ilmu falak dalam kehidupan - muftimelaka.gov.my · astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang...
Post on 13-Jun-2018
244 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
ILMU FALAK DALAM KEHIDUPAN
Mohd Zambri Zainuddin, Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Taman Duta
50480 Kuala Lumpur
ABSTRAK
Ilmu sangatlah penting didalam kehidupan kita dari sehari ke hari sepajang hayat
manusia. Ilmu memainkan peranan yang amat penting kepada manusia didalam
meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Ilmu yang kita ada atau punyai sekarang
adalah menjadi petunjuk jalan kepada kita untuk memperolehi kehidupan yang bahagia
dan sejahtera. Kepentingan ilmu sains dan teknologi perlu diberi perhatian oleh umat
Islam untuk menjamin kelangsungan Agama Islam. Memang sudah jelas kepada umat
Islam bahawa semua ilmu pengetahuan termasuk ilmu sains dan teknologi yang
manusia perolehi datangnya dari sumber Al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad
SAW. Maka kertas kerja ini akan meninjau atau membuat analisa keatas beberapa
ayat-ayat berkaitan dengan ilmu Astronomi sahaja dari Al-Quran yang memberikan
ilham, idea, buah fikiran dan kemahiran kepada manusia untuk memperbaiki kehidupan
dan kesejahteraan mereka didunia ini. Justeru itu seseorang yang mempunyai ilmu dan
kemahiran perlu menyebarkan kepada orang lain supaya mereka juga mendapat
manafaatnya.
PENGENALAN
Agama Islam mewajibkan setiap orang Muslim menuntut ilmu. Seseorang Muslim yang
mempunyai ilmu dapat memelihara akalnya dan mempergunakannya untuk mendapat
2
petunjuk, hidayah dan nikmat Allah SWT. Menuntut ilmu adalah amalan fardhu dan
mulia bagi setiap Muslim dan Muslimah disisi agama Islam. Sebagaimana sabda
Rasulullah SAW:
“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap Muslim” (hadith riwayat Ibnu Majah)
Menurut agama Islam lagi sesiapa yang menuntut ilmu akan mendapat ganjaran yang
besar disisi Allah SWT sebagaimana Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan
memudahkan baginya jalan ke syurga” (Riwayat Muslim)
Jelaslah kepada umat Islam jika diteliti dalam ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith
Nabi Muhammad SAW bahawa Islam amat menitik berat dalam menuntut ilmu kerana
dengan berilmu sahaja agama Islam kekal kukuh didunia ini dan ekonomi Islam akan
berkuasa.
Alam semesta merupakan suatu makmal pengajian yang sangat menarik untuk
dilaksanakan pemerhatian, penelitian, pengamatan atau mengambil pengajaran
darinya. Pemerhatian, penelitian atau pengamatan tentang alam semesta dan
sekitarnya seperti langit dengan jasad-jasad samawi, ruang angkasa, lautan, daratan,
ruang udara dan yang lain-lain telah ujud sejak ribuan tahun yang lalu. Melalui
penelitian, pengamatan atau pemerhatian benda-benda dilangit dengan mata kasar
atau telanjang mendorong manusia melahirkan idea dengan ciptaan-ciptaan
berasaskan sains dan teknologi untuk kehidupan manusia didunia. Beberapa ayat al-
Quran yang berkaitan dengan penelitian, pemerhatian atau pengamatan langit dan
jasad-jasad samawi dipunyainya dalam astronomi adalah seperti berikut:
3
“Allah jualah yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang
menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk
mengira waktu(menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan
Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”
[Al-An’am, 6:96]
“Dan dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman
kepadanya dalam kegelapan (malam) didarat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah
jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang
mengetahui.”
[Al-An’am, 6:97]
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam
masa, lalu dia bersemayam di atas 'Arsy. Ia melindungi malam dengan siang yang
mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula yang menciptakan) matahari,
dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah,
kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekelian makhluk) dan urusan
pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”
[Al-A’raaff, 7:54]
“Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan
bercahaya dan Dialah menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah)
pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui
bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan
dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya
4
(tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat
sesuatu yang dijadikanNya).”
