khairul anuar bin abdul rahman - fp.utm.my€¦** jika tesis ini sulit atau terhad, sila lampirkan...
Post on 27-Oct-2019
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HUBUNGAN ANTARA KOMPETENSI PENSYARAH DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: HUBUNGAN ANTARA KOMPETENSI PENSYARAH DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap NO. 3456 TAMAN INDAH
73000 TAMPIN,N.SEMBILAN DR. NOORAINI BINTI OTHMAN
Nama Penyelia Tarikh : Tarikh: CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Lapuran Projek Sarjana Muda (PSM)
‘’ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Elektrik )’’.
Tandatangan : …………………………
Nama Penyelia : DR. NOORAINI BINTI OTHMAN
Tarikh :
HUBUNGAN ANTARA KOMPETENSI PENSYARAH DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN
TESIS INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT
PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN
( KEJURUTERAAN ELEKTRIK )
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2009
i
‘’ Saya akui karya ini adalah hasi kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’’.
Tandatangan : …………………………
Nama Penulis : KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN
Tarikh :
ii
Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala sesuatu … … …
Teristimewa buat,
Ayahanda dan Bondaku yang disayangi,
Hj. Abdul Rahman Bin Md Yunus & Hjh. Zaharah Binti Darus,
Nasihat dan amanatmu yang menjadi pedoman.
Untuk abang, kakak-kakak dan adik
Kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.
Untuk sahabat handai yang diingati,
Terima kasih atas segala pertolongan, nasihat dan dorongan
Serta perkongsian suka dan duka bersama.
Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…
Semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Insyallah…
iii
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah
kurnia-Nya penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut
masa yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan jutaan
terima kasih buat penyelia projek sarjana muda saya, Dr. Nooraini Binti Othman
yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing,
menasihati, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh
penyelidikan ini dijalankan.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih ditujukan buat pelajar-pelajar tahun akhir
sesi 2008/2009 yang mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal) yang terlibat sama dalam
memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini
berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga Allah S.W.T
yang membalas segalanya.
iv
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan bertujuan untuk menentukan elemen-elemen
kompetensi pensyarah iaitu asertif, suara, penggunaan audio-visual dan perlaksanaan
aktiviti oleh pensyarah dan mengkaji hubungan antara kompetensi pensyarah dengan
pencapaian akademik pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 43 responden yang
terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (kejuruteraan
awam, elektrik dan mekanikal), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
dengan menggunakan persampelan tidak rawak jenis bertujuan. . Rekabentuk kajian
adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan
statistik deskriptif perbandingan min. Data yang dikumpul dianalisis dengan
menggunakan periaian komputer, Statistical Package for Social Science (SPSS)
versi 12.0. Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersetuju bahawa asertif, suara,
penggunaan audio-visual dan perlaksanaan aktiviti oleh pensyarah merupakan faktor
kepada kompetensi pensyarah. Kajian juga mendapati tiada hubungan yang
signifikan antara kompetensi pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar. Ini
menunjukkan walaupun pelajar bersetuju keempat-empat elemen ini merupakan
faktor kompetensi pensyarah, tetapi pencapaian akademik mereka tiada kaitan
dengan faktor kompetensi pensyarah. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk
mempersiapkan diri supaya menjadi seorang pendidik yang dinamik.
