imam ahmad bin hanbal

Post on 15-Dec-2015

293 Views

Category:

Documents

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

PPT HADIS

TRANSCRIPT

TOKOH HADISIMAM AHMAD BIN HANBAL

NAMA PENSYARAH :USTAZ AMRAN BIN ABDUL HALIM

NAMA PELAJAR :NOOR EMIZA BINTI ABD LATEH

NOR HIDAYA BINTI SENINNUR FARHANA BINTI MOHD RAIS

KULIAH :PISMP 4.01

BIOGRAFI IMAM AHMAD BIN HANBAL

RIWAYAT HIDUP

• Namanya yang sebenar ialah Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal as Syaibani.

• Imam Ahmad adalah pengasas "Mazhab Hambali".

• Beliau dilahirkan pada tahun 164 Hijrah bersamaan dengan 780 Masihi di Baghdad yang pada ketika itu berkembang pesat sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.

• Keturunan Imam Ahmad adalah satu keturunan dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada sebelah neneknya yang bernama Nazar bin Maad bin Adnan.

• Semasa hidupnya, beliau merupakan seorang ahli sunnah yang terbesar, soleh dan zuhud.

• Sesetengah ulama menganggap beliau adalah "Mujaddid" bagi abad ketiga Hijrah.

• Imam Ahmad meninggal dunia pada tahun 241 Hijrah bersamaan dengan tahun 855 Masihi ketika berusia 77 tahun.

PERIBADI

• Imam Ahmad bin Hanbal taat pada perintah agama dan kuat beribadat. Beliau telah mengerjakan solat sebanyak 300 rakaat sehari semalam dan khatam membaca Al-Quran dalam masa tujuh hari.

• Beliau berjiwa besar, zuhud dan tidak terpengaruh dengan kemewahan hidup di dunia.

• Beliau tabah dalam menghadapi ujian hidup. Beliau telah dipenjarakan dan didera kerana enggan mengakui pendapat "Muktazilah" yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk Allah S.W.T.

• Beliau sangat hormat kepada gurunya dan tidak suka bercakap perkara-perkara yang sia-sia melainkan perkara-perkara yang bermanfaat.

• Beliau suka memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang itu telah menghinanya.

• Beliau mempunyai daya ingatan yang kuat hingga dapat menghafaz hadis lebih banyak daripada orang lain yang hidup sezaman dengannya.

PENDIDIKAN

• Imam Ahmad telah menghafal Al-Quran keseluruhannya ketika berusia empat belas tahun.

• Semasa beliau berusia enam belas tahun, beliau telah bermusafir ke Makkah, Madinah, Syam, Yaman, Basrah dan negara-negara lain untuk mengumpulkan hadis-hadis nabi kerana minatnya yang mendalam terhadap ilmu tersebut.

• Salah seorang guru Imam Ahmad ialah Imam as-Syafie. Beliau bertemu dengan Imam as-Syafie secara kebetulan semasa mengerjakan ibadat haji. Ketika itu Imam as-Syafie sedang mengajar di Masjidil Haram. .Imam Abu Zur'ah ( seorang ahli hadis yang terkemuka) pernah berkata bahawa:

"Imam Ahmad telah hafaz lebih sejuta buah hadis".

• Walaupun hidupnya susah, cita-cita beliau untuk menuntut seberapa banyak ilmu pengetahuan tidak pernah padam dalam dirinya.

• Perkembangan ilmu pengetahuan di kota Baghdad telah membuka peluang kepada Imam Ahmad untuk mempelajari dan mengkaji berbagai-bagai ilmu pengetahuan. Akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama yang terkenal.

MURID-MURID IMAM AHMAD BIN HANBAL

Imam Ahmad Bin Hanbal meninggalkan ramai anak muridnya yang banyak menuntut ilmu daripadanya.

Antara anak-anak muridnya yang masyhur ialah

1. Yahya bin Adam 2. Abdul Rahman Bin Mahdi 3. Yazid Bin Harun ….(dan ramai lagi )

Murid Yang Masyhur Dan Terkenal Salih Bin Ahmad Bin Hanbal.

