kursus asas kaedah pengurusan harta keluarga islam … · hutang kpd si mati yg dijelaskan slps...
Post on 26-Jan-2020
22 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KURSUS ASAS KAEDAH
PENGURUSAN HARTA
KELUARGA ISLAM
(IKIM)
14 - 15 OKTOBER 2019
KONSEP PERWARISAN DALAM ISLAMMD YAZID AHMADPUSAT FIQH KONTEMPORARI DAN PEMATUHAN SYARIAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM
PENGENALAN
Firman Allah SWT dlm surah al-Anbiya’ ayat 35:
نفس ذائقة الموت كل Firman Allah SWT dlm surah al-Nisa’ ayat 29:
نكم لوا أموالكم بي يا أيها الذين آمنوا ال تأك بالباطل
Maksudnya: “Wahai orang-orang yg beriman,janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamusesama kamu dgn jalan yg salah (tipu, judi dansebagainya)...”
• Memberi hak kpd yg berhak @ menentukanbahagian (saham) kpd yg berhak dgn cara ygbetul
MATLAMAT ILMU FARAID
PENGERTIAN
Faraid
Bhgn yg ditetapkan mengikut hukum syarak kpd
waris-waris
Definisi Ilmu Faraid/ Mirath/ Mawarith
Kaedah-kaedah fiqh & hisab yg dpt mengetahui org
yg berhak thdp harta pusaka & bhgn setiap waris
yg berhak
SAMBUNGAN
Definisi Harta Pusaka
Segala apa yg menjadi kepunyaan si mati di masa
hidupnya, kmdn ditinggalkan utk waris-warisnya
sama ada harta benda, hak-hak & apa yg termasuk ke dlm miliknya stlh dia m
HARTA PUSAKA
Semua harta si mati yg diperolehi secara halal
Sewa yg belum dijelaskan kpd si mati
Hutang kpd si mati yg dijelaskan slps kematian
Dividen/faedah yg terbit drpd harta si mati
KWSP
Takaful/harta berpenama
Barang yg terbit slps mati seseorg dari
usahanya semasa hayat
Pensyariatan Pusaka
al-Quran
Ayat Mujmalspt Surah al-Nisa’ (4): 7 & al-Anfal (8):
75
Ayat Mufassalspt Surah al-
Nisa’ (4): 11, 12 & 176 (ayat al-
mawarith)
al-Sunnah Ijmak
AL-NISA’ AYAT 11 BERMAKSUD:
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak
kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak
perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian
mereka ialah 2/3 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak
perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah 1/2 (separuh) harta itu.
Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya 1/6 dari harta yang
ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak
mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka
bahagian ibunya ialah 1/3. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang
saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah 1/6. (Pembahagian itu) ialah
sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah
dibayarkan hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak
mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada
kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti
yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
SURAH AL-NISA’ AYAT 12 BERMAKSUD:
“Dan bagi kamu 1/2 dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika
mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu
mendapat 1/4 dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat
yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayar hutangnya. Dan bagi mereka
(isteri-isteri) pula 1/4 dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak
mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka
(isteri-isteri kamu) ialah 1/8 dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunai
wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si
mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak
atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara
perempuan (seibu), maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah 1/6. Kalau
pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka
berkongsi pada 1/3 (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan
perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan
sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat tersebut hendaknya tidak
mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah
ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Penyabar”.
SURAH AL-NISA’ AYAT 176 BERMAKSUD:
“Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu
(wahai Muhammad, mengenai masalah kalalah). Katakanlah: “Allah
memberi fatwa kepadamu dalam perkara kalalah itu, iaitu jika
seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai
seorang saudara perempuan , maka bagi saudara perempuan itu 1/2
dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki
itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara
perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara
perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat 2/3 dari
harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara-
saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang
lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan”. Allah
menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
PENGURUSAN HAK-HAK BERKAITAN DENGAN HARTA
PUSAKA (MENGIKUT TURUTAN)
Hak yg terdapat pada harta pusaka yg belum diselesaikan
Belanja pengebumian dan pengurusan jenazah
Selesaikan hutang si mati (jika ada)
Selesaikan tuntutan HS (jika ada)
Tunaikan wasiat si mati (jika ada)
Pengagihan harta pusaka kpd waris
TANGGUNGJAWAB WARIS TERHADAP HARTA PUSAKA SELEPAS BERLAKU
KEMATIAN
Segerakan pembahagian
(Stlh hak atas pusaka diuruskan)
Uruskan pembahagian
(Sama ada secara muafakat atau faraid)
Rukun Pewarisan
Al-Muwarrith
Pewaris @ si mati sama ada
mati secara hakiki, hukmi
@ taqdiri
Al-Warith
Waris @ org yg akan mewarisi harta pusaka pewaris sama
ada hidup secara hakiki @
taqdiri
Al-Mawruth
Harta pusaka @ peninggalan si mati yg bakal diwarisi oleh waris-waris
sama ada harta alih @ tak alih
Sebab Pewarisan
Nasab
Hubungan di antara waris & pewaris
disebabkan kelahiran @ kerabat
hakiki
Perkahwinan
Akad nikah yg sah antara
suami & isteri
Wala’
Pembebasan hamba
Agama Islam @
Baitulmal
Syarat Pewarisan
Kematian pewaris
hakiki, hukmi @ taqdiri
Kewujudan waris
hidupnya waris sama ada secara hakiki @ taqdiri
walaupun seketika
Mengetahui status &
habuan waris
Sama ada suami @ isteri,
ibu, bapa & seterusnya
serta bahagian mereka
Tiada halangan pewarisan
JENIS WARIS
Ashab al-Furud
Waris yg ditetapkan
bahagiannya olh al-Quran, al-Sunnah & Ijmak
Asabah
Waris yg tak ditetapkan
bahagiannya
Dhawi al-Arham
Waris yg mempunyai hubungan
darah dgn si mati selain drpd ashab al-furud
& asabah
top related