kata pantun terdapat pada pelbagai suku rumpun melayu seperti toen.docx
Post on 26-Oct-2015
159 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kata pantun terdapat pada pelbagai suku rumpun Melayu seperti toen (bahasa Sunda), tonton (bahasa Tagalog), pantun (bahasa Toba), tuntun, atuntun, matuntun (bahasa Jawa) dan panton (bahasa Bisaya). Diantata pengkaji-pengkaji asal perkataan pantun dan asal-usulnya ialah Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), R.J. Wilkinson dan R.O. Winstedt. Lihat Zainal Abidin bin Ahmad, 1962. Ilmu Mengarang Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur; Winstedt, R.O., 1947. Origin of the Malay Pantun, JMBRAS No. XXI; Wilkinson, R.J. dan Winstedt, R.O., 1961. Pantun Melayu, Malay Publ. House, Singapore. Harun Mat Piah menyimpulkan pantun adalah ciptaan yang asal dalam masyarakat Melayu dan bukan saduran dari lain-lain kebudayaan, Lihat Harun Mat Piah, 1981. Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi., Tesis PhD., Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor (tidak diterbitkan.).
Pantun yang dianggap sebagai hasil daya cipta asli orang Melayu menjadi saluran
untuk menyampaikan perasaan suka dan duka, menyatakan hasrat dan pengharapan,
sebagai sindiran dan juga menyampaikan pengajaran[1]. Pantun juga sering diolah dari
hasil cetusan inspirasi dari alam sekeliling; seperti contoh-contoh berikut.
’Anak merbah terlompat-lompat
Anak endang ketitiran;
Yang dilelah tak dapat
Yang dikendung berciciran’
************************************************
’Anak napuh mati terpancung
Ambil matanya dua-dua;
Walau disepuh emas lancung
Kilat tembaga tampak jua.’
Apabila Islam datang pantun juga menjadi saluran untuk menyampaikan peringatan,
nasihat dan dakwah seperti contoh di bawah
’Halia ini hanya tanam-tanaman,
Di barat sahaja tumbuhnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat jua yang sesungguhnya.’
*************************************************
’Tak boleh menetak jati,
Papan di jawa di belah-belah;
Tak boleh kehendak hati,
Kita di bawah tadbir Allah.’
************************************************
Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam si riang-riang;
Menangis mayat dipintu kubur,
Teringat badan tidak sembahyang.
***************************************************
Buat serunai batang padi,
Bunyi lagu seri pualam;
Serban bukan semuanya haji,
Haji terletak pada amalan.
Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran) oleh Harun Mat Piah
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal,
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.
Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu,
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.
Selain itu, adat juga dikatakan sebagai alat untuk mengukur sesuatu tamadun itu samaada tamadun itu layak digelar bertamadun ataupun tidak. Seperti yang kita ketahui adat yangelok dan terpuji akan menyebabkan sesebuah tamadun itu dipandang mulia dan di sanjungt i n g g i o l e h t a m a d u n l a i n . S e c a r a a m n y a a d a t y a n g d i a m a l k a n o l e h o r a n g m e l a y u i n i berlandaskan hokum islam dan ini menyebakan adat melayu ini disukai oleh tamadun lainkerana nilai- nilai yang terdapat dalam adat melayu ini bersifat murni.Contohnya seperti adat menghormati orang tua dan segala makhluk yang diciptakan olehallah. Adat ini juga amat penting untuk kita pelajari dan ikuti nya. Hal ini kerana adat inimembawa keharmonian dalam hidup bermasyarakatan yang diamalkan sejak dari dulu lagi.Apabila adat ini diamalkan hidup kita akan lebih teratur dan segala urusan akan menjadi lebihmudah dan tersusun kerana pengamalan adat yang baik ini. Selain itu juga adat ini menyerukita untuk mengingati siapa diri kita ini. Hal ini kerana apabila kita mengamalkan adat inisecara tidak langsungnya menyedarkan kita tentang kekuasan allah kerana adat ini bermuladaripada kitab.Selain itu juga, ia juga menceritakan bahawa adat ini tidak boleh dipersendakan ataudiperlekehkan kerana ia merupakan ajaran yang terdapat dalam kitab. Pada kebiasaannyasesuatu adat itu akan dimulakan dengan ayat- ayat suci al quran dan jelaslah bahawa adat iniditerima dalam islam. Oleh kereana itulah adat ini tidak boleh diperlekeh dan dipersendakanoleh sesiapa pun.Oleh itu segala adat yang terdapat dalam tamadun melayu haruslah dipelihara supaya iaakan terus d i pertahan dan d iamalkan o leh generas i yang la in . Pe lbagai usaha harus lahd i l a k u k a n u n t u k
