kaedah soalan sejarah kertas 3 spm pentaksiran 2013 dalam ... · seminar pendidikan sejarah dan...
Post on 09-Aug-2019
286 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
188
Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah :
Meningkatkan Semangat Patriotisme Murid
Oleh,
Wilbinah Bahoi
SMK Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran,
Beg Berkunci No.05, 89257 Tamparuli, Sabah.
ABSTRAK
Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid
secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah. Tujuan mata pelajaran ini
diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan
jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah diharap
dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme dan
kesefahaman antarabangsa. Sejarah adalah mata pelajaran yang bermatlamat untuk
menerapkan kemahiran menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah negara
secara nasional. Selain itu mata pelajaran ini dapat mempertingkat daya pemikiran dan
kematangan pelajar berasaskan pengalaman sejarah. Sejarah mendukung konsep
penyelidikan, penyiasatan dan kajian sebab-musabab. Justeru pengajaran sejarah
secara berkesan oleh guru adalah amat penting dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia
yang memahami perjalanan pelbagai rentetan peristiwa dan seterusnya mengambil
iktibar untuk meningkatkan jati diri dan semangat nasionalisme. Oleh itu, kajian telah
dijalankan untuk meneliti kesan kaedah pengajaran menggunakan soalan Sejarah
Kertas 3 Pentaksiran 2013 terhadap peningkatan semangat patriotrisme murid di SMK
Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran. Kajian dilaksanakan di tingkatan 5 Sains pada tahun
2012 dan tingkatan 4 Perakaunan bermula tahun 2012 sehingga Mei 2013. Keputusan
peperiksaan kendalian sekolah dan peperiksaan awam telah dijadikan penanda aras
kepada keberhasilan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi dalam
mata pelajaran Sejarah, selaras dengan peningkatan semangat patriotisme dalam
kalangan murid. Kesimpulannya, pengenalan Sejarah Kertas 3 amat signifikan untuk
meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan murid sesuai dengan keperluan
semasa negara.
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
189
PENDAHULUAN
Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam
Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan
Dunia Putra bahawa Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam
peperiksaan peringkat SPM pada tahun 2013 dan mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR), telah menjadi sejarah baru dalam perkembangan
pendidikan di negara ini. Beliau yang juga Menteri Pelajaran pada ketika itu berkata,
ketika ini elemen sejarah diajar dalam mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah
rendah sebelum diterapkan sebagai mata pelajaran teras di bawah KSSR 2014. Perkara
yang lebih penting berkaitan pelajaran Sejarah ialah kalangan murid baik di sekolah
rendah mahupun di sekolah menengah, perlu memahami falsafah di sebalik mata
pelajaran itu yang bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai sejarah negara dan
hubungan antara kaum di negara ini. Mata pelajaran Sejarah adalah penting bagi
membina generasi yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan sedia
berkorban untuk negara.
ISU YANG PERLU DI ATASI
Generasi muda kini, walaupun mempelajari Sejarah tetapi buta sejarah terutama
berkaitan negara sendiri. Mereka tidak memahami kontrak sosial yang tersirat dalam
Perlembagaan Negara sedangkan pemahaman dan penghayatan sejarah negara sangat
penting dalam pembinaan negara bangsa. Guru Sejarah mengharapkan murid yang celik
sejarah manakala hati dan jiwanya pula kental dengan semangat patriotisme.
Bagi mengatasi masalah ini, mata pelajaran Sejarah mestilah difahami dan
dihayati bukan dihafal seperti sekarang. Penghayatan Sejarah bertujuan untuk
membentuk jati diri rakyat negara ini yang berbilang kaum serta sebagai penerusan
kewujudan Malaysia sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke arah
mengekalkan kemerdekaan. Elemen memahami dan menghayati adalah sangat penting
dalam menerapkan kesedaran cinta kepada negara, mempunyai semangat patriotisme
dan mengeratkan hubungan kaum di negara ini. Nilai Sejarah negara yang penting,
mesti dihayati murid sehingga dewasa.