Merupakan anak Imam Ahmad yang sulung. menyerupai bapanya dari segi zuhud dan

menerima hadis serta fiqh.Menyampaikan banyak permasalahan fiqh yang

difatwakan oleh bapanyaMemegang jawatan qadhiMampu melaksanakan dan mengaplikasikan ilmu

bapanya.

Guru-guru Imam Ahmad Bin Hanbal

Imam Ahmad telah berguru dengan ramai ulama’-ulama’ terkemuka dari kota Baghdad ke seluruh tanah Arab. Antara gurunya ialah :

Imam Abu Yusuf – salah seorang daripada murid Imam Hanafi. Beliau juga seorang ahli di dalam bidang fiqh dan hadis.

Imam Husyaim Bin Basyir – salah seorang ulama’ dari generasi tabi’ tabi’in yang sangat berpengaruh di kota Baghdad . Beliau juga seorang ulama’ hadis. Imam Ahmad telah berguru dengan beliau selama 4 tahun dan telah meriwayatkan lebih dari 3000 hadis daripadanya. ( tempoh paling lama berguru dengan seorang ulama’).

Imam As-Syafie Imam Sufyan Bin Uyainah

PERKEMBANGAN MAZHAB

Perkembangan Mazhab Imam Ahmad Bin Hanbal

Pengikut mazhab hanbal terkenal dengan Tasyaddud atau begitu keras dalam berpegang kepada perkara furu’fiqhuyyah.

Banyak membawa kepada fitnah dan menyebabkan ramai pemerintah menentang mereka.

Pengikut mazhab hanbal terkenal dengan Tasyaddud atau begitu keras dalam berpegang kepada perkara furu’fiqhuyyah.

Banyak membawa kepada fitnah dan menyebabkan ramai pemerintah menentang mereka.

Pengikut Imam Ahmad menjauhi daripada pemerintah dan tidak suka memegang jawatan.Justeru. Amat sedikit di kalangan mereka menjadi qadhi dan mufti.

Pengikut Imam Ahmad menjauhi daripada pemerintah dan tidak suka memegang jawatan.Justeru. Amat sedikit di kalangan mereka menjadi qadhi dan mufti.

Taksub yang amat sangat hingga ramai pengikut mazhab yang kurang selesa dalam memahami dan mentafsirkan perkara yang menjadi mutasyabihat.

Taksub yang amat sangat hingga ramai pengikut mazhab yang kurang selesa dalam memahami dan mentafsirkan perkara yang menjadi mutasyabihat.

oleh sebab Imam Ahmad adalah Imam yang keempat dari segi kronologi, sedangkan ruang lingkup telah di isi oleh pelbagai mazhab maka mereka amat sukar untuk berpindah kepada mazhab lain.

oleh sebab Imam Ahmad adalah Imam yang keempat dari segi kronologi, sedangkan ruang lingkup telah di isi oleh pelbagai mazhab maka mereka amat sukar untuk berpindah kepada mazhab lain.

KITAB-KITAB

Kitab-kitab Karya Imam Ahmad yang paling masyhur ialah Kitab

Musnad. Kitab ini merupakan himpunan hadis-hadis Rasulullah sejumlah 40000 hadis.

Antara karya lain :- 1. Tafsir Al-quran2. Nasikh Wa Mansuh3. Muqaddam Wal Muakhar Fil Quran4. Jawabatul Quran5. Al-Tarikh6. Al-Manasikhul Kabir7. Al-Manasikus Saghir….dll

KRONOLOGI PEMERINTAH

Al-Wathiq

Khalifah Al- Mutawakkil

MEHNAH DAN UJIAN IBN HANBAL

• Hadapi pelbagai penderitaan atau ujian yang dahsyat.

a)Sikap manusia yang rakus dan jahat.

b)Memberi beliau kedudukan yang lebih mulia dan mahsyur

• Hadapi pelbagai penderitaan atau ujian yang dahsyat.

a)Sikap manusia yang rakus dan jahat.

b)Memberi beliau kedudukan yang lebih mulia dan mahsyur

PENINDASAN SEMASA MIHNA

Khalifah al-Ma’mun, dipengaruhi oleh fahaman Mu’tazilah yang banyak terpesong daripada fahaman tradisional Islam.