m e m a s t i k a n a d a t i n i a k a n b e r k e k a l a n d a n t i d a k l u p u t d i t e l a n o l e h permodenan zaman. Adat seperti ini haruslah dipelihara dan dijaga kerana ia merupakan lambang kepada kemajuan sesebuah tamadun i tu .secara keseluruhannya k i ta dapat l ihat bahawa adat pantun adat ini amat penting kepada kehidupan masyarakat melayu. pantun adatini amat mendalam maknanya di dalam masyarakat melayu sehinggakan adat itu dianggapsebagai sebahagian daripada orang melayu itu sendiri.BiblografiPantun: manifestasi minda masyarakat selenggaraan dansuntingan Wan Abdul Kadir Wan Yusoff
Analisis autentik sastera, mutiara sastera melayu tradisional.Abdul Rahman Abdul Rashid, Mohd Rosl i Sa ludin Zakar ia Perngis.
Pantun merupakan puis i melayu yang pal ing popular j ika berdasarkan dar ipada penggunaannya yang paling meluas. Bukan itu sahaja, puisi ini juga yang paling mendapat perhatian para pengkaji untuk diteliti,tidak kira pengkaji tempatan ataupun pengkaji luar.Pantun juga merupakan puisi melayu yang tidak diragukan sifat keasliannya.Harun Mat Piah (1989), telah memberikan difinisi pantun berdasarkan aspek dalamandan luaran atau struktur visialnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (temadan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang- lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikuttanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubunganmakna antara pasangan pembayang dengan pembayang maksud sama ada secara konkrit atauabstrak.Berdasarkan pada aspek isi ( tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat melayu. Daripada penelitian terhadap isi juga telah membawakepada pengelompokan pantun yang lebih sistemetik ( Harun Mat Piah, 1989:63), sepeti pantun kanak- kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka- teki, pantun puji- pujian atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantunagama dan kepercayaan, pantun adat , pantun per ibahasa, pantun narat i f atau cer i ta dansebagainya.Falsafah yang ingin dikaji kali ini ialah falsafah tentang adat. Falsafah adat dapat dilihatmenerusi pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi dan diteruskan sehingga ke hari ini.Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsi p a n t u n a d a t i n i i a l a h s e b a g a i a l a t u n t u k m e n d i d i k d a n m e n g a j a r m a s y a r a k a t t e n t a n g kehidupan. Selain itu juga, ia juga digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
Berbalas Pantun
Jual :
Bila todak melanda SingapuraHabis dikerat dicincang lumatBila khianat pada manusiaDunia akhirat takkan selamat
Beli :
1.Habis dikerat dicincang lumatPatinya diaduk dijadikan obatDunia akhirat takkan selamatKecuali minta ampun nasuha tobat
2.
Anak jantan anak temenggungPergi memburu sampai ke GombakLalu berhenti mengutip petaiBerani buat, berani tanggungKalau takut dilambung ombakJangan berumah ditepi pantai
3.
Surat ditulis dalam gelapSalah huruf banyak tak kenaJagalah diri jangan silapJika silap dapat bencana
Jual :
Kemuning daunnya lampaiTubuh dijirat paduka tuanDiatas dunia kaul tak sampaiDidalam surga ada penantian
Beli :
1.Tubuh dijirat paduka tuanTidak cacat tidak seliaDidalam surga ada penantianHanya untuk yang beramal mulia
2.
Sungguhlah besar taman Seri MahkotaTempat bermain bidadari Lela UtamaSungguhlah benar bagi orang yang takwaAda tempat yang aman dan bahagia
Jual :
Kain basurek kain bertulisPakaian raja Bugis - MakassarDi Luh Mahfuz sudah tertulisJanji sudah tak dapat ditukar
Beli :
1.Anak merak anak merbahBeradu kedua di dalam sarangSiibu mendodoiAnak sungai lagikan berubahInikan pula hati orangMengapa dirindui
2.
