komunikasi bertulis
Post on 10-Jun-2015
7.757 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LOGO
KOMUNIKASI BERTULIS (KPLI-KDC –PEND. KHAS NOV 2008)
Disediakan oleh :
Norjalilah binti A.Jalil ( 810206-05-5598)
Siti Zailiffah binti Md. Zain (820430-08-5440)
Norhudah binti Tumiran (831106-01-5604)
Nur-Ul Shahada binti Redza (801110-05-5628)
Pengenalan Manusia sudah mula menggunakan komunikasi lisan lebih kurang 1,000,000 tahun dahulu
(Speech,1990, dalam The New Encyclopaedia Britannica)
Tetapi sistem tulisan yang paling awal hanya wujud lebih kurang 5000 tahun dahulu
Terdapat lebih kurang 4000 bahasa di dunia (Comrie 1987) namun hanya 5 % sahaja yang mempunyai sistem tulisan yang asli
Komunikasi bertulis merupakan cara penyampaian maklumat oleh penyampai kepada penerima secara bertulis dengan menggunakan laras dan ragam bahasa yang betul.
Dalam keadaan tertentu, komunikasi bertulis ini akan menjadi bahan rekod untuk dijadikan landasan untuk sesuatu tindakan itu diambil.
Perbezaan antara lisan & tulisan
Lisan :i.Lebih panjang huraiannyaii.Tidak memerlukan dedikasi yang tinggiiii.Berlandaskan ciri-ciri konteks pada masa berlaku proses komunikasiTulisan:i.Memerlukan pemilihan kata-kata yang rapiii.Memerlukan dedikasi yang tinggiiii.Perlu menyediakan konteks khususnya dari segi tujuan & khalayak
-Telah mengkaji perbezaan antara lisan & tulisan dan menjelaskan kedua-duanya mempunyai kepentingan yang sama-Kedua-duanya saling melengkapi dalam situasi tertentu-Penggunaan lisan lebih berkesan manakala dalam situasi yang lain pula, tulisan lebih sesuai digunakan
Perbezaan
Emig
(1977)
Vachek
(1973)
KOMUNIKASI BERTULIS
Kertas KerjaKertas Kerja
MemoMemo
Minit MesyuaratMinit Mesyuarat
Karya KreatifKarya Kreatif
LaporanLaporan
RencanaRencana
Surat RasmiSurat Rasmi
KomunikasiBertulis
Kritikan / UlasanKritikan / Ulasan
Teks UcapanTeks Ucapan
LOGO
SURAT RASMI
1. 0 JENIS SURAT KIRIMAN RASMI
Antara Jenis Surat Kiriman Rasmi Termasuklah:
Surat Undangan Surat yang ditulis untuk mengundang seseorang menghadiri majlis-majlis rasmi.
Antaranya majlis penyampaian hadiah, majlis perasmian, dan majlis pelancaran.
Surat Permohonan Surat yang bertujuan memohon pertimbangan seperti jawatan atau mendapatkan
sumbangan seperti bantuan biasiswa.
Surat Rayuan Surat rayuan lazimnya ditulis sebagai susulan kepada surat permohonan setelah
permohonan tersebut gagal mendapat pertimbangan. Laras bahasa surat rayuan adalah lebih lembut dan lebih mengharap.
Surat Aduan Surat yang ditujukan kepada pihak berkuasa tertentu bagi melaporkan masalah
yang dihadapi. Biasanya kandungan surat ini turut memohon pihak berkuasa tersebut mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya.
Surat Bantahan Surat yang dikemukakan dalam nada yang lebih keras kerana tidak bersetuju
terhadap sesuatu isu. Surat bantahan juga kebiasaanya ditulis sebagai susulan setelah semua aduan tidak mendapat perhatian pihak berkuasa.
Surat Cadangan Surat cadangan merupakan usulan kepada pihak berkenaan bagi menyampaikan
sesuatu hasrat, pendapat, dan cadangan. Dalam surat ini, beberapa idea baru akan dikemukakan demi menjayakan sesuatu matlamat.
2.0 CIRI-CIRI UMUM SURAT KIRIMAN RASMI
Nama Dan Alamat Pengirim Nama pengirim hendaklah ditulis dengan huruf besar dan alamat yang lengkap
mestilah terletak di atas penjuru sebelah kiri surat rasmi. Ini memudahkan penerima menjawab kembali surat tersebut atau menghubungi pengirim disamping memberi gambaran bahawa surat berkenaan adalah atas urusan rasmi Kerajaan.
Nombor Telefon/Faks/E-mail/ Laman Web Ditulis pada baris yang sama dengan baris akhir alamat pengirim bagi surat
yang tiada kepala surat (letter head). Seperti alamat pengirim nombor-nombor di atas bertujuan untuk memudahkan si penerima untuk menghubungi kembali si pengirim dan dapat mengelakkan dari sebarang kesulitan.
Garis Pemisah Satu garisan melintang dibuat selepas langkau 2 baris dari alamat pengirim.