v
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine elements of competency that is
assertive, voice, using audio-visual and activity by lecturer and to identify the
relationship between the competency of lecturer and the student academic
achievement. This research involves 43 respondents from Bachelor of Technology
with Education (Civil Engineering), Bachelor of Technology with Education
(Electrical Engineering) and Bachelor of Technology with Education (Mechanical
Engineering). The sample was based on non random sampling with purposeful
sampling procedure. Research design involved is survey method using descriptive
statistical mean analysis. The data was analyzed using Statistical Package for Social
Science (SPSS) version 12.0. The findings indicated that assertive, voice, using
audio-visual and lecturer activities are the factors of lecturer competency. This study
also showed that there is no significant correlation between the lecturer’s
competencies and the student academic achievement. It shows that the students
agreed that the lecturer competency consists of these four elements. However, their
academic achievement does not depend on the elements suggested. Several
suggestions have been brought up on becoming a dynamic instructor.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN i
HALAMAN DEDIKASI ii
HALAMAN PENGHARGAAN iii
HALAMAN ABSTRAK iv
HALAMAN ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiiv
BAB I PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 7
vii
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis 9
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Kepentingan Kajian 10
1.10 Definisi 11
1.10.1 Kompetensi 11
1.10.2 Pengajaran 12
1.10.3 Pembelajaran 12
1.10.4 Keberkesanan Pengajaran 13
1.10.5 Pencapaian Akademik Pelajar 13
1.11 Penutup 14
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 15
2.2 Kompetensi Pensyarah 15
2.3 Kemahiran Interpersonal Pensyarah 17
2.3.1 Asertif 17
2.3.2 Suara 18
2.4 Kemahiran Syarahan Pensyarah 19
2.4.1 Penggunaan Audio-Visual 20
2.4.2 Perlaksanaan Aktiviti Oleh Pensyarah 22
2.5 Pencapaian Akademik Pelajar 25
2.5.1 Sistem Gred 25
2.5.2 Kedudukan Akademik 26
2.5.3 Kelas Ijazah 27
2.6 Penutup 27
viii
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 28
3.2 Reka Bentuk Kajian 29
3.3 Model Kajian 29
3.4 Sampel Kajian 30
3.5 Tempat Kajian 31
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 31
3.7 Instrumen Kajian 32
3.8 Kajian Rintis 33
3.9 Kaedah Penganalisian Data 33
3.10 Penutup 35
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 36
4.2 Latar Belakang Responden 37
4.2.1 Jantina 37
4.2.2 Status 37
4.2.3 Bangsa 38
4.2.4 Pekerjaan Ibubapa 38
4.2.5 Kursus 39
4.2.6 CGPA 39
4.3 Analisis Terhadap Elemen Didalam 40
Kemahiran Interpersonal Pensyarah
4.3.1 Asertif Pensyarah 40
4.3.2 Suara Pensyarah Dalam Syarahan 42
4.3.3 Analisis Elemen Asertif Pensyarah Dan 43
Suara Pensyarah Bagi Kemahiran Interpersonal
Pensyarah
4.4 Analisis Terhadap Elemen Didalam Kemahiran 44
Syarahan Pensyarah
4.4.1 Penggunaan Audio-visual Oleh Pensyarah 44
4.4.2 Aktiviti Pensyarah 46
ix
4.4.3 Analisis Elemen Penggunaan Audio- Visual 47
Dan Aktiviti Oleh Pensyarah Bagi Kemahiran
Syarahan Pensyarah
4.5 Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah 48
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar
4.5.1 Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah 48
Terhadap Asertif Pensyarah Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar (CGPA)
4.5.2 Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah 49
Terhadap Suara Pensyarah Dalam Syarahan
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar (CGPA)
4.5.3 Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah 50
Terhadap Penggunaan Audio-Visual Oleh Pensyarah
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar (CGPA)
4.5.4 Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah 51
Terhadap Aktiviti Pensyarah Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar (CGPA)
4.6 Penutup 52
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 53
5.2 Faktor- Faktor Kompetensi Pensyarah 54
5.3 Hubungan Antara Faktor Kompetensi Pensyarah
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar 57
5.4 Rumusan 61
5.5 Implikasi Kajian Kepada Beberapa Golongan Penting 62
5.6 Kajian Lanjutan 63
5.7 Penutup 64
RUJUKAN 65
LAMPIRAN 70
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Sistem Gred 25
2.2 Kedudukan Akademik 26
2.3 Kelas Penganugerahan Ijazah 27
3.1 Skala Min Bagi Elemen Kompetensi Pensyarah 34
3.2 Julat Skor pencapaian akademik pelajar 34
3.3 Nilai Hubungan Korelasi 34
4.1 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut 37
Jantina
4.2 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut 37
Status
4.3 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut 38
Bangsa
4.4 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut 38
Pekerjaan Ibubapa
4.5 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut 39
Kursus Pengajian
4.6 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut 39
CGPA
4.7 Min Item Yang Mewakili Elemen Asertif Pensyarah 40
4.8 Min Item Yang Mewakili Elemen Suara Pensyarah 42
4.9 Min Elemen Asertif Pensyarah Dan Suara Pensyarah 43
Terhadap Kemahiran Interpersonal Pensyarah
4.10 Min Item Yang Mewakili Elemen Penggunaan 44
xi
Audio-Visual Oleh Pensyarah
4.11 Min Item Yang Mewakili Elemen Aktiviti Pensyarah 46
4.12 Min Elemen Penggunaan Audio-Visual Oleh 47
Pensyarah Dan Aktiviti Pensyarah Bagi
Kemahiran Syarahan Pensyarah
4.13 Garis Panduan Guilford 48
4.14 Hubungan antara Asertif Pensyarah dengan 48
CGPA Pelajar
4.15 Hubungan antara Suara Pensyarah dengan 49
CGPA Pelajar
4.16 Hubungan antara Penggunaan Audio-Visual 50
oleh Pensyarah dengan CGPA Pelajar
4.17 Hubungan Aktiviti Pensyarah dengan Pencapaian 51
Akademik Pelajar
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Rajah Model 30
xiii
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN CGPA - Cumulative Gred Point Average
MIN - Skor Min
% - Peratus
F - Kekerapan
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 70
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dalam negara menuju arus pemodenan, beberapa usaha yang dilakukan oleh
kerajaan bagi merealisasikan impian kearah wawasan 2020. Matlamat yang telah di
sarankan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat iaitu Tun Dr.
