kekuatan dan kestabilan struktur
Post on 09-Feb-2016
183 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEKUATAN DAN KESTABILAN STRUKTUR
DIFINISI KEKUATAN STRUKTUR : Keupayaan struktur untuk Manahan daya yang bertindak ke atasnya.
Struktur yang kuat dapat menampung beban yang berat dan tidak mudah retak, pecah, patah atau runtuh.
Kekuatan bergantung kepada
i. Jenis bahan yang digunakan
Bahan yang berbeza mempunyai kekuatan yang berbeza. Contohnya, binaan daripada konkrit lebih kuat berbanding dengan kayu.
Rumah banglo ( bahan binaan : konkrit)Rumah kayu ( bahan binaan : kayu )
ii. Saiz struktur
Saiz struktur mestilah sepadan dengan beban yang ditanggungnya
iii. Bentuk struktur
Struktur yang melengkung lebih kuat daripada bentuk struktur yang rata
Jambatan Terowong
Gambar : Jambatan dan Terowong antara struktur yang dibina secara melengkung supaya lebih kuat
KESTABILAN STRUKTUR
DIFINISI KESTABILAN STRUKTUR :
Struktur yang tidak mudah tumbang apabila dikenakan daya ke atasnya
Kestabilan sesuatu objek bergantung kepada
i. Luas tapak
ii. Ketinggian
Struktur lebih stabil sekiranya mempunyai luas tapak yang lebih besar
Basikal beroda tiga
Basikal beroda dua
Gambar : Basikal beroda tiga lebih stabil berbanding basikal beroda dua kerana basikal beroda tiga mempunyai luas tapak yang lebih luas berbanding basikal beroda dua
Struktur juga lebih stabil sekiranya lebih rendah
Bas dua tingkat Bas setingkat
Objek yang lebih rendah adalah lebih stabil dibandingkan dengan objek yang lebih tinggi sekiranya luas tapak objek adalah sama
top related