Nama dan Alamat Penerima Ditulis langkau satu baris dibawah garisan melintang yang sejajar dengan nama dan
alamat pengirim. Hendaklah ditulis dengan lengkap termasuk gelaran dan pangkat. Surat kepada sesebuah agensi kerajaan hendaklah di alamatkan kepada ketua agensi berkenaan mengikut gelaran rasmi jawatan. Jika surat tersebut ingin di tujukan kepada pegawai tertentu hendaklah di tambah di bawah alat dengan perkataan ’untuk perhatian’ (u.p nama pegawai berkenaan)
Melalui dan Salinan Jika surat rasmi dikirim melalui ketua penerima, pengirim perlu menulis ‘Melalui
dan salinan’ dan dilangkau dua baris di bawah alamatnya nama serta alamat ketua penerima dituliskan dibawah. Surat yang mempunyai melalui ketua organisasi pada kebiasaannya surat yang di tujukan kepada sesebuah organisasi yang besar di mana terdapat seorang pengarah dan di bawahnya mempunyai banyak ketua jabatan. Melalui ketua organisasi penting bagi memastikan ketelusan dan tiada keputusan di buat tanpa pengetahuan pengarah organisasi.
Nombor Rujukan Untuk tujuan fail dan memudahkan urusan surat-menyurat. Nombor rujukan surat
ditulis pada sudut kanan, dilangkau dua baris di bawah garis melintang. Cara menulis nombor fail bergantung kepada cara yang ditetapkan oleh pejabat mengikut kesesuaian sesuatu kementerian atau organisasi. Surat hendaklah mempunyai nombor rujukan fail supaya mudah dikesan untuk tindakan lanjut. Nombor rujukan hendaklah di catat seperti di dalam contoh.
Tarikh Ditulis di sudut sebelah kanan surat pada baris yang sama dengan baris akhir
alamat penerima. Tarikh ditulis dalam bentuk angka, bulan yang ditulis dengan huruf besar, tahun dan diletakkan tanda noktoh. Tarikh selalunya di tulis dengan penuh dan bukan dalam bentuk digit. Sebagai contoh jika 17/3/2008 ianya akan di tulis 17 MAC 2008.
Untuk Perhatian Ditulis dalam kurungan, bersama dengan nama pegawai tertentu yang ingin
ditujukan.
Kata Penghadapan Surat Bermaksud panggilan atau rujukan kehormat kepada penerima. Ditulis langkau
2 baris dan sejajar dengan alamat penerima surat. Tanda koma perlu ditaip dihujung. Surat yang di tujukan kepada agensi kerajaan hendaklah di mulakan dengan ’Tuan’. Jika surat tersebut di tujukan khusus kepada Ketua Jabatan yang mempunyai gelaran kebesaran hendaklah di dahului dengan kata hormat dan gelaran kebesarannya. Contoh : Yang Berbahagia Dato’,
Perkara/Tajuk Ditulis langkau 2 baris di bawah kata penghadapan, iaitu sejajar dengan nama
dan alamat pengirim dan penerima. Tajuk di tulis dalam huruf besar tanpa sebarang noktah atau pun di gariskan untuk menunjukkan penekanan kepada perkara yang ingin di sampaikan. Ianya mestilah pendek, ringkas dan tepat dan sepadan dengan isi yang tercatat di dalam surat
Gunakan huruf besar pada semua huruf,dihitam atau digariskan. Tidak perlu noktah diakhir tajuk..Setiap surat seboleh-bolehnya dihadkan kepada
satu tajuk (atau perkara) sahaja.
Pemerengganan Pada kebiasaannya perenggan pertama tidak di nomborkan kerana di sini tiada
isi penting yang di tekankan hanyalah penyataan semula berkenaan dengan tajuk surat tersebut.
Perenggan pertama perlu ditulis selang dua baris dibawah tajuk dan dimulakan sejajar dengan tajuk, nama dan alamat pengirim serta penerima
Perenggan pertama (pendahuluan) tidak bernombor dan dimulakan dari tepi sebelah kiri surat.
Perenggan kedua dan seterusnya perlu bernombor dan ditulis di tepi.
Penutup surat Perlu ringkas,tepat dan sesuai dengan tujuan dan hasrat surat berkenaan. Tidak memerlukan nombor. Contoh : Sekian,terima kasih
Cogan kata Perlu ditulis jika surat rasmi adalah atas urusan rasmi. Ianya akan di tulis dengan
huruf besar untuk memberi penekanan kepada motto tersebut dan menunjukkan kepentingannya.
Ditulis di bawah penutup surat dan ditulis dengan huruf besar menggunakan tanda bacaan pembuka dan penutup pengikat kata dan dihitamkan.
Contoh: ” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Pemerengganan Pada kebiasaannya perenggan pertama tidak di nomborkan kerana di sini tiada
isi penting yang di tekankan hanyalah penyataan semula berkenaan dengan tajuk surat tersebut.
Perenggan pertama perlu ditulis selang dua baris dibawah tajuk dan dimulakan sejajar dengan tajuk, nama dan alamat pengirim serta penerima
Perenggan pertama (pendahuluan) tidak bernombor dan dimulakan dari tepi sebelah kiri surat.