Oleh itu, bentuk soalan Kertas 3 SPM digunakan untuk menilai pemahaman
Sejarah dan patriotisme murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
190
merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi isu tersebut. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran Sejarah mesti berubah mengikut zaman dan keperluan isu semasa
negara.
CADANGAN MENGATASI ISU
Dalam mengatasi isu tersebut, guru Sejarah perlu menggunakan landasan
pemikiran ‘Haluan Kerja Pendidikan Negara : Prinsip Kerja X-PLUS - Merealisasikan
Agenda Transformasi Negara’. Yakni telah diperkenalkan oleh Dato’ Abdul Ghafar
Mahmud, Ketua pengarah Pelajaran Malaysia pada tahun 2010. Prinsip X-PLUS
bermatlamat memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk
keberhasilan kerja aras cemerlang (eXcellence) berteraskan Pengetahuan, Latihan,
Usaha dan Semangat sepasukan.
Guru perlu menekankan prinsip yang keempat iaitu Usaha. Perlu diketahui
bahawa usaha berbeza dengan kerja. Usaha bermaksud berikhtiar seupaya mungkin
dengan menggunakan pelbagai sudut pemikiran, sumber dan kreativiti dan inovasi demi
menyempurnakan misi dan mencapai objektif. Usaha bermaksud ’go extra mile’ dan
mengutamakan matlamat dan objektif. Ukuran usaha ialah keberkesanan. Guru
perlu melihat sukatan pelajaran dari sudut pembelajaran. Demikian juga matlamat murid
menghadiri persekolahan. Murid ingin belajar dan berubah ke arah kemajuan, bukan
untuk membantu guru menghabiskan sukatan pelajaran.
Penerapan prinsip yang keempat dalam mengatasi isu yang timbul ini menuntut
guru memiliki kesungguhan berikhtiar, daya fikir yang berkembang dan merealisasikan
imaginasi melalui kreativiti guru, seterusnya matlamat dan objektif menjadi kenyataan.
Dengan merujuk Prinsip X-Plus yang keempat guru Sejarah perlu berusaha untuk
meningkatkan semangat patriotisme murid.
Antara usaha yang digunakan guru adalah menggunakan Kaedah Pengajaran
Sokratik (Socrates). Menurut Socrates, kaedah tersebut mengutamakan teknik
penyoalan yang bertujuan meningkatkan taraf pemikiran murid secara logik dari yang
belum diketahui kepada yang diketahui. Taraf pemikiran yang boleh dicapai adalah
bergantung kepada jenis soalan yang ditanya iaitu daripada peringkat rendah ke
peringkat tinggi. Jenis soalan adalah berbentuk peringatan, pemikiran, pertimbangan,
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
191
mencipta dan kreatif. Sehubungan dengan itu, kaedah Socrates ini boleh diterapkan
dalam Kaedah Soalan Sejarah SPM Kertas 3 untuk digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Soalan Sejarah SPM Kertas 3 ini telah mula
dilaksanakan dalam kalangan murid tingkatan 4 dibeberapa buah sekolah menengah
terpilih yang dijadikan sebagai perintis sepanjang tahun 2011. Ia telah mula digunapakai
untuk murid tingkatan 4 di semua sekolah menengah seluruh negara bermula Januari
tahun 2012 selepas melalui beberapa penambahbaikan di sekolah - sekolah perintis tadi.
Secara umum, Objektif Pentaksiran Sejarah SPM Kertas 3 mulai tahun 2013
adalah seperti berikut:
i. Mengetahui dan memahami istilah dalam sejarah Malaysia dan sejarah negara
luar
ii. mengetahui, memahami dan mengaplikasi konsep sejarah Malaysia dan sejarah
negara luar dalam kehidupan
iii. Mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menjana idea
tentang :
• kepentingan sejarah sebagai satu disiplin ilmu dalam kehidupan
• fakta sejarah Malaysia dan negara luar
• ciri kemasyarakatan dan kebudayaan masyarakat Malaysia
• sumbangan tokoh dalam memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan
pembangunan negara serta mempertahankan maruah bangsa
• nilai murni dalam kehidupan
• pengamalan semangat patriotik dalam mempertahankan kedaulatan,
kemerdekaan dan dan pembangunan negara
• perkembangan masyarakat dan negara dari sudut politik, ekonomi dan
sosial
• kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan
sumbangannya di peringkat antarabangsa
iv. Mengetahui, memahami dan mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah
untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan
Apabila Objektif Pentaksiran Sejarah SPM Kertas 3 tahun 2013 ini dapat dicapai
selepas proses pengajaran dan pembelajaran, maka diharapkan semangat patriotisme
murid berjaya dipupuk dan ditingkatkan.