Cari lebah bersarang besarJangan tersengat racun berbisaJanji Allah adalah benar
Jangan tertipu kehidupan dunia
Jual :
Harban Dewa anaknya ZanggiManis rupanya elok bercahayaJika perempuan taatkan lakiBeroleh surga Jannatul Mahwa
Beli :
1.Menantunya pula Lela SariSemua melihat jatuh berahiSelagi ugama tidak diingkariSebarang perintah wajib dipatuhi
2.
Kelat sekali buah periaKelatnya kurang buah dibelahTaatkan laki beroleh surgaTaat mutlak semata kepada Allah
Pantun Budi[sunting | sunting sumber]
Jual :
Payah kami menabur padiNenas juga ditanam orangPayah kami menabur budiEmas juga dipandang orang
Beli :
1.Tinggi bukit gilang-gemilangAir laut tenang-tenanganBudi sedikit tidakkan hilangItu menjadi kenang-kenangan
2.
Jentayu burung jentayuHinggap dibalik pokok mayang
Bunga kembang akan layuBudi baik bilakan hilang
Jual :
Biarlah orang bertanam buluhMari kita bertanam padiBiarlah orang bertanam musuhMarilah kita bertanam budi
Beli :
1.Ayam jantan siayam jalakJaguh Siantan nama diberiRezeki tidak saya tolakMusuh tidak saya cari
2.
Jikalau kita bertanam padiSenanglah makan adik-beradikJikalau kita bertanam budiOrang yang jahat menjadi baik
Jual :
Baik-baik makan keladiKeladi itu ada miangnyaBaik-baik termakan budiBudi itu ada hutangnya
Beli :
1.Miang buluh miang keladiMiang kedua tiada badiBaik-baik memakan budiJangan sampai tergadai body
2.
Buah nenas bawa berlayarDimakan sebiji di Tanjung Jati
Hutang emas boleh dibayarHutang budi dibawa mati
Jual :
Tenanglah tenang air di lautSampan kolek mudik ke tanjungHati terkenang mulut menyebutBudi yang baik rasa nak junjung
Beli :
1.Cindai bercorak penuh berpitaPakaian anak Panglima GarangEmas dan perak pengaruh duniaBudi yang baik dijunjung orang
Jual :
Jangan suka mencabut padiBila dicabut hilang buahnyaJangan suka menyebut budiBila disebut hilang tuahnya
Beli :
1.Kalau keladi sudah ditanamJangan lagi meminta talasKalau budi sudah ditanamJangan lagi meminta balas
Jual :
Singgah ke pulau menggali ubiKalau ke beting berdayung jugaSepuluh kali kita berbudiKalau miskin terbuang juga
Beli :
1.Sudah lama memakai gelangGelang berukir sirama-ramaHarimau mati meninggalkan belangManusia mati meninggalkan nama
Jual :
Mati kayu karena benaluPatah layu dahannya matiMati Melayu karena maluKalah Melayu termakan budi
Beli :
1.Mencari ikan belidaTerpancing pula si ikan keliBuat baik berpada-padaBuat jahat jangan sekali
2.
Jauh sungguh pergi mandiSetapak jalan lewatkan humaBerat sungguh menanggung budiSeribu tahun takkan lupa
Jual :
Ragi pulut dalam katiTapai manis dalam kualiSelagi hidup dalam pekertiSampailah mati dalam budi
Beli :
1.Pisang emas dibawa belayarmasak sebiji di atas petilalu diambil untuk dimakan
Hutang emas boleh dibayarhutang budi dibawa mati
budi tuan tuhan balaskan
2.
Kain prai baju praiPakaian anak raja YamtuanBadan berkecai tulang berceraiBarulah lupa budimu tuan
Pantun Jenaka[sunting | sunting sumber]
Jual :
Oh bulan kemana bintangAtas pucuk kayu araOh tuan kemana hilangDalam bilik anak dara
Beli :
1.Atas pucuk kayu araLebat daunnya pokoknya rindangHilang kedalam bilik nak daraCuma meminta rokok sebatang
Jual :
Ambil segulung rotan sagaSudah diambil mari diurutDuduk termenung harimau tuaMelihat kambing mencabut janggut
Beli :
1.Sudah diambil mari diurutDiurut dibawah pokok senaMelihat kambing mencabut janggutGajah pula mengorek telinga
2.
