konsep tadika dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kumpulan 2 (3)
Post on 30-Jun-2015
20.373 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KONSEP TADIKA ATAU PRASEKOLAH DAN KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN
HAZRAD KHAN RAHMATULLAH KHAN
NIK NUR ‘IZZATI RUSDI
HAMZANIZA NOR HAMDAN
NORISHAH MOHAMAD DAUD
MASNITA HAZLINI MUSTAPHA
JABATAN KEMAHIRAN HIDUP
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
(20 OKTOBER 2010)
ABSTRAK
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan turut menerangkan definisi tadika, prasekolah dan komponen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dari aspek tunjang-tunjang, modul teras asas, modul bertema dan jadual peruntukan masa dalam prasekolah mengikut modul asas dan modul bertema. Turut disertakan dalam penulisan ini adalah ulasan umum berkaitan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan serta perbezaan antara Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003 dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 berdasarkan temubual bersama guru prasekolah. Perbezaan yang dapat dikenal pasti adalah dari segi aspek tunjang-tunjang, peruntukan masa dalam prasekolah, penggunaan bahasa di prasekolah dan lain-lain lagi. Hasil penulisan ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan kepada pihak-pihak yang berkaitan. Contohnya, guru-guru prasekolah, pihak JPN, pihak Kementerian, para ibu bapa, dan ramai lagi bagi menilai keberkesanan pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
1
PENGENALAN
Program pendidikan pra-sekolah di Malaysia telah mula diperkenalkan pada era
1950-an dan berkembang dengan pesat bermula pada tahun 1960. Konsep
penubuhan tadika atau prasekolah pada asalnya adalah bagi menyediakan
pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6
tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan
memasuki ke alam persekolahan di peringkat rendah. Program ini dirancang
sebagai pendidikan untuk pertumbuhan dan perkembangan jasmani dan rohani
kanak-kanak di luar lingkungan keluarga sebelum memasuki pendidikan dasar.
Akta Pendidikan 1996 yang diluluskan telah memberi satu perubahan yang
signifikan bagi pendidikan prasekolah. Pendidikan Prasekolah telah dimasukkan ke
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Peruntukan Akta ini memberi penekanan
kepada pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 6
tahun. Perubahan dasar ini menunjukkan Kementerian Pendidikan Malaysia
sentiasa menumpukan usaha untuk mengekal dan mempertingkatkan kualiti
pendidikan prasekolah.
Selain itu, pendidikan prasekolah juga merupakan pendidikan asas yang
penting bagi kanak-kanak dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas
menerima pendidikan di rumah. Ia merupakan pendidikan awal yang dapat menarik
minat dan menyemai perasaan cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah di
kalangan kanak-kanak. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai
pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-
aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran,
2
pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan
pendidikan prasekolah.
Perkembangan pertumbuhan tadika yang tidak terkawal menyebabkan
pelbagai pendekatan, hala tuju dan kurikulum digunakan dalam pendidikan
prasekolah. Sehingga kini belum ada tanda aras atau standard khusus yang sesuai
dengan keperluan budaya dan adat resam kita sendiri. Program yang sedia ada
ialah program pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan sistem Montessori
atau Regio Emilio atau lain-lain yang diadaptasi daripada luar. Kurikulum Pendidikan
prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan tahap keupayaan
kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002,
semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian
Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Oleh itu, program pendidikan prasekolah yang dilaksanakan mampu
memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak
secara praktikal dan secara tidak normal dalam suasana yang menyeronokkan
melalui pendekatan bermain sambil belajar. Pendekatan ini merupakan satu kaedah
yang fleksibel, dinamik, komprehensif, interaktif dan pembabitan dalam aktiviti bilik
darjah yang mementingkan penerokaan serta yang menggalakkan naluri ingin tahu
di kalangan kanak-kanak.
3
DEFINISI TADIKA/PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Tadika merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak. Takrif tadika
tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961. Walau bagaimanapun
pengurusan tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima
masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan
menerima pendidikan dengan upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat tadika
ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanak-kanak
tersebut berumur 7 tahun.
Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan pra-sekolah
didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di
peringkat sekolah rendah. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang
berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan
kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki
alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Menurut Rohaty Mohd
Majzub (2003), pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada
peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang
individu.
Pendidikan prasekolah juga adalah satu program yang menyediakan
pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun
dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah
formal. Pembelajaran tadika bukan merupakan pembelajaran wajib dalam
Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat
digalakkan oleh pihak kerajaan. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil
Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran
4
ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan
prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan
yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan
terhadap aktiviti ini dapat menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran
berkonsepkan sekolah bestari.
Selain itu, pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting
dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman
prersekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan
dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang
positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan
pendidikan sepanjang hayat.
Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa
mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan
mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-
kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa
atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka. Program pendidikan
prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya
dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik,
meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang
optimum. Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah member fokus kepada
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana pembelajaran yang selesa,
selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka
dan menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak.
5
LATAR BELAKANG KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.