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
192
OBJEKTIF KAJIAN
1. Murid mengetahui, memahami dan menganalisis konsep sejarah Malaysia dan
sejarah negara luar dalam kehidupan
2. Murid mengaplikasi, menilai dan menjana idea daripada pelajaran sejarah untuk
mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan
3. Murid mempunyai semangat patriotisme unggul
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian adalah murid tingkatan 5 Sains tahun 2012 berjumlah
24 orang dan murid tingkatan 4 Perakaunan berjumlah 20 orang.
TEMPOH PELAKSANAAN
Tempoh kajian dilaksanakan:
1. Tingkatan 5 Sains bermula Jun sehingga Oktober 2012.
2. Tingkatan 4 Perakaunan bermula Jun 2012 sehingga Mei 2013.
PELAKSANAAN
Kaedah Soalan Kertas 3 telah dilaksanakan di tingkatan 5 Sains dan 4
Perakaunan bermula bulan Jun tahun 2012 selepas Pengumuman Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang
berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, bahawa Sejarah akan
dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan peringkat SPM pada tahun
2013. Meskipun tingkatan 5 Sains ini tidak terlibat dengan penambahbaikan dasar
tersebut, namun pelaksanaan Kaedah Soalan Kertas 3 tetap dijalankan bertujuan untuk
memupuk semangat patriotisme murid melalui mata pelajaran Sejarah. (Sila rujuk
Lampiran 2 untuk Unsur Patriotisme berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran KBSM)
Bentuk dan contoh soalan Sejarah SPM Kertas 3 mulai 2013, berdasarkan
Mesyuarat Penataran Format Baru Sejarah SPM 2013, adalah seperti dalam Jadual 1
yang berikut:
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
193
TAJUK UMUM TUGASAN
Tajuk 7.2 (Bab 3 Tingkatan 4) - Tamadun Awal Asia Tenggara
Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:
i. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti
buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain.
ii. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku
ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
iii. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.
SOALAN PADA HARI PEPERIKSAAN
Huraikan sejarah kegemilangan kerajaan awal di Asia Tenggara dan
menghubungkaitkannya dengan kegemilangan negara kita pada hari ini.
Peringatan: Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.
(Jadual 1)
FORMAT ASPEK PERINCIAN MARKAH
Pengenalan Memahami latar
belakang
1. Jelaskan latar belakang kemunculan
kerajaan awal di Asia Tenggara
5
Isi dan
Huraian
Memahami ciri
dan faktor
2. Huraikan ciri-ciri dan faktor
perkembangan kerajaan-kerajaan awal di
Asia Tenggara:
i. Kerajaan Agraria (15m)
ii. Kerajaan Maritim(15m)
30
Menganalisis 3. Jelaskan aspek saling kebergantungan
antara Kerajaan Agraria dan Kerajaan
Maritim
15
Mengaplikasi 4. Bagaimanakah kita memanfaatkan
kedudukan yang strategik di Nusantara
bagi kemajuan negara kita?
15
Menilai 5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan
kejayaan yang dicapai oleh negara setelah
memanfaatkan kedudukan yang strategik
di Nusantara?
10
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
194
Mencipta /
Menjana idea
6. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh
Malaysia dalam memajukan negara?(5m)
Nyatakan Langkah-langkah untuk
mengatasi cabaran tersebut. (5m)
10
Menghayati nilai
murni, iktibar,
unsur
patriotisme
7. Nyatakan nilai murni, iktibar dan unsur
patriotisme daripada kemajuan kerajaan
awal yang boleh diterapkan demi kemajuan
negara kita.