Ambilkan bilah pokok senaJadikan lata tempat berhandai
Andaikan gajah korek telingaGiliran buaya hajat berinai
Jual :
Jadikan lata tempat berhandaiTerbang sekawan burung belibisGiliran buaya hajat berinaiPipit pula membilang tasbih
Beli :
1.Ambil sejimpit beras dan bertihDitabur penawar merubah nasibAndaikan pipit membilang tasbihTafakur elang membaca ratib
2.
Ditabur penawar merubah nasibNasib baik bukan sebarangTafakur elang membaca ratibMelihat sitikus mengasah parang
3.
Janda berhias merambah karangSirih kuning disangka seraiMelihat tikus mengasah parangDatang kucing meminta damai
4.
Sirih kuning disangka seraiDijemur panas daunnya keringMelihat kucing meminta damaiAyam memasak pulut kuning
Jual :
Elok sungguh bunga kantilTumbuh kearah kolam telaga
Elok sungguh berbini sungilWalaupun marah tersenyum juga
Beli :
1.Tumbuh kearah kolam telagaTelaga mencuci badan yang melekitWalaupun marah tersenyum jugaTangan ketam cubitnya sakit
2.
Bunga kantil sunting di AcehBunganya putih dalam ceranaBiarlah sungil hatinya kasihCubitnya perih saya terima
Jual :
Bunganya putih dalam ceranaDipetik dijual didalam pekanSementelah cubitan tuan terimaHatinya jangan tuan lukakan
Beli :
1.Bentan Telani diberi namaLagunya indah menawan merayuJangan hatinya diberi lukaNantinya hilang kawan beradu
Jual :
Disana merak disini merakMerak mana hendak dikepungDisana hendak disinipun hendakPening kepala terajang punggung
Beli :
1.Diumpan merak dengan dedak
Hendak ditangkap dengan segeraDi sana hendak di sinipun hendakTepuk dada tanyakan selera
2.
Bayan merbah merbuk daraTerbang bebas hiasan angkasaJangan salah tertepuk dadaBadan terhempas mara bencana
3.
Tuan puteri di atas puriDato hulubalang di atas padangBila dinasihati dengar-dengariBila bertepuk pandang-pandang
Jual :
Air tawar ditambah gulaLalu dihidang beralaskan kainMemang awak mencari balaPergi menepuk dada yang lain
Beli :
1.Bertelepuk emas diatas kainAda sirih bergambir tiadaTak menepuk dada yang lain ?Dada sendiri berdaging tiada
2.
Bertelepuk emas diatas kainKain pelangi dari MelakaBerani tuan menepuk yang lainBila dah kena... Padan dengan muka
3.
Tuah merbuk pada kung-nyaBandan menukik begap rupaRaja Chola menggeleng kepala
Berubah tepuk pada dadaPadan menjadi usap dimukaInikah tanda millenium tiga ?
Jual :
Bergetah putih pokok ketiauGaru pelandok lumut garitManalah hati tak geruh risauLalu bidukku umbut berkait
(awas batal puase je)
Beli :
1.Garu pelandok lumut garitGugur pucuk habis kontotLalu bidukku umbut berkaitLenguh sendi siku dan lutut
2.
Pelatuk besi lupuh melurutHarimau dahan pelandok melompatMelenguh sendi siku dan lututBalikkan badan biduk terjungkat
3.
Harimau dahan pelandok melompat Julang enggang sayap mengepak Balikkan badan biduk terjungkat Tanya penumpang apakah mendapat
(hati2 tak dibuatkan breakfast je)
Jual :
Kerbau putih membongkah tanahBadak sambu pagut resamKalau mandi biarlah basahBidukku lalu umbut terendam
Beli :
Pantun Percintaan[sunting | sunting sumber]
Jual :
Jahit setangan pinggirnya dikelimBaik dikelim kembang kelapaRindu dendam kemana nak dikirimNak dikirim kepada siapa
Beli :
1.Segak menawan datuk penghuluMahir berlawan langkahnya tangkasKirimkan saja diangin laluAtau melalui SMS pesanan ringkas
2.
