kertas kerja mohon pinjaman
Post on 25-Jun-2015
2.590 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA PERKHIDMATAN
MENJAHIT PAKAIAN
Oleh
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 TUJUAN/PENGENALAN 32 LATAR BELAKANG PEMOHON 4-63 ASPEK PASARAN 7-104 RANCANGAN OPERASI 115 ASPEK KEWANGAN 136 KESIMPULAN 147 LAMPIRAN 15
1. TUJUAN/ PENGENALAN
1.1 Tujuan kertas kerja ini disediakan untuk mendapatkan pinjaman berjumlah
RM10,000.00 di bawah Skim Intensif Usahawan Felda(SIUF) bagi membiayai
pembelian mesin jahit, mesin jahit tepi, mesin jahit sulaman dan barangan
berkaitan bagi menjalankan perniagaan jahitan pakaian di kawasan Felda
Sungai kemahal.
1.2 Perniagaan berasaskan perkhidmatan jahitan init telah terbukti memberikan
keuntungan lumayan kepada pengusaha di Malaysia dan lain-lain Negara di
dunia pada masa ini. Ini berdasarkan kepesatan pertambahan kedai dan pusat
perusahaan/perkhidmatan ini terutamanya di kawasan lembah Klang serta di
Bandar-bandar utama di Negara ini. Adalah didapati, lambakan pesanan yang
mereka terima sehingga menyebabkan pesanan pelanggan tidak dapat
dipenuhi terutama menjelang musim perayaan.
1.3 Kebanyakan permintaan dan pesanan adalah daripada golongan wanita.
Namun terdapat juga permintaan di kalangan kaum lelaki dan kanak-kanak.
Terdapat juga permintaan untuk membaiki pakaian yang rosak dan
mengubahsuai pakaian.
1.4 Bagi saya, promosi melalui mulut (referral) yang dicetuskan dari produk-produk
yang berkualiti dan harga yang disenangi pelanggan adalah cara terbaik
mendapat pasaran yang memberangsangkan.
1.5 Walaupun saya telah memulakan perniagaan jenis ini secara kecil-kecilan di
rumah, saya amat memerlukan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman dan
juga bimbingan dari pihak FELDA bagi memantapkan perniagaan saya. Saya
optimis dan positif bahawa dengan strategi yang betul dan komitmen yang
tinggi boleh mengembangkan perniagaan ini.
2. LATAR BELAKANG PEMOHON
2.1 MAKLUMAT PEMOHON
Rodhiah Binti Md Sharif adalah merupakan generasi kedua Felda Sungai
Kemahal, bapanya adalah peneroka Felda Sungai Kemahal, berkahwin dengan Jahari
Bin Shafie yang juga generasi kedua Felda Guar Napai,Kedah dan menetap di Felda
Sungai Kemahal.
2.2 BUTIR-BUTIR PEMOHON
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Alamat Tetap :
Tarikh Lahir :
Umur :
Jantina : Perempuan
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Warganegara : Malaysia
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Agama : Islam
Kemahiran/Kebolehan : Jahitan
No Telefon :
2.3 PENGALAMAN
2.3.1. Pemohon mempunyai pengalaman dalam bidang ini selama 5 tahun dan
berminat sejak kecil lagi dalam bidang perniagaan terutamanya dalam bidang
jahitan kerana pemohon dibesarkan dari keluarga yang mengusahakan
pernigaan.
2.3.2. Bermula mengusahakan secara sambilan dan kini menjalankan sepenuh masa.
2.4 KOMITMEN PEMOHON
2.4.1 Pemilihan bidang perniagaan jahitan pakaian ini dibuat kerana ianya menjadi
keperluan bagi masyarakat setempat. Ianya juga lebih berdaya maju dan
kompetetif kerana tidak memerlukan modal pusingan yang besar.
2.4.2 Pada masa ini, pemohon telah mula menjalankan perniagaan jahitan pakaian
dengan mengambil tempahan jahitan dari masyarakat dari masyarakat
setempat iaitu dalam Felda Sungai Kemahal dan kawasan berhampiran.
Perniagaan jahitan diuruskan sendiri oleh beliau sendiri bagi memastikan hasil
jahitan adalah bermutu dan disenangi pelanggan.
2.4.3 Pemohon juga akan sentiasa mencari idea-idea baru serta mendapatkan dan
menambahkan ilmu dalam bidang ini.
2.5 VISI PEMOHON
2.5.1 Memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan bagi memastikan
sentiasa mendapat tempat dihati pelanggan.
2.5.2 Sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam bidang jahitan agar tidak
ketinggalan dan meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang ini.
2.5.3 Menghasilkan produk sampingan seperti tudung bersulam mengikut fesyen
terkini.
2.6 MISI PEMOHON
2.6.1 Meningkatkan taraf hidup keluarga melalui bidang jahitan dan membuktikan
kepada masyarakat luar bahawa golongan generasi kedua Felda yang berjaya.