Justeru Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa berusaha melakukan
penambahbaikan pogram pendidikan untuk kanak-kanak di prasekolah. Bermula
pada tahun 1986, Buku Panduan Guru Prasekolah Malaysia telah diterbitkan untuk
dijadikan panduan dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Kemudian pada
tahun 1993, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia telah
digunapakai untuk sekolah rintis di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada
tahun 2003, Kementerian Pelajaran telah berjaya menyediakan Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan yang digubal berlandaskan Rukun Negara, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Prinsip Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan menjadi dokumen rujukan standard yang perlu dipatuhi dan
digunapakai oleh semua tadika di seluruh negara. Dokumen rujukan standard ini
menetapkan parameter dan kandungan pengajaran dan pembelajaran minimum
yang perlu dilaksanakan oleh semua tadika.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan digubal sebagai usaha untuk menyelaras
dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Ianya menjadi satu dokumen
rujukan standard kepada semua pengusaha tadika seperti yang terdapat dalam
pindaan Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Prasekolah). Pendidikan awal kanak-
kanak yang berkesan memerlukan kurikulum yang universal, terancang dan dapat
memenuhi keperluan murid semasa. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
merangkumi aspek-aspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang
universal iaitu perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif,
kerohanian dan moral, sosioemosi, fizikal dan kreativiti dan estetika. Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan memberi penekanan kepada komponen Bahasa dan
6
Komunikasi sebagai usaha untuk meningkatkan literasi murid dalam bahasa,
kemahiran berinteraksi dan komunikasi serta membina keyakinan murid menghadapi
pelbagai cabaran dalam era globalisasi dunia.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan
penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut
diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.
Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan,
kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, sikap dan nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan teknologi
v. Perkembangan fizikal dan estetika
vi. Ketrampilan diri
Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai
pendokong matlamat dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan
kurikulum ini juga mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan
awal kanak-kanak, psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend
pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan
konsep e-pembelajaran.
Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ini mengandungi model
konseptual kurikulum, matlamat, objektif, organisasi kandungan kurikuluk,
komponen-komponen kurikulum, pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
7
cadangan bahan kurikulum, pengurusan ruang dan penilaian serta rekod
perkembangan murid. Bagi menjelaskan perkara di atas, terutama dari segi
pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Huraian Kurikukum Prasekolah
disediakan. Kedua-dua dokumen perlu dirujuk bersama untuk merancang dan
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah.
Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum ini bergantung kepada
kefahaman dan penghayatan pelaksana di bilik darjah. Oleh itu, Kementerian
Pendidikan telah menyediakan Huraian Kurikulum Prasekolah sebagai bahan
sokongan untuk membantu guru dan pengusaha tadika melaksanakan kurikulum itu
dengan berkesan. Walau bagaimanapun, pelaksana boleh menyesuaikan
kandungan kurikulum dengan keadaan dan situasi. Pelaksana juga perlu
mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak, prihatin kepada perbezaan
kanak-kanak dari segi keupayaan, minat dan latar belakang serta peka terhadap
perubahan dan perkembangan pendidikan terkini. Justeru, guru dapat
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan amalan yang bersesuaian
dengan perkembangan murid (ABP).
Selain itu, tempoh masa merupakan perhatian utama untuk komponen
kurikulum. Mengikut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dalam Kementerian
Pendidikan Malaysia (2003) telah menetapkan masa pengajaran dan pembelajaran
atau waktu kelas pada peringkat prasekolah iaitu 3 jam setengah dalam sehari iaitu
bermula 8.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Jika terdapat sekolah yang mengadakan
pengajaran bagi sesi kedua ialah daripada 12.00 tengah hari sehingga 3.30 petang.
Manakala hari pengajaran ialah selama lima hari seminggu mengikut penggal
persekolahan.
8
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2008 digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan seperti berikut:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”
MATLAMAT
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan social melalui persekitaran pembelajaran yang
selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini
adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk
konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam
persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab
di sekolah rendah kelak.
9
OBJEKTIF
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-
kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek
jasmani, emosi dan social, intelek dan rohani sperti berikut:
i. Membina kecergasan badan.
ii. Mempunyai tubuh badan yang sihat.
iii. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
iv. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
v. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
vi. Mempunyai kematangan emosi.
vii. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
viii. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
ix. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
x. Boleh bekeja secara bersendirian dan juga secara berkumpulan.
xi. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk
perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
xii. Mengamalkan nilai murni.
xiii. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid
beragama Islam.
xiv. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa
pengantar dalam konteks kehidupan harian.
xv. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
xvi. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian
dan meyelesaikan masalah.
10
xvii. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam
pembelajaran dan kehidupan seharian.
xviii. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
xix. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
FOKUS
Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang
pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur
empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri
penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran konstektual dan
pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan
dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-
kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran
dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas
yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.
11
REKABENTUK KURIKULUM
Dua ciri utama dalam rekabentuk Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah
kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.
A. Kurikulum Berasaskan Standard
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibangunkan berasaskan
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh
murid. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti.
Ekuiti membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang
berkualiti. Lantaran matlamat kurikulum berasaskan standard adalah untuk
memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid.
Standard Kandungan merupakan penyataan spesifik tentang perkara
yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau
indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavourial) untuk
memastikan pencapaian setiap standard kandungan.
B. Kurikulum Berbentuk Modular
Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang
kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk
bahagian atau unit, bahagian atau unit ini dinamakan modul.
Dua jenis modul yang diwujudkan, iaitu Modul Asas dan Modul Bertema.
12
i. Modul Asas
Modul Asas terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil), Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Waktu yang khas
diperuntukkan untuk pengajaran setiap komponen ini.
ii. Modul Bertema
Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi
unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis
dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu
kehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak.
ORGANISASI KURIKULUM
Organisasi Dokumen Kurikulum Standard terbahagi kepada dua bahagian iaitu
Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah senarai Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran mengikut tunjang. Bahagian B pula memaparkan cadangan
aktiviti untuk modul bertema.
Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan,
kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut iaitu:
Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Sains dan Teknologi,
Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri (rujuk
Rajah 1). Untuk tujuan kesinambungan, Tunjang-tunjang Pembelajaran ini adalah
sama dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.
