ikan hiasan 2
Post on 29-May-2015
12.755 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5
MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN
DALAM AKUARIUM
Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di
dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman
akuarium.
Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap
bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi
makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan
perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan
menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.
Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses
fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses
pernafasan.
Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung
dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan
tempat berehat.
Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.
4.1 Cara menghias akuarium
Rujuk lampiran yang dipersembahkan dalam Power Point
4.2 Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium
a. Karbon dioksida
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses
fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk
pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada
tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di
kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh
MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 10
Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5
hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui
pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.
b. Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses
pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu
ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli
di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.
c. Cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium
mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap
hari.
Contoh-contoh tumbuhan akuatik :
Cryptocoryne sp Vallisneria sp
MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 11
Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5
Ludwigia sp Cabomba sp
4.3 Cara memasukkan ikan ke dalam akuarium
1. Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.
2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan
air di dalam akuarium.
3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada
beg plastik.
MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 12
Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5
5. CARA MENJAGA AKUARIUM
Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik
sebagai hiasan adalah mudah.
5.1 Penjagaan harian
Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi
apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal
atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing,
terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan
tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.
Ikan yang mati perlu dibuang.
Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi
dengan baik.
Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida
menggunakan alat yang disediakan.
5.2 Penjagaan mingguan
Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti
sebanyak ½ atau ⅓ bahagian dari isipadu tangki.
Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat
sementara waktu.
Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum
bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi
makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan
sekiranya diberi makan dengan berlebihan.
MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 13
Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5
6. MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM
a. pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14.
Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan
keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah
6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh
menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke
semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.
MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 14
Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5
b. Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC.
Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan
mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah
dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita
tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik
adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.
b. Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia
dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara
iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita
adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi
kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada
bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di
dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan
nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis
pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).
MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 15
Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5
6. MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN
Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti
berikut :
Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa
lama.
Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:
c. Penyakit rintik putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku
apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam
tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan
campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan
boleh didapati dari kedai akuarium.
MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 16
Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5
d. Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi
rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan
badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada
bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene
blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti
kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.
c. Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar,
sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh
menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang
tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat
menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan
dengan bimbingan Pegawai Perikanan.
MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 17
Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5
MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 18
top related