isu isu dalam sukan, politk dan insentif

Post on 21-May-2015

12.048 Views

Category:

Education

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Isu-Isu dalam sukan

‘Izzat Najmi bin IbrahimVoronia anak DaipJeffrey Yeoh Ze Hui

Politik Dan Sukan

• Politik dalam sukan menjelaskan wujudnya campur tangan kuasa politik dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu badan sukan.

• Kuasa politik memberi kesan yang besar terhadap perkembangan dan kemajuan sukan.

• Kuasa yang ada melalui pengaruh politik, ianya dapat mempengaruhi sesuatu sukan melalui organisasi dalam membina dan membentuk nilai, ganjaran dan budaya di pelbagai peringkat.

• Perkaitan politik ini bukan hanya berlaku dalam organisasi sukan semata-mata malah boleh menjangkau sempadan negara dan mampu menjadi elemen pendamai dalam negara bergolak melalui perpaduan dalam sukan .

Penglibatan Politik dalam Sukan

• Proses pemilihan pemain, jurulatih dan pegawai sukan.

• Pertandingan dan proses merebut piala kejohanan

• Kelab Sukan (kenaikan dan kejatuhan sesuatu pasukan atau pemimpin)

• Kejayaan sukan sesebuah negara di peringkat antarabangsa dikaitkan dengan kemantapan dan kestabilan politik negara itu. ( Gapor Ahmad, 2007)

Propaganda Politik dalam Sukan

• Melalui Sukan, propaganda politik untuk mempengaruhi orang lain dan usaha untuk meyakinkan rakyat mereka boleh disebarkan.

• Contoh – usaha pemimpin negara blok Komunis meyakinkan dunia bahawa ideologi merekalah yang terbaik dengan bersungguh-sungguh menjuarai kejohanan seperti Sukan Olimpik.

Kedudukan Negara-negara Sukan Olimpik Beijing 2008

Sumber : http://www.topendsports.com/events/summer/medal-tally/rankings-weighted-countries.htm

Isu – isu

Isu –isu

Isu pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku

dalam badan sukan

Kekurangan peruntukan untuk infrastruktur dan

kemudahan

Perebutan jawatan & Kemelut kepimpinan dalam persatuan

Ketidakadilan dalam membuat keputusan

Kekurangan Peruntukan

Kekurangan peruntukan • Kekurangan peruntukan menyebabkan infrastruktur

tidak dapat dibaik pulih dan diubahsuai. • Jumlah peruntukan yang tidak mencukupi yang

disediakan oleh kerajaan tidak mampu menampung pembaikpulihan keadaan infrastruktur.

• Aktiviti sukan dan rekreasi tidak dapat dijalankan dengan lancar seterusnya membantutkan kemajuan sukan.

• Wakil kerajaan perlu mengambil berat dan tampil untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.

Ketidakadilan dalam membuat keputusan

Ketidakadilan dalam membuat keputusan

• Ketidakadilan dalam membuat keputusan akan menyebabkan beberapa pihak tidak berpuas hati.

• Hal ini akan menimbulkan perselisihan dan persaingan yang tidak sihat di antara badan sukan.

• Pemimpin badan sukan haruslah bersifat adil dan saksama di samping menilai keputusan dengan pemikiran yang wajar.

Perebutan jawatan & Kemelut kepimpinan dalam persatuan

Perebutan jawatan & Kemelut kepimpinan dalam persatuan

• Perebutan jawatan & kemelut kepimpinan dalam persatuan badan sukan akan memudaratkan kestabilan dan kepimpinan sesuatu organisasi.

• Persatuan tidak dapat menumpukan perhatian untuk meningkatkan kualiti dan mutu persatuan.

• Pemimpin perlu memikul tanggungjawab dengan dedikasi dan cekap dalam menguruskan organisasi bagi membangunkan mutu sukan negara

Isu pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku dalam badan sukan

LAPORAN POLIS LARKIN RPT 1151/14 INSIDEN DALAM TEROWONG STADIUM LARKIN PERLAWANAN PIALA FA 2014 ANTARA JDT DENGAN T-TEAM YANG BERKESUDAHAN DENGAN KEKECOHAN

Isu pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku dalam badan sukan

• Pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku memudaratkan imej sukan negara kita di mata dunia.

• Mewujudkan persaingan yang tidak sihat di antara pasukan yang bertanding.