13
Rajah 1: Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Bahagian A: Standard Mengikut Tunjang
A. Tunjang Komunikasi
Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inngeris adalah wajib
dipelajari oleh semua kanak-kanak prasekolah. Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil dipelajari oleh kanak-kanak di prasekolah yang beraliran bahasa Cina
dan bahasa Tamil. Bahasa Malaysia perlu diajar selama dua jam seminggu,
manakala Bahasa Inggeris diajar selama dua jam seminggu di prasekolah
14
INSAN SEIMBAN
G
KOMUNIKASI
Kemahiran berbahasa, bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
KETRAMPILAN DIRI
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
KEMANUSIAAN
Ilmu dan amalan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global.
Penghayatan semangat patriotism & perpaduan.
PERKEMBANGAN FIZIKAL & ESTETIKA
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri.
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apreasiasi.
SAINS & TEKNOLOGI
Pendekatan inkuiri, pengetahuan sains, kemahiran saintifik dan sikap saintifik.
Pengetahuan dan kemahiran matematik, penyelesaisan masalah, ICT.
KEROHANIAN, SIKAP & NILAI
Amalan agama dan kepercayaan, sikap & nilai
yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia dan satu jam seminggu di
prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia.
Fokus utama Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa dan Seni
Bahasa. Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang
digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni
Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa
melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak.
B. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai merangkumi pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam
selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama
dua jam seminggu.
i. Pendidikan Islam
Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang
Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah.
Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan
pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan
melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama,
kanak-kanak ini juga mengenal asas bahasa Al-Quran, huruf hijaiyah
dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek doa pilihan.
Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui
aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-
on, meneroka dan bermain.
15
ii. Pendidikan Moral
Pendidikan Moral prasekolah memberi fokus kepada perlakuan moral
yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di
prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang
spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan
dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan adalah seperti berikut: kepercayaan kepada Tuhan, baik
hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat
menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan,
kerjasama, kesederhanaa, toleransi, berdikari dan berdisiplin.
C. Tunjang Ketrampilan Diri
Pendidikan Prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan
sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di
prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi merangkumi
aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi yang
positif, pembinaan konsep kendiri yang positif serta pembinaan kemahiran
berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku
sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui
aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin,
semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang lain.
16
D. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi Perkembangan
Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti.
i. Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang
menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah
amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang
mantap, kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan
aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan
melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan
muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah
menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran
motor halus, kemahiran motor kasar serta koordinasi mata-tangan di
kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik
yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta
postur yang betul semasa duduk.
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan
amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan
pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan
kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya kanak-kanak
yang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih
baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif.
Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri daripada
sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada
diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.
17
ii. Perkembangan Kreativiti
Perkembangan kreativti merangkumi seni visual, pendidikan muzik
serta drama dan gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses
daripada produk. Kanak-kanak ini diberi peluang untuk menzahirkan
idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.
Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan
apreasiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan
memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya.
Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apreasiasi seni
melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga
menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta
hasil kerja orang lain.
Pendidikan muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman
awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan
atau objek improvisasi, dan apresiasi muzik.
Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan
gerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk main peranan,
berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif.
Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan
daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif
pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif
sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-
lain.
18
E. Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti
pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.
i. Awal Sains
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk
meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan
peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang
positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk.
Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti
kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai,
membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan
dijalankan ke atas alam hidupan (contoh: tumbuhan, haiwan), alam
bahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan
alam fizikal (contoh: pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan
penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru
perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada
hasil penerokaan murid.
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat
hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek
seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung,
lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya
kreativiti murid dan kemahiran motor halus.
19
ii. Awal Matematik
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada
kanak-kanak ini. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor,
nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu,
bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang
khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran
bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan.
Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang
kepada kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan
tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran
asas sahaja.
F. Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih
memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan
keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih
memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang
ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai
kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai
kaum ini.
Tunjang Kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di
prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk memberi
tema-tema pembelajaran.
20
Kurikulum Berbentuk Modular
Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang kandungannya
diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau
unit,bahagian atau unit ini dinamakan modul. Kurikulum Berbentuk Modular ini
dibahagikan kepada dua jenis modul iaitu Modul Teras Asas dan Modul Bertema.
A. Modul Teras Asas
Modul Teras Asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina (untuk prasekolah aliran bahasa Cina), Bahasa Tamil (untuk prasekolah
yang aliran bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, matematik
dan Permainan Luar.
Secara umumnya modul teras asas bertujuan untuk penguasaan
literasi awal 4M (membaca, menulis, mengira, menaakul). Modul teras juga
merangkumi Pendidikan Islam yang perlu diajar oleh guru agama yang
bertauliah. Pendidikan Moral diajar semasa kanak-kanak beragama islam
belajar Pendidikan Islam, maka ia perlu dikelaskan sebagai modul teras asas.
Kanak-kanak pada umur ini perlu diberi waktu khas untuk aktiviti fizikal di luar,
maka permainan Luar juga dianggap sebagai modul teras asas.
Modul teras asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu
prasekolah. Pada awal tahun modul asas mengambil masa lebih kurang 35%
daripada waktu prasekolah, tetapi pada akhir tahun, peratus masa ini
berkurangan jika murid didapati sudah menguasai kemahiran asas 4 M.
21
B. Modul Bertema
Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur
dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul
Bertema dibina menggunakan isu kehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak.