[Yunus,10:5]
“Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang
dijadikanoleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-
undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.”
[ Yunus,10:5]
“Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang
sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas ‘Arasy; dan Ia
memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu
dari keduanya beredar untuk suatu masayang telah ditetapkan. Allah jualah yang
mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-
persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima
balasan).”
[Ar-Ra’d, 13:2]
“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadika malam dan siang, serta matahari dan bulan;
tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa
lepas).”
[Al-Anbiyaa’, 21:33]
5
“Tanyakanlah lagi: “Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh,
dan Tuhan yang mempunyai ‘Arasy yang besar?” Mereka akan menjawab:
“(Semuanya) kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?”
Tanyakanlah lagi:”Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu,
serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak da sesuatu pun yang dapat
diperlindungi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!”
[Al-Mu’minuun: 23 :86-88].
“Maha berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit tempat-tempat peredaran bintang,
dan menjadikan padanya matahari dan bulan yang menerangi.”
[Al-Furqaan 25:61]
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangNya
ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari
rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang
demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu
mendengar (nasihat pengajaran).”
[Ar-Ruum 30:23]
“Ia menciptakan langitdengan tidak bertiang sebagaimana yang kamumelihatnya; dan
Ia mengadakan di bumi gunung ganang yang menetapkan supaya bumi itu tidak
menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan
Kamimenurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis
tanaman yang memberi banyak manfaat.”
6
[Luqman 31:10].
“Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan
memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan
bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk
suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Alah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
[Luqman 31:29]
“Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang
daripadanya, maka dengan serta-merta berada dalam gelap gelita.”
[Yaasiin, 36:37]
“Dan(sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; iakelihatan beredar ketempat
yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengetahui.”
[Yaasiin, 36: 38] “Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga
diakhir peredarannya kelihatan kembalinnya pula keperingkat awalnya—(berbentuk
melengkung) seperti tandan yang kering.”
[Yaasiin, 36:39]
“(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan,
dan malam pula tidak mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-
apung di tempat edarannya masing-masing.”
7
[Yaasiin, 36:40] “Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia
pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang
melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar
menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang
telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.”
[Az-Zumar, 39:5].
“ Katakanlah (kepada orang-orang “A’raab” itu wahai Muhammad): “Patutkah kamu
hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ‘kami telah
beriman’)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi,
dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
[Al-Hujuraat, 49:16].
“(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup
semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada disebelah atas mereka
(dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami
memperhiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya
retak- renggang?”
[Qaaf, 50:6].
“Dan langit dijadikannya (membumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang
dan peraturan neraca keadilan.”
8
[Ar-Rahmaan 55:7].
“(Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.” [Ar-Rahmaan 55:17].
“Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-
kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka
cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan
dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!.”
[Ar-Rahmaan 55:33].
“Tidakkah kamu mengetahui dan memikrkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh
petala langit bertingkat-tingkat? Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya
serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang).”
[Nuh 71:15-16].
“Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati
langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalanya, dan (dengan
rejaman-rejaman api yang menyala.”
[Al-Jinn 72: 8] Mengikut Kamus Astronomi (Illingworth, 1979) takrifan astronomi ialah kajian cerapan
dan teoritikal mengenai objek-objek samawi, ruang-ruang di antaranya dan tentang
alam semesta secara keseluruhannya. Manakala definisi astronomi yang diberikan oleh
tokoh atau sarjana Islam pada zaman dahulu:
As Shafa: Ilmu untuk mempelajari suria, bintang, buruj, jarak, saiz dan gerakan jasad-
jasad samawi tersebut,
9
Thasy Kura: Ilmu untuk mengetahui hal ehwal jasad-jasad samawi yang bertaburan
diangkasa lengkap dengan bentuk, kedudukan, ukuran serta jaraknya dan
Ibnu khaldun: Ilmu berkaitan dengan gerakan dan peredaran bintang-bintang yang
tetap. Melalui gerakan dan peredaran bintang-bintang ini hitungan dilakukan untuk
ketahui bentuk dan kedudukannya.
