istilah singkatan dan lambang bahasa melayu

Post on 04-Feb-2016

139 Views

Category:

Documents

15 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

ja

TRANSCRIPT

Disediakan oleh :Julianah ahmadNur izzati

ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BAHASA MELAYU1. SINGKATAN2. AKRONIMLAMBANG & HURUF BILANGAN3. LAMBANG GAMBAR

ISTILAH SINGKATAN

Menurut Kamus Dewan (2007: 1501), singkatan ialah kependekan, ringkasan, merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa.

Abdullah Hasaan (2006) menyatakan istilah singkatan sebagai bentuk istilah yang tulisannya dipendekkan menurut tiga cara.

1. ISTILAH YANG BENTUK TULISANNYA TERDIRI DARIPADA SATU HURUF ATAU

LEBIH, TETAPI BENTUK LISANNYA SESUAI DENGAN BENTUK ISTILAH LENGKAPNYA.

l disebut liter

cm disebut sentimeter

sin disebut sinus

2. ISTILAH YANG BENTUK TULISANNYA TERDIRI DARIPADA SATU HURUF ATAU LEBIH YANG DILAFAZKAN HURUF DEMI

HURUF.

KVA (kilovolt-ampere) yang disebut = k –V-A

3. ISTILAH YANG DIBENTUK DENGAN MENINGGALKAN SATU BAHAGIANNYA ATAU

LEBIH.

Kawat (yang berasal dari surat kawat)

Lab (yang berasal dari laboratorium)

LAMBANG HURUF DAN BILANGAN

Lambang huruf dan bilangan ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.

LAMBANG

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem, suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan.

LAMBANG HURUF

Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep.

meter - meter - m

kilogram - kilogram - kg

second - saat - s

ampere - ampere - A

degree - darjah - K

candela - kandela - cd

radian - radian - rad

steradian - steradian - st

mole - mol - mol

hecto - hekto - h

centi - senti - c

mega - mega - M

giga - giga - G

Terdapat juga lambang huruf K digunakan bagi menunjukkan makna ribu. Misalnya 20K adalah dua puluh ribu. Misalnya, K ialah lambang daripada kilo bermakna seribu.

BILANGAN

Sistem Unit Antarabangsa menentukan penulisan bilangan seperti yang berikut:

i. Tanda perpuluhan boleh ditulis dengan titik.

Misalnya: 3.05

Bilangan hendaklah tidak dimulai dengan tanda perpuluhan, kecuali apabila diperlukan dalam jadual atau senarai. Bilangan perpuluhan tidak boleh dimulai dengan titik perpuluhan, tetapi hendaklah dimulai dengan angka.

Misalnya:

0.52 bukan .52

0.54 bukan .54

0.56 bukan .56

Kekecualian daripada peraturan ini diizinkan dalam senarai atau jadual.

Misalnya:

.50

.52

.54

.56

Bilangan yang hanya terdiri daripada angka yang ditulis dalam jadual atau daftar hendaklah dibahagi-bahagikan kepada kelompok tiga angka yang dipisahkan oleh ruang tanpa tanda titik atau koma.

Misalnya:

3 105 724 bukan 3.105.724

0.987 24 bukan 0,98724

LAMBANG GAMBAR

Konsep dapat dinyatakan oleh lambang yang berupa gambar.

Pembentukan dan penggunaan lambang gambar harus mengikuti peraturan yang disahkan oleh bidang masing-masing. Misalnya; ☼ (matahari).

AKRONIM

Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66), akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim.

Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) mendefinisikan akronim sebagai kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur.

A. MENGGABUNGKAN SUKU KATA ATAU BAHAGIAN KATA.

Mara - Majlis Amanah Rakyat

Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

Bernama - Berita Nasional Malaysia

Tadika - taman didikan kanak – kanak

Cerpen - cerita pendek

Kugiran - kumpulan gitar rancak

Berdikari - berdiri dengan kaki sendiri

Pawagam - Panggung wayang gambar

Perkeso - Pertubuhan Keselamatan Sosial

B. MENGGABUNGKAN HURUF PANGKAL SETIAP KATA, ISTILAH BEGINI DIPANGGIL AKRONIM.

JKR - Jabatan Kerja Raya

TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia

IPGKPI - Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri

IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia

Dari segi pembentukan istilah, akronim tidak digalakkan kerana apabila perkataan dibentuk melalui akronim, ada masanya kita terlupa akan ungkapan asalnya sehingga kita tidak mengetahui maknanya.

Lebih-lebih lagi, istilah perlu memberi gambaran makna yang dibawa oleh perkataan asalnya. Apabila perkataan itu dihilangkan maka maknanya turut tidak ketara.

Dari segi perkamusan, perkataan akronim yang sudah lazim digunakan dan diterima sebagai perkataan, diterima sebagai masukan dalam kamus.

top related