.
Guru pelatih terlibat mempamerkan sikap kerjasama dan sifat tolong-
menolong antara satu sama lain dengan baik sewaktu aktiviti
dilaksanakan.
Keadaan disiplin murid adalah terkawal sepanjang projek berlangsung.
Projek dapat berjalan dengan lancar dengan jayanya tanpa gangguan
kekangan masa serta masalah-masalah membimbangkan yang tidak
diinginkan.
2) Kelemahan Projek / Aktiviti :
Pihak pentadbir sekolah kurang menyediakan dana kepada guru pelatih
untuk melaksanakan projek. Guru pelatih dan guru-guru pendidikan khas
sekolah menggunakan dana sendiri untuk membeli dan menyediakan
peralatan projek yang diperlukan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
1) Peruntukkan dana perlu disediakan dengan lebih awal bagi memudahkan
pelaksanaan sebarang projek melibatkan program pendidikan khas pada
masa yang akan datang.
2) Pihak sekolah juga boleh melaksanakan program yang seperti ini dengan
membawa penglibatan bersama-sama dengan guru-guru daripada aliran arus
perdana
3) Masa yang lebih panjang sepatutnya diperlukan bagi melaksanakan projek
seperti ini. Dengan cara ini, projek secara tidak langsung boleh dilakukan
secara tempoh yang singkat.
KESIMPULAN :
Projek yang dirancang telah dapat dijalankan dengan baik dan mencapai
matlamat serta objektif projek yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan pada
kertas kerja projek dan sewaktu sesi mesyuarat. Dalam pada itu, aspek kekuatan projek
akan terus diperkukuhkan dan manakala aspek kelemahan projek yang telah berlaku
akan diperbaiki lagi pada masa akan datang. Justeru itu, projek seperti ini sewajarnya
perlu diteruskan oleh pihak sekolah supaya dapat memberikan suasana persekitaran
kawasan sekolah yang sentiasa baru kepada murid-murid untuk menjalani sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah dalam keadaan yang seronok, ceria
dan selesa pada masa hadapan.
top related