Ilmu falak secara tradisi dalam Islam lebih tertumpu kepada astrometri iaitu kedudukan
atau posisi jasad-jasad samawi dilangit seperti Matahari dan bulan untuk menentukan
arah kiblat, waktu solat dan awal bulan hijrah. Sepatutnya ilmu falak itu lebih meluas
kalau di teliti daripada ayat-ayat berkaitan dengan fakta-fakta astronomi yang
dihuraikan dalam al-Qur’an seperti yang telah dinyatakan diatas.
PENEMUAN DAN CIPTAAN MANUSIA DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI SETELAH MENELITI LANGIT Perhatikan apakah kemajuan dalam sains dan teknologi yang telah dicapai oleh
manusia daripada pemerhatian, penilitian atau pengamatan mereka pada langit di siang
dan malam hari?
Disini akan dibicarakan beberapa fenomena astronomi sahaja yang berada dilangit dan
dikaitkan dengan pencapaian manusia dalam bidang sains dan teknologi.
Untuk umat Islam penemuan lebih kepada ibadah harian iaitu menentukan arah kiblat,
waktu solat dan permulaan puasa bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah. Selain
daripada itu sumbangan utama ialah pertama sekali sudah pastilah mengujudkan
kalendar atau takwim samada Masehi atau Hijri. Apa pun yang pasti disini kalendar Hijri
adalah satu-satunya kalendar yang menggunakan fenomena astronomi semata-mata
iaitu peredaran bulan mengelilingi bumi. Manakala kalendar Masehi hanya
10
menggunakan peredaran bumi mengelilingi matahari sepanjang tahun. Kalendar lain
menggunakan kaedah lunisolar iaitu gabungan bulan dan matahari.
Berdasarkan peredaran bintang dilangit manusia telah menggunakannya sebagai
petunjuk arah didalam pengembaraan didarat dan pelayaran dilaut. Umat Islam sedia
maklum bahawa Allah menciptakan bintang untuk tiga fungsi iaitu menghiasi langit,
petunjuk arah dan melontar syaitan atau jin.
Berasaskan peredaran dan kedudukan bintang, matahari dan bulan manusia telah
dapat membina peralatan berkonsepkan sains dan teknologi iaitu satelit .
Sistem 24 buah satelit dapat digunakan sebagai Global Positioning system (GPS) untuk
tujuan tunjuk arah.
Bukan sahaja sebagai petunjuk arah tetapi sistem satelit digunakan dengan meluas
dalam bidang ketenteraan, pertanian, perikanan, ramalan cuaca dan lain-lain. Buat
masa ini banyak digunakan didalam kereta untuk memandu pergi kesuatu tempat dan
juga untuk menjejak kereta.
11
Satu aspek fungsi bintang iaitu menjadi bebola api untuk dilontar kepada syaitan atau
jin. Astronomi dapat menjelaskan bahawa fenomena yang dinamakan suar suria iaitu
yang dikeluarkan oleh matahari dalam sesuatu masa itu bolehlah diibaratkan sebagai
bebola api yang dilontarkan kepada syaitan atau jin.
Perilaku matahari yang sentiasa berubah juga dikatakan ada kaitan dengan perubahan
cuaca hari ini apa yang dikenali sebagai cuaca angkasa (space weather). Kajian keatas
matahari oleh umat Islam adalah amat penting bukan sahaja untuk penentuan waktu
solat tetapi juga berkaitan dengan perubahan cuaca.
12
Seterusnya kita dapat lihat perkembangan dari aspek ciri-ciri cahaya yang
diperkenalkan oleh Ibnu Haytham. Hari ini kamera pelbagai jenis telah dihasilkan.
Malah menggunakan ciri-ciri cahaya seperti pantulan dan biasan yang dikemukakan
oleh Ibnu Haytham hari ini kita telah dapat berkomunikasi dengan lebih cepat antara
satu sama lain sama ada melalui talian atau tanpa talian. Penggunaan gentian optik
dan satelit telah merubahkan kepantasan berkomunikasi antara manusia.