Mahathir bin Mohamad yang kini diteruskan oleh Perdana Menteri Malaysia
sekarang iaitu Datuk Seri Abdullah bin Badawi. Pembangunan modal insan yang
cuba dibangunkan oleh kerajaan bukan sahaja tertumpu pada para pekerja, malah
pembangunan ini harus bermula pada akar umbi iaitu kepada para pelajar.
Pembangunan modal insan yang dilaksanakan oleh kerajaan merupakan landasan
yang terbaik yang harus digunakan sebaik mungkin agar dapat melahirkan pelajar-
pelajar yang berwibawa yang akan membentuk mereka menjadi tenaga mahir dalam
pelbagai bidang pada masa akan datang yang dapat membantu menjana ekonomi
negara secara keseluruhannya.
Untuk melahirkan modal insan yang dinamik dan mampu berdaya saing,
perancangan yang lebih teliti harus dilakukan. Disamping melibatkan pelbagai pihak
sama ada kerajaan ataupun swasta serta badan-badan bukan kerajaan yang lain, maka
banyak institusi- institusi pendidikan ditubuhkan di Malaysia ini adalah bertujuan
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan sikap yang
terpuji. Pelajar-pelajar ini akan mampu menyumbangkan kepada tenaga kerja yang
mampu berdaya saing, sentiasa membuat penambahbaikan dan menerokai ilmu-ilmu
2
baru. Maka di sinilah peranan yang harus di mainkan oleh institusi-institusi
pendidikan dalam merangka pembelajaran yang berkesan supaya dapat melahirkan
modal insan yang berkualiti dan berkemahiran.
Pengajaran merupakan aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan lagi
pengetahuan, kemahiran dan keupayaan ataupun mengubah sikap seseorang agar
dapat meningkatkan lagi penguasaan dalam sesuatu bidang. Namun begitu tidak
semua sesi pembelajaran itu berkesan kepada semua pelajar yang terlibat. Tetapi
sekiranya pembelajaran itu dapat menambahkan penguasaan pelajar, maka
pembelajaran itu di anggap berkesan kepada pelajar. Skinner (1968) menyatakan,
pembelajaran adalah proses yang merujuk kepada perolehan sesuatu lengkungan.
Pengajar bersikap aktif sebagai penyampai dengan berkongsi pengalaman dalam
penyampaian dan pelajar sebagai penerima. Pelajar yang bertenaga berpegang
kepada struktur fakta dan idea. Sekiranya mereka kurang aktif, pengajar perlu
menekankan fakta kepada mereka atau menyalurkan idea kepada mereka atau
memupuk rasa suasana yang baik dan suka kepada pembelajaran.
Pengajaran yang berkesan seharusnya dapat membantu melahirkan pelajar
dan seterusnya tenaga kerja yang berkualiti. Ianya bukan sahaja tertumpu kepada
masa depan pelajar dan negara, ia juga dapat di aplikasikan dalam kehidupan
seharian serta boleh memberi sumbangan kepada sosiologi masyarakat setempat.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengajaran yang berkesan akan dapat memberi pulangan kepada pelajar
terhadap pelaburan yang di buat ke atas satu-satu sesi pembelajaran.
