kerangka teori perubahan ict dalam pendidikan
Post on 29-Nov-2015
44 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kajian Kes
Kerangka Teori Bagi Mengimplementasi Perubahan
ICT Dalam Pendidikan
Jabatan Aplikasi Komputer &
Jabatan Kurikulum dan KokurikulumIAB Utara
1
1.0 Pengenalan
Kajian ini bertujuan untuk menyediakan satu kerangka teori bagi mengenal pasti
faktor-faktor penting dalam mengimplementasi ICT disekolah. Melalui penyediaan
kerangka teori ini, ia juga akan digunakan bagi melihat implementasi ICT secara
keseluruhan dalam proses pengurusan sekolah sebagai faktor untuk meningkatkan
perubahan.
2.0 Tinjauan literatur
Implementasi ICT untuk meningkatkan pengurusan sekolah dan pengajaran dan
pembelajaran secara keseluruhannya telah menunjukkan banyak cabaran-cabaran
yang perlu dihadapi dan ditangani. Sehingga kini penggunaan ICT dalam pengurusan
serta pengajaran dan pembelajaran masih belum sampai ke tahap yang optimum. Ini
menimbulkan persoalan bagaimana mengimplementasikan penggunaan ICT secara
keseluruhannya terutamanya dalam menangani perubahan ? Tinjauan literatur
menunjukkan beberapa pendekatan telah digunakan untuk mengenal pasti faktor-
faktor yang membawa kepada implementasi ICT di sekolah. Terdapat kajian-kajian
yang memberikan tumpuan kepada halangan-halangan untuk mengimplementasi ICT
di sekolah. Sementara terdapat juga kajian-kajian yang memberikan tumpuan kepada
faktor-faktor yang membawa kepada kejayaan penggunaan ICT. Beberapa kajian juga
memberikan tumpuan kepada faktor luaran dan polisi kerajaan yang berhubung kait
dengan ICT.
2
3.0 Pernyataan masalah
Kajian yang akan dijalankan adalah merupakan kajian kes yang akan berpandukan
kepada kerangka teori seperti yang terdapat di dalam kebanyakan tinjauan literatur.
Oleh kerana terdapat kekurangan dalam kajian-kajian lepas mengenai implementasi
ICT dalan pengurusan maka amalan-amalan yang didapati di sekolah kajian akan
digabungkan dengan kerangka teori bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh
mengenai implementasi ICT dalam pengurusan.
A research done by the Faculty of Education, National University of Malaysia shows
that only 23.9 percent of the teachers support the Smart School Project (Mohd Sani,
2000). The results are also in tandem with the research on instructional leadership
and ICT literacy where only 24 percent of teachers for primary school perceived their
superior are ICT literate and 29.4 percent for secondary school (Baharom Mohamad,
2002).
4.0 Objektif kajian
1. Menyediakan kerangka teori untuk menilai implementasi ICT dalam
pendidikan daripada aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran.
2. Mengenal pasti ciri-ciri yang mempengaruhi proses implementasi ICT di
sekolah.
3
5.0 Metodologi
Kajian ini menggunakan pendekatan interpretif iaitu strategi kajian kes tunggal.
Pendekatan pelbagai kaedah juga perlu digunakan bagi mendapatkan keseluruhan
gambaran bagi proses implementasi ICT, ciri-ciri dan juga halangan-halangan ICT di
sekolah. Data-data dikumpul pada peringkat individu, guru serta pandangan
pemimpin sekolah diambil bagi mendapat gambaran menyeluruh.
6.0 Sampel
Kajian ini akan menggunakan guru-guru serta kumpulan pentadbir Sekolah Menengah
Sin Min Sungai Petani sebagai sampel. Ini kerana sekolah ini mempunyai kemudahan
dan penggunaan ICT dalam bidang pengurusan secara optimum.
7.0 Instrumen kajian
Kajian ini akan menggunakan soal selidik, temu bual dan penelitian dokumen bagi
mendapatkan data.
8.0 Analisis data
Data akan dianalisis secara kualitatif melalui deskriptif dan ‘coding process’.
4
9.0 Dapatan
Kajian yang dijalankan telah menemubual enam orang staf sekolah ini dan hasil
dapatan telah ditrankripsikan dan diproses dengan 539 kenyataan telah diperolehi.
Data-data yang diproses berdasarkan data temubual dan soalan terbuka soal selidik.
Daripada 539 kenyataan ini sebanyak 527 adalah kenyataan positif sementara 12 lagi
adalah kenyetaan negatif berhubung dengan pengunaan ICT di sekolah. Data
deskriptif telah diperolehi daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada guru dan
pemimpin sekolah. Sebanyak 70 salinan soal selidik telah dikembalikan. Dapatan
responden secara deskriptif adalah sebanyak 70%. Berdasarkan dapatan kajian
terdapat tujuh kategori yang dibahagikan kepada pengaruh luar, kriteria sekolah, etos,
proses dalaman, sumber ICT, latihan ICT dan sokongan ICT. Setiap kategori kriteria,
etos dan proses dalaman pula dibahagikan kepada sekolah secara umum dan kriteria
sekolah yang berhubung dengan ICT. Rajah 1 menunjukkan ringkasan frekuensi
kenyataan positif dalam setiap kategori.
