kanak-kanak di bawah skim itu. irma kamarudin anak skim ... - 13_10_2014 - bh... · itu menunjukkan...

Post on 19-Jun-2019

221 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PERTAMA kali beliau mendakap Adli-na (bukan nama sebenar), Cik SarimahAmat berasa seolah-olah kanak-kanakkecil itu anaknya sendiri.

Adlina berusia tiga tahun ketika itu dandihantar ke rumah Cik Sarimah sebagaianak jagaannya di bawah Skim Keluargajagaan Kementerian Pembangunan Sosialdan Keluarga (MSF) .

“Adlina datang dalam bulan Ramadan.Apabila dia tiba di rumah saya, dia terusmenangis dan menghulurkan tangannyamemeluk saya. Dengan segera, saya rasaseperti dia milik saya,” kata Cik Sarimah.

Kini Adlina berusia enam tahun dangembira tinggal bersama keluarga Cik Sari-mah.

Bahkan, Cik Sarimah, 47 tahun, ba-ru-baru ini mengambil seorang lagi anak ja-gaan, Hanif (bukan nama sebenar), tujuhtahun.

Suri rumah itu, yang mempunyai tigaanak kandung, menyertai skim tersebutsetelah mengetahui mengenainya meneru-si anak saudaranya.

Cik Sarimah berkata beliau memang su-ka menjaga anak kecil dan ingin melaku-kan sesuatu bermakna dalam hidupnya.

Anak-anak beliau, yang berusia antara18 dengan 24 tahun, serta suaminya mem-beri sokongan penuh apabila Cik Sarimahmenyuarakan hasrat menyertai Skim Ke-luarga jagaan itu.

Cik Sarimah berhenti bekerja sebagaiguru pendidikan awal kanak-kanak pada2008 setelah mengalami kecederaan lututsemasa satu latihan silat.

“Semasa mengajar, saya tidak dapatkepuasan 100 peratus. Setelah saya pulihdaripada kecederaan, saya ambil keputu-san melakukan sesuatu yang lebih memuas-kan hati.

“Kemudian saya berdoa dan baca satusurah mengenai anak yatim. Saya juga me-nemui hadis yang menyatakan Rasulullahsaw bersabda bahawa sebaik-baik rumahtangga Muslim ialah yang di dalamnya ter-

dapat anak yatim yang dilayani denganbaik.

“Jadi saya memutuskan bahawa inilahcaranya dan saya akan melakukannya,”kata beliau.

Ditanya cara keluarganya membuatAdlina dan Hanif selesa tinggal bersamamereka, Cik Sarimah berkata perkara per-tama yang dilakukan mereka ialah mem-buat kededua anak itu berasa bahawamereka adalah sebahagian daripada keluar-ganya dan memberi mereka masa menye-suaikan diri.

Bagi mengeratkan hubungan dengandua anak itu, keluarga Cik Sarimahmelakukan kegiatan bersama mereka se-perti solat, makan malam, bersukan, ber-main dan keluar berjalan.

Menurut Cik Sarimah lagi walaupunAdlina dan Hanif masih kecil, mereka fa-ham bahawa mereka mempunyai keluargakandung dan kenal ibu bapa kandungmereka.

Cik Sarimah berkata bahawa beliau be-rasa terharu apabila dua anak jagaannyaitu menunjukkan penghargaan daripadakasih sayang yang telah beliau curahkankepada mereka.

“Apabila anak itu senyum, memeluk an-da, mengucapkan terima kasih, mengata-kan ‘selamat malam mama’, saya amat ter-haru dan gembira. Anda telah membuatmereka bahagia dan anda rasa dihargai,”kata beliau.

Melahirkan harapan agar lebih ramaiibu bapa menyertai Skim Keluarga jagaanitu, Cik Sarimah berkata:

“Pada saya, anak-anak tidak harus dile-tak di rumah kebajikan kerana merekatidak akan mendapat kasih sayangsepenuhnya di sana sekalipun mereka dise-diakan dengan kemudahan yang diperlu-kan.

“Dalam sebuah rumah, anda dapat me-menuhi keperluan mereka secara lengkap.Mereka akan berasa bahawa mereka mem-punyai sebuah keluarga.”

JUMLAH ibu bapa Melayu/Islam yangmenyertai Skim Keluarga Jagaan Kemente-rian Pembangunan Sosial dan Keluarga(MSF) masih kurang, sedangkan terdapat17 kanak-kanak Melayu/Islam yang me-merlukan keluarga jagaan.