Walaubagaimanapun, sekiranya pengajaran ini tidak dikendalikan dengan baik maka
ianya akan menjejaskan sesi pembelajaran itu. Maka sangat penting bagi seseorang
pendidik atau jabatan untuk memajukan, mengetuai dan mentafsir pengajaran.
Menurut Brown dan Atkins (1988), pencapaian pengajaran pendidik dan pencapaian
pembelajaran pelajar diperolehi melalui pengetahuan dan kemahiran, pemahaman
3
yang mendalam, pembangunan penyelesaian masalah atau perubahan dalam
persepsi, penampilan, nilai dan sikap.
Merujuk kepada Lakewood Research and Training (Read dan Kleiner,1996)
berpandapat, terdapat sepuluh kaedah yang disusun daripada yang paling tinggi
kepada yang rendah digunakan iaitu tape video, syarahan, turutan arahan, model,
permainan dan ransangan, kajian kes, pembentangan nota komputer, rakaman suara
dan filem. Menurut Wilson (2000), walaupun kaedah syarahan paling popular tetapi
terdapat kelemahan dalam kaedah ini dan ianya tidak sesuai terhadap semua latihan.
Apabila ujian dilakukan sebaik sahaja selesai syarahan yang diberikan, pelajar
hanya dapat menyimpan maklumat kurang daripada 40% dan ianya semakin
berkurang kepada 20% seminggu selepas sesi pembelajaran itu berlangsung.
Terdapat juga pengajar yang kadangkala terlalu memfokuskan kepada apa
yang ingin dicapai sehingga mengabaikan gaya pembelajaran pelajar dan tidak
menitiberatkan kefahaman pelajarnya. Rae (2002) menyatakan, sikap pengajar yang
tidak menyedari gaya pembelajaran akan mempengaruhi cara penyampaian yang
disampaikan dan ianya juga akan membuatkan pelajar berasa bosan kerana
pendekatan gaya pengajaran yang digunakan oleh pengajar tidak sejajar dengan gaya
pembelajaran pelajar. Sebagai seorang pengajar mereka perlu peka terhadap gaya
pembelajaran pelajar-pelajarnya supaya pembelajaran itu berkesan dan dapat
mengelakkan timbulnya konflik dan kesukaran tentang pengajaran yang
disampaikan.
Sebelum mengendalikan satu sesi pembelajaran, pengajar perlulah
mempersiapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran untuk berdepan
dengan pelajar yang pelbagai gaya dan corak pembelajaran. Brown dan Atkins
(1988) menjelaskan, gaya pembelajaran pelajar juga memberi kesan terhadap
penyampaian dan pengajaran daripada pengajar. Terdapat pelajar yang mempunyai
tahap penerimaan yang baik dan mudah untuk menerima apa yang disampaikan oleh
pengajar dan ada juga yang agak lambat untuk menerima pembelajaran yang
diberikan. Ada kumpulan yang mudah melihat hubungkait antara konsep-konsep
yang dibincangkan tetapi bagi kumpulan yang agak lambat untuk menerima
pembelajaran mereka tidak dapat membuat sebarang tanggapan terhadap apa yang
4
disampaikan. Sebagai pengajar mereka perlu terlebih dahulu mengenalpasti tahap
penerimaan pelajar sebelum memulakan pengajaran dan berusaha untuk
mewujudkan pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar.
Pengajar seharusnya mempunyai peningkatan dalam mengawal sikap semasa
pembelajaran. Skinner (1968) menjelaskan bahawa kesan peraturan yang harus
diberi penekanan ialah kita harus memastikan adanya kesan dan ia berlaku dalam
keadaan yang paling optimum untuk menghasilkan peluang pembelajaran. Kita perlu
menyusun jenis akibat yang khusus yang dipanggil peneguhan. Selain itu kita perlu
membenarkan teknik yang boleh membentuk sikap yang diharapkan. Ianya akan
menjadi kebiasaan latihan yang menunjukkan kelas ini asas psikologi oleh persekitan
sekeliling. Abdullah dan Ainon (1999) menerangkan apabila seseorang itu ingin
menjadi pengajar yang berkesan, popular, disukai ramai dan disanjungi oleh pelajar-
pelajar, salah satu kemahiran yang mesti ada pada diri pengajar itu ialah kemahiran
berkomunikasi.