Perenggan kedua dan seterusnya perlu bernombor dan ditulis di tepi.
Penutup surat Perlu ringkas,tepat dan sesuai dengan tujuan dan hasrat surat berkenaan. Tidak memerlukan nombor. Contoh : Sekian,terima kasih Cogan kata Perlu ditulis jika surat rasmi adalah atas urusan rasmi. Ianya akan di tulis dengan
huruf besar untuk memberi penekanan kepada motto tersebut dan menunjukkan kepentingannya.
Ditulis di bawah penutup surat dan ditulis dengan huruf besar menggunakan tanda bacaan pembuka dan penutup pengikat kata dan dihitamkan.
Contoh: ” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Pengakuan Tanggungjawab Setiap surat biasanya perlu di sesuaikan dengan pembuka surat. ’Yang Benar’ atau
”Yang Menurut Perintah’ adalah yang terbaik untuk kebanyakan surat rasmi. Ditulis sebelum tandatangan. Huruf pertama pada perkataan pertama hendaklah menggunakan huruf besar dan
perkataan lain ditulis dalam huruf kecil dan tanda koma diletakkan di akhir ayat. Ditulis disebelah kiri sejajar dengan penutup dan perlu langkau dua baris ke bawah
3.0 STRUKTUR SURAT KIRIMAN RASMI
Pada kebiasaannya surat rasmi akan ditulis mengikut urutan seperti di bawah:
Pengenalan Pengirim Penerima
Isi Surat Perkara Pengenalan isi Isi utama/Isi Sokongan
Penutup Harapan Akhir kata Slogan (Mengikut keadaan) Ungkapan kesetiaan/pengakuan Tanda tangan/ nama/ jawapan
4.0 LARAS BAHASA SURAT KIRIMAN RASMI
Laras bahasa Laras bahasa bermaksud jenis bahasa yang sesuai dengan tujuan dan suasana
yang didukungnya. Laras bahasa yang digunakan haruslah bersifat formal. Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat. Bahasa yang digunakan mestilah
baku dan betul dari segi ejaan dan tanda baca Elakkan penggunaan unsur-unsur kiasan dan ungkapan peribahasa dalam
penulisan surat rasmi
Penggunaan Ganti Nama Diri Dalam surat menyurat secara rasmi terdapat peraturan yang khusus dalam
penggunaan ganti nama diri. Kita tidak boleh menggunakan kata ganti diri sesuka hati ketika menulis surat rasmi kerana laras bahasa yang digunakan di dalam surat rasmi adalah formal.
Pada kebiasaanya kata ganti nama seperti saya di gunakan untuk jumlah tunggal manakala kami untuk jumlah yang ramai mewakili jabatan atau institusi.
Untuk kata ganti nama diri kedua, tuan dan puan digunakan. Ia adalah rujukan natural yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat atau keturunan. Bagi gelaran kehormat seperti Yang Berbahagia,Yang Berhormat, Yang Arif, Yang Dimuliakan boleh digunakan.
5.0 FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI
TIP
Kerangka Format Surat Kiriman Rasmi
Nama & Tel : ( Tercetak )Alamat Jabatan ( Sedia Tercetak ) No. Fax :
Ruj. Kami : Tarikh : 02 MAC 2009
Jawatan ( Penerima surat )AlamatTuan,
Tajuk Surat - Ringkas & Tepat – ( Bold/ Garisan )Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.2. .................................( Isi surat )......................................................................................................................................................................3. ..................................................................................................................
3.1 ..................................................................3.2 .................................................................. 3.2.1 ............................................................ atau a, b, c
Penutup ( Tidak bernombor )Sekian, terima kasih.
`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ( Slogan )`Cintailah Bahasa Kita’
Saya yang menurut perintah,.................( t. t )......................( ALI B. ABU )Jawatan & Alamats.k.
1. ................................ ( Jawatan )2. FailMRS/ M4P
4.0 CONTOH PENULISAN SURAT KIRIMAN RASMI
Hazrulnizam bin Abdul RahmanPengajian Sains dan Matematik,Institut Perguruan Islam Bangi,Bangi,Selangor
PengarahJabatan Perkhidmatan AwamBahagian LatihanAras 4, 5 & 6, Blok C1, Parcel C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRA JAYA(UP: Unit Pengiktirafan Kelayakan) 17/2/2008
Tuan,
PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN IJAZAHSaya Hazrulnizam bin Abdul Rahman, No. K.P 830923-03-5301, memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi pengiktirafan kepada ijazah saya. Pengiktirafan ini perlu kerana saya sedang mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah di Institut Perguruan Islam Bangi (IPIS) dan IPP memerlukan
pengiktirafan tersebut.