Hijau daun diranting kayuMayang ditabuh bulir hamburanHajat dikirim di angin laluSayang dihembus balik haluan
Jual :
Bukan kacang sembarang kacangKacang melilit kayu jatiBukan datang sembarang datangDatang melihat sijantung hati
Beli :
1.Apa guna pasang pelitaJika tidak dengan sumbunyaApa guna bermain mataKalau tidak dengan sungguhnya
(Takkan tenguk je)
2.
Ambil gendang di kampung KandisDitabuh ramai ditingkah biolaMakin dipandang semakin manisDilabuh hati menyala cinta
3.
Dipanah semata Indera SaktiSeekor dara dipohon keranjiSudah sama menaruh hatiDiekor mata konon berjanji
4.
Pat-pat nyaSiapa cepat dia punya.Lain padang lain belalangBelalang kunyit dilihat jarangAsik dok pandang-pandangBunga terlepas dikebas orang
5.
Belalang Kunyit dilihat jarangKinantan lelah lagi lunglaiKononnya pula terok bertarungBunga terlepas dikebas orang ?Ditangan Raja lagi diungkaiKononlah pula ditangan orang
6.
Minum air, air dijerangUntuk dibuat si air ketumRasa mabuk tidur belekorApa dilihat di tangan orangBunganya bukan sekuntumKumbangnya bukan seekor
Jual :
Batu loyang buat asahanBatunya hitam seruas jariBimbang siang boleh ditahanBimbang malam serasa mati
Beli :
1.Banyak orang mengetam pulutSaya sendiri mengetam padiBanyak orang karam dilautSaya sendiri karam dihati
2.
Balam mendengut tengah rimbaBalam serati jambul merahKaram dilaut boleh ditimbaKaram dihati bilakan sudah
3.
Biskut dalam petiAmbil satu hendak rasaKalau diikut hati; matiIkut rasa, habis binasa
4.
Rumput manis cemperai hidupLada muda perca kainJangan menangis bercerai hidupSama-sama mencari lain
Jual :
Ikan belanak hilir berenangBurung reruak menata sarangMakan tak enak tidur tak tenangKonon teringat dinda seorang
Beli :
1.Kumbang menyumbang bunga berseriBunga ditaman puteri rajaEntahkan benar demikian periAtau sekadar cakap sahaja
2.
Api-api unggunan kandisDamar tumpah dikulit tengarLaki-laki mulutnya manisJika bersumpah jangan didengar
3.
Habis jalan, bangunan bergegarTanda bencana yang amat beratKalau sumpah selalu dilanggarTidak selamat dunia akhirat
Jual :
Dimana tempat murai berbunyi ?Pokok kekabu ditepi kolamDimana tempat kita berjanji ?Dalam kelambu diatas tilam
Beli :
1.Pelbagai penangan telah dibeliBuat jamuan lepas berzanjiKerbau dipegang pada taliManusia dipegang pada janji
2.
Anak raja mendaki bukitPatah galah dalam perahuPegang tangan jeling sedikitHati didalam Allah yang tahu
3.
Buah jering diatas paraDiambil budak sambil berlariHingga kering lautan MelakaBarulah saya mungkir janji
4.
Kalau roboh kota MelakaPapan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai di kataBadan dan nyawa saya berikan.
Jual :
Ke teluk sudah, ke siam sudahKe Mekkah saja saya yang belumBerpeluk sudah bercium sudahMenikah saja saya yang belum
Beli :
1.Si Luncai bermain rodatMemukul tetawak pelbagai lakunyaTidak sopan menyalahi beradatBerbulu mata lihat lakunya
2.
Terang bulan cahaya berseriNampak dilihat dari saujanaSiksanya tuan cinta birahiSemua dibuat serba tak kena
3.
Terang bulan cahaya berseriBerbalam-balam diperdu rotanKalau sungguh cinta birahiHantarkan utusan sempurnakan ikatan
Jual :
Mahu dihitung bilangan bintangTidak terkira jumlah adanyaJika dihitung kasih dan sayangTidak terukur sebesar mana
Beli :
1.Pinggan tak retak nasi tak dinginKalau tak salah orang tak tegor
Orang tak hendak, kenapa awak masih ingin?Bunga tak sekuntum, kumbang tak seekor
2.
