laporan di bandung

Post on 13-Aug-2015

248 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

3) PENGALAMAN PALING MENARIK DI BANDUNG - YANG MENCUIT HATI /

YANG MENGINSAFKAN / YANG MENARIK / YANG

MENDEBARKAN .

• Pengalaman yang saya rasakan paling menarik di Bandung ialah ketika melawat Yayasan Pondok Pesantren Miftahul Falah.

• Yayasan ini memiliki 3 madrasah iaitu madrasah Diniyah, madrasah Idtidaiyah dan madrasah Thanawiyah.

• Kunjungan ke sana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru dan pelajar.

• Apa yang menarik perhatian saya apabila berkunjung ke yayasan ini ialah setibanya kami di sini, kami dipersembahkan dengan persembahan nasyid yang dialunkan dalam bahasa Arab daripada pelajar perempuan.

• Seterusnya bacaan ayat suci al-Quran dan pujian ke atas Rasul s.a.w daripada pelajar lelaki.

• Kemudian, kami dibawa melawat ke sekitar yayasan Miftahul Falah yang diiringi oleh para guru madrasah.

• Saya berasa kagum dengan kesungguhan para guru melayani kunjungan kami dan juga para pelajar yang menunjukkan rasa suka dan gembira menerima kedatangan kami.

• Namun demikian, saya turut merasa simpati dan sedih melihat keadaan persekitaran sekolah yang agak kurang selesa jika dibandingkan dengan sekolah di Malaysia.

• Para peniaga datang dari luar untuk membuat jualan pada waktu rehat pelajar. Namun mereka hanya mampu menjual di atas tanah-tanah lecah yang tiada simen padanya.

• Tiada tempat khas yang diperuntukkan kepada mereka untuk berniaga. Akan tetapi para pelajar amat suka dengan makanan yang dijual dan mereka kelihatan amat gembira sekali.

• Kebanyakan daripada para peniaga memasak secara terus di tempat mereka berjual.

• Para pelajar juga diberi kesempatan untuk memasak makanan mereka sendiri.

• Seperti yang dapat dilihat di dalam gambar yang dipaparkan, keadaan sekolah di sana amat jauh berbeza dengan keadaan sekolah di Malaysia. Hal ini memberi kesedaran kepada saya untuk lebih bersyukur dan menghargai segala kurniaan dan nikmat yang ada.

ISLAM

4) PENGALAMAN DI BANDUNG YANG

BOLEH DIMANFAATKAN

DALAM KONTEKS TEKNOLOGI PENDIDIKAN

ISLAM

• Sepanjang kunjungan saya ke sana , apa yang dapat diperhatikan ialah, teknologi di Malaysia jauh lebih maju berbanding Indonesia.

• Namun begitu, mereka juga turut menggunakan LCD dan komputer riba di dalam setiap majlis. Misalnya, seminar dan forum.

• Di dalam setiap bilik kuliah, diletakkan CCTV bertujuan untuk memantau perlakuan pelajar ketika mana pensyarah tidak dapat hadir ke kelas.

• Untuk makluman, bilik kuliah di UIN, dikhaskan untuk setiap jurusan atau kos. Misalnya, jurusan Pen. Agama Islam ditempatkan di sebuah kelas dan mereka akan belajar di kelas itu sahaja, berbeza sekali dengan sistem belajar di Malaysia.

top related