2. Berikut adalah maklumat bekenaan ijazah tersebut:
Nama kursus : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian)
Institut : Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Tarikh Tamat : September 2006
3. Di sini di sertakan salinan kad pengenalan dan ijazah saya sebagai rujukan pihak tuan.
Kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian Terima Kasih
Hazrulnizam bin Abdul Rahman
830923-03-5301
KEMBALI
LOGO
MEMO
Memo Memo merupakan ringkasan daripada perkataan ‘memorandum’ yang bertujuan untuk mengingatkan individu atau kumpulan tertentu berkenaan sesuatu perkaraTerdapat beberapa peranan Memo iaitu;
Memberikan arahan
Membuat pengumuman
Memberikan penjelasan
Menyampaikan pengumuman
Memohon sesuatu perkara @ memberi cadangan
Menyediakan maklumat @ penerangan
Membuat pembetulan tentang sesuatu polisi syarikat @ organisasi
BILABILA Tarikh memo / tarikh sesuatu perkara berlaku / tarikh penerimaan perlu bertindak Tarikh memo / tarikh sesuatu perkara berlaku / tarikh penerimaan perlu bertindak
Pengirim & penerima memo
Cara penerima bertindak terhadap perkara yang dinyatakan
• Memo tidak mempunyai format yang khusus• Memo mengandungi maklumat tentang;
APA
SIAPA
BAGAIMANA
MENGAPA
M Merujuk perkara yang dinyatakan
Kepentingan penerima melakukan sesuatu
KEMBALI
LOGO
KERTAS KERJA
Kertas Kerja
Bermaksud hasil tulisan untuk dibentangkan kepada khalayak Khalayak terdiri daripada;
Kumpulan kecil (jawatankuasa projek) Kumpulan besar (peserta seminar / persidangan)
Disediakan dengan terperinci untuk memberi maklumat & penerangan @ atau mendapatkan kelulusan menjalankan sesebuah projek
Dua jenis kertas kerja;i. Kertas kerja bagi pembentangan di seminar
ii. Kertas kerja bagi projek / kajian
Ciri- ciri umum kertas kerja
Description of the contents
Kertas KerjaBagi
Pembentangan di seminar
Kertas KerjaBagi
Pembentangan di seminar
i. Tajuk
ii. Nama pembentang kertas kerja
iii. Nama intitusi
iv. Abstrak (sinopsis / ringkasan)
v. Pengenalan
vi. Sorotan kajian
vii. Metodologi
viii. Analisis data / dapatan
ix. Perbincangan
x. Lampiran
Ciri-ciri umum kertas kerja
i. Tajuk
ii. Latar belakang / rasional
iii. Objektif / Matlamat
iv. Jangka masa yang diperlukan
v. Kumpulan sasaran
vi. Andaian-andaian halangan
vii. Anggaran belanjawan
viii. Penubuhan Jawatankuasa
ix. Menentukan jadual tugas
x. Perlaksanaannya
i. Tajuk
ii. Latar belakang / rasional
iii. Objektif / Matlamat
iv. Jangka masa yang diperlukan
v. Kumpulan sasaran
vi. Andaian-andaian halangan
vii. Anggaran belanjawan
viii. Penubuhan Jawatankuasa
ix. Menentukan jadual tugas
x. Perlaksanaannya
Kertas kerja Projek / Kajian
Kertas kerja Projek / Kajian
Panduan umum cara menulis kertas kerja
Tajuk
-Bergantung kepada tujuan kertas kerja tersebut-Merangkumi semua idea utama yang hendak disampaikan-Tajuk hendaklah ringkas (tidak melebihi 15 patah perkataan)
-Nama penulis hendaklah ditulis penuh-Nama intitusi tempat projek @ kajian dilaksanakan hendaklah dinyatakan (kertas kerja projek / kajian)
-Merupakan kandungan & tujuan penulisan kertas kerja-Ditulis tidak terlalu panjang (100-150 p.p)-Selalunya ditulis selepas kertas kerja siap-Penting kerana pembaca dapat mengetahui maklumat keseluruhan yang terdapat di dalam kertas kerja
Nama penulis & Institusi
Abstrak
-Latar belakang yang memaparkan aspek yang berkaitan dengan tajuk secara keseluruhan tetapi ringkas-Menyatakan apa yang hendak disampaikan -Kebiasaan ditulis tidak melebihi 1 muka surat (mengikut kesesuaian)
-Terbahagi kepada dua;-Matlamat / tujuan menulis kertas kerja
i. objektif umumii. Objektif khusus
-Segala petikan yang dimuatkan di dalam kertas kerja hendaklah disemak mengikut gambar asal & dinyatakan sumbernya-Tidak mempunyai sebarang pindaan / perubahan sebagaimana petikan asal
Pengenalan
Objektif
Petikan / kutipan
Senarai rujukan / Bibliografi -Rujukan yang dinyatakan di dalam teks hendaklah dicatata dalam senarai rujukan
KEMBALI
LOGO
MINIT MESYUARAT
APA ITU MINIT MESYUARAT?
Merupakan dokumen bertulis yang merekodkan perkara-perkara yang dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat
Ia menyatakan individu yang terlibat, cadangan, agenda, keputusan dan tindakan.