Modul Bertema menyepadukan kesemua tunjang dalam Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan termasuk juga bahasa, pendidikan moral dan
matematik. Pengajaran dan Pembelajaran bertema amat sesuai di kelas
Prasekolah kerana :
i. Dapat mendalami topik melalui keperluan kendiri.
ii. Menggalakkan kanak-kanak berfikir secara kritis dan kreatif serta
mengembangkan kebolehan kognitif melalui idea-idea baru.
iii. Kurikulum akan menjadi lebih menarik dan pelbagai.
iv. Dapat merapatkan lagi hubungan antara ahli kumpulan yang juga
menggalakkan ciri-ciri kepimpinan serta memahami peranan sosial.
Pada awal tahun, modul bertema mengambil masa lebih kurang 35%
masa prasekolah tetapi pada akhir tahun, peratus masa perlu dinaikkan. Guru
perlu menentukan tema pembelajaran mengikut keperluan murid, keperluan
setempat dan keperluan semasa. Walaubagaimanapun, adalah dicadangkan
tema-tema ini dibina berdasarkan kategori berikut :
22
C. Aktiviti Rutin
Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin
merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum
balik, membaca doa dan makan semasa rehat.
Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah.
Kandungan dalam aktiviti rutin merangkumi kesemua tunjang dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
PERUNTUKAN MASA DALAM PRASEKOLAH
23
Bil Kategori Contoh
1 Diri saya - Anggota badan saya
- Keluarga saya
- Sekolah saya
- Keselamatan diri
2 Negara saya - Perayaan Hari Raya
- Perayaan Tahun Baru Cina
- Perayaan Deepavali
- Hari Kemerdekaan
- Seni, kraf dan permainan tradisional
3 Alam bahan - Air
- Pasir
- Pakaian
4 Alam fizikal - Pembinaan
5 Alam semulajadi - Cuaca
- Sayangi alam semula jadi
6 Alam kehidupan - Haiwan
- Tumbuh-tumbuhan
PERUNTUKAN MASA MINIMUM
Peruntukan waktu minimum berikut hendaklah dipatuhi:
1. Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya empat jam sehari
(termasuk masa rehat), iaitu sejumlah 20 jam satu minggu untuk kanak-kanak
berumur lima tahun ke atas.
2. Prasekolah hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya tiga setengah jam sehari
(termasuk masa rehat), iaitu sejumlah 17 ½ jam satu minggu untuk kanak-kanak
berumur empat tahun ke atas.
3. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-
kurangnya 10 jam seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar.
4. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-
kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar.
5. Bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-
kurangnya 10 jam seminggu di kelas prasekolah yang menggunakan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar.
6. Bahasa Malaysia hendaklah digunakan sebagai bahasa instructional sekurang-
kurangnya 6 jam seminggu di kelas prasekolah yang tidak menggunakan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar.
7. Jika di dalam sesuatu tadika terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut
agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama
Islam oleh guru yang bertauliah, sekurang-kurangnya dua jam seminggu.
24
8. Jika di dalam sesuatu tadika terdapat lima orang murid atau lebih yang bukan
beragama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan Pendidikan Moral
sekurang-kurangnya dua jam seminggu.
PERUNTUKAN MASA MENGIKUT MODUL ASAS DAN MODUL BERTEMA
Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) prasekolah diagihkan
berdasarkan modul asas dan modul bertema seperti di Jadual 12 dan 13. Walau
bagaimanapun peruntukan waktu ini seharusnya fleksibel dan guru boleh
mengubahsuai jadual waktu mengikut kesesuaian setempat dan keperluan murid.
Jadual 12: Cadangan peruntukan waktu untuk Modul Asas dan Modul Bertema di
prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia
Bil. Modul Peruntukan Masa
Seminggu (minit)
Aktiviti Rutin (lebih kurang 30% daripada masa P&P)
1 Rutin pagi 50
2 Perbualan pagi 100
3 Rehat 150
4 Refleksi sebelum balik 50
Jumlah 350
25
Modul Asas (lebih kurang 35% daripada masa P&P)
5 Bahasa Malaysia 90
6 Bahasa Inggeris 90
7 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 120
8 Aktiviti Luar (outdoor activity) 80
9 Matematik 40
Jumlah 420
Modul Bertema (lebih kurang 35% daripada masa P&P)
10 Modul bersepadu merangkumi elemen-elemen
dalam keenam-enam tunjang termasuk
bahasa, pendidikan moral dan matematik
430
Jumlah 430
Jumlah minit seminggu 1200
26
Jadual 13: Cadangan peruntukan waktu untuk Modul Asas dan Modul Bertema di
prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina, Bahasa Tamil atau bahasa
pengantar lain
Bil. Modul Peruntukan Masa
Seminggu (minit)
Aktiviti Rutin (lebih kurang 30% daripada masa P&P)
1 Rutin pagi 50
2 Perbualan pagi 100
3 Rehat 150
4 Refleksi sebelum balik 50
Jumlah 350
Modul Asas (lebih kurang 40% daripada masa P&P)
5 Bahasa Malaysia 90
6 Bahasa Inggeris 90
7 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral (120)*
8 Bahasa Cina / Bahasa Tamil / Bahasa
pengantar lain
90
9 Aktiviti Luar (outdoor activity) 80
27
10 Matematik 40
Jumlah 510
Modul Bertema (lebih kurang 30% daripada masa P&P)
11 Modul bersepadu merangkumi elemen-elemen
dalam keenam-enam tunjang termasuk
bahasa, pendidikan moral dan matematik
340
Jumlah 340
Jumlah minit seminggu 1200
*untuk murid yang beragama Islam sahaja
Oleh kerana salah satu fokus utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
adalah penguasaan literasi asas 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul)
maka adalah dicadangkan modul asas diberi peruntukan waktu yang lebih banyak
pada awal tahun. Bila murid sudah mulai menguasai kemahiran literasi asas ini,
peruntukan waktu Modul Asas boleh dikurangkan seperti pada Rajah Pengajaran
dan Pembelajaran di prasekolah perlu bermakna dan bersifat konstektual kepada
murid, maka pendekatan bertema adalah digalakkan. Modul bertema
menyepadukan Standard Pembelajaran dari pelbagai tunjang mengikut tema yang
berkaitan dengan kehidupan seharian murid. Peruntukan waktu untuk Modul
Bertema boleh ditambah secara beransur-ansur dari awal tahun ke akhir tahun
seperti yang dicadangkan dalam Rajah 2. Modul bertema akan membawa lebih
banyak makna kepada murid bila mereka sudah mempunyai literasi asas dalam
bahasa pengantar yang berkenaan.