Maka sebagai pengajar mereka perlu kompeten menyampaikan pengetahuan
dan kemahiran, pengurusan kelas yang berkesan, mempunyai pengalaman yang luas
dan mengetahui gaya pembelajaran pelajar dan memilih kaedah pengajaran yang
bersesuaian dengan pelajar. Apabila setiap kriteria ini diambil kira, keberkesanan
pembelajaran dapat dicapai dan ianya akan memberi pulangan keatas pelaburan yang
dibuat pada setiap sesi pembelajaran dan mampu melahirkan modal insan yang
dinamik kepada kepesatan pembangunan negara.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini mengkaji kompetensi pensyarah terhadap pencapaian akademik
pelajar. Hubungan antara kompetensi pensyarah dengan pencapaian akademik
pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah kemahiran interpersonal pensyarah,
penyampaian pensyarah dan persediaan pensyarah. Rowland dan Birkett (1992)
berpendapat, profession sebagai seorang pensyarah melibatkan banyak bentuk
komunikasi dalam pelbagai perbezaan terhadap jenis hubungan interpersonal.
5
Pensyarah yang berkemampuan untuk membina kemahiran interpersonal yang
berkesan akan mempunyai peluang yang baik dalam mengekalkan kepuasan kerja
dalam apa jua perubahan keadaan dan pergolakan yang berlaku. Untuk menjadi
seorang pensyarah yang berjaya kita perlu memahami bagaimana hendak
berkomunikasi dengan baik, bagaimana hendak mengadaptasi dan memahami orang
disekeliling, bagaimana hendak menghubungkan ini dengan kehendak diri dan
semestinya untuk meningkatkan kerjaya untuk kepuasan diri. Dengan erti kata lain
keberkesanan diri adalah kunci untuk berjaya.
Dalam penyampaian pengajaran, kompetensi pengajar saling behubung kait
dengan suasana pembelajaran. Pengajar yang begitu kompeten dalam pengajaran
akan mendapat apa yang di inginkan. Jelas disini menunjukkan, kompetensi pengajar
berhubungkait dengan pencapaian pelajar. Pengajar seharusnya menjiwai apa yang
disampaikan agar pelajar dapat apa yang disampaikan. Henley (2006) menyatakan,
dalam pengurusan kelas yang berkesan, pendidik perlu mengambil kira dua perkara
iaitu : emosi dan fizikal peribadi. Dalam mengurus sikap curiga, pendidik seharusnya
mengawal emosi. Dalam erti kata lain pendidik memerlukan kebijaksanaan emosi
supaya berkebolehan menghadapi tekanan, memberi tindak balas yang baik dan
memilih tindak balas yang bersebab.
Di samping itu, pengajaran yang berkesan memerlukan pendidik yang
kompeten untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran baru kepada pelajar.
Melalui pandangan Khine (2004), pendidik yang kompeten mempunyai pendekatan
dalam mewujudkan pengajaran berkesan seperti kemahiran berikut : pendidik
merancang dengan jelas matlamat yang ingin di capai, membina tahap pemikiran
yang berbeza, memilih bahan yang sesuai dengan arahan, melaksanakan arahan yang
bersistematik, menarik minat pelajar, memulakan dan menutup pengajaran dengan
baik, menggunakan teknologi dalam penyampaian maklumat untuk mewujudkan
persekitaran yang ceria, menekankan konsep, memberi tindakbalas yang baik,
mengurus sikap pelajar, mengawal pemahaman pelajar dan mengurus masa.
Dalam setiap sesi pembelajaran yang dijalankan, tidak semua pengajaran itu
berkesan terhadap pelajar. Salah satu punca yang menyebabkan pembelajaran tidak
berkesan kerana pengajar tidak mampu mempelbagaikan dan tertumpu pada satu-
6
satu kaedah sahaja. Brown dan Atkins (1988) menegaskan, mengklasifikasi
persembahan, struktur dan penuh perasaan adalah faktor dalam pengajaran berkesan.
Bagaimanapun ianya belum cukup jelas menyatakan faktor ini beroperasi terhadap
persepsi pelajar, pemahaman dan penampilan.