Penguasaan bahasa yang baik amat diperlukan. Ia mesti dicatatkan jelas, lengkap dan isinya tepat
KONSEP
Minit mesyuarat merupakan sejenis karangan yang berbentuk laporan yang ditulis oleh setiausaha mesyuarat dalam format yang khusus.
Perkara yang dilaporkan berupa ringkasan perbincangan dan ketetapan yang diperoleh dalam sesuatu mesyuarat,
Format yang digunakan pula ditetapakan oleh institusi atau pertubuhan yang berkenaan.
KANDUNGAN MINIT MENSYUARAT
CIRICIRI MINIT MESYUARAT BERKUALITI
GAYA BAHAS
A
CONTOH MINIT MESYUARAT
KEMBALI
LOGO
KARYA KREATIF
PENULISAN KREATIF
PROSA
PUISI
Penulisan kreatif ialah sejenis penulisan yang menggunakan bahasa secara imaginasi dan figuratif.
Penulisan kreatif terdapat dalam pelbagai bentuk persembahan.
Antaranya ialah :- prosa puisi rencana
Hasil penulisan kreatif dikategorikan sebagai komunikasi bertulis.
Ini kerana penulisan kreatif berfungsi untuk menyampaikan mesej tertentu dalam bentuk yang lebih menarik.
PENGENALAN
Proses penulisan – 6 proses (menurut Rozakis -1997) i. Perancangan - Pengumpulan idea dan fokus pemikiran. ii. Bentuk - Cari jalan yang terbaik bagi menyusun bahan. iii. Draf - Tulis idea dalam bentuk ayat dan perenggan.
iv. Semak - Lihat semula draf dan fikir semula mengenai idea. Bahagian ini Terdapat penambahan,pembuangan, ubah tempat atau penulisan semula. Kadang- kadang dilakukan secara drastik atau sedikit.v. Edit - Baca semula bagi mengenal pasti kesilapan teknikal seperti ejaan , tatabahasa, tanda bacaan, huruf besar dan lain-lain.vi. Proof read. Semak draf bagi melihat kesilapan tipo
Ciri-ciri penulisan kreatif
i. Penggunaan wacana pelukisan - Gambaran perasaan dan pengalaman penulis kepada pembaca dengan lebih berkesan.
ii. Penggunaan bahasa kiasan - Bertujuan untuk menghidupkan jalan cerita di samping mewujudkan keindahan sesuatu penulisan.
iii. Penggunaan bunga bahasa - Keterangan mengenai sesuatu hal yang disampaikan secara perbandingan agar lebih berkesan. (Rahman Shaari -1989)
iv. Bernada puitis - Penggunaan bahasa kiasan, kata-kata yang indah serta lembut.
v. Pemilihan diksi dengan berhati-hati
vi. Bersifat imaginatif - Berbeza daripada penulisan ilmiah.
vii. Bersifat ambiguiti (ketaksaan) - unsur kekaburan dan ketidakjelasan yang digambarkan dalam laras bahasa kreatif.
PROSA
Prosa merupakan salah satu karya dalam kategori penulisan kreatif.
Prosa merupakan karya kesusasteraan yang dihasilkan sama ada dalam zaman moden mahupun zaman klasik.
Ia lebih kepada penonjolan usaha-usaha penulis dalam mengeksploitasikan pengalaman atau idea melalui bahasa. Ia juga merupakan karya yang mengandungi unsur keindahan dari segi bahasa, bentuk dan idea.
Prosa adalah hasil daripada pengalaman, idea, ilham atau bakat penulis.
Hasil gerapan ini disampaikan dalam bentuk, bahasa serta idea yang menarik.
KONSEP
Cerpen
Novel
Drama
Sketsa
Dialog
Hikayat
Penglipur Lara
Cerita Jenaka
Jumlah perkataan yang telah ditetapkan. Contoh :- Cerpen - jumlah perkataan antara 500 – 2000 patah kata Novel - jumlah perkataan melebihi 10 000 patah kata.
Latar yang berbeza. Contoh :- Cerpen - mempunyai latar yang terbatas Novel - mempunyai latar yang bebas
Mempunyai satu tema.
Watak yang berbeza. Contoh :- Cerpen - mempunyai watak yang terbatas. Novel - mempunyai watak yang bebas.
Prosa moden mempunyai plot cerita.
CIRI-CIRI PROSA moden
Prosa klasik juga dikenali sebagai prosa tradisional. Prosa klasik lebih bersifat kolektif iaitu milik bersama masyarakat. Prosa klasik juga bersifat feudal iaitu mempunyai tema, watak serta
latar) Perkembangan prosa klasik ini tidak terbatas oleh zaman, tarikh
dan waktu Prosa ini mempunyai banyak versi. Ini kerana terdapat banyak
tokok tambah cerita sewaktu penyampaian cerita dilakukan. Prosa ini juga mempunyai ciri-ciri budaya sesebuah
masyarakat setempat. Kebanyakkan cerita dalam prosa ini terdapat mitos dan l
lagenda. Contoh prosa klasik ini ialah Hikayat Malim Demang, Si
Tanggang, Puteri Gunung Ledang, Mahsuri.