• Menunjukkan teladan yang tidak baik sedangkan bola sepak adalah permainan yang sesuai ditonton untuk seisi kelarga.

Kesan Positif Politik dalam Sukan

Penyelesai Masalah

• Mampu menjadi elemen pendamai dalam negara bergolak melalui perpaduan dalam aktiviti sukan .

• Percampuran kuasa politik sebagai pendamai dalam isu sukan membantu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

• Contoh – Isu Terowong Larkin

Isu Terowong Larkin

• Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaluddin menggesa FAM mengeluarkan hasil siasatan bagi menyelesaikan masalah.

• Beliau juga menggesa FAM mengetatkan kawalan keselamatan stadium.

• Peranan pemimpin ahli politik (Menteri Belia dan Sukan) adalah penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul.

• Melalui Pesuruhjaya Sukan yang dibekalkan dengan kuasa Akta Pembangunan Sukan, Kementerian Belia & Sukan sentiasa melibatkan diri & Mengenal pasti apa sahaja masalah dalam persatuan sukan.

• Kementerian Belia & Sukan memberi nasihat dan panduan dalam mencari penyelesaian bagi membangunkan mutu sukan negara.

Sumber kewangan

• Sumber kewangan badan sukan sedikit sebanyak dapat dipertingkatkan dengan bantuan ahli politik yang terlibat.

• Badan sukan boleh mendapatkan penaja-penaja dengan menggunakan nama ahli politik yang terlibat dalam badan sukan tersebut.

Sumbangan Ahli Politik

• Dengan sumber kewangan yang ada, maka badan sukan boleh mendapatkan jurulatih-jurulatih yang berkebolehan tinggi.

• Mendapatkan infrastruktur dan kemudahan yang sesuai untuk meningkatkan kualiti latihan.

• Mempertingkatkan kejayaan ahli-ahli sukan.

Berkemampuan untuk mendapat jurulatih dari luar negara yang berkebolehan tinggi.

Membina stadium

Program 1 sukan 1 murid

• Dasar 1 Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

• Selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

• Apabila terdapat pertandingan yang melibatkan pertandingan antarabangsa seperti sukan ASEAN, ahli politik akan dihantar ke luar negara untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara lain.

• Perhubungan yang baik antara negara akan membantu badan sukan dalam negara untuk mendapatkan maklumat baru bagi meningkatkan prestasi atlet.

Hubungan Diplomatik

Ganjaran

• Meraikan kejayaan atlet dalam bidang sukan yang diceburinya.

• Berkongsi kejayaan dengan rakyat Malaysia

Kesan Negatif Politik dan Sukan

• Terdapat sesetengah ahli politik yang memegang pelbagai jawatan dalam persatuan Sukan dan Belia bagi memonopoli.

• Jawatan- jawatan tersebut untuk mempopularkan nama mereka dan digunakan untuk membantu mereka mendapatkan undian semasa pilihan raya umum.

• Penglibatan ahli politik dalam menerajui sesuatu persatuan sukan akan menjejaskan penumpuan mereka dalam pentadbiran.

• Menjejaskan persatuan kerana pemimpin sibuk dengan urusan pentadbiran kerajaan dan politik.

• Sesetengah persatuan terjejas kerana urusan politik dicampur adukan dengan urusan persatuan sukan.

• Penyertaan politik dalam pengurusan sesebuah persatuan sukan boleh mengurangkan tumpuan dan komitmen untuk memajukan persatuan sukan.

Sukan Olimpik Dipolitikkan • Pasukan bola sepak negara kita tidak berpeluang menyertai

Sukan Olimpik di Moscow 1980, walau pun telah layak.

• Hal ini disebabkan Malaysia menyertai Asia Barat untuk memboikot sukan global itu atas alasan Soviet Union telah menyerang Afghanistan.

• Sebagai balasannya sekutu-sekutu Soviet pula memboikot Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles kerana membantah pemulauan sukan itu di Moscow empat tahun sebelumnya.

• Iran di bawah rejim agama telah memboikot kedua-dua sukan itu atas alasan kuasa-kuasa besar telah campur tangan dengan hal-ehwal dunia, termasuk di negara-negara Asia Barat

• Keadaan ini menyebabkan organisasi dan kejohanan sukan menjadi tidak teratur.

• Hal ini memudaratkan prestasi sukan negara untuk melangkah lebih jauh dan mengharumkan nama negara.