28
Rajah 2: Cadangan Peratus Peruntukan Waktu untuk Modul Teras Asas dan Modul
Bertema di kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia
Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan tidak formal dan kanak-kanak
memerlukan persekitaran fizikal dan sosial yang tidak rigid untuk memastikan
pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Jadual waktu prasekolah adalah
fleksibel di mana guru boleh mengubahsuai jadual waktu mengikut keperluan
semasa.
Permainan Luar yang dinyatakan dalam Jadual 12 – 13 adalah aktiviti yang
dilakukan di luar bilik darjah. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah:
Bermain dengan buaian, gelongsor, dan lain-lain
Main pasir, main air, main pondok
Berlari, menyambut bola, melompat
Rutin pagi yang dinyatakan dalam Jadual 12 – 13 merangkumi pengurusan diri,
berbaris, menyanyikan lagu, doa, tanda kedatangan.
Aktiviti semasa rehat yang dinyatakan dalam Jadual 12-13 merangkumi doa, makan,
gosok gigi, main bebas (free play).
29
Modul Teras Asas
Modul Bertema
0%
50%
35%
Awal Tahun Akhir Tahun
PERUNTUKAN WAKTU MENGIKUT BAHASA INSTRUKSIONAL
Selaras dengan usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan meningkatkan bahasa
Inggeris, prasekolah dikehendaki menggunakan bahasa pengantar seperti di Jadual
14, 15 dan 16.
Jadual 14: Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instruksional dalam Kelas Prasekolah
Bil. Bahasa Instructional Peruntukan Masa Minimum Seminggu
untuk kelas prasekolah yang bahasa
pengantarnya (minit)
Bahasa Malaysia Bahasa pengantar
lain
1 Bahasa Malaysia 600 400
2 Bahasa Inggeris 600 400
3 Bahasa Cina / Bahasa Tamil /
Bahasa Inggeris
400
JUMLAH 1200 1200
30
Jadual 15: Cadangan peruntukan waktu untuk prasekolah yang bahasa
pengantarnya Bahasa Malaysia
Bil. Bidang Pembelajaran Peruntukan Masa Seminggu (minit)
Diajar dalam
BM
Diajar dalam
BI
Jumlah
1 Rutin pagi 30 20 10 x 5
2 Perbualan pagi 60 40 20 x 5
3 Rehat 90 60 30 x 5
4 Refleksi sebelum balik 30 20 10 x 5
5 Modul asas Bahasa
Malaysia
90 90
6 Modul bertema** yang
dikendalikan dalam
Bahasa Malaysia
100 100
7 Modul asas Bahasa
Inggeris
90 90
31
8 Modul bertema** yang
dikendalikan dalam
Bahasa Inggeris
330 330
9 Pendidikan Islam /
Pendidikan Moral
120 120
10 Aktiviti Luar (outdoor
activity)
40 40 80
11 Matematik 40 40
Jumlah minit seminggu 600 600 1200
Nota:
*Rutin pagi merangkumi menyepadukan aktiviti pengurusan diri, berbaris,
menyanyikan lagu, doa, tanda kehadiran.
** Modul Bertema menyepadukan elemen bahasa, sains, matematik, kemanusiaan,
muzik, seni visual, perkembangan sosioemosi, pendidikan moral dan perkembangan
fizikal.
32
Jadual 16: Cadangan peruntukan waktu untuk prasekolah yang bahasa
pengantarnya bukan Bahasa Malaysia (BC/BT)
Bil. Bidang Pembelajaran Peruntukan Masa Seminggu (minit)
Diajar
dalam BM
Diajar
dalam BI
Diajar
dalam
BC/BT
Jumlah
1 Rutin pagi* 10 20 20 10 x 5=50
2 Perbualan pagi 20 40 40 20 x 5=100
3 Rehat 30 90 30 30 x 5=15=
4 Refleksi sebelum balik 10 20 20 10 x 5=50
5 Modul asas Bahasa
Malaysia
90 90
6 Modul bertema** yang
dikendalikan dalam
Bahasa Malaysia
200 200
7 Modul asas Bahasa 90 90
33
Inggeris
8 Modul bertema** yang
dikendalikan dalam
Bahasa Inggeris
140 140
9 Modul asas BC/BT 90 90
9 Modul Bertema yang
berunsurkan
Pendidikan Moral yang
dikendalikan dalam
BC/CT/Pendidikan
Islam
120 120 120
10 Aktiviti Luar (outdoor
activity)
40 40 80
11 Matematik 40 40
Jumlah minit seminggu 400 400 400 1200
34
ULASAN UMUM BERKAITAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH
KEBANGSAAN
Latar Belakang Kurikulum
Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.