Anak beruk duduk bersandingCari makan dalam hutanTujuh teluk sudah dibandingMana sama padamu tuan
Pantun Perpisahan[sunting | sunting sumber]
Jual :
Pucuk pauh selara pauhSembilu ledung ledungkanAdik jauh kekanda jauhKalau rindu sama menungkan
Beli :
1.Pucuk pauh selara pauhPucuk terjuntai di atas titiAdik jauh kekanda jauhMenaruh rindu di dalam hati
2.
Patah pasak dalam kemudiPatah diruang bunga kiambangKalaulah tidak bertemu lagiBulan yang terang sama dipandang
Jual :
Batang selasih permainan budakBerdaun sehelai dimakan kudaBercerai kasih bertalak tidakSeribu tahun kembali juga
Beli :
1.Batang selasih permainan budak
Tumbuhnya jarang tepi telagaBercerai kasih bukan kehendakPaksaan orang dituruti juga
2.
Sayang Semarang Gunung MerapiAnak gelama dituba janganTidak dilarang adik berlakiJanji yang lama dilupa jangan
3.
Ikan sepat dimasak berlada Kuah cencaluk jadi bumbunya Kalau tak dapat dimasa muda Akan kutunggu sampai menjanda
Jual :
Harum sungguh bunga melatiKembang setangkai diwaktu pagiHancur sungguh rasa dihatiSedang berkasih ditinggal pergi
Beli :
1.Jauh berdagang ditengah kotaMenjual dagangan pelbagai bendaAbang pergi mencari hartaBuat meminang akan adinda
2.
Kalau ada sumur diladangBoleh saya menumpang mandiKalau ada umur yang panjangBoleh kita berjumpa lagi
3.
Anak tani mengutip lokanLokan dikutip untuk dimakanSayang anak tangan-tangankan
Sayang isteri tinggal-tinggalkan
Jual :
Pulau Sipadan pulau LigitanTempat singgah raja BulunganRisau dibadan galau ingatanIngat pungguk rindukan bulan
Beli :
1.Serapah disembur mengubat gatalTok bomoh membaca jampiSebelum tidur ditepuk bantalMenyeru nama dalam mimpi
2.
Berjalan di malam kelamBaiklah kiranya bertemanKenapa pungguk rindukan bulanBunga banyak kembang ditaman
3.
Hilir rakit berkajang kainDimana teluk singgah bertimbaNiatku tidak pada yang lainAdinda seorang tiadalah dua
Jual :
Berinai orang berhitam kukuMandi disiram si air mawarTuan seorang biji matakuRacun diminum jadi penawar
Beli :
1.Leher merah itu helangTerbangnya tangkas perangai garang
Jangan dinda berhati walangKasih kanda padamu seorang
2.
Bunga lada tingginya samaAmbil setangkup bunga melatiKanda berjanji terlalu lamaManalah sanggup dinda menanti
3.
Ambil setangkup bunga melatiHiasan rambut puteri jelitaKenapa dinda tak sanggup menantiMana perginya janji setia
4.
Kayu mempoyan kulitnya manisPatah galah dalam payaLaku perempuan mulutnya manisCakap sepatah jangan percaya
5.
Kerisi, Cencaru, siikan Parang Ikan Belut siikan gerut Tidak sangka orangnya curang Lain dimulut lain diperut
6. Dari Lagu " Kerana budi Jasad Tertawan" Kain buruk jatuh di papan, Patah terkulai dahan meranti; Biarlah buruk rupamu tuan, Asal pandai mengambil hati.
7. Dari Lagu "Kerana Budi Jasad Tertawan" Tengah padang pasang pelita, Anyam ketupat bulan puasa; Bukan nak pandang cantiknya rupa, Hati terpikat budi bahasa.