2.6.2 Menghasilkan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan dengan harga yang
berpatutan.
2.7 MAKLUMAT SUAMI
Nama Suami :
No Kad pengenalan :
Tarikh Lahir :
Taraf Pendidikan : Siji Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan : Bekerja sendiri mengambil upah menguruskan
ladang peneroka
Bilangan anak : 6 orang
2.8 MAKLUMAT IBU
Nama ibu : Mek Bt The
No Kad Pengenalan :
Alamat :
3 ASPEK PASARAN
PENGENALAN
Kami menerima tempahan jahitan pakaian wanita dan lelaki serta kanak-kanak
seperti baju melayu, baju kurung, baju jubah, baju sekolah, seluar, skirt, kain dan
sebagainya. Juga memberikan perkhidmatan membaiki pakaian seperti menampal
seluar yang koyak dan mengubahsuai pakaian mengikut kesesuaian pelanggan. Saya
menawarkan konsep “fast tailor services” dimana tempahan akan cuba disiapkan
dalam masa yang singkat demi kepuasan pelanggan dengan harga yang amat
berpatutan dan berdaya saing tanpa mengenepikan aspek kualiti.
3.1 KAWASAN / LOKASI PERNIAGAAN
Perkhidmatan ini dijalankan dirumah di alamat No 20 Felda Sungai Kemahal,
28320 Triang, Pahang Darul Makmur. Sila lihat rajah di bawah untuk rujukan lokasi
premis.
FELDA SUNGAI KEMAHAL
3.2 POTENSI PASARAN
3.2.1 Bagi mereka yang mempunyai saiz badan yang besar, adalah sukar bagi
mereka untuk membeli pakaian yang telah siap dipasaran. Oleh itu,
perkhidmatan menjahit pakaian merupakan satu keperluan bagi mereka.
3.2.2 Golongan muda terutama wanita tidak mahu ketinggalan dengan fesyen terkini
dan mereka akan menggunakan khidmat saya untuk menjahit kain dengan corak
kegembiraan mereka mengikut fesyen yang mereka idamkan.
3.2.3 Pelanggan boleh memiliki pakaian mengikut ukuran sebenar badan mereka
mengikut kesesuaian mereka.
3.2.4 Kebanyakkan pelanggan mengutamakan kualiti jahitan yang mana tidak
terdapat pada pakaian yang telah siap pada harga mampu milik dipasaran.
3.2.5 Adalah menjadi trend sekarang, satu keluarga memakai pakaian dengan warna
dan corak yang sama semasa sambutan Hari Raya. Dengan cara membeli kain
pilihan mereka dan menggunakan khidmat tukang jahit adalah cara yang mudah
bagi mereka.
3.2.6 Begitu juga dengan persatuan atau pertubuhan yang memerlukan pakaian yang
seragam untuk sesuatu majlis akan menyukarkan untuk membeli pakaian
dengan warna dan corak yang sama dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu,
khidmat tukang jahit diperlukan.
3.2.7 Selain menjahit pakaian, khidmat menjahit/menampal pakaian yang koyak,
mengubahsuai pakaian, menjahit langsir dan sebagainya diperlukan oleh
masyarakat setempat.
3.3 JENIS PERKHIDMATAN DAN HARGA
Jadual 3: Jenis perkhidmatan dan harga.
BIL JENIS HARGA SEUNIT
1 Menjahit Baju Kurung/ Moden RM 30.00 – RM 45.00
2 Menjahit Baju Melayu RM 30.00 – RM 45.00
3 Menjahit Baju Fesyen RM 30.00 ke atas
4 Menjahit Seluar Lelaki RM 40.00 ke atas
5 Menjahit Langsir RM 100.00 ke atas
6 Menampal /ubahsuai /jahit tepi /sulaman dan lain-lain RM 3.00 ke atas
3.4 SEGMEN PASARAN
Selain penduduk setempat, terdapat juga pelanggan daripada penduduk
kawasan sekitar seperti Bukit Mendi, Triang, Chemomoi, daripada Persatuan Belia
dan juga daripada lain-lain kawasan yang mana mereka biasanya adalah ahli
keluarga kepada penduduk setempat.
Pecahan Pelanggan
,
, ,
Kawasan Setempat - Sg Kemahal, 74%
Kawasan Sekitar - Bkt Mendi,
triang dsb, 16%
Badan/Persatuan, 7% Lain-lain, 3%
3.5 PESAING PASARAN
Sukar menentukan pesaing dipasaran secara tepat kerana terdapat pengusaha
yang menjalankan perkhidmatan ini hanya sebagai mengisi masa lapang ataupun
hobi dan juga yang telah berhenti atas faktor usia. Bagi kawasan yang berdekatan,
dianggarkan terdapat 20 orang pesaing. Namun begitu, kami semua masih tidak
dapat memenuhi permintaan pelanggan ketika musim Hari Raya. Ini terbukti apabila
ramai di antara kami tidak menerima tempahan walaupun sebulan sebelum menjelang
Hrai Raya kerana sudah terlalu banyak tempahan.
