laporan akhir ssmli wajib disediakan oleh setiap pelajar
Post on 27-Dec-2015
11 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Laporan akhir LI wajib disediakan oleh setiap pelajar, berasaskan kepada maklumat, pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi ketika menjalani LI tersebut. Laporan mestilah mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
Muka Depan Laporan (rujuk format)
Senarai Isi Kandungan
Bab 1 Pendahuluan • Tujuan dan Keperluan Latihan Industri
o Mengandungi tujuan/objektif, tempoh latihan industri diadakan serta penerangan tentang keperluan latihan industri untuk pengijazahan. • Tempat Latihan Industri
o Mengandungi latar belakang organisasi tempat
latihan industri diadakan seperti carta organisasi, jenis hasil keluaran, produk atau perkhidmatan, bidang pengkhususan serta sumber manusia. Jadual Program Latihan Industri
o Mengandungi jadual aktiviti harian/mingguan (mengikut kesesuaian) yang telah dijalani sepanjang masa latihan tersebut.
Bab 2 Laporan Aktiviti
• Mengandungi perincian setiap aktiviti yang dilakukan semasa latihan mengikut tajuk-tajuk tertentu. Setiap laporan aktiviti mestilah mengandungi:
1) Tajuk aktiviti 2) Tujuan aktiviti tersebut 3) Prosedur atau kaedah yang digunakan 4) Hasil, keputusan atau pencapaian yang diperolehi
5) Perbincangan secara saintifik/teknikal dan disertakan bahan rujukan yang berkaitan
6) Kesimpulan & cadangan untuk aktiviti tersebut
• Memperincikan kemahiran/manfaat yang diperoleh/dipelajari; perbincangan perlu menampakkan peningkatan pengetahuan pelajar
Panduan LI/SSMP/2013-14/ver2.0 Page 18
Bab 3 Kesimpulan
Mengandungi kesimpulan tentang pembelajaran dan aktiviti yang dijalankan
sepanjang latihan secara keseluruhan dan penulisan haruslah
menggambarkan kematangan pelajar dalam menganalisa. Pelajar diminta untuk tidak memasukkan masalah/keburukan yang dialami/dihadapi semasa menjalani LI di syarikat tersebut.
Bab 4 Cadangan
Cadangan untuk mengatasi masalah atau memperbaiki lagi program latihan industri ini.
Bab 5 Rujukan
• Mengandungi semua rujukan yang digunakan ketika menulis laporan ini. • Format penulisan yang konsisten.
Penghargaan
Pengucapan penghargaan kepada institusi dan orang perseorangan yang banyak membantu ketika latihan industri.
Lampiran
Mengandungi dokumen-dokumen berkaitan aktiviti, dokumen rujukan, gambar, dan bahan lain yang digunakan untuk menyokong penulisan kandungan
laporan ini.
• Melampirkan salinan surat cuti untuk sepanjang latihan industri ini.
• Melampirkan salinan dokumen pelepasan dari LI (cth: menghadiri acara PALAPES).
Panduan LI/SSMP/2013-14/ver2.0 Page 19
top related