INSENTIF & ATLET

DEFINISI INSENTIF & ATLET• Insentif Merupakan ganjaran yang dapat merangsang

minda seseorang untuk mencapai sesuatu kejayaan.Insentif boleh berbentuk ganjaran seperti wang

tunai, harta, darjat kebesaran, hadiah dan sebagainya.

• AtletIndividu yang bergiat di dalam arena sukan, ahli

sukan

TUJUAN PEMBERIAN INSENTIF

• Fungsi utama dari insentif adalah untuk memberikan tanggungjawab dan dorongan kepada atlet serta meningkatkan produktiviti kerja individu mahupun kelompok.

JENIS-JENIS SKIM INSENTIF

1. Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) (1986)

2. Skim Galakan Jurulatih (SGAR)3. Skim Kecemerlangan Pengurusan Sukan (SIKAP)4. Skim Hadiah Kemenangan Sukan Atlet Remaja

(SHAKAR)5. Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO)6. Skim Imbuhan Tetap Sukan Olimpik 7. Skim Insentif Sukan Maksak (SISM)

Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) • Jadual Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Bagi Atlet Normal:

KELAYAKAN/ PINGAT SUKAN OLIMPIK SUKAN KOMANWEL/

ASIA SUKAN SEA

INDIVIDUEmas 1,000,000.00 80,000.00 10,000.00Perak 300,000.00 40,000.00 --

Gangsa 100,000.00 20,000.00 --PASUKAN KURANG (<) 5 ORG

Emas/Pasukan 1,000,000.00 80,000.00 10,000.00Perak/Pasukan 300,000.00 40,000.00 --

Gangsa/Pasukan 100,000.00 20,000.00 --PASUKAN LEBIH (>) 5 ORG

Emas/Individu 150,000.00 15,000.00 2,000.00Perak/Individu 40,000.00 8,000.00 --

Gangsa/Individu 20,000.00 4,000.00 --

• Jadual Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Bagi Rekod Baru:

KELAYAKAN/ PINGAT SUKAN OLIMPIK SUKAN

KOMANWEL/ ASIA SUKAN SEA

INDIVIDU

Emas 20,000.00 10,000.00 1,000.00

PASUKAN KURANG (<) 5 ORG

Emas/Pasukan 20,000.00 10,000.00 1,000.00

PASUKAN LEBIH (>) 5 ORG

Emas/Individu 4,000.00 2,000.00 200.00

Skim Galakan Jurulatih (SGAR)• -Diberikan kepada jurulatih sukan berkenaan.• -Jumlah SGAR adalah 20% daripada jumlah

hadiah SHAKAM.

Skim Kecemerlangan Pengurusan Sukan (SIKAP)• -Diberikan kepada persatuan sukan berkenaan.• -Jumlah SIKAP adalah 10% dari jumlah

SHAKAM.

KELAYAKAN/ PINGATPERINGKAT DUNIA PERINGKAT ASIA

SHAKAR SGAR SIKAP SHAKAR SGAR SIKAP

INDIVIDU

Emas 40,000.00 8,000.00 4,000.00 7,500.00 1,500.00 1,000.00

Perak 20,000.00 4,000.00 2,000.00 4,000.00 800.00 500.00

Gangsa 10,000.00 2,000.00 1,000.00 2,000.00 400.00 300.00

PASUKAN < 5 ORG

Emas / Pasukan 40,000.00 8,000.00 4,000.00 7,500.00 1,500.00 1,000.00

Perak / Pasukan 20,000.00 4,000.00 2,000.00 4,000.00 800.00 500.00

Gangsa / Pasukan 10,000.00 2,000.00 1,000.00 2,000.00 400.00 300.00

PASUKAN > 5 ORG

Emas / Individu 7,500.00 8,000.00 4,000.00 1,500.00 1,500.00 1,000.00

Perak / Individu 4,000.00 4,000.00 2,000.00 750.00 800.00 500.00

Gangsa / Individu 2,000.00 2,000.00 1,000.00 400.00 400.00 300.00

Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO)• Atlet-atlet yang berjaya melayakkan diri secara merit

kategori A sahaja.Kategori B atau di atas tiket ‘wild card’ tidak akan diberi insentif ini.

• Elaun tambahan bermula setahun dari tarikh berlangsungnya Sukan Olimpik.