3.6 STRATEGI PEMASARAN
Mengenalpasti “niche” dalam pasaran dan mengkaji kehendak
pelanggan
Memastikan harga yang ditawarkan adalah kompetetif
Memberi diskaun istimewa kepada pelanggan yang membuat tempahan
dalam kuantiti yang banyak
Menyimpan maklumat ukuran pelanggan untuk memudahkan tempahan
berikutnya
3.7 PROMOSI DAN IKLAN
Sahabat handai membantu membuat promosi selain menjadi pelanggan
tetap
Meletak papan tanda di hadapan rumah dan penunjuk arah dari simpang
berhampiran
4. RANCANGAN OPERASI
4.1 PERALATAN / MESIN YANG DIPERLUKAN
BIL JENIS HARGA (RM)
1 Mesin Jahit Tepi RM 2000.00
2 Mesin Jahit Sulam RM 2000.00
3 Mesin Jahit Biasa RM 1350.00
4 Seterika dan Meja seterika RM 150.00
5 Benang / Almari RM 800.00
6 Membaik pulih premis perniagaan RM 5600.00
JUMLAH RM 11900.00
4.2 CARTA PROSES
PENERIMAAN TEMPAHAN DAN
PENETAPAN REKABENTUK/ FESYEN OLEH PELANGGAN
MENGAMBIL DAN MEREKODKAN
UKURAN PELANGGAN
MEMOTONG KAIN MENGIKUT UKURAN
MEMASANG BUTANG/
MEMBUAT SULAMAN DAN SEBAGAINYA
MENJAHIT/ MENCANTUM BAHAGIAN-
BAHAGIAN TADI MENJADI PAKAIAN
MENJAHIT TEPI
MEMERIKSA KUALITI DAN
MENGEMASKAN JAHITAN
SEKIRANYA PERLU
MENGAMBIL DAN MEREKODKAN
UKURAN PELANGGAN
MEMOTONG KAIN MENGIKUT UKURAN
4.3 BAHAN ASAS PENGELUARAN
Jenis bahan asas jahitan sulaman dan jahitan biasa digunakan:
Benang
Alatan dan bahan jahitan seperti span bahu, lapik, gam, butang, getah
pinggang, cangkuk palang, benang dan zip.
4.4 KOS JAHITAN
Purata tempahan dalam sebulan adalah 15 hingga 20 pasang, namun jumlah
tempahan akan meningkat sehingga 60 pasang menjelang musim perayaan. Kos
upah bagi setiap helai baju kurung yang dijahit bergantung kepada fesyen, sulaman
dan eksesori tambahan.
Berikut contoh upah bagi sehelai baju kurung tanpa sulaman:
Perkara KuantitiHarga Seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
Span Bahu 2 0.50 1.00
Lapik Gam 1 0.40 0.40
Butang 1 0.50 0.50
Getah Pinggang 1 0.80 0.80
Cangkuk Palang 1 0.50 0.50
Benang 1 0.50 0.50
Bil elektrik 1.00 1.00
Jumlah Besar 4.70
Upah menjahit sepasang baju kurung : RM 30.00
Kos bagi sepasang baju kurung : RM 4.70
UNTUNG KASAR : RM 25.30
5. ASPEK KEWANGAN
5.1. PEMBIAYAAN
Cadangan pembiayaan untuk membeli peralatan /mesin jahit sebanyak RM10,000.00
adalah pinjaman tanpa faedah dari Skim Intensif Usahawan Felda (SIUF).
5.2 CADANGAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN
Pembayaran balik adalah selama 5 tahun (60 bulan). Anggaran bayaran bulanan ialah
sebanyak RM 167.00 sebulan.
5.3 UNJURAN KEWANGAN
-sila rujuk lampiran-
KESIMPULAN / JUSTIFIKASI
1. Bidang jahitan berpotensi untuk diusahakan di sini kerana jumlah penduduk
yang ramai disebabkan ramai golongan generasi kedua yang sebelum ini
menetap di luar sudah kembali menetap di sini.
2. Pada masa ini, ramai yang tidak mahir untuk menjahit. Oleh itu, perkhidmatan
menjahit pakaian, menampal dan sebagainya menjadi keperluan bagi mereka.
3. Pemohon dan suami berasal dan menetap di sini. Oleh itu, mereka mempunyai
ramai kenalan dan sahabat untuk memudahkan promosi.
LAMPIRAN
Ruang kerja pemohon
Antara pakaian yang telah siap dijahit oleh pemohon
Meja untuk kerja-kerja
pemotongan kain
top related