Jadual 1. Bilangan kenyataan positif yang dikategori
Kategori Bilangan Komen Pengaruh luar 5
Kriteria Keseluruhan sekolah: Umum
23
Keseluruhan sekolah: ICT 24 Etos Keseluruhan sekolah:
Umum 74
Keseluruhan sekolah: ICT 47 Proses Dalaman Keseluruhan sekolah:
Umum 48
Keseluruhan sekolah: ICT 29 Sikap staf 84
Sumber ICT 86 Latihan ICT 75
Sokongan ICT 32
5
Beberapa pandangan menyatakan sekolah memerlukan sokongan luar seperti PIBG
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah serta komitmen ibu bapa
untuk memastikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan
pengurusan sekolah berjaya. Ini dapat dibuktikan melalui 5 kenyataan yang telah
diberikan oleh staf sekolah kajian. Kriteria sekolah secara umum seperti suasana
yang kondusif, sikap murid dan guru juga menyumbang kepada penggunaan dan
pengurusan ICT di samping terdapat kemudahan ICT sedia ada di sekolah ini. Etos
sekolah menunjukkan terdapat sokongan yang bersungguh-sungguh daripada pihak
pengurusan dan rakan sejawat (74 kenyataan) dan juga budaya menggunakan dan
mementingkan ICT dalam pengajaran dan pengurusan sekolah. Kenyataan-kenyataan
berhubung dengan proses dalaman seperti kepentingan penggunaan ICT semasa
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sekolah dan penggunaan ICT untuk
mendapatkan bahan-bahan pengajaran dan memudahkan pengurusan pentadbiran dan
menjimatkan masa kerap dikemukakan oleh responden. Namun begitu mereka
berpendapat sikap guru dan pemimpin sekolah adalah penting dalam proses
menggunakan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran serta urusan pentadbiran
sekolah. Sikap positif adalah penting dalam membentuk budaya penggunaan dan
implementasi ICT di sekolah. Kebanyakan responden menyatakan kemudahan
peralatan ICT yang mencukupi serta boleh digunakan merupakan faktor yang penting
dan utama dalam mewujudkan suasana dan budaya pengunaan ICT di sekolah. Bagi
memenuhi tuntutan kaedah pengajaran kreatif dan kritis sekolah harus menyediakan
peralatan yang mencukupi kepada guru dan murid. Ini dapat mengatasi masalah
perkongsian perkakasan dan dapat menjimatkan masa penggunaan dan pencarian
maklumat bagi penyediaan bahan bantu mengajar. Komen-komen berhubung dengan
kekangan masa dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga
6
dapat diatasi sekiranya terdapat peralatan yang mencukupi. Terdapat responden yang
menjelaskan bahawa sekolah ini menyediakan kemudahan ICT yang lengkap dan
mencukupi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran sekolah . Kemudahan ini dapat
menambahkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sekolah. Terdapat pendapat
responden yang menjelaskan kepentingan latihan dalaman bagi memantapkan
kemahiran ICT dalam kalangan staf di sekolah (75 kenyataan). Staf di sekolah ini
mendapat latihan kemahiran ICT yang diberikan oleh pemimpin sekolah sendiri.
Namun begitu responden berpendapat bagi memantapkan pengunaan ICT dalam
pengajaran dan pengurusan sekolah, sokongan teknikal harus diberikan bagi
memantapkan lagi amalan penggunaan ICT di sekolah. Daripada dapatan ini tujuh
kategori termasuk dalam kategori ciri sekolah secara umum, etos atau implementasi
ICT dalam proses pengurusan dan pengajaran serta pembelajaran. Ciri-ciri yang tidak
termasuk dalam tujuh kategori ini dikira sebagai ciri kriteria keseluruhan. Data-data
daripada soal selidik juga diperolehi dan dapat memberikan petunjuk terhadap
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, keyakinan menggunakan ICT,
sikap terhadap penggunaan ICT dan penggunaan ICT dalam konteks sekolah secara
keseluruhan. Data-data deskriptif menunjukkan mean penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah secara sederhana iaitu sebanyak 2.76. Ini
berdasarkan julat skor data deskriptif.. Keyakinan guru dan pihak pengurusan sekolah
menggunakan ICT adalah pada tahap sederhana iaitu 3.61. Sikap guru dan pentadbir
sekolah dalam penggunaan ICT secara keseluruhan adalah berada pada tahap tinggi
iaitu 3.96 sementara ikap guru dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah pada tahap sederhana iaitu 3.62. Sikap terhadap penggunaan ICT
dalam pengajaran dan urusan pentadbbiran adalah pada tahap tinggi iaitu 3.85 dan
7
penggunaan ICT dalam konteks sekolah secara keseluruhan adalah pada tahap tinggi
iaitu 3.92.