CIRI-CIRI PROSA klasik
Prosa biasanya mempunyai irama, rentak dan nada yang menarik.
Ia penting bagi mendapatkan suasana dan latar yang sebenar dalam karya.
Bagi menarik minat pembaca, gaya bahasa memainkan peranan yang penting.
Terdapat pelbagai gaya bahasa yang digarap dalam prosa bagi menarik minat pembaca.
Penulis sering menggunakan gaya bahasa iaitu bahasa asing, peribahasa, diksi, bahasa dialek, sinis, hiperbola, imejan, simbolik serta bahasa perbandingan.
GAYA BAHASA
PUISI
Puisi merupakan satu hasil karya penulisan kreatif .
Ia merupakan hasil karya seni yang dihasilkan oleh penulis berdasarkan kepada kepekaan dalam melihat, merasa dan memerhati sesuatu dalam kehidupan seharian serta persekitaran.
Puisi mengandungi unsur-unsur estetik.
Unsur-unsur estetik adalah perkara yang melibatkan keindahan, kehalusan dan keseniaan bahasa.
Ia berfungsi sebagai alat komunikasi bertulis.
KONSEP
Mempunyai jumlah baris yang tidak terbatas dan tidak terikat.
Mempunyai jumlah suku kata yang tidak terbatas dan tidak terikat.
Mempunyai rima akhir yang bebas. Ia mengemukakan satu gambaran .
Ia juga merupakan satu catatan jiwa penulis
Ia merupakan satu garapan seni yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca.
CIRI-CIRI PUISI moden
Ia merupakan satu hasil seni yang berangkap.
Mempunyai jumlah baris yang terikat dan tetap.
Mempunyai jumlah suku kata yang terikat dan tetap.
Mempunyai rima akhir yang tertentu dan tetap.
CIRI-CIRI PUISI klasik
GAYA BAHASA
Setiap gaya bahasa yang digunakan mempunyai fungsi yang tersendiri.
Antara sebahagian fungsi-fungsinya adalah :- Pengulangan - anafora ( pengulangan kata di awal kata) dan epifora
(pengulangan di akhir baris). Simili - penyamaan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Hiperbola - unsur gaya yang melampau. Paradoks - makna dalam pengertian yang bertentangan. Aliterasi dan Asonansi - membentuk maksud yang tersurat dan
tersirat.
CONTOH PUISI MODEN
CONTOH PUISI KLASIK
KEMBALI
LOGO
LAPORAN
Laporan
Laporan ialah berkenaan sesuatu kedudukanLaporan ialah berkenaan sesuatu kedudukan
Sesuatu kenyataan format hasil daripada sesuatu penyelidikan / Sebarang maklumat lengkap tentang sesutu hal yang disampaikan oleh sekumpulan penyelidik / sesebuah badan yang diarahkan untuk menyampaikannya
Sesuatu kenyataan format hasil daripada sesuatu penyelidikan / Sebarang maklumat lengkap tentang sesutu hal yang disampaikan oleh sekumpulan penyelidik / sesebuah badan yang diarahkan untuk menyampaikannya
Laporan ialah dokumen yang digunakan bagi menyampaikan Maklumat khusus kepada pembaca tertentu
Laporan ialah dokumen yang digunakan bagi menyampaikan Maklumat khusus kepada pembaca tertentu
Kamus Dewan (1996)
Oxford English Dictionary
Ellis & Hopkins (1985)
Description of the company’s sub contents
Digunakan oleh golongan profesional untuk membuat sesuatu projek , mengesan masalah & mengambil tindakan untuk mengatasi sesuatu masalah, menentukan strategi pemasaran @ untuk menilai kejayaan sesuatu rancangan
Digunakan oleh golongan profesional untuk membuat sesuatu projek , mengesan masalah & mengambil tindakan untuk mengatasi sesuatu masalah, menentukan strategi pemasaran @ untuk menilai kejayaan sesuatu rancangan
Ab. Rahman Ab Rashid & Yap kim Fatt ( 1998)
CIRI CIRI LAPORAN
1) STRUKTUR & GAYA YANG
FORMAL
3)PERNYATAAN PENDAPAT
2)PEMBENTANGAN BERILUSTRASI
Laporan mempunyai format khusus yang meliputi tajuk / judul, ringkasan, senarai kandungan, pengenalan, senarai cadangan, penutup, lampiran & laras bahasa yang formal
Hujah, penerangan & maklumat boleh diperjelaskan dengan menggunakan gambar rajah, graf, carta & sebagainya
Penulisan laporan biasanya membuat kesimpulan setelah mengkaji, menilai & mengupas bukti-bukti yang dikategorikan. Kesimpulan adalah penting sebagai pelengkap tujuan laporan sehingga penulis perlu mendapat maklumat lanjut yang lebih lengkap
FUNGSI LAPORAN
Penulis laporan hendaklah memahami kehendak atau keperluan pembaca atau sasaran
Tujuan laporan tersebut dinyatakan
