lampiran aktiviti kerja kumpulan
Post on 26-Dec-2015
33 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LAMPIRAN AKTIVITI KERJA KUMPULAN
TUGASAN 1Kenapa tiga lapis?
Panduan aktiviti murid:1. Air, madu dan minyak tidak bercampur
kerana mempunyai ketumpatan yang berbeza.
2. Apakah akan berlaku sekiranya air, madu dan minyak dimasukkan ke dalam bekas yang sama?
3. Masukkan 10 ml air, 10 ml madu dan 10 ml minyak ke dalam satu gelas.
4. Perhatikan apa yang berlaku.5. Catatkan pemerhatian anda.6. Nyatakan cecair manakah yang berada di
lapisan paling bawah, lapisan tengah dan lapisan paling atas. Mengapa?
7. Jika kuantiti air dikurangkan kepada 5 ml, ramalkan apakah yang anda perhatikan kepada kedudukan lapisan cecair itu? Mengapa?
TUGASAN 6
Kismis MenariPanduan aktiviti murid:1. Tuangkan 250ml air minuman
berkarbonat yang jernih ke dalam bikar yang diisi dengan
4-5 biji buah kismis.2. Catatkan pemerhatian anda. 3. Mengapakah keadaan itu berlaku?4. Tuangkan 250ml air ke dalam bikar lain
yang diisi dengan 4 – 5 biji kismis.5. Catatkan pemerhatian anda.6. Berikan penjelasan bagi kedua-dua
pemerhatian di atas.
TUGASAN 10
Timbul TenggelamPanduan aktiviti peserta:1. Isikan air ke dalam takung kaca sehingga
ia memenuhi 90% daripada isipadu bekas.
2. Perhatikan objek – objek yang telah diberi.
3. Ramalkan objek – objek yang akan timbul dan tenggelam
4. Catatkan ramalan anda.5. Uji ramalan anda dengan menjalankan
eksperimen.6. Berdasarkan pemerhatian anda, kelaskan objek-objek kepada objek timbul dan
objek tenggelam. 7. Terangkan mengapa objek-objek itu
tenggelam atau timbul di dalam takung air tersebut.
TUGASAN 11
SENAMAN REGANGAN....
Berdasarkan bahan dan radas yang diberikan dibawah:
1. bina satu pernyataan masalah. 2. Jalankan penyiasatan saintifik
berpandukan pernyataan masalah yang anda telah bina.
Alat radas dan bahan:spring dan pemberat, pembaris meter
top related