Berdasarkan daripada data deskriptif soal selidik, temubual, pemerhatian dan
penelitian dokumen sebagai kaedah triangulasi kajian maka satu kerangka teori dapat
dihasilkan bagi menunjukkan faktor-faktor yang menyumbang kepada implementasi
ICT dalam pengajaran dan pengurusan di sekolah. Kerangka ini mengandungi tiga
lapisan iaitu faktor sekolah secara keseluruhan, proses implementasi dan ciri
individu. Kajian ini tidak menunjukkan hubungan atau pengaruh antara faktor-faktor
yang telah didapati. Kerangka ini juga tidak menunjukkan kepentingan mana-mana
faktor yang telah dinyatakan dalam kajian ini.
Membina model daripada dapatan kajian ke dalam kerangka teori
Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada
implementasi ICT berdasarkan kajian kes dan kerangka teori tinjauan literatur.
Dapatan kajian digabungkan dengan kerangka teori tinjauan literatur bagi menentukan
faktor yang sama dari segi kajian kes dan kerangka teori atau mana-mana factor yang
tidak terdapat di dalam kerangka teori tetapi wujud dalam kajian kes atau sebarang
kekurangan yang terdapat di dalam kajian kes tetapi wujud dalam kerangka teori.
Gabungan dapatan ini merupakan sumbangan yang bermakna dalam kajian ini.
8
Penggunaan ICTDalam P&P dan Pengurusan
Budaya dan Etos
Kepimpinan
Pengaruh Persekitaran
Kualiti Staf
Peruntukan Sumber
Motivasi Staf
Proses dalaman
Perancangan Dan Pengurusan
Sikap Positif Terhadap
ICT
Pengetahuan
Kemahiran
Percaya pada ICT
Individu
Proses Implementasi
ICT
Kriteria Keseluruhan
Sekolah
Rajah 1: Model Faktor Yang Mempengaruh
Kriteria sekolah secara keseluruhan termasuklah:
a. Kepimpinan yang mempengaruhi penggun
b. Budaya sekolah yang menggalakkan pemb
c. Staf yang bermotivasi
d. Sikap yang positif dan proaktif terhadap p
e. Proses dalaman sekolah yang mantap.
Sokongan Dan
Latihan
Sokongan Dan Latihani Implementasi ICT dalam Kajian Kes
aan ICT di sekolah.
elajaran
eluang dan pengaruh luar
9
Proses implementasi ICT termasuklah:
a. Perancangan yang teliti dalam mengimplementasi ICT di sekolah.
b. Peruntukan dan sumber-sumber ICT
c. Latihan staf dan sokongan teknikal terhadap ICT di sekolah
Ciri Individu
a. Sikap positif terhadap penggunaan ICT dan percaya serta yakin dalam
menggunakan ICT.
b. Kepentingan pengetahuan ICT dan kemahiran menggunakannya.
Dari segi kriteria keseluruhan sekolah dan proses implementasi ICT adalah jelas
bagi kedua-dua model kajian dan kerangka teori literatur. Dari segi latihan staf
dan sokongan teknikal untuk kemahiran ICT ianya lebih jelas dalam kajian kes
berbanding dengan literatur. Namun begitu faktor individu merupakan faktor yang
jelas dalam model kajian dan kerangka teori literatur. Dalam kajian kes
kesuntukan masa menggunakan ICT oleh guru-guru merupakan masalah utama
yang menjadi penghalang kepada penggunaan ICT secara maksimum dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kajian kes ini juga menunjukkan pengaruh dan
kesungguhan pemimpin menggalakkan pengunaan ICT di kalangan staf dalam
proses pengurusan dan pentadbiran sekolah. Kriteria ini juga jelas digambarkan
dalam kerangka teori literatur. Dapatan kajian juga menunjukkan sekolah
menggunakan peluang persekitaran luar seperti PIBG dan hubungan dengan
komuniti dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Ciri ini kurang jelas
dipamerkan dalam kerangka teori.
10
10.0 Limitasi
Kajian ini merupakan kajian kes yang hanya dijalankan di sebuah sekolah. Oleh itu
dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada sekolah-sekolah lain di negeri
Kedah.
11.0 Kesimpulan
Kajian ini telah menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi implementasi ICT di
sekolah. Dapatan kajian ini telah digabungkan dengan kerangka teori bagi mendapat
gambaran secara menyeluruh bagi mewujudkan budaya ICT di sekolah serta
menyediakan perancangan bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Dapatan kajian boleh dijadikan panduan
bagi kajian akan datang untuk mendapatkan pengaruh faktor-faktor implementasi
dengan lebih mendalam dan terperinci.
11
Rujukan
Baharom Mohamad. (2002). In Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman.. Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 – 19 Disember 2002.
Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, conducting and evaluating
qualitative and quantitative research. New Jersey: Pearson. Mohamad Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman. (2002). Pengetua dan
pembestarian sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan Pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16 – 19 Disember 2002.
Tearle, P. (2004). A theoretical and instrumental framework for implementing change in ICT in education. Cambridge Journal of Education 34 (3) 11.
12
top related