Berikut merupakan penambaikan yang telah dilakukan terhadap program
prasekolah:
1970an - KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam.
1986 - Buku Panduan Prasekolah Malaysia.
1993 - Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia
dikeluarkan oleh KPM.
2003 - Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK).
2010/2011- Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses
melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum
persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan
kepada aspek asas kurikulum iaitu:
i. Struktur kandungan
ii. Pedagogi
iii. Peruntukan masa
iv. Kaedah pentaksiran
35
v. Bahan kurikulum
vi. Pengurusan sekolah
Rasional Penyemakan Semula Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Berdasarkan temubual bersama seorang guru prasekolah, terdapat beberapa
perubahan yang dilakukan antara Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan. Perbezaan ini jelas dapat dilihat dari segi
matlamat dan objektif kurikulum itu sendiri. Ia selaras dengan gagasan ketiga
Ucapan Dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO (2006)
yang menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi penekanan kepada:
I. Pembangunan modal insan
II. Penghasilan pelajar celik minda
III. Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
IV. Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al bab
Oleh itu, rasional Kurikulum Prasekolah Kebangsaan disemak semula adalah
untuk memastikan kurikulum yang dibina adalah holistik, tidak terlalu akademik dan
tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan
dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Hal ini bagi memastikan murid
prasekolah akan lebih bersedia untuk melangkah kaki ke alam persekolahan yang
sebenar.
36
Perubahan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Berikut merupakan perubahan-perubahan yang telah dilakukan dalam Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan:
I. Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan.
II. Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan
keusahawanan.
III. Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai
bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik,
pegangan teguh kepada ajaran agama.
IV. Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan
melalui program prasekolah.
V. Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan
menyeronokkan.
VI. Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.
VII. Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.
37
Perbezaan antara Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Perkara Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Matlamat Pendidikan prasekolah bertujuan untuk
menyuburkan potensi murid dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan
masuk ke sekolah rendah.
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan
potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun
secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui
persekitaran pembelajaran yang selamat,
menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan,
kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan
kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk
konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar
mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan
bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab
di sekolah rendah kelak.
Objektif Pendidikan Prasekolah membolehkan murid:
i. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan
konsep diri yang positif untuk menjadi
warganegara yang patriotik
ii. Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik
dan memperkembangkan kemahiran
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur
empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam
aspek jasmani, emosi dan social, intelek dan rohani
sperti berikut:
i. Membina kecergasan badan.
38
berbahasa untuk berkomunikasi
iii. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di
sekolah yang menggunakan bahasa
pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
iv. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam
interaksi seharian selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua
v. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam
kehidupan seharian untuk murid beragama
Islam.
vi. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian
vii. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran
berfikir dan kemahiran menyelesaikan
masalah
viii.Mempunyai kematangan emosi dan
kemahiran sosial
ix. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal
sertamempraktikkan amalan kesihatan dan
keselamatan yang baik
ii. Mempunyai tubuh badan yang sihat.
iii. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
iv. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga
keselamatan diri.
v. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor
kasar.
vi. Mempunyai kematangan emosi.
vii. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
viii. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
ix. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
x. Boleh bekeja secara bersendirian dan juga secara
berkumpulan.
xi. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan
seterusnya membentuk perhubungan yang positif
dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
xii. Mengamalkan nilai murni.
xiii. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan
seharian untuk murid beragama Islam.
xiv. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia,
bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam
konteks kehidupan harian.
xv. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran
39
x. Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk
menghargai keindahan alam dan warisan
budaya.
proses sains asas.
xvi. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam
menjalankan tugasan harian dan meyelesaikan
masalah.
Tunjang/
Komponen
Organisasi Dokumen SP & HSP Dokumen Standard
40
Kurikulum Hasil Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Pendekatan
Pengajaran
dan
Pembelajaran
Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan
prasekolah, empat pendekatan pengajaran dan
pembelajaran diutamakan iaitu:
I. Pendekatan bermain sambil belajar- dapat
meningkatkan:
a. Keupayaan kognitif
b. Keinginan untuk meneroka
c. Kemahiran motor kasar dan halus
d. Kemahiran inovatif, kritis dan kreatif
e. Membantu mengatasi perasaan bimbang
dan tertekan
II. Pendekatan bertema- bersesuaian dengan:
a. Kehidupan murid
b. Masa
c. Tempat
d. Minat murid
III. Pendekatan bersepadu- melibatkan:
a. Kesepaduan antara komponen
Menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan
pengajaran dan pembelajaran seperti:
I. Hands-on learning
II. Pembelajaran melalui bermain
III. Inkuiri penemuan
IV. Pembelajaran berasaskan projek
V. Pembelajaran luar bilik darjah
VI. Pembelajaran secara kontekstual
VII. Pembelajaran secara konstruktivisme
VIII. Pembelajaran masteri
Pendekatan yang digunakan mesti 41ember peluang
pembelajaran yang tidak terhad kepada murid.
Mengambilkira kepelbagaian kecerdasan.
41
b. Kesepaduan kemahiran dan nilai murni
c. Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar
kelas
d. Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan
murid
e. Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik
IV. Teknologi maklumat- digunakan untuk:
a. Membantu proses pengajaran dan
pembelajaran
b. Memperolehi maklumat
c. Berinteraksi dengan bahan untuk belajar
sendiri dan bersama rakan sebaya
d. Memperkayakan pengalaman
pembelajaran
Pengelolaan
pengajaran
dan
pembelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah
dikelolakan secara:
I. Kelas:
a. Melibatkan seluruh kelas menjalankan aktiviti
P&P yang sama serentak.