10
Kesimpulan Rumusan 8. Rumusan
• Pengetahuan diperolehi
• Iktibar kepada diri, bangsa dan
negara
• Harapan untuk masa depan
ekonomi Malaysia yang lebih
cemerlang
5
Langkah 1
CARTA GANTT
Jadual carta gantt di bawah telah digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan
kajian mengikut masa yang telah ditetapkan.
Bi
l
Bulan /
Tahun
(Aktiviti)
Jun
201
2
Jul
201
2
Ogo
s
201
2
Sept
201
2
Okt
201
2
Jan
201
3
Feb
201
3
Apr
201
3
Mei
201
3
1 Menyerahkan
kertas
cadangan
kepada
Pengetua
X
2 Pembentanga
n kertas
cadangan
X
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
195
peringkat
panitia
3 Pelaksanaan
Kaedah
Soalan
Sejarah
Kertas 3
X X X X X X X X X
4 Pelaksanaan
peperiksaan
X X
5 Pemprosesan
data
peperiksaan
X X
6 Merumus
data
7 Penulisan
Laporan
Kajian
X
8 Pemurnian
Kajian
X
9 Laporan
kajian kepada
Pengetua
X
Langkah 2
KAEDAH SOALAN SEJARAH KERTAS 3 DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Untuk melaksanakan Kaedah Soalan Kertas 3 semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di kelas, saya telah mengubahsuai bentuk soalan tersebut menjadi bentuk
soalan yang lebih ringkas agar sesuai dengan tajuk pelajaran, dapat difahami dan
dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual kurikulum.
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
196
Contoh tugasan bertulis berbentuk soalan kertas 3 yang dibuat oleh murid untuk
dilaksanakan di kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti dalam
Jadual 2 yang berikut:
(Jadual 2)
Soalan Bab ... Sub-Tajuk... Jawapan
Murid
1. Jelaskan latar belakang / maksud ...
2. Huraikan ciri-ciri / faktor / kesan ...
3. Jelaskan aspek ...
4. Bagaimanakah kita memanfaatkan ... untuk kemajuan negara
kita?
5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai
oleh negara setelah memanfaatkan ...
6. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam...
Nyatakan Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
7. Nyatakan nilai murni, iktibar dan unsur patriotisme yang
diperoleh daripada ... yang boleh diterapkan demi kemajuan negara
kita.
8. Rumusan
• Pengetahuan diperolehi
• Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
• Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang
Langkah 2
CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas : 5 Perakaunan
Masa : 7.00 pagi - 8.20 pagi
Subjek : Sejarah Tingkatan 5
Tajuk / Bab : 6 - Pengukuhan Negara Bangsa Malaysia
Sub-Tajuk : Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia -
i. Dalam Negara
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
197
ii. Luar Negara
Hasil Pembelajaran:
Aras 2
2.3 Menjelaskan reaksi negara luar terhadap pembentukan Malaysia
Aras 3
3.1 Menganalisis usaha pemimpin negara menangani reaksi luar bagi mengekalkan
negara Malaysia yang berdaulat
Aktiviti :
1. Guru menjelaskan negara yang dikategori sebagai ‘Dalam Negara’ dan ‘Luar Negara’.
2. Murid menyatakan faktor-faktor wujud reaksi yang pelbagai dari negara-negara
terlibat.
3. Murid menjelaskan aspek / langkah-langkah yang diambil oleh pemimpin untuk
menangani reaksi luar bagi mengekalkan negara Malaysia yang berdaulat.
4. Murid menyatakan cara memanfaatkan pengalaman Sejarah tersebut dalam
memajukan negara Malaysia.
5. Murid menyatakan kejayaan yang telah diperolehi oleh Malaysia sejak dibentuk
sehingga hari ini.
6. Murid menyatakan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk memajukan Malaysia,
seterusnya menyatakan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut.
7. Murid memberi 3 contoh nilai murni, 3 iktibar dan 4 unsur patriotisme yang diperolehi
daripada ‘Reaksi Dalam Negara dan Luar Negara’ terhadap pembentukan Malaysia.