Hal ini akan melahirkan laporan yang lengkap dan berguna
FORMAT LAPORAN
Judul
Abstrak
Senarai kandungan Huraian
dataPengenalan
4. Latar belakang laporan, kaedah penyelidikan & penghargaan
5. Data yang diperolehi yang ingin dilaporkan & disusun mengikut topik & subtopik khusus
1. Mengandungi nama penulis, organisasi, tajuk
laporan, tahun,tarikh, nama / rujukan orang /
organisasi yang menjadi sasaran
2. Sinopsis keseluruhan kandungan
laporan berekenaan
3. Mengandungi tajuk, subtajuk & lampiran
Cadangan
Rujukan/Bibiliografi 7. Setiap
cadanagn perlu dihujah & dihuraikan dengan alasan (justifikasi) yang konkrit
8. Bahan-bahan yang digunakan semasa menyiapkan laporan khususnya laporan ilmiah
Kesimpulan6. Rumusan & cadangan yang berkaitan dengan laporan
Jenis-jenis laporan
Jenislaporan
1. Pemberian / penyelidikan
- Tujuan adalah untuk memberi gambaran tentang sesuatu perkara agar pembaca dapat mentafsir sesuatu yang digambarkan itu dengan jelas
- Memerlukan gambaran yang jelas dan lengkap tanpa memasuki emosi penulis
- Fakta yang tepat & disokong dengan gambar, carta, gambar rajah dan sebagainya
- Penyusunan yang rapi & spesifik agar fakta tidak berulang
2. Penyelesaian Masalah
- Tujuan adalah untuk menyediakan satu rancangan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.- Contohnya : La[oran tentang masalah kemerosotan disiplin pelajar- Penulis hendaklah mempunyai daya fikir yang kretif dan kritis & penaakulan yang mendalam agar punca masalah dapat dikesan dan diberi cadangan penyelesaiannya
4. Penilaian
- Biasanya digunakan untuk menilai sesuatu seperti laporan prestasi seseorang pegawai- Biasanya laporan ini sulit- Laporan ini mesti tepat agar keputusan yang akan diambil adalah betul
3. Analisis
- Tujuan adalah untuk menganalisis sesuatu sebelum tindakan diambil- Memerlukan penelitian secara terperinci terhadap sesuatu perkara supaya dapat dijelaskan bagaimana sesuatu bahagian itu berfungsi & apakah kaitannya dengan bahagian yang lain.- Dilaksanakan dengan mendalam dan terperinci- Objektif laporan adalah tersusun- Contohnya ; laporan tentang kuasa beli, cita rasa pembeli dan sebagainya
KEMBALI
LOGO
RENCANA
KONSEP
Rencana juga dikenali sebagai artikel. Ia boleh ditulis untuk terbitan surat khabar, majalah atau
jurnal. Rencana untuk terbitan majalah atau surat khabar
selalunya berbentuk bacaan umum serta tidak berbentuk akademik.
Rencana untuk terbitan jurnal adalah bersifat lebih serius serta berbentuk akademik.
Rencana berbentuk jurnal diterbitkan untuk pembaca yang khusus seperti jurnal psikologi untuk bacaan khusus untuk
kaunselor, pensyarah dalam bidang psikologi.
Rencana untuk akhbar – lebih pendek berbanding dengan penulisan di majalah atau jurnal.
Rencana untuk jurnal – mempunyai format yang tertentu. Contoh jurnal perbentangan kertas kerja.
Rencana untuk majalah – mengikut kategori yang ditetapkan.
Perbezaan rencana
Kategori rencana majalah (SHIRLEY BIAGI-1989, Hal 23-
24)
i. Judul vi. Sorotan kajianii. Nama pengarang vii. Metodologiiii. Institusi viii. Analisis dataiv. Abstrak x. Dapatan/rumusan v. Pengenalan xi. Perbincangan/
Makluman - Informasi yang tepat dengan menggunakan bahasa yang mudah.
Arahan - Mesti disusun mengikut langkah demi langkah agar tidak mengeliru pembaca.
Profil - Kemahiran penulis mengambil bahan, serta membuat penerangan.
Sejarah - Tarikh amat penting. Pastikan tidak wujud gap antara peristiwa dan masa.
Pengalaman - Penyampai penulis mesti bertepatan dengan pengalaman tersebut.
Ciri-ciri rencana
Inspirasi - Tidak memasukkan unsur negatif serta kekecewaan dalam rencana berbentuk motivasi.
Humor - Berdasarkan imej, gambaran daripada kata-kata dan yang diluar jangkaan.
Penyelidikan – Berdasarkan bahan primer dan bukan bahan sekunder. Sumber yang boleh dipercayai.
Pandangan - Dikemukakan daripada satu peringkat ke peringkat yang lain hingga
terbukti dan meyakinkan.
KEMBALI
LOGO
KRITIKAN/ULASAN
DEFINISI Kamus Dewan – huraian berkenaan sesuatu, komentar, kupasan, dan tafsiran.