Jual :
Kalaulah jadi pergi keladangKain panjang cari dahuluKalaulah jadi pergi berdagangInduklah semang cari dahulu
Beli :
Pantun Nasihat[sunting | sunting sumber]
Pantun Mercun[sunting | sunting sumber]
Orang buta pergi ke kebunMakan longan dibekal cucurJanganlah kita bermain mercunKelak badan pasti hancur
uyn,
Pantun dari filem-filem Melayu klasik[sunting | sunting sumber]
1.Kajang Pak Malau kajang berlipatKajang saya mengkuang layuDagang Pak Malau dagang bertempatDagang saya musafir lalu(Filem Seri Mersing)
2.Tuai padi antara masakEsok jangan layu layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan(Filem Gurindam Jiwa - 1966)
3.Burung nuri burung helangTidak sama terbang tinggiSekarang puteri berangkat pulangBila pula berjumpa lagi
Kain buruk tepi perigiDibuat orang pengesat belangaEsok kita berjumpa lagiTunggulah Teja di taman bunga(Filem Hang Tuah - 1956)
Pantun Moden[sunting | sunting sumber]
1.Burung pekaka menangkap ikanDi atas tender duduk terpakuPergi berdagang apa takutkan
Kartu kredit ada disaku(Pantun Moden)
2.
Burung serindit jalannya kakuSayang sayapnya sudah terkulaiKartu kredit memang ada disakuSayang limitnya sudah terlampaui
3.
Sayang sayapnya sudah terkulaiLalu dianduh dengan kainKalau limitnya sudah terlampauiIsi borang pohon yang lain
4.
Sayap dianduh dengan kain ?Jadi tergulir tak dapat jalanIsi borang pohon yang lain ?Bagi dipikir dulu pendapatan
5.
Disana serindit disini pipitRamai merak mengigal badanDisana kredit disini kreditBagai beranak tak berbidan
6.
Kertas buruk jangan diruyuk Dibuat menyala unggun api Besar kerak dari periuk Babi gemuk pun boleh mati
7.
Di dalam laut ada buaya Lemas kerana lautnya mati Jangan ditakut pada bahaya Emas bernilai sinar dihati
8.
Cencaluk budu tempoyak sambal Dicicah ulam enak sekali Hendak beradu rasanya janggal Mencelah-celah dihujung kaki
9.
Pahlawan menggunakan kapak Untuk mengalahkan raksasa Jangan suka melepak Ia hanya membuang masa (2,12,09)
Definisi pantun dapat kita ketahui dalam pelbagai sumber. Antaranya Kamus Dewan,Kamus Umum Bahasa Indonesia dan Zaaba. Menurut Kamus Dewan (1986:813), definisi pantunialah"... sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud ...".manakala menurut Kamus Umum Bahasa Indonesia (hlm. 710), definisi pantun ialah,"... sajak pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris (abab) dan dua baris yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja ...dan akhir sekali menurut Zaaba (1965:218), definisi pantun ialah,"... perkataan pantun itu pada mulanya dahulu dipakai orang dengan makna seperti, umpama,laksana ... "Menurut Dr. R. Brandstetter, berbangsa Swiss yang merupakan seorang ahli dalam perbandingan bahasa berkata bahawa pantun berasal dari akar katatun,yang terdapat dalam berbagai bahasa Nusantara, misalnya dalam bahasa Pampanga,tuntunbermaksud teratur; dalam bahasa Tagalogtonton berarti bercakap menurut aturan tertentu; dalam bahasa Jawa Kuno,tuntun berarti benang dan atuntun yang berarti teratur danmatuntunyang berarti memimpin;dalam bahasa Toba pantun bermaksud kesopanan atau kehormatan. Dalam bahasa Melayu, pantun bermaksud quatrain, iaitu sajak berbaris empat, dengan rima a-b-a-b. Sedangkan dalam bahasa Sunda, pantun bermaksud cerita panjang yang bersajak dan diiringi oleh musik.Menurut R. O. Winstedt yang setuju dengan pendapat Brandstetter mengatakan bahawasanya dalam bahasa Nusantara, kata-kata yang mempunyai akar kata yang bermaksud³baris, garis´, selanjutnya akan
mempunyai arti yang baru yaitu ³kata-kata yang tersusun´ baik dalam bentuk prosa maupun puisi.
DIORAMA
DEFINISI
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN DIORAMA
Tapak atau dinding -Kotak, papan, kadbod, atau bekas. Objek yang disusun - Kertas, plastik, kadbod. Pemotong- Gunting, pisau. Pelekat- Selotape, gam, tali.
top related