Ketika itu, Khalifah dipengaruhi oleh kumpulan Mu'tazilah yang mempersoalkan asal usul tauhid dan berpegang kepada fahaman bahawa Al-Quran adalah ciptaan manusia dan tidak kekal abadi.

Kumpulan Mu’tazilah ini mendapat sokongan dan naungan Khalifah al-Ma’mun.

Pihak Mu’tazilah melancarkan Mehnah untuk menyaring ulama yang enggan berpegang kepada fahaman yang dibawa oleh kumpulan Mutazalis.

• Semasa Mehnah, ulama Islam diuji untuk menentukan pegangan mereka mengenai pentafsiran dalam perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam.

• Ramai ulama yang bertukar pendirian apabila disuruh oleh Khalifah al-Ma’mun dan memberikan persetujuan kepada pentafsiran Islam supaya bersesuaian dengan fahaman Mutazilah.

• Pendirian Imam Ahmad bin Hanbal diuji semasa pemerintahan Khalifah al-Ma’mun dan Khalifah al-Mu’tasim.

• Imam Ahmad bin Hanbal berkeras enggan memberikan persetujuan kepada fahaman yang dibawa oleh Mutazalis.

• Khalifah al-Ma'mun menghukum sebatan ke atas Ahmad bin Hanbal. Dia dipenjarakan selama 30 bulan dan dipukul teruk.

• Khalifah al-Ma’mun memerintahkan Imam Ahmad bin Hanbal dipenjarakan, tetapi khalifah tersebut meninggal dunia tidak lama selepas mengeluarkan perintah itu.

• Dia digantikan dengan khalifah al-Mu’tasim yang juga berpegang kepada fahaman Mutazilah.

• Khalifah al-Mu’tasim bertanya sama ada Imam Ahmad bin Hanbal sudah bertukar pendirian dan menyokong fahaman Mutazilah.

• Imam Ahmad bin Hanbal masih enggan mengikut fahaman tersebut dan diberikan balasan hukuman sebat dan dipenjarakan.

• Imam Ahmad bin Hanbal hanya dilepaskan setelah dua tahun selepas itu. Tetapi beliau ditegah mengajar dan menyebarkan ilmu Allah.

• Tegahan ini kekal sehingga pemerintahan Khalifah al-Wathiq.

• Tetapi Imam Ahmad bin Hanbal tetap dengan pegangan beliau.

PEMBEBASAN DAN

PENGIKTIRAFAN

• Pada 25 Ramadan 221H, Khalifah Mutasim bertaubat dan memerintahkan Ahmad bin Hanbal dibebaskan.

• Imam Ahmad bin Hanbal memaafkan kesemua mereka yang menganiayanya kecuali anggota kumpulan Mu'tazilah yang berfahaman sesat.

• Selepas Khalifah Al-Mutawakkil mengambil kuasa, dasar kerajaan berubah.

• Sebaliknya, dia diberikan penghormatan yang setimpal dengan ilmu dan pengetahuannya. Dia hendak diberikan ganjaran oleh Khalifah al-Mutawakkil dan dijemput ke istana untuk mengajar.

• Ibn Hanbal enggan menerima tawaran tersebut kerana enggan mendekati istana dan mereka yang berkuasa di istana.

• Ibn Hanbal enggan memakan sedikit pun daripada kemewahan yang diterima sebaliknya beliau membahagikan kepada orang ramai kesemua harta yang dimilikinya.

• Ahmad bin Hanbal menjadi masyhur dan terkenal dengan warak dan ketaksuban kepada hukum Allah.

• Pengajaran dan penulisannya membolehkan pengikutnya mengasaskan mazhab Hanbali.

top related