keutuhan peribadi

Post on 21-Jan-2016

84 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Keutuhan Peribadi. Faizah Ahmad Pusat Penerbitan dan Percetakan. Penghayatan Nilai dan Etika. Nilai dan Etika dalam perkhidmatan awam adalah dasar utama yang akan melahirkan kecemerlangan, amanah dan tanggungjawab yang dijalankan oleh setiap anggota perkhidmatan awam. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Keutuhan Peribadi

Faizah AhmadPusat Penerbitan dan Percetakan

Penghayatan Nilai dan Etika

Nilai dan Etika dalam perkhidmatan awam adalah dasar utama yang akan melahirkan kecemerlangan, amanah dan tanggungjawab yang dijalankan oleh setiap anggota perkhidmatan awam.

Penerapan nilai yang mementingkan kecemerlangan kualiti dalam budaya dan pengurusan organisasi harus meliputi pemikiran dan tindakan semua ahli organisasi.

Tonggak dua belas adalah sebagai panduan untuk menerap nilai murni dalam perkhidmatan awam oleh setiap penjawat awam. Nilai yang baik ini akan dapat membentuk peribadi seseorang menjadi seorang individu yang mulia apabila menjadi amalan.

1. Menghargai MasaBerlalunya masa tanpa sebarang

perbuatan berfaedah adalah suatu kerugian kerana ‘masa itu emas.’

Melengahkan dalam membuat keputusan mungkin akan menyebabkan kita hilang peluang keemasan atau berada di belakang.

Setiap orang diberi masa yang sama banyak setiap hari, terpulang pada individu merancang perjalanan masa masing-masing.

Amalan Positif

Menepati masaMematuhi masa bekerjaMenyegerakan tugasMeyediakan perancangan waktuBijak menguruskan tempoh masa yang diberiMenetapkan sasaran masa target date/time

bagi setiap tugasan

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurna dan membawa kejayaan serta kecemerlangan.

Contoh ketekunan ialah semut yang tidak berhenti melakukan sesuatu perkara hingga selesai dan berjaya.

Victory belongs to the most preserving

Amalan Positif

Tekun melaksanakan tugasGigih melaksanakan tugas mencabarRajin dan sentiasa berusahaSabar menghadapi cabaran pekerjaanCekal menghadapi kesulitan semasa bertugasDedikasi untuk mencapai matlamat organisasi

3. Keseronokan Bekerja

Kerja adalah sesuatu yang perlu dilakukan untuk kelangsungan hidup sama ada membanting tulang atau memeras otak.

Bekerja adalah perlakuan yang tiada penghujung, namun bagi seseorang yang optimis kerja akan mendatangkan keseronokan.

Amalan Positif

Menganggap kerja sebagai ibadat Mempunyai insiatif sendiriMenganggap kerja yang sulit sebagai cabaran

yang perlu diatasiMenghasilkan sesuatu yang berfaedahMemberi sepenuh komitmen kepada kerjaSedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja

untuk berjaya

4. Kemuliaan KesederhanaanSikap kesederhanaan dalam tingkah laku

dan perhubungan antara individu sangat digalakkan dalam pentadbiran awam.

Kesederhanaan adalah sikap yang menolak keterlaluan dalam hal seperti penetapan peraturan atau perbelanjaan. Seseorang yang bersikap sederhana akan memilih jalan pertengahan apabila berhadapan dengan situasi yang keterlaluan.

Seseorang yang sederhana tidak meninggi diri, boleh ditegur, sedia menerima kritikan dan cadangan dan merendah diri.

Amalan Positif

Tidak tamakan pangkat dan kedudukanTidak membazir dalam perbelanjaan pejabatPemaaf dalam pergaulanAdil dalam semua tindakanSedia menerima cadangan dan teguranTidak memperagakan kemewahan

5. Ketinggian Peribadi

Peribadi merangkumi watak, sikap, perilaku dan gaya seseorang membawa diri dalam pergaulan sesama manusia di mana sahaja dia berada.

Sikap positif dan terbuka membantu membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke tahap yang lebih tinggi.

Perilaku yang beradab dan sopan santun turut mewarnakan peribadi.

Amalan Positif

Menyempurnakan tugas dengan amanahIkhlas dalam menjalankan tanggungjawabBerilmu dan berpengetahuan luasMengutamakan keadilan dalam setiap

perbuatanBertimbang rasa tetapi tegasBersopan santun serta sederhana dalam

kelakuan

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

Sifat baik hati penting dalam pembentukan etika kerana ia adalah sifat yang disukai oleh sesiapa sahaja. Antara sifat baik hati ialah pemurah, pemaaf, bertimbang rasa, bersimpati pada kesusahan orang lain dan suka menolong.