8. Murid memberi rumusan tentang pengetahuan yang diperolehi dan harapannya
terhadap masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
Unsur Patriotisme:
Keranamu Malaysia
• Sedia berkorban
Kesepakatan untuk kestabilan negara
• Sentiasa bersatu padu
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
198
Pengukuhan : Murid dapat menjawab soalan Sejarah yang diberi (minimum 4 fakta /
idea), dapat dibentangkan (lisan) oleh murid, dan tugasan bertulis itu dihantar sebaik
sahaja jadual pengajaran dan pembelajaran selesai.
Refleksi : -
Jawapan murid dalam aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran telah
diubahsuai kepada bentuk lisan, bertulis dan dilaksana berdasarkan individu atau
berkumpulan, mengikut aras kecerdasan murid dalam kelas tersebut. Soalan-soalan
tersebut adalah untuk menilai pencapaian Hasil Pembelajaran murid selepas pengajaran
dan pembelajaran selesai.
DAPATAN KAJIAN
PERBANDINGAN KEPUTUSAN TINGKATAN 5 SAINS 2012
Semester 2, 5 Sains 2012 SPM Sebenar, 5 Sains 2012
A+ 0 A+ 1
A 1 A 6
A- 3 A- 8
B+ 1 B+ 3
B 5 B 2
C+ 4 C+ 1
C 5 C 3
D 2 D 0
E 0 E 0
G 3 G 0
Bil. Ambil 24 Bil. Ambil 24
Bil. Gagal (Peratus) 3 (12.5 %) Bil.Gagal (Peratus) 0
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
199
Bil. Lulus (Peratus) 21 (87.5 %) Bil. Lulus (Peratus) 24 (100%)
PERBANDINGAN KEPUTUSAN 4 PERAKAUNAN 2012 dan 5 PERAKAUNAN 2013
Semester 2, 4 Perakaunan 2012 Semester 1, 5 Perakaunan 2013
A+ 0 A+ 0
A 0 A 0
A- 0 A- 2
B+ 0 B+ 4
B 2 B 4
C+ 4 C+ 3
C 7 C 6
D 1 D 1
E 2 E 0
G 4 G 0
Bil. Ambil 20 Bil. Ambil 20
Bil. Gagal (Peratus) 4 ( 20 %) Bil. Gagal (Peratus) 0
Bil. Lulus (Peratus) 16 (80 %) Bil. Lulus (Peratus) 20 (100%)
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
200
Berdasarkan pencapaian murid tingkatan 5 Sains dan tingkatan 4 / 5 Perakaunan, dapat
dilihat peningkatan prestasi dalam peperiksaan kendalian sekolah dan awam. (Sila rujuk
Lampiran 1 untuk lebih terperinci). Membuktikan bahawa murid dapat menjawab soalan-
soalan berbentuk KBKK (SPM 2012) dan soalan-soalan bentuk baru Sejarah Kertas 3
Pentaksiran 2013 dengan cemerlang.(Sila rujuk Lampiran 3 untuk contoh-contoh
soalan). Idea dan pendapat murid dalam memberi jawapan yang cemerlang hanya
dapat dijana oleh murid yang memiliki jati diri dan semangat patriotisme yang unggul.
Melalui pencapaian prestasi ini , membuktikan bahawa Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3
dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah dapat melahirkan murid yang
mindanya celik sejarah manakala hati dan jiwanya pula kental dengan semangat
patriotisme yang sedia berkorban untuk mempertahankan negara.
PENUTUP
Sejarah mempunyai idea dan konsep khusus. Pemahaman dan penghayatan
tentang idea dan konsep tersebut amat penting untuk menjadikan pengetahuan sejarah
relevan dan berguna dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Sejarah adalah
pendukung utama pemupukan semangat patriotik. Dalam pengajaran dan
pembelajaran, penekanan perlu dibuat terhadap aspek patriotisme, nilai dan iktibar
melalui pengalaman sejarah untuk memupuk semangat setia negara, kebanggaan dan
peperibadian sebagai rakyat Malaysia.