Ulasan buku – kupasan isi sesebuah buku yang dibuat oleh pengkritik buku (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hal.1513)
Walaupun kritikan dan ulasan selalu dilihat dalam konteks komunikasi bertulis, terdapat juga ulasan buku yang dibuat secara lisan dalam kuliah dan juga siaran radio dan televisyen.
Ia juga tidak terhad kepada buku-buku dan artikel sahaja malah meliputi filem, teater, drama, kertas kerja dan sebagainya.
Kritikan / ulasan yang diterbitkan mempunyai dua fungsi utama iaitu secara deskriptif dan penilaian.
Memberi idea umum berkenaan kandungan buku dan memberi kritikan daripada segi kekuatan dan kelemahan buku tersebut panjangnya 250-500 patah perkataan.
Buku istimewa seperti ensiklopedia yang ada multi jilid panjangnya 1000 patah perkataan.
Buku-buku bermerit tinggi panjangnya 1500 patah perkataan.
KEMAHIRAN KHUSUS PERLU BAGI PENGULAS
TEKNIK KHUSUS BAGI PENGULAS
Teknik Sarton – ulasan buku disarankan oleh Sarton (Walford, 1986, hal 10) Membaca buku sambil membuat nota dan mencatat nombor halaman yang penting. Mengenal pasti subjek buku. Melihat kelayakan pengarang dan tujuan buku. Penilaian:
o Sejauh manakah buku tersebut mencapai matlamatnya?o Adakah sumbangan tersebut daripada segi pendekatan yang baru berdasarkan bahan-
bahan primer, ataupun sekadar menggunakan bahan-bahan sekunder?o Bagaimana kedudukan buku ini apabila dibandingkan dengan buku-buku lain dalam
subjek yang sama?o Adakah buku ini mengisi kekosongan atau complimentary kepada buku-buku yang
mempunyai subjek yang sama?
Teknik Stuert – ulasan buku (Walford, 1986, hal. 10-11): perlu disertakan maklumat bibliografi yang terperinci termasuk edisi terdahulu sekiranya ada; Kelayakan pengarang; Subjek; matlamat; tahap penilaian; Perbandingan dengan buku yang sama; Khalayak pembaca yang dicadangkan; Tandatangan dan institusi pengulas.
10 PANDUAN KEPADA PENGULAS DARIPADA WOLPER (WALFORD, 1986, HAL. 11)
Penilaian haruslah merupakan analisis yang menyeluruh.
Penilaian harus menyatakan apa yang pengarang terlepas pandang atau secara sengaja tidak memasukkannya.
Pengulas mestilah memberi justifikasi pada kritikannya.
Kata-kata pengarang janganlah dikaburi.
Kalau ada perkara yang dikatakan oleh pengarang wajar disebut, pembaca harus diberi tahu.
Judul yang tersirat maknanya mestilah dijelaskan.
Walau apa jenis bukupun, pengulas harus ingat seorang pembaca lain tidak akan mengambil perjalanan yang sama dengan pengulas, oleh itu sediakan ulasan yang lebih luas pada subjek sekiranya perlu.
Mulakan ulasan dengan suatu kutipan yang menarik atau remark sekiranya boleh.
Elakkan jargon, klise, pengulangan dan ineptness.
Ulas dengan tepat walaupun verification is a mandane chore.
CONTOH ULASAN BUKU-oleh Shaharom TM Sulaiman (2000) dalam ruangan ‘Melayar Buku, Majalah Massa’
KEMBALI
LOGO
TEKS UCAPAN
DEFINISI
Menurut Kamus Dewan (1996), ucapan bermaksud apa yang diucapkan, perkataan, syarahan,pidato, kata-kata penghargaan, ataupun kata-kata yang melahirkan terima kasih.
Ucapan merupakan penglahiran idea secara lisan yang diucapkan kepada khalayak dalam bentuk berpidato.
Teks ucapan adalah tulisan yang dijadikan sebagai asas dalam penyampaian sesuatu ucapan.
BAGAIMANA MENULIS TEKS UCAPAN?
PENULISAN teks ucapan perlu persediaan yang teliti agar penyampaian dan khalayak tidak kecewa pada akhir penyampaian ucapan.
Terdapat 3 tahap utama dalam menulis teks ucapan iaitu :
1) Prapenulisan
2) Penulisan
3) penyuntingan
Penulis menulis apa sahaja yang Terlintas di fikirannya dalam Tempoh 5 ke 10 minit tanpaHenti dan tidak memikirkan sama Ada susunan itu logik atau tidak
Penulis menumpukan kepadaPersoalan utama perbincanganDan mengambik kira khalayak
Penulis berbincang dalam kumpulanKecil dan saling bertukar-tukar idea.Daripada perbincangan, idea dirumus-Kan dan dijadikan kandungan utamaucapan
Penulis mengupas persoalan Berdasarkan pendapat orangLain. Idea tidak terhad kepada Pendangan sendiri keranaMelangkaui pandanganOrang lain.
Contoh Teks Ucapan
KEMBALI
LOGO
top related