Seseorang yang menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan akan mengenepikan sifat baik hati yang menjadi sifat semula jadi manusia.

Amalan Positif

Bersopan santun setiap masaBertimbang rasa dan bersimpati dengan

kesusahan orang lainPemurah dalam usaha kebaikanSedia memberi kemaafan dan melupakan

kejahatan orang lainMudah mesra dan bekerjasamaMerendah diri

7. Pengaruh Teladan

Masyarakat dipimpin oleh seseorang pemimpin atau sekumpulan pemimpin, maka segala gerak laku pemimpin menjadi ikutan masyarakat tersebut.

Sejarah menunjukkan bahawa pemimpin yang kuat, berani dan bijaksana berupaya membangun tamadun tetapi keruntuhan sesuatu tamadun juga disebabkan oleh kebodohan, kelalaian dan kelemahan pemimpin.

Amalan Positif

Sentiasa berkelakuan baik serta bermoral dan berakhlak tinggi

Rajin dan kuat bekerja serta berdisiplinJujur, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab

dalam setiap halBerani mempertahankan kebenaran dan

kebaikanSederhana dalam tutur kata dan tindakanSanggup berkorban setiap ketika

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

Tugas ialah tanggungjawab bagi seseorang yang bersetuju bekerja dengan mana-mana majikan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Tugas mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna untuk mencapai produktiviti yang ditetapkan oleh majikan.

Amalan Positif

Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan

Tekun, sabar dan boleh diharap dalam menjalankan dan menyempurnakan tugas

Cergas dan pantas bekerjaSentiasa belajar dari kesilapan dan jadikannya

sebagai iktibarBersikap profesional dan cekap dalam

menjalankan tanggungjawabCermat dan berdisisplain dalam segala perkara

9. Kebijaksaan Berkhidmat

Berhemat adalah sifat yang patut diamalkan sepangjang masa, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga bagi perkara lain seperti masa, bahan dan penggunaan apa sahaja.

Orang yang berhemat menghargai perkara yang dicermatkan.

Amalan Positif

Berhati-hati bila berbelanjaTidak membazir harta kerajaanTahu membezakan antara keperluan dengan

kemewahanMenyelenggara harta benda kerajaan dengan

baikBertanggungjawab atas perbelanjaan yang

dilakukanMengadakan sistem kewangan yang berkesan

10. Keutamaan Kesabaran

Kesabaran adalah sifat terpuji kerana seseorang yang sabar boleh menerima segala cabaran dengan tenang dan dapat memikirkannya dengan teratur.

Semangat tabah pada seseorang akan mencerminkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan kayakinan terhadap matlamat yang harus dicapai.

Amalan Positif

Tenang menghadapi masalah rumitMempunyai perhitungan jauh dalam membuat

keputusanTahan menerima cabaranTidak mudah berputus asaCermat dan berhati-hati dalam setiap tutur kataTeliti dalam menyiapkan tugas untuk mencapai

kesempurnaan

11. Peningkatan Bakat

Bakat adalah sifat yang mendorong penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah yang berkesan.

Setiap orang mempunyai bakat dan kelebihan masing-masing. Namun bakat tersebut perlu dipupuk supaya dapat berkembang dengan baik.

Amalan Positif

Memberi dorongan terhadap kreativitiMenggalakkan pemikiran baru dan

percambahan fikiranMengenal dan memupuk bakat yang adaBerani mencuba idea baruMenggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatifMenyediakan persekitaran dan suasana yang

dapat melahirkan idea-idea kreatif

12. Nikmat Mencipta

Kepuasan adalah tujuan dan kemuncak dalam segala usaha seseorang.

Kepuasan juga boleh dicapai apabila seseorang berjaya mencipta sama ada melalui penyelidikan atau kreativiti dalam penyelesaian masalah yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Amalan Positif

Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan

Sentiasa berada dalam cabaran intelektualSentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam

menyelesaikan masalahGembira melihat kewujudan idea dan kaedah

baru dalam pentabiranBerani mencuba idea dan perkara baru yang

dicadangkan

Nilai utama dalam perkhidmatan awam

1. Taat setia2. Amanah, Bersih dan Jujur3. Bertanggungjawab4. Berkecuali5. Adil dan saksama6. Prestasi cemerlang dan berkualiti7. Ketepatan masa8. Perkhidmatan ramah dan mesra9. Sikap berjimat cermat

Teras Perkhidmatan Awam

1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri4. Berkhidmat dengan penuh muhibbah &

kemesraan5. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat

dan pembangunan negara6. Bekerjasama membenteras kelemahan &

musuh negara7. Berpegang teguh pada ajaran agama

top related