II. Kumpulan:
a. Membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan kecil.
Dilaksanakan melalui:
I. Modul Asas
a. Merangkumi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Matematik dan Permainan Luar.
b. Bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M
(membaca, menulis, mengira dan menaakul).
c. Kanak-kanak pada umur ini perlu diberi waktu
42
b. Boleh menjalankan aktiviti yang sama atau
berbeza antara kumpulan.
c. Ahli kumpulan bekerja secara kolaboratif
untuk memperolehi hasil yang sama.
III. Individu:
a. Murid menjalankan aktiviti pembelajaran
secara bersendirian.
b. Murid lebih mudah berinteraksi dengan bahan
di pusat pembelajaran.
c. Memberi peluang kepada murid mendapatkan
perhatian secara personal daripada guru.
khas untuk aktiviti fizikal di luar.
d. Diberi masa khas dalam jadual waktu
persekolahan.
II. Modul Bertema
a. Lebih memberi makna kepada kanak-kanak.
b. Menyepadukan kesemua tunjang termasuk
bahasa, pendidikan moral dan matematik.
c. Penentuan tema mengikut keperluan murid,
keperluan setempat dan keperluan semasa.
Kanak-Kanak
Berkeperluan
Khas
Diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa
atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan
keperluan mereka.
Menggunakan Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan- guru hendaklah membuat
pengubahsuaian berdasarkan kepada:
I. Keperluan
II. Kemampuan
III. Minat murid
Guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas
menggunakan boring pengesanan yang telah disediakan
di sekolah.
Pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa
untuk menghantar murid tersebut ke sekolah pendidikan
khas jika perlu.
Kandungan
Kurikulum
Menyatakan pengetahuan, kemahiran,
kefahaman dan nilai yang perlu diajar kepada
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid ketahui
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
43
murid prasekolah.
Organisasi Kandungan Kurikulum:
I. Komponen Bahasa dan Komunikasi
II. Komponen Perkembangan Kognitif
III. Komponen Kerohanian dan Moral
IV. Komponen Perkembangan Sosioemosi
V. Komponen Perkembangan Fizikal
VI. Komponen Kreativiti dan Estetika
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Terbahagi kepada:
I. Kurikulum Berasaskan Standard
II. Kurikulum Berbentuk Modular
a. Modul Teras Asas
b. Modul Bertema
Prinsip Perkembangan diri secara menyeluruh seimbang
dan bersepadu
Pembelajaran yang menggembirakan
Pengalaman pembelajaran yang bermakna
Pendidikan sepanjang hayat
Dibina berlandaskan kepada prinsip Amalan
Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori
pembelajaran konstruktivisme di mana:
I. Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran
tidak dijalankan secara spoon feeding
II. Murid diberi peluang untuk berfikir dan
menyelesaikan masalah
III. Perbezaan individu dibenarkan
IV. Murid belajar mengikut kadar sendiri
V. Guru mengajar dengan mengaitkan pengalaman
seharian murid.
Aktiviti Rutin Merangkumi aktiviti:
I. Pengurusan diri
Merangkumi aktiviti:
I. Pengurusan diri
44
II. Perbualan pagi
III. Refleksi sebelum balik
IV. Membaca doa
V. Makan semasa rehat
Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar
II. Perbualan pagi
III. Refleksi sebelum balik
IV. Membaca doa
V. Makan semasa rehat
30% daripada masa prasekolah.
Kandungannya merangkumi kesemua tunjang dalam
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Pentaksiran Penilaian berterusan dilakukan mengenai
perkembangan dan kemajuan murid dalam:
I. Domain kognitif
II. Afektif
III. Psikomotor
Cara untuk mengesan perkembangan dan
kemajuan murid adalah melalui pemerhatian.
Pemerhatian dilakukan terhadap:
I. Tingkah laku
II. Perbualan, interaksi
III. Hasil kerja murid
Proses pelaksanaan penilaian:
Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan
criteria dan bukan perbandingan antara murid iaitu:
I. Pemerhatian berterusan
II. Penilaian hasil kerja
Hasil pentaksiran digunakan untuk:
I. Memberi laporan dan maklumat kepada ibubapa
mengenai kemajuan anak-anak mereka.
II. Menganalpasti masalah-masalah murid sama ada
mereka perlu dirujuk kepada pakar.
45
I. Merancang
II. Melaksanakan penilaian
III. Merekod pemerhatian
a. Senarai semak
b. Anekdot
c. Rekod berterusan
Maklumat yang diperolehi disimpan di dalam
portfolio yang mengandungi:
I. Rekod peribadi murid
II. Rekod perkembangan dan kemajuan murid
III. Contoh hasil kerja murid
Peranan
Ibubapa /
Komuniti
Ibu bapa/penjaga/komuniti memainkan peranan
penting untuk:
I. Mengukuhkan pembalajaran
II. Menyumbangkan kepakaran atau sebagai
rujukan
III. Memberi sumbangan tenaga dan bahan
IV. Memberi khidmat kebajikan
Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba
menjalinkan perhubungan yang baik dengan
ibubapa/penjaga melalui pelbagai cara.
Guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah
membentuk jawatankuasa yang melibatkan
waris/ibubapa/penjaga murid.
Guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan
ibubapa/penjaga secara berkala, sekurang-sekurangnya
dua kali setahun.
Pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibubapa dalam
program dan aktiviti sekolah seperti Hari Sukan, Hari
46
Keluarga, Gotong Royong, lawatan dan program
keibubapaan.
Guru perlu memberi penerangan tentang kurikulum
prasekolah termasuk kaedah pentaksiran kepada
ibubapa.
Pihak pengurusan sekolah dan guru membuat lawatan
ke rumah untuk murid yang bermasalah jika perlu.
Guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan
pengajaran dan pembelaran dari sekolah ke rumah.
47
KESIMPULAN
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak
yang berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran
yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar
mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani
cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
Hal ini bertepatan dengan kehendak Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
2008 yang telah digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, pendidikan Prasekolah
lebih berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang
menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam
tahun. Pendekatan dan kandungan pembelajaran yang digunakan perlulah sesuai
dengan peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut individu. Hal ini kerana,
setiap kanak-kanak mempunyai peringkat penerimaan pembelajaran yang berbeza.
Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum adalah
bergantung kepada kefahaman dan penghayatan pelaksana di bilik darjah. Guru
boleh menyesuaikan kandungan kurikulum dengan keadaan dan situasi. Selain itu,
guru juga perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak, prihatin
kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan, minat dan latar belakang serta
peka terhadap perubahan dan perkembangan pendidikan terkini. Oleh itu, sekiranya
pelajar dapat menghayati dan menerima isi pembelajaran di bilik darjah dengan
berkesan, ini bermakna guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid. Melalui
proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, murid dapat
menguasai dan memperolehi ciri-ciri seperti kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi, kemahiran berfikir, berakhlak mulia, beretika, berkeyakinan dan
berdisiplin.
Dalam organisasi Dokumen Kurikulum Standard terbahagi kepada dua bahagi
kepada dua bahagian iaitu bahagian A yang menyenaraikan Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran mtngikut tunjang manakala bahagian B pula merupakan
cadangan aktiviti untuk modul bertema. Dokumen Kurikulum Standard ini lebih
menekankan kepada nilai insan seimbang dari segi komunikasi, kerohanian, sikap
dan nilai, kemanusiaan, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika serta
perkembangan ketrampilan diri.
Kurikulum berbentuk modular pula merupakan satu kurikulum yang
kandungannya diorganisasikan serta disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit
yang dinamakan modul. Kurikulum Berbentuk Modular ini dibahagikan kepada dua
jenis modul iaitu Modul Teras Asas dan Modul Bertema. Modul Teras Asas
merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (untuk prasekolah
aliran bahasa Cina), Bahasa Tamil (untuk prasekolah aliran Tamil), Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan Permainan Luar. Manakala modul Bertema
merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam
Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina
menggunakan isu kehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak.
Cadangan peruntukan waktu dalam prasekolah juga dikemukan mengikut
peringkat umur pelajar. Peruntukan waktu tersebut diagihkan berdasarkan kepada
modul asas dan modul bertema yang dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ianya
perlulah fleksibel dan guru boleh mengubahsuai jadual waktu tersebut mengikut
kesesuaian setempat dan keperluan murid.
Penguasaan literasi asas 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul)
juga merupakan salah satu fokus utama dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Oleh itu, bagi memastikan pelajar dapat menguasai literasi asas 4M ini, cadangan
masa yang diperuntukan untuk modul asas adalah lebih pada awal tahun.
Bagi mengetahui tahap penerimaan pelajar terhadap pembelajaran yang
diajar, penilaian akan dilakukan secara berterusan mengenai perkembangan dan
kemajuan murid dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Penilaian ini
dilakukan melalui pemerhatian yang dijalankan terhadap tingkah laku, perbualan,
interaksi serta hasil kerja murid. Segala maklumat yang diperolehi akan disimpan di
dalam portfolio yang mengandungi rekod peribadi murid, rekod perkembangan murid
dan hasil kerja murid.
RUJUKAN
Azizah Lebai Nordin. (2004). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2009). Dokumen Standard Prasekolah:
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Duke Amiene Rev (September 9, 2008). Prasekolah - Sekolah - Tadika - Tabika -
Sejarah. [On-line]. Diperoleh pada September 2, 2010 daripada
http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/09/prasekolah-sekolah-tadika-
tabika.html
Kementerian Pendidikan Malaysia (1996), Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional.
Kerajaan Persekutuan (1961), Akta Pelajaran 1961. Kuala Lumpur: Percetakan
Kerajaan.
Noor Haris Dzulkilfi, Mohd Rezal Hussin, Rusni Che Adnan, Rosilah Ahmad,
Norkhamidah Mohd Bandi, Che Tom Shaari, et al. (2009). Kursus Orientasi
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. [On-line]. Diperoleh pada Ogos
30, 2010 daripada http://prasekolahskluboktemiang.blogspot.com/.../kursus-
orientasi-kurikulum-standard.html
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003).
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. [On-line]. Diperoleh pada September 23,
2010 daripada http://misskhan0.tripod.com/prasekolahmpks/id5.html
Rohaty Mohd Majzub. (2003). Pendidikan Prasekolah : Cabaran Kualiti. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Surat Pekeliling Ikhtisas (Bil 9), 2010. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2009). [On-line]. Diperoleh
pada September 23, 2010 daripadahttp://prasekolahpetalingperdana.blogspot
.com/2009/01/ kurikulum-prasekolah-kebangsaan.html.
Undang-undang Malaysia (2004). Akta Pendidikan dan Peraturan-peraturan. Kuala
Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd.
Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas. (5 April 2010). [On-line]. Prasekolah.
Diperoleh pada September 8, 2010 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/
Prasekolah
top related