Pendekatan Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dibincangkan dalam kajian ini adalah satu eksperimen, cadangan
dan usaha rintis untuk meningkatkan patriotisme dalam kalangan murid dalam
kehidupan masa kini dan akan datang sebagai generasi yang bakal memimpin masa
depan negara.
Perkara penting dalam menyampaikan mata pelajaran Sejarah adalah
pengalaman dan ilmu pengetahuan guru yang dapat memberikan gambaran jelas
kepada murid mengenai perkara yang berlaku ketika itu dan bijak mengaitkannya
dengan keadaan sekarang. Kita tidak mahu murid yang lulus cemerlang mendapat A+
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
201
dalam mata pelajaran Sejarah tetapi tidak memahami, menghayati dan menggunakan
pengetahuan Sejarah dalam kehidupan pada masa depan.
Sesungguhnya, sejarah negara pada masa akan datang terletak kepada
keputusan generasi sekarang yang mampu memahami dan menghayati sejarah masa
lampau. Sejarah adalah ilmu pengetahuan yang mengandungi fakta yang benar, ilmu
pengetahuan yang dapat memandu hidup dan menjadi pedoman masyarakat Malaysia
untuk menerajui masa depan yang cemerlang.
RUJUKAN
Jemaah Nazir (2007). Panduan Pengurusan dan Pengajaran Sejarah. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
__________________(Bil.80/Januari 2011). Majalah PENDIDIK. Kelana Jaya: Widad
Publication Sdn. Bhd.
__________________(2011).HALUAN KERJA PENDIDIKAN Merealisasikan
Agenda Transformasi Negara.Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Covey Stephen R., (Penterjemah Adlie Syamsudin Samsudin).(2010). (Edisi Bahasa
Melayu) The Leader In Me. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Masariah Binti Mispari (April 2010). Koleksi Pedagogi Pengajaran dan
Pembelajaran Sejarah. Majlis Guru Cemerlang Sejarah Cawangan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
202
_________________ (2010). Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd Kuala Lumpur.
Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah (2003). Kurikulum Bersepadu sekolah
Menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lampiran 1
SENARAI NAMA MURID DAN PENCAPAIAN
TINGKATAN 5 SAINS 2012
Semester 2, 2012 SPM Sebenar 2012
Bil Nama Murid Markah Gred Gred
1 Alexander Celestinus 60 C+ B
2 Anne Peturus 62 C+ A
3 Axie Minora Sikinor 79 A- A
4 Azreel Moontin 33 G C+
5 Eronna Petrus 80 A A+
6 Esther Sualan 52 C B+
7 Graziani Rendy John 66 B A-
8 Harnyice Amin 60 C+ A-
9 Jannefer Maratin 71 B+ A-
10 Jasck Joel 45 D C
11 JE Myzone Welfred 29 G C
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
203
12 Jelenek Ladium 37 G B
13 Jonathan Lois Justin 53 C C
14 Joviana Juanis 50 C B+
15 Jusila Kaling 67 B A
16 Laura Lucius 58 C A
17 Lidwina Madato 66 B B+
18 Lydia Ongui 75 A- A
19 Marcella Gohun 65 B A-
20 Ned Deon Barantau 64 C+ A-
21 Shahnen Toibit 46 D A
22 Valleries Yakong 66 B A-
23 Wellareckson Jiliuh 52 C A-
24 Yusli Jaffar 75 A- A-
SENARAI NAMA MURID DAN PENCAPAIAN
TINGKATAN 4 / 5 Perakaunan 2012 / 2013
Semester 2, 2012 Semester 1, 2013
Bil. Nama Murid Markah Gred Markah Gred
1 Alexmean Diun 57 C 55 C
2 Alychiana Pazon 66 B 75 A-
3 Andy Maxwell 52 C 63 C+
4 Avyclarina Junis 49 D 68 B
5 Elvatasha Felicity Gopining 63 C+ 63 C+
6 Glendalyn Johnny 65 C+ 73 B+
7 Indamelagarina Bindamin 43 E 60 C+
8 Joebit Daesif 44 E 58 C
9 Joerdent Juanis 51 C 70 B+
10 Lorina Lopius 57 C 68 B
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
204
11 Lydora Maratin 62 C+ 65 B
12 Michwell Rezza Christopher 29 G 58 C
13 Natashya Josinie 66 B 78 A-
14 Ooi Yee Cheng Ching 62 C+ 73 B+
15 Raymond Luis 54 C 65 B
16 Roscyelyne Helin 34 G TH TH
17 Setiben Suani 60 C+ 55 C
18 Sherilviana Jukilin 56 C 70 B+
19 Sterry Lositim 28 G 58 C
20 Wiccie Michael 40 E 58 C
21 Mohd. Azreen Alwi Belum daftar masuk 45 D
MARKAH RUJUKAN SMK TUN FUAD STEPHENS KIULU
Berdasarkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS),
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bermula tahun 2010
GRED MARKAH
A+ 90 - 100
A 80 - 89
A- 75 - 79
B+ 70 -74
B 65 - 69
C+ 60 - 64
C 55 - 59
D 50 - 54
E 40 - 49
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
205
G 0 - 39
Lampiran 2
Unsur Patriotisme
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah (KBSM)
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
1. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia
o menghormati raja dan pemimpin negara
o menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
o menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan jata
negara)
o menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara
o menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
o berbangga dengan sejarah negara
2. Bersemangat Setia Negara
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
206
o cinta akan bangsa dan negara
o taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
o sedia berkorban untuk bangsa dan negara
o berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
o peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
o bersyukur sebagai warganegara Malaysia
3. Bersemangat Kekitaan
o bersatu-padu dan berharmoni
o bertolak-ansur dan bertoleransi
o bekerjasama dan tolong-menolong
o hormat menghormati
o bersefahaman dan bermuafakat
o muhibah atau semangat bermasyarakat
4. Berdisiplin
o berakhlak dan berbudi mulia
o mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara
o mematuhi peraturan dan undang-undang
o berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi
o bertindak wajar
o bersifat amanah dan jujur
o berlaku adil dan bertimbang rasa
5. Berusaha Dan Produktif
o rajin dan gigih
o berdikari
o tabah menghadapi cabaran
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
207
o menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan
o berganding bahu membangunkan negara
o berilmu dan berketrampilan
Lampiran 3
Contoh soalan tingkatan 5 Sains
i. Kertas 2 Bahagian B Semester 2, 2012
BAHAGIAN B
[60 Markah]
JAWAB TIGA SOALAN SAHAJA
1. Jadual berikut berkaitan dengan Piagam Madinah
Tarikh Peristiwa
622 Masihi Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah? 628 Masihi Perjanjian Hudaibiyah dimeterai antara pihak Islam dengan orang Arab Quraisy. 630 Masihi Nabi Muhammad s.a.w. berjaya menguasai semula Kota Makkah.
a. Huraikan sebab-sebab yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah.
( 6 markah ) b. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w berjaya membuka semula kota Makkah?
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
208
( 6 markah ) c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan kepentingan pembukaan semula
kota Makkah kepada dunia Islam. ( 8 markah )
2. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu telah memperkenankan beberapa unsur baru
dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan.
a. Terangkan pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu. (12 markah )
b. Kekukuhan institusi kesultanan adalah berasaskan kepada pegangan orang Melayu terhadap konsep daulat. Buktikan pernyataan tersebut. ( 4 markah )
c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah cara untuk mengukuhkan konsep daulat? ( 4 markah )
3. Rajah berikut berkaitan gerakan nasionalisme.
Gerakan nasionalisme
Usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
a. Nyatakan ciri-ciri perkembangan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara.
(5 markah)
b. Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina.
(7 markah)
c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara? (8 markah)
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
209
4. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan melalui pilihan raya.
a. Jelaskan sistem pilihan raya di Malaysia.
(9 markah)
b. Nyatakan proses pilihan raya yang dijalankan di negara kita.
(6 markah)
c. Sebagai seorang warganegara Malaysia, apakah syarat yang melayakkan anda mengundi dalam pilihan raya? (5 markah)
5. Rajah berikut menunjukkan dasar pembangunan sosial yang turut memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan negara.
a. Terangkan kepentingan Rukun Negara dalam usaha mencapai perpaduan negara.
(9 markah)
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
210
b. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (7 markah)
c. Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang diambil untuk menjadikan sukan sebagai alat perpaduan di negara kita? (4 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT
ii. Kertas 2 Bahagian B SPM, 2012
Contoh soalan tingkatan 4 / 5 Perakaunan
i. Kertas 3 Semester 2, 2012
SMK TUN FUAD STEPHENS KIULU TUARAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2, 2012
SEJARAH Kertas 3 Tiga Jam
________________________________________________________________________ Tajuk Umum Tugasan (Diedarkan 6 minggu sebelum hari peperiksaan):
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
211
Merujuk Tema 9 Huraian Sukatan pelajaran dan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 10. Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut: i. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain‐lain. ii. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan. iii. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan. Dasar British Terhadap Ekonomi Negara dan Kesannya. (Merujuk Tema 9 Huraian Sukatan pelajaran dan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 10) SOALAN (Pada hari peperiksaan): Dasar British berkaitan ekonomi telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap negara kita. Bincangkan. Peringatan: Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.
Perincian Markah Penuh
1. Pengenalan Jelaskan secara ringkas tentang: ‐Latar belakang ekonomi negara sebelum kedatangan British (ekonomi tradisional)
5 markah
2. Dasar‐dasar British Berkaitan Ekonomi Terangkan dasar‐dasar yang telah diperkenalkan oleh British berkaitan ekonomi di negara kita. ‐Ekonomi Dagangan (22 markah) ‐Dasar British terhadap pertanian (8 markah)
30 markah
3. Kesan Dasar Ekonomi British Terangkan kesan dasar yang telah diperkenalkan oleh British berkaitan ekonomi.
15 markah
4. Langkah Ke arah Matlamat Malaysia sebagai Kegiatan Ekonomi Antarabangsa Cadangkan langkah‐langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kegiatan ekonomi antarabangsa.
15 markah
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
212
5. Kejayaan Malaysia Dalam Kegiatan Ekonomi Antarabangsa Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita dalam kegiatan ekonomi di peringkat antarabangsa.
10 markah
6. Cabaran dan Langkah Menghadapi Cabaran Di abad Ke‐21 ‐Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke‐21 bagi menjamin kemakmuran negara (5 markah) ‐Nyatakan langkah‐langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5 markah)
10 markah
7. Nilai‐nilai Murni Daripada Perkembangan Ekonomi Negara Nyatakan nilai‐nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada perkembangan ekonomi negara.
10 markah
8. Rumusan ‐Pengetahuan yang diperoleh ‐Iktibar kepada diri, bangsa dan negara ‐Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5 markah
ii. Kertas 3 Semester 1, 2013
SOALAN (Pada hari peperiksaan): Penubuhan negara bangsa Malaysia yang berdaulat telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Walau bagaimanapun, segala rintangan dan cabaran itu telah dapat diatasi sehingga Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang berkembang pesat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Huraikan Sejarah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat sehingga kini. Peringatan: Jawapan calon hendaklah berdasarkan aspek-aspek yang berikut: FORMAT PERINCIAN MARKAH
PENUH Pengenalan
1. Nyatakan idea cadangan pembentukan Malaysia
5 markah
Isi dan Huraian
2. Memahami cadangan pembentukan Malaysia
i. Huraikan sebab‐sebab pembentukan Malaysia (15 markah) ii. Huraikan reaksi pembentukan Malaysia
30 markah
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
213
(15 markah) 3. Jelaskan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia.
15 markah
4. Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pelajar untuk menjayakan konsep 1 Malaysia.
15 markah
5. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kejayaan yang boleh dibanggakan telah dicapai oleh Malaysia sehingga kini.
10 markah
6. Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara. (5 markah) ii. Nyatakan langkah‐langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5 markah)
10 markah
7. Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar/ patriotisme daripada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
10 markah
Rumusan 8. Rumusan
i. Pengetahuan yang diperolehi ii. Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
iii. Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang
5 markah
top related