13
Fenomena gerhana matahari penuh membolehkan umat Islam menyemak sama ada
permulaan kalendar Hijri mereka tepat atau tidak. Fenomena gerhana matahari penuh
adalah ketika berlaku ijtimak. Fenomena aurora iaitu apabila elektron dan proton
bertenaga tinggi yang dipancarkan oleh matahari memasuki atmosfera bumi
menghasilkan warna biru atau merah atau hijau. Fenomena aurora ini berlaku di kutub
utara dan selatan. Dikutub utara dipanggil aurora borealis dan kutub selatan dikenali
sebagai aurora australis.
Fenomena ini membolehkan manusia mencipta televisyen.
14
Fenomena ketika matahari berada tegak di atas Kaaba atau perisitiwa istiwa ini
membolehkan umat Islam di sebahagian dunia yang berkongsi siang dapat menentukan
arah kiblat mereka dengan yakin.
Banyak lagi kejayaan yang manusia telah capai dengan pemerhatian, penelitian atau
pengamatan mereka kepada langit sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam al-
Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad SAW kepada umat Islam.
KESIMPULAN
Beberapa manfaat Ilmu Astronomi atau Falak antara lain ialah manusia mengetahui
pergerakan, penyebaran dan ciri-ciri objek-objek samawi dilangit, dapat menentukan
waktu atau masa berpandukan matahari dan bulan, membantu untuk menentukan arah
mata angin, petunjuk fenomena alam di bumi dan membuat ramalan cuaca dibumi.
Semua ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia
dibumi. Namun begitu kenapakah umat Islam tidak mahu mendalami ilmu astronomi
atau falak ini? Sedangkan umat Islam telah dijanjikan kemuliaan di dunia dan
kebahagiaan di akhirat. Umat Islam tidak boleh semata-mata menyalahkan orang lain.
Allah telah memberikan segala bentuk panduan di dalam kitab suci Al-Quran untuk
dilaksanakan dan telah menurunkan rasulNya sebagai petunjuk.
Kitab suci Al-Quran dan hadith-hadith nabi menjadi dasar utama kepada umat Islam
untuk mengembalikan kemuncak kegemilangannya dan kecemerlanganya. Maka
adalah wajar umat Islam hari ini melengkapkan diri dengan segala keperluan ilmu yang
telah digariskan didalam Al-Quran. Kepentingan ilmu sains dan teknologi adalah satu
keperluan yang mesti dikuasai oleh umat Islam masakini supaya boleh berdikari dengan
15
tidak bergantung atau mengharap bantuan orang luar. Saya percaya penguasaan umat
Islam di bidang ini akan memudahkan lagi Islam maju ke hadapan bersaing dengan
barat. Bermula dari penguasaan ilmu astronomi/falak, ekonomi, tentera dan lain-lain
barulah Islam dapat membina semula kekuatan dan kembali menguasai dunia
sebagaimana yang pernah dibuktikan oleh sejarah.
RUJUKAN
1. The Global Positioning System Assessing National Policies, by Scott Pace,
Gerald P. Frost, Irving Lachow, David R. Frelinger, Donna Fossum, Don
Wassem, Monica M. Pinto, Rand Corporation, 1995, Appendix B, GPS History,
Chronology, and Budgets
2. Bryant, Duncan (1998). Electron Acceleration in the Aurora and Beyond. Bristol &
Philadelphia: Institute of Physics Publishing Ltd. p. 163. ISBN 0750305339.
3. "News and information about meteor showers, solar flares, auroras, and near-
Earth asteroids". SpaceWeather.com. Archived from the original on 4 August
2010. Retrieved 5 August2010.
4. Agrawal, Govind P. (2002). Fiber-optic communication systems. New York: John
Wiley & Sons. ISBN 0-471-21571-6.
5. "The Mysterious Origins of Solar Flares", Scientific American, April 2006
16
top related