ikan hiasan
Post on 25-Dec-2015
49 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGENALAN
1. MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR IKAN
SisikBadan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit .
SiripAnggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.
Garis lateralGaris lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.
InsangIkan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.
2. MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN
Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.
Pemakanan ikan HiasanIkan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya.
a. Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.
b. Ikan pemakan plankton
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.
c. Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.
d. Ikan omnivor
Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.
3. TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN :
1. Untuk mengindahkan ruang tempat kediaman2. Untuk menghayati keindahan alam akuatik3. Untuk memberikan ketenangan perasaan4. Untuk menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan5. Untuk menambah pengetahuan berkaitan alam akuatik
4. JENIS JENIS IKAN HIASAN
5. CIRI CIRI IKAN HIASAN
6. PENYEDIAAN BEKAS
PENYEDIAAN BAHAN- BAHAN BEKAS AKUARIUM
MENYEDIAKAN AKUARIUM DAN MENGHIAS AKUARIUM
7.PENYAKIT IKAN HIASAN
Penyakit Ikan Hiasan dan faktornya.
Faktor-faktor
•Keadaan suhu air dalam akurium terlalu sejuk. •Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. •Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
Penyakit Bintik Putih
•Disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik. •Berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. •Ikan yang sakit harus dipindahkan. •Merawatnya dengan menggunakan methylene blue dan campur sedikit garam ke dalam air. •Ubat lain juga boleh didapati di kedai akuarium.
Penyakit Kulat
•Kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan. •Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip,mulut dan badan yang luka. •Kulat ini kelihatan seperti kapas. •Boleh dirawat dengan methylene blue. Masukkan terus ke dalam air atau disapu pada luka. •Ikan ini perlu diasingkan.
Penyakit Bakteria
•Ikan yang dijangkiti akan berubah warna menjadi pudar,sisik mengembang atau perut buncit. •Disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. •Boleh dirawat dengan antibiotik dengan bimbingan Pegawai Perikanan.
MENCEGAH DAN MERAWAT PENYAKIT IKAN
PENYAKIT SIMPTOM PUNCA CARA RAWATAN
Sirip berfungus Sirip koyak dan hujung berjeli
Air di dalam akuarium kotor
Ubat Fungus
Sirip berdarah Jalur merah pada sirip
Gyroda ctylus Parasite
Ubat parasit
Fungus mulut Kapas putih menyaluti mulut
Bakteria Ubat parasit
Bintik putih (White Spot)
Bintik seperti gula pada badan dan sirip
Parasite protozoa Ubat parasit
Columnaris Kapas putih bercambah dari sirip atau badan
Bakteria Flexobacter
Ubat Fungus
Sirip busuk (Fin rot)
Sirip rosak dan kembang
Fungus Saprolegnia
Ubat Fungus
Flavo bacteria Ikan berenang tanpa tujuan dan menggelupur.
Bakteria dalaman Ubat parasit
FOLIO KEMAHIRAN HIDUP
FOLIO KEMAHIRAN HIDUP
ABDURRAHMAN AMNAN BIN MOHD FARUDZ5 ZAABA
top related