Lima daripada 17 kanak-kanak itu,yang berusia antara tujuh dengan 12tahun, adalah kanak-kanak yang mempu-nyai keperluan khas, menurut seorang juru-cakap MSF kepada Berita Minggu baru-ba-ru ini.

“Masih ada kekurangan dalam jumlahibu bapa jagaan bagi memenuhi keperluankanak-kanak di bawah skim keluarga ja-gaan tersebut.

“Jika lebih ramai ibu bapa Melayu/-

Islam tampil menjadi ibu bapa jagaan, ka-mi boleh menyediakan sekitaran pengasu-han bagi kanak-kanak Melayu/Islam itu,”kata jurucakap tersebut.

Skim Keluarga Jagaan MSF menyedia-kan jagaan sementara bagi kanak-kanakbawah 18 tahun dan bermatlamat me-nyatukan semula anak-anak itu denganibu bapa kandung mereka.

Lebih 5,000 kanak-kanak telah meraihmanfaat daripada skim itu sejak ia dimula-kan pada 1956.

Buat masa ini, terdapat 319 anak yangdijaga oleh 256 ibu bapa di bawah skimberkenaan.

Profil kanak-kanak itu termasuk mere-ka yang tidak dapat dijaga ibu bapa kan-

dung kerana sakit dan kanak-kanak yangditinggal, diabai atau dianiaya ibu bapaatau penjaga.

Menurut jurucakap MSF, kebanyakananak jagaan Melayu/Islam ialah kanak-kanak berusia di bawah tiga tahun.

Namun sejak kebelakangan ini, kemen-terian itu menerima lebih banyak per-mintaan meletak kanak-kanak berusia an-tara 10 dengan 12 tahun di bawah skim ituagar mereka boleh memanfaatkan sekita-ran keluarga.

Pihak kementerian telah memper-tingkat usaha mendekati masyarakat Me-layu/Islam demi menangani isu kekura-ngan keluarga jagaan.

Antara lain, sejak enam bulan lalu ia

bekerjasama dengan badan-badan Me-layu/Islam, termasuk Yayasan Mendaki,Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) danAngkatan Karyawan Islam (AMP) demimendekati rangkaian mereka, seperti di ka-langan sukarelawan dan rakan-rakanmasyarakat.

MSF juga bekerjasama dengan masjidsetempat bagi mempertingkat kesedarandi kalangan jemaah mereka mengenaiskim itu, termasuk dengan mengedar pos-ter dan risalah.

Selain itu, ibu jagaan Melayu/Islam di-jadikan sebagai duta bagi membantumenyebarkan maklumat tentang skimtersebut kepada keluarga lain.

Jurucakap MSF berkata bahawa menja-

ga anak jagaan memang satu tanggung-jawab berat, namun banyak keluarga telahmemberi maklum balas bahawa ia satupengalaman sangat berharga.

“Banyak keluarga telah mengongsikisah mengharukan mengenai kegembi-raan dan kepuasan yang dirasai apabilaanak-anak jagaan mereka pulih daripadatrauma yang dialami dan mengenai kisahkemajuan anak-anak itu.

“Ibu bapa jagaan ini juga berasa usahamereka sangat berbaloi apabila merekamenerima nota tulus ikhlas mengandungiucapan terima kasih daripada anak jagaanmereka dan apabila melihat anak-anak itumembesar dengan baik,” kata jurucakapitu.

TATKALA menatap wajah Na-dia (bukan nama sebenar) buat ka-li pertama, hati Cik Halijah Sabtugembira bercampur sedih.

Beliau gembira menjadi ibu ja-gaan bayi berusia tiga bulan yangditimangnya itu.

Relawan Skim Keluarga JagaanKementerian Pembangunan Sosialdan Keluarga (MSF) itu diselubu-ngi perasaan sedih apabila menge-nangkan nasib Nadia yang tidakbersama keluarga kandungnya.

Pada mulanya keadaan kesiha-tan Nadia baik-baik sahaja, namunapabila berusia setahun lebih, diadidiagnosis menghidapi sejenis pe-nyakit yang dipanggil hipotiroidis-me kongenital.

Penyakit yang berpunca daripa-da kekurangan hormon tiroid se-jak lahir itu membuat Nadia sedi-kit kurang upaya dari segi intelek-tual dan perlu makan ubat sepan-jang hayat.