Dalam pengajaran, pengajar tidak komited dalam menyampaikan isi
pengajaran dan mengabaikan objektif pengajaran. Menurut Abdullah dan Ainon
(1999), ada kalanya pendidik terlupa kepada tujuan pengajaran. Apabila mereka
bercakap mereka sibuk bercakap berkenaan segala hal yang berkisar pada diri
mereka sahaja. Mereka mahu diri mereka sahaja difahami oleh pelajar-pelajar yang
mendengar mereka bercakap. Mereka tidak berminat untuk memahami murid-
muridnya.
Pengajar tidak dapat mengadaptasikan pelajar-pelajarnya. Pengajar
menjalankan pembelajaran tanpa memahami kepada latar belakang pelajar. Slavin
(1986) berkata, pelajar adalah berbeza dari segi pengetahuan, kemahiran dan kadar
pembelajaran. Semasa sesi pembelajaran sekiranya pengajar kelihatan seperti
mengikut gerak hati yang ketara pembelajaran akan menjadi mudah atau sukar
kepada pelajar. Sekiranya wujudnya kepelbagaian, pembelajaran akan menjadi
mudah seterusnya optimum untuk sesetengah pelajar dan lebih sukar kepada
golongan pelajar lain.
Seorang pendidik yang kompeten perlu mempunyai pengalaman yang luas
dan banyak dalam sesuatu bidang dan telah berkhidmat dalam satu tempoh yang
agak lama. Khine (2004) berpendapat, pendidik yang berkesan seharusnya merangka
pengetahuan baru berdasarkan pengalaman lepas. Secara keseluruhannya, mereka
mendedahkan pelajar kepada pemikiran yang luas dan tinggi seperti perbandingan,
hubungkait secara berperingkat, melihat pada perspektif yang berbeza, mengaplikasi
konsep dalam kehidupan seharian, membuat kesimpulan, menjana idea, membuat
penilaian terhadap isu-isu semasa dan mengenalpasti maklumat dengan tepat.
7
Sebagai pengajar sekiranya mereka mengamalkan perkara-perkara di atas
maka sesi pembelajaran yang dilakukan tidak akan berkesan, maka ianya akan
menyebabkan pelajar tidak dapat menimba pengetahuan dan kemahiran baru. Ini
akan menjejaskan prestasi pelajar-pelajar apabila penilaian dilakukan ke atas pelajar
dan ianya menunjukkan pengajaran tidak berkesan yang berlaku di institusi
pendidikan dan akan menjejaskan saranan kerajaan untuk melahirkan modal insan
yang dinamik.
Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti elemen-elemen dalam
kemahiran interpersonal pensyarah dan elemen-elemen dalam kemahiran syarahan
pensyarah. Selain itu kajian ini juga untuk mengenalpasti hubungan antara
kemahiran interpersonal pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar dan
mengenalpasti hubungan antara kemahiran syarahan pensyarah dengan pencapaian
akademik pelajar. Kajian ini diharap dapat memberi maklumat yang berguna kepada
bakal-bakal pensyarah agar dapat merancang pengajaran yang lebih efektif kepada
pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut :
i) Untuk mengenalpasti elemen-elemen dalam kemahiran interperonal
pensyarah.
ii) Untuk mengenalpasti elemen-elemen dalam kemahiran syarahan
pensyarah.
iii) Untuk mengenalpasti hubungan antara kemahiran interpersonal
pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar.
iv) Untuk mengenalpasti hubungan antara kemahiran syarahan pensyarah
dengan pencapaian akademik pelajar.
8
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut :
1) Apakah elemen yang terdapat dalam kompetensi seorang pensyarah?
i) Kemahiran interpersonal pensyarah
a) Adakah asertif pensyarah merupakan sebuah elemen kemahiran
interpersonal pensyarah ?
b) Adakah elemen suara pensyarah merupakan sebuah elemen
kemahiran interpersonal pensyarah ?
ii) Kemahiran syarahan pensyarah
a) Adakah elemen penggunaan audio-visual oleh pensyarah
merupakan sebuah elemen kepada kemahiran syarahan
pensyarah?
b) Adakah elemen aktiviti pensyarah merupakan sebuah elemen
kepada kemahiran syarahan pensyarah?
2) Adakah terdapat hubungan antara kompetensi pensyarah dengan
pencapaian akademik pelajar
a) Adakah terdapat hubungan antara kemahiran interpersonal dengan
pencapaian akademik pelajar?
b) Adakah terdapat hubungan antara kemahiran syarahan pensyarah
dengan pencapaian akademik pelajar?
top related