kaedah instalasi ssl certificate manual pengguna - mygov*net · klik pada kekunci di sebelah...

Post on 03-Jan-2020

25 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KAEDAH INSTALASI SSL CERTIFICATE

MANUAL PENGGUNA

PANDUAN PEMASANGAN SSL CERTIFICATE UNTUK PERANTI ANDROID 1. Pengguna akan cuba mencapai laman web https menggunakan telefon

pintar mereka dan browser / aplikasi akan memaparkan amaran certificate error. Terdapat 3 pilihan; go back, view certificate dan continue.

2. Pilih view certificate untuk melihat maklumat terperinci security certificate tersebut. Di dalam kes ini, certificate menunjukkan ianya dikeluarkan oleh MAMPU.

3. Teruskan tanpa memasang certificate. Pengguna masih boleh melayari tanpa memasang certificate apabila memilih continue. Walau bagaimanapun, browser akan menunjukkan connection is insecure/untrusted.

4. Klik pada kekunci di sebelah ruangan URL untuk melihat certificate.

5. Certificate yang dikeluarkan pada browser / aplikasi adalah not trusted.

6. Muat turun certificate ke dalam telefon pintar untuk dipasang di dalam credential storage sebagai trusted credential / certificate.

7. Untuk memasang certificate yang telah dimuat turun, pergi ke Phone Settings > Security.

8. Pada bahagian security settings, pilih “Install from device storage”.

9. Masukkan nama certificate tersebut dan ia akan memasang certificate yang telah dimuat turun secara automatik.

10. Certificate tersebut boleh dibuang pada bila-bila masa dengan memilih Clear credentials.

11. Kembali semula kepada laman web dan klik refresh. Klik kekunci pada sebelah ruangan bahagian URL untuk melihat certificate.

12. Certificate yang dikeluarkan untuk browser / aplikasi sekarang adalah valid dan trusted.

PANDUAN PEMASANGAN SSL CERTIFICATE UNTUK PERANTI iOS 1. Apabila melayari laman web https, browser akan meminta pengguna

untuk menyemak dahulu certificate.

2. Maklumat terperinci certificate yang perlu disemak oleh pengguna.

3. Selepas semakan atau tanpa menyemak certificate tersebut, pengguna dapat memilih untuk meneruskan dan trust certificate tersebut tanpa memasang certificate tersebut terlebih dahulu.

4. Penguna masih boleh melayari tanpa memasang certificate dengan klik continue. Walau bagaimanapun, sesetengah kandungan laman web berkemungkinan bertaburan.

5. Tanpa memasang certificate, browser akan sentiasa bertanya kepada pengguna untuk menyemak certificate tersebut jika pengguna melayari laman web / domain lain. Laman web yang terdahulu telah pun trusted dan akan diingati oleh browser.

6. Untuk menyimpan certificate tersebut sebagai trusted certificate, pengguna perlu untuk memuat turun ia terlebih dahulu. Setelah selesai muat turun, IOS akan bertanya kepada pengguna secara automatik bagi memasang certificate tersebut.

7. Pengguna boleh klik more details untuk menyemak certificate sebelum pemasangan dilakukan.

8. Maklumat penuh certificate tersebut.

9. Memasang certificate sebagai trusted root certificate.

10. Mengesahkan pemasangan certificate.

11. Certificate telah trusted dan verified.

PANDUAN PEMASANGAN SSL CERTIFICATE UNTUK PERANTI WINDOWS MOBILE 1. Sebelum memasang certificate, browser akan memaparkan certificate

error.

2. Muat turun fail certificate ke dalam telefon pintar dan klik Tap to open.

3. Klik install dan sahkan pemasangan.

4. Pengguna telah boleh menggunakan server web yang dilindungi dengan certificates yang berasaskan root CA.

PANDUAN PEMASANGAN SSL CERTIFICATE UNTUK PERANTI BLACKBERRY 1. Sebelum memasang certificate, browser akan paparkan certificate error.

2. Muat turun fail certificate dan klik fail SSL_EXTENDED.

3. Klik import dan sahkan pemasangan.

4. Paparan “certificate imported” menandakan pemasangan telah berjaya.

top related