“Semasa bayi dia normal, tapisecara jasmani kepalanya agakpanjang. Tetapi apabila kami bawadia pulang ke rumah, mandikandan urut kepalanya, alhamdulillahsemuanya kembali normal.

“Cuma setelah kami jumpa dok-tor berulang kali, dia didiagnosisada penyakit itu apabila berusia se-tahun lebih.

“Saya rasa sedih sangat, tapisaya tak pernah menyesal meng-ambil Nadia sebagai anak jagaansaya,” kata Cik Halijah, seorangsuri rumah berusia 55 tahun.

Kasih sayang yang dicurahkanbeliau kepada Nadia tiada kurang-nya meskipun dia hanyalah anakjagaan.

Bahkan, Cik Halijah mengam-bil seorang lagi anak jagaan perem-puan sekitar enam bulan setelahmembawa Nadia pulang ke rumahdan seorang anak lelaki pada2007.

Kini, Nadia berusia 12 tahun, se-mentara anak kedua dan ketigayang dipelihara Cik Halimah ma-sing-masing berusia 13 dan tujuhtahun.

Cik Halijah sendiri mempunyaitiga anak kandung berusia antara28 tahun dengan 35 tahun danlapan cucu berusia antara satu dan10 tahun.

Setelah mengetahui mengenaiSkim Keluarga Jagaan daripada se-orang rakannya, beliau dan sua-minya sama-sama memutuskanmenyertainya kerana begitutersentuh dan ingin membela nasibkanak-kanak yang kurang berna-sib baik.

Bagi Cik Halijah, tiada per-bezaan antara menjaga anak sendi-ri dan anak jagaan kerana beliaumencurahkan kasih sayang sepe-nuhnya kepada mereka semua.

Anak kandung Cik Halijah jugamenyokong penuh keputusan ibubapa mereka mengambil anak ja-gaan.

Menurut Cik Halijah lagi anakpeliharaannya juga selesa tinggalbersama mereka, bak keluargasendiri.

Malah, anak jagaan keduanyakini banyak membantu menjagaadik-adiknya dan melakukan kerjarumah.

“Saya mendapat kepuasan de-ngan menjalankan tanggungjawabmenjaga anak-anak ini sampaimereka besar dan membuat mere-ka bahagia.

“Saya dapat memberi merekapeluang membesar dalam sebuahkeluarga,” kata beliau.

Cik Halijah berharap lebih ra-mai orang tampil membantuanak-anak kurang bernasib baik.

“Saya ingin seru kepada oranglain kalau mereka boleh (menjagaanak peliharaan), jangan ter-agak-agak. Tampillah, jangan bim-bang masa depan kita tersekat,”kata beliau.

Puas jalankan tanggungjawab sebagai ibu jagaan

Menumpang kasih, menimba sayang

Anak skim MSF raihkasih sayang keluarga jagaan

SAYANG ANAK-ANAK: CikSarimah dan keluarganyameluangkan masa bersamamengadakan sesi membacadengan anak-anak skim MSF danmelakukan kegiatan sepertibermain permainan dengananak-anak jagaan mereka supayamereka dapat merasa hidup dalamkeluarga yang sempurna.– Foto-foto M.O. SALLEH

IRMA KAMARUDINirmak@sph.com.sg

CURAH KASIH SAYANG: Cik Halijah berkata ketiga-tiga anak jagaannya kini gembira dan sangat selesa hidup bersamakeluarganya. – Foto JOHARI RAHMAT

Skim Keluarga Jagaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyediakan jagaan sementara bagikanak-kanak bawah 18 tahun dengan matlamat menyatukan semula mereka dengan ibu bapa kandung mereka.

Berita Minggu meninjau skim tersebut dan memapar dua keluarga yang secara sukarela membantu menjagakanak-kanak di bawah skim itu.

Banyak keluarga kongsi kisah mengharukan mengenai kegembiraan dan kepuasaan bila anak jagaan pulih dan maju

“Apabila anak itu senyum, memeluk anda,mengucapkan terima kasih, mengatakan ‘selamatmalam mama’, saya amat terharu dan gembira.Anda telah membuat mereka bahagia dan anda rasadihargai.”

– Cik Sarimah Amat

8 Berita Harian | Isnin, 13 Oktober 2014

Wacana PANDANGAN

top related