hubungan antara iklim kerja dan teknikal sekolah … · berkaitan dengan pekerjaan guru seperti...
Post on 03-May-2019
230 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN BURNOUT DI KALANGAN GURU
TEKNIKAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KLUANG, JOHOR
SAIFFUDIN BIN KAMARI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iii
Dedikasi dan istimewa