laporan mentor d10 nurul huda binti mohd noor
Post on 16-Dec-2015
54 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
LAPORAN MENTOR MENTEE KUMPULAN PI080D10
Nama Program : Program Jalinan Ukhwah
Tarikh Program : 9 & 10 Februari 2013 ( Sabtu & Ahad )
Tempat Program : Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang
Penganjur : Pusat Asasi UiTM Puncak Alam
Peserta : Kumpulan PI080D10
Pensyarah Pengiring : Puan Nurul Huda Binti Mohd Noor
Ringkasan Perjalan Program :
Pada 9 Februari, kami berkumpul di Kolej Angsana pada jaml 8.15 pagi. Tepat jam 9.00 pagi,
kami bertolak ke Bentong dengan menaiki bas yang telah disediakan. Atas kesesakan lalulintas
yang tidak dapat dielakkan, kami tiba di Dusun Eco Resort pada jam 2.00 petang. Ketibaan kami
disambut baik oleh Encik Wan yang merupakan salah seorang staf Dusun Eco Resort.
-
Selamat tiba di Dusun Eco Resort
-
Bergambar beramai-ramai di perkarangan pintu masuk Dusun Eco Resort
-
Memandangkan perjalanan dari pintu masuk ke kawasan aktiviti Dusun Eco Resort
adalah sejauh 5 km dan berliku-liku, kami dimaklumkan bahawa kami perlu menaiki trak yang
disediakan oleh pihak Dusun Eco Resort untuk tiba di kawasan aktiviti tersebut. Secara tidak
langsung, kami berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi sepanjang perjalanan ke
kawasan tersebut.
Tiba di Dusun Eco Resort dengan menaiki trak
Setibanya kami di sana, kami diberi tak taklimat ringkas tentang peraturan dan aktiviti-
aktiviti yang bakal kami lakukan. Kami berasa amat teruja kerana kami dimaklumkan bahawa
kami akan melakukan aktiviti-aktiviti yang akan menguji kecekalan dalam menempuh rentas
halangan seperti aktiviti jungle trekking . Sebelum aktiviti bermula, kami makan tengah hari
terlebih dahulu. Kemudian, kami mengagihkan kunci bilik kepada setiap ketua kumpulan. Kami
-
diberi masa 30 minit untuk solat dan mempersiapkan diri. Kami memilih untuk menginap di
chalet kerana ianya lebih selesa dan lebih kondusif.
Encik Wan memberikan taklimat keselamatan dan aktiviti
-
Makan tengah hari
-
Kawasan chalet
Aktiviti : Jungle Trekking
-
Kami berjaya tiba di puncak
Aktiviti jungle trekking memakan masa selama 2 jam. Aktiviti bermula pada jam 4.00
petang dan tamat pada jam 6.00 petang. Alhamdulillah, setiap halangan dalam hutan tersebut
berjaya kami hadapi. Aktiviti ini sedikit sebanyak telah meningkatkan keyakinan diri kami dalam
mengahadapi situasi yang mencabar.
Selepas itu, kami diberi masa 2 jam untuk solat dan merehatkan diri. Pada jam 8.00
malam, kami berkumpul semula untuk aktiviti seterusnya iaitu barbeque . Pada masa yang
sama, kami telah menjalankan dua permainan yang dijalankan secara individu dan
berkumpulan. Hadiah bagi pemenang juga telah kami sediakan.
-
Aktiviti : Barbeque
-
Aktiviti : Games penyampaian hadiah
Kami menjalankan aktiviti tersebut sehingga jam 11.00 malam. Alhamdulillah, segala
aktiviti pada hari Sabtu dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama semua peserta.
Pada keesokan harinya iaitu pada 10 Februari, Kami berkumpul di Dewan Makan untuk
bersarapan. Tanpa melengahkan masa, tepat jam 8.30 pagi, kami menjalankan aktiviti flying
fox . Aktiviti sangat mencabar dan menguji daya ketahanan seseorang. Namun begitu, setiap
peserta berjaya menjalankan aktiviti ini tanpa rasa takut. Sesudahnya tamat aktiviti ini, kami
-
melakukan aktiviti bebas sehingga jam 11.30 hari. Pada jam 12.30 hari kami bertolak ke UiTM
Puncak Alam.
Alhamdulillah, program Jalinan Ukhwah tamat dengan jayanya. Kami sangat berpuas
hati kerana objektif utama kami menjalankan aktiviti ini iaitu ingin menyemarakkan ukhwah
dalam kalangan peserta tercapai dengan jayanya. Para peserta juga telah memberikan
kerjasama dan komitmen yang sangat baik sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Masalah / kekangan yang dihadapi :
1. Mengikut perancangan yang telah ditetapkan, kami akan tiba di Dusun Eco
Resort pada jam 11.00 pagi kerana perjalanan dari Puncak Alam ke Bentong
hanya 2 jam. Namun atas kesesakan lalulintas yang tidak dapat dielakkan, kami
tiba di Dusun Eco Resort pada jam 2.00 petang, iaitu 3 jam lewat daripada waktu
yang ditetapkan. Jadi, kami terpaksa makan tengah hari dan bersiap untuk
aktiviti pada petang itu dengan tergesa-gesa.
Manfaat program kepada kami :
1. Dapat mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin dalam kalangan rakan sekelas dan
mentor.
2. Dapat memupuk semangat saling bekerjasama antara satu sama lain dalam
menyelasaikan sesuatu tugasan.
3. Dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang peserta dalam menghadapi situasi
yang mencabar.
4. Memantapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangan
peserta.
-
Cadangan penambahbaikan / Harapan :
1. Kami bercadang agar Pusat Asasi boleh meningkatkan lagi jumlah peruntukan yang
dibiayai agar peserta tidak perlu menambahkan wang mereka sendiri untuk
menjalankan aktiviti tersebut. Hal ini kerana tidak semua peserta mampu untuk
menambahkan wang mereka bagi menampung kos aktiviti yang diperlukan.
Kami berharap agar program yang bermanfaat ini dapat dijalankan dalam tempoh
yang lebih panjang dan dipenuhi dengan aktiviti- aktiviti yang berfaedah pada masa
akan datang.
Disediakan oleh : Nor Sueie Sofea Binti Abdullah
Jawatan : Setiausaha Program
No. Pelajar : 2012246086
top related