ksj puisi tradisional pantun 4 kerat teka teki

Post on 25-Jun-2015

2.994 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Puisi TradisionalPantun Empat Kerat

( Teka-teki)

Belayar perahu dari Berandan, Menuju arah Selat Melaka; Lebar kepala dari badan, Apakah itu cubalah teka?

Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayangan; Cubalah cari wahai saudara, Makin diisi makin ringan.

Hari-hari ke rumah Cik Hitam, Melihat orang memotong tebu; Apa binatang darahnya hitam, Janggut delapan tulangnya satu?

Ambil betik potongkan pisau, Buah masak pokoknya rendah; Kecil-kecil berbaju hijau, Sudah besar berbaju merah.

Kalau tuan bawa keladi, Bawa juga si pucuk rebung; Kalau tuan bijak bestari, Apa dia tanduk di hidung?

Tema Menguji minda untuk mencari jawapan bagi

teka-teki yang disampaikan dalam bentuk pantun.

Persoalan Latihan berfikir diperlukan oleh manusia. Orang yang bijak dapat berfikir dengan cepat

dan tepat. Setiap persoalan itu pasti ada jawapannya. Berfikir secara rasional dapat menyelesaikan

pelbagai masalah. Setiap jawapan yang diberikan mestilah

mempunyai sebab dan alasan yang munasabah.

Unsur alam - betik, tebu, pucuk rebung, keladi

Personafikasi - kecil-kecil berbaju hijau Repetisi - burung nuri burung dara Responsi - Kecil-kecil berbaju hijau,

sudah besar berbaju merah. (Pengulangan kata ‘berbaju’)

Rasional - berupaya membuat penaakulan untuk mencari jawapan yang betul dan tepat.

Kejujuran - jujur dalam mengemukakan jawapan dan tidak meniru.

Keberanian - berani untuk mempertahankan jawapan yang diyakini betul.

Kebersihan mental

Berfikirlah secara rasional dalam mencari sesuatu jawapan.

Jangan mudah berputus asa dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Kita hendaklah berfikir secara logik agar pendapat kita diterima masyarakat.

Amalkan sikap berjimat cermat agar masa depan lebih selamat dan terjamin.

top related