Bil Kategori

Elaun Bulanan

(Pembayaran bermula setahun dari tarikh Sukan Olimpik)

(RM)1 Individu 2,000.00

2 Pasukan < 5 orang 1,600.00 /individu

3 Pasukan > 5 orang 1,000.00 /individu

Skim Imbuhan Tetap Sukan Olimpik

-Skim ini diberikan kepada pemenang-pemenang pingat di Sukan Olimpik.

-Insentif diberikan kepada atlet tersebut sepanjang hayat.

Jenis PingatJumlah Hadiah

(RM/bulan)

Emas 5,000.00

Perak 3,000.00

Gangsa 2,000.00

Skim Insentif Sukan Maksak (SISM)

• para atlet Perkhidmatan Awam yang mencapai kejayaan pada peringkat kejohanan sukan antarabangsa akan diberi pengiktirafan dalam bentuk sijil dan piala penghargaan semasa Malam MAKSAK

Objektif 1. Meningkat, menggalak serta memberi motivasi kepada para penggiat

sukan Perkhidmatan Awam (atlet dan jurulatih) untuk mencapai kejayaan dalam sukan di peringkat tertinggi

2. Sebagai satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan terhadap kejayaan atlet dan jurulatih Perkhidmatan Awam dalam mengharumkan nama negara

3. Mewujudkan persekitaran sukan yang kondusif di peringkat Perkhidmatan Awam sebagai sokongan terhadap Skim Hadiah Kemenangan Sukan yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan; dan

4. Meningkatkan imej MAKSAK sebagai kilang melahirkan atlet yang mewakili negara dan jurulatih yang berjaya mendidik atlet negara.

ATLET YANG MENDAPAT INSENTIF OLIMPIK

Gangsa daripada pasangan adik-beradik Razif dan Jalani Sidek di Barcelona 1992

Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock mendapat perak pada temasya Atlanta 1996

Rashid Sidek juga mendapat gangsa dalam acara perseorangan di Olimpik Atlanta 1996.

Terbaru ialah Datuk Lee Chong Wei yang memenangi pingat perak perseorangan semasa Olimpik Beijing 2008.

• Semua pingat tersebut datang dari sukan badminton kerana negara kita antara kuasa besar di dunia yang mendominasi sukan ini.

• Selain itu sukan squash juga salah satu sukan yang dikuasai oleh atlet Malaysia iaitu Datuk Nicol Ann David. Beliau merupakan atlet yang konsisten memegang gelaran nombor satu dunia sehingga sekarang.

Isu di antara atlet dan insentif

• Insentif atlet Paralimpik adalah lebih rendah daripada atlet lain

• Atlet berhijrah kerana ketiadaan insentif• Insentif melahirkan atlet materialistik

Insentif atlet Paralimpik adalah lebih rendah daripada atlet lain

• Isu timbul apabila atlet Paralimpik yang memenangi pingat emas dan perak dalam sukan Paralimpik ditawarkan insentif lebih rendah berbanding atlet sukan Olimpik.

pingat Atlet Olimpik Atlet Paralimpik

Emas 1 juta ringgit Malaysia 300 ribu ringgit Malaysia

Perak 300 ribu ringgit Malaysia 200 ribu ringgit Malaysia

Gangsa 100 ribu ringgit Malaysia 100 ribu ringgit Malaysia

• Pemenang pingat Sukam Olimpik juga diberikan pencen sepanjang hayat berjumlah RM5,000 (emas), RM3,000 (perak) dan RM2,000 (gangsa) berbanding tiada pencen ditawarkan untuk pemenang pingat Sukan Paralimpik.

Atlet Paralimpik dibela

Atlet berhijrah kerana ketiadaan insentif

Insentif melahirkan atlet materialistik

Kesan positif

• Memberi sokongan moral kepada atlet.• satu pengiktirafan kepada usaha gigih mereka.

usaha keras mereka.• Penyuntik semangat kepada atlet untuk

mengekalkan pencapaian.• Insentif juga penting dalam pembangunan

ekoran daripada persaingan sengit yang terpaksa dihadapi oleh para atlet.

Kesan Negatif

• Tidak semestinya menjanjikan pencapaian berterusan kepada atlet, melahirkan jaguh sukan sementara.

• Perjuangan dipertikaikan kerana atlet mengharapkan ganjaran dan terlupa akan misi utama iaitu berbakti kepada negara.

• Atlet-atlet mudah berasa berada dalam zon selesa.

• Pemberian ganjaran yang lumayan akan menyumbang kepada pembaziran wang kerajaan.

• Ganjaran lumayan turut mengakibatkan atlet hanya bertumpu kepada kejohanan yang menawarkan ganjaran yang tinggi.

• Atlet tidak menunjukkan prestasi yang baik sekiranya insentif tidak memuaskan hati.

• Memberi tekanan kepada atlet.

Lee Chong Wei

• "Sudah tentu wang amat penting dalam kehidupan seharian sekarang, tetapi sebenarnya ia (wang) akan datang dengan sendiri dalam pelbagai cara jika seseorang atlet itu membuktikan mereka adalah juara sejati,"

Lee Chong Wei(Temuramah Utusan Malaysia)

Zaiton Othman

• “Dalam arena sukan atlet jangan sesekali mengharapkan ganjaran lumayan untuk diri sendiri. Apa yang sangat mustahak ialah sumbangan kita sebagai anak watan kepada negara ini. Maksud negara ialah tanah air kita sendiri.”

Bekas Ratu Heptatlon Sukan SEA 1981 dan 1983, Zaiton Othman

SOALAN1. Nyatakan kesan-kesan positif politik dalam sukan2. Nyatakan kesan-kesan negatif politik dalam sukan3. Nyatakan kesan-kesan positif insentif diberikan

kepada atlet.4. Nyatakan kesan-kesan negatif insentif diberikan

kepada atlet.5. Nyatakan jenis-jenis skim insentif yang diberikan

kepada atlet.

SEKIAN. Terima Kasih.

RUJUKAN

Gapor Ahmad. (2007). Kejurulatihan dan Sains Sukan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Helen Hong Ben Then. (2001). Pengelolaan dan Pengurusan Pertandingan Sukan. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd

Helmi Mohd. Foad & Hashinan Abdullah (2010). Dua insentif baru lonjak sukan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0113&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm. Dilayari pada 12 Februari 2014.

Ishak Ramly. (2003). Inilah Kurikulum Sekolah. Selangor : PTS Production.

Rashidi Karim. t.t. Shabery akan bincang isu insentif paralimpik http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Shaberyakanbincangisuinsentifparalimpik//Article/article_print Dilayari pada 13 Februari 2014.

Tiada nama pengarang (2010). Politik Sukan ‘Sekat’ Kejayaan Negara. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm. Dilayari pada 12 Februari 2014.

Tiada nama pengarang (2013). Khairy Tekad Atasi Kemelut Politik Dalam Sukan. http://brojinggo.blogspot.com/2013/08/khairy-tekad-atasi-kemelut-politik.html. Dilayari pada 12 Februari 2014.

Tiada nama pengarang (2013). Politik dan Sukan. http://wenku.baidu.com/view/37e02c3b0912a2161479298c.html Dilayari pada 12 Februari 2014.

Tiada nama pengarang (2013). Dasar 1 murid 1 sukan. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/10461-dasar-1murid-1sekolah.html Dilayari pada 13 Februari 2014.

Tiada nama pengarang (2008). Kaji semula pemberian 1 juta. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_03.htm Dilayari pada 13 Februari 2014.

Tiada nama pengarang (2014). Khairy Mahu FAM Segera Keluar Hasil Siasatan Insiden Terowong. http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/sp/newssports.php?id=1013575 Dilayari pada 12 Februari 2014.

Tiada nama pengarang (2012). Ganjaran Kecemerlangan Sukan: Perangsang Kejayaan Berterusan. http://unitsukansmksemerah.blogspot.com/2012/09/ganjaran-kecemerlangan-sukan-perangsang.html. Dilayari pada 12 Februari 2014.

Tiada nama pengarang (2013). Skim Insentif Sukan MAKSAK Malaysia. http://www.maksak.gov.my/html/document/SISM.pdf. Dilayari pada 12 Februari 2014.

Tiada nama pengarang (2013). Sukan & Politik. http://yopbesar.blogspot.com/2013/10/sukan-politik.html Dilayari pada 12 Februari 2014.

Zakaria. 2012. Atlet OKU di diskriminasihttp://besiwaja.blogspot.com/2012/09/atlet-oku-dilanda-diskriminasi.html. Dilayari pada 13 Februari 2014.

top related