kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf
Post on 07-Jul-2018
313 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf
1/11
1
KEBERKESANAN TEKA SILANG KATA INTERAKTIF DALAM
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEJATERHADAP MURID PENDIDIKAN KHAS
Oleh:Muhammad Alwan Bin Baharudin @ Noraniza Binti Mohd Noor,
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
alwan5525@gmail.com, noraniza@ipgkdri.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan teka silang kata interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan penguasaan murid dalamkemahiran mengeja. Hasil refleksi pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum
mendapati bahawa tahap penguasaan murid pendidikan khas masalah pembalajaran
adalah sangat lemah. Melalui pemerhatian dan analisis dokumen mendapati terdapat beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh murid.. Responden kajian ini terdiridaripada seorang murid pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah,Manir, Kuala Terengganu. Pengumpulan data menggunakan instrument ujian,
analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Data kualitatif dianalisis secaradeskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan teka silang interaktif ini
telah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mengeja.Kesimpulannya, kajian ini merupakan langkah awal bagi membendung murid yang
lemah dalam kemahiran mengeja dengan bantuan teka silang kata interaktif. Dapatankajian menunjukkan bahawa tumpuan murid terhadap pengajaran dan pembelajaransemakin baik, wujudnya amalan refleksi yang membantu murid mengeja dengan
betul serta peningkatan penguasaan kemahiran mengeja.
Kata Kunci: Kemahiran Mengeja, Teka Silang Kata Interaktif
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan dapat dilaksanakan sekiranya seseorangguru dapat merancang dengan sebaiknya dimana ianya mampu menarik minat dan tumpuan muridsepanjang proses PdP. Berdasarkan pengalaman ketika menjalani praktikum fasa ketiga diSekolah Kebangsaan Kampong Tengah, pengkaji diamanahkan oleh guru pembimbing untuk
mengajar subjek Bahasa Melayu tahun 4 di kelas pendidikan khas. Sepanjang menjalankan proses
PdP, pengkaji mendapati wujudnya masalah dalam menguasai kemahiran mengeja dalamkalangan murid pendidikan khas Tahun 4.
Setelah melakukan pemerhatian dan analisis dokumen terhadap lembaran kerja murid,
pengkaji mendapati kesilapan yang sering dibuat oleh murid adalah berkaitan dengan ejaanKVKKKV. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menggunakan beberapa cara untukmemudahkan murid mengingat. Antaranya pengkaji melakukan aktiviti teka huruf untuk
membentuk perkataan. Selain itu juga, pengkaji menyuruh murid-murid menyalin perkataan
-
8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf
2/11
2
berulang kali. Cara mengingat ini hanya bertahan sekejap sahaja. Tidak lama kemudian, muridtersebut masih melakukan kesalahan yang sama.
Disebabkan kegagalan dalam menggunakan cara tersebut, pengkaji telah mencari puncasebenar yang menjadi penyebab kepada murid-murid ini tidak dapat mengeja dengan betul.Berdasarkan punca tersebut, pengkaji ingin membina satu bahan pengajaran yang dapat
membantu menyelesaikan masalah murid-murid ini. Setelah berfikir dan membuat penilaian, pengkaji telah memilih jalan untuk mencipta dan mengaplikasikan satu kit yang lebih menarik
agar dapat menarik perhatian murid untuk belajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sekaligus dapat meningkatkan tahap penguasaan ejaan dan menulis murid-murid.
SOROTAN LITERATUR
Bahagian di dalam soroton literatur ini telah menghuraikan teori-teori yang berkaitan serta sorotanliteratur yang konsekuan dengan kajian tindakan yang dilakukan oleh pengkaji ini. Pengkaji akanmengetengahkan beberapa pandangan yang diperolehi hasil daripada pengkaji sendiri.
Menurut Fernald G.M dan Helen B.K (1943, 1988) dipetik daripada kajian MuhammadFahmi Bin Ahmad Tarmizi (2012) mengatakan bahawa penggunaan bahan dan teknik VAKT ini
dapat membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan teruk. Hal ini telah menguatkanlagi pegangan pengkaji untuk memasukkan unsur VAKT di dalam kit pembelajaran yang dibina.
Bahan yang mengandungi kaedah VAKT bersesuaian dengan murid kerana murid bolehmenggunakan pelbagai deria mereka semasa belajar. Penglibatan deria akan memantapkan lagi
kefahaman murid dalam mengenal huruf dan memudahkan sesi rawatan nanti.
Menurut Baharudin (2005) penggunaan teknologi dalam bilik darjah harus diberi keutamaan
bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Maka dapatlah disimpulkan penggunaan teka silang kata interkatif yang memerlukan penggunaan ICT ini sangat sesuaidiaplikasikan di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan kajian yang sedia ada Nor Aqlili (2012) penggunaan teka silang katamemberikan perkembangan yang baik terhadap keamhiran mengeja murid pemulihan khas.
Antara kelebihan kajian ini, kaedah dan alat yang direka senang dibawa dan mudah diubahsuaimengikut tahap murid-murid. Kelemahan yang dikenalpasti berkaitan kajian ini pula adalah ianya
masih lagi menggunakan lembaran kerja sebagai alat bahan bantu mengajar. Disebabkan murid pemulihan khas sudah terbiasa dengan cara ini, ianya akan menyebabkan murid berasa bosan.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja muridPendidikan Khas kelas Waja di Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah dengan menggunakan
teka silang kata interaktif .
-
8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf
3/11
3
Objektif
Membantu murid Pendidikan Khas kelas Waja Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah dalammeningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan menulis melalui penggunaan teka silang kata
interaktif.
Persoalan Kajian
Bagaimanakan penggunaan teka silang kata interaktif dapat membantu meningkatkan penguasaan
kemahiran mengeja murid Pendidikan Khas?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini melibatkan seorang murid lelaki di kelas Pendidikan Khas. Responden dipilih
berdasarkan pemerhatian dan analisis dokumen. Pengumpulan data menggunakan instrumenujian, pemerhatian dan temubual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut responden.
Temubual
Proses temubual dijalankan secara berstruktur dan tidak berstrukur. Temubual berstrukurdijalankan terhadap guru bahasa melayu yang mengajara kelas Waja. Temubual ini dijalankan
untuk mendapatkan maklumat berkaitan prestasi akademik dan tingkah laku responden semasa berada di dalam dan luar bilik darjah. Temubual tidak berstruktur pula dijalankan terhadap
responden bagi mengetahui latar belakang dan persepsi responden terhadap subjek BahasaMelayu.
Pemerhatian
Proses pemerhatian dijalankan secara berstruktur dengan menggunakan senarai semak.Pemerhatian dijalankan untuk melihat perubahan tingkah laku responden sebelum dan semasaguru mengaplikasikan penggunaan teka silang kata semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Ujian Pra dan Pasca
Ujian Pra dan Pasca dilakukan untuk melihat sejauh mana penguasaan responden dalam
kemahiran ejaan sebelum dan selepas menggunakan teka silang kata interaktif. Kemahiran yangdiuji untuk ujian ini adalah berkaitan kemahiran mengeja KVKKKV dan jumlah soalan yang diujiadalah sebanyak 6 soalan.
-
8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf
4/11
4
SPESIFIKASI INTERVENSI
INTERVENSI 1
Pada intervensi 1 responden telah diuji berkaitan dengan kemahiran mengeja KVKV. Disampinguntuk melihat sejauh mana penguasaan responden dalam kemahiran KVKV ianya juga bertujuan
untuk memberikan motivasi dan dorongan kepada responden untuk diuji ke tahap yang lebihtinggi.
Rajah 1 menunjukkan slide powerpoint pada sesi intervensi yang pertama
INTERVENSI 2
Pada intervensi 2 responden diuji berkaitan kemahiran mengeja bertema. Tema yang dipilihadalah tema haiwan dimana ianya sangat sesuai untuk menarik minat murid Pendidikan Khas.Kemahiran ejaan yang diuji pada sesi ini adalah lebih tinggi sedikit berbanding pada sesi
intervensi yang pertama.
-
8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf
5/11
5
Rajah 2 menunjukkan slide powerpoint pada sesi intervensi yang kedua
Rajah 3 menunjukkan lembaran kerja yang diberikan selepas aktiviti teka silang kata
-
8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf
6/11
6
INTERVENSI 3
Pada intervensi ketiga pengkaji telah menguji responden berkaitan kemahiran ejaaan KVKK.Pada sesi ini responden akan mengeja dan menyebut perkataan KVKK yang keluar dari paparan
sebelum ianya hilang. Sebanyak lima perkataan KVKK akan diuji pada sesi ini. Setelah selesairesponden akan menekan gambar senyum untuk mengulang aktiviti tersebut tetapi masa perkataan
KVKK hilang adalah lebih cepat.
Rajah 2 menunjukkan slide powerpoint pada intervensi yang ketiga
-
8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf
7/11
7
INTERVENSI 4
Pada sesi ini pengkaji telah menguji kemahiran mengeja KVKKKV. Iannya merupakankesinambungan daripada aktiviti pada intervensi ketiga. Perkataan yang diuji pada intervensi ini
adalah sebanyak 6 perkataan.
Rajah 4 menunjukkan slide powerpoint pada intervensi keempat
DAPATAN KAJIAN
SEBELUM KAJIAN
Semasa berpraktikum pengkaji diamanahkan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu di kelas
Waja. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati responden banyakmelakukan kesilapan semasa mengeja perkataan KVKKKV. Contohnya perkataan bangku dieja‘banku’. Jika dilihat dari aspek tingkahlaku, responden cepat berasa bosan dan tidak berminat
mengikuti PdP.
-
8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf
8/11
8
SEMASA KAJIAN
INTERVENSI 1
Pada intervensi pertama ini pengkaji telah mengaplikasikan penggunaan teka silang katainterakttif semasa PdP. Pengkaji telah menguji kemahiran yang mudah dahulu iaitu KVKV.
Setelah menggunakan teka silang kata interaktif, pengkaji telah member satu lembaran kerjakepada responden. Hasil yang diperolehi pengkaji mendapati responden dapat menjawab kesemuasoalan dengan betul. Ini menunjukkan bahawa responden sudah dapat menguasai kemahiran ejaan
KVKV dan sekali gus memberi satu motivasi kepadanya untuk ke tahap yang lebih tinggi.
Rajah 5 menunjukkan responden sedang menggunakan teka silang kata interaktif dan menjawab
soalan berdasarkan lembaran kerja
Rajah 6 menunjukkan jawapan yang dibuat oleh responden
-
8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf
9/11
9
INTERVENSI 2
Pada intervensi kedua pengkaji telah menguji kemahiran yang lebih tinggi sedikit berbandingintervensi pertama. Kemahiran yang diuji adalah ejaan bertema. Tema haiwan telah dipilih atas
dasar ianya sesuatu yang dekat dengan kehidupannya disamping dapat menarik tumpuanresponden.
Rajah 7 menunjukkan penerangan yang diberikan guru sebelum memulakan aktiviti ejaan bertema
Rajah 8 menunjukkan jawapan yang dibuat oleh responden
Jika dilihat jawapan diatas terdapat dua kesalahan yang dilakukan oleh responden. Apabiladitanya responden berkaitan kesalahan yang dilakukan, maklumbalas yang diterima adalah ‘dop
ingat nok wat gane’ . Disini jelas menunjukkan bahawa murid-murid pendidikan khas memerlukan proses pengulangan yang kerap agar tidak mudah lupa.
-
8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf
10/11
10
INTERVENSI 3
Pada intervensi ketiga responden akan diuji kemahiran mengeja KVKK. Pada sesi ini, respondenakan menyebut perkataan yang keluar di paparan computer. Kajian mendapati responden dapatmenyebut 3 perkataan dengan betul pada pusingan pertama. Setelah proses pengulangan dibuat,
responden dapat menyebut kesemua perkataan dengan betul dan cepat.
Rajah 9 menunjukkan responden sedang melakukan aktiviti menyebut perkataan KVKK
INTERVENSI 4
Kemahiran yang diuji pada sesi ini adalah yang paling tinggi. Ianya merupakan kesinambungandaripada kemahiran yang diuji pada intervensi ketiga. Pada sesi ini, dilihat murid dapatmenyelesaikan teka silang kata dengan mengisi huruf ke dalam petak dengan betul. Tingkahlaku
responden juga dilihat berubah daripada negatif kepada positif dimana responden tidak lagi bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran.
Rajah 10 menunjukkan responden sedang menyiapkan teka silang kata interaktif berkaitankemahiran KVKKKV
-
8/18/2019 kemahiran mengeja & teka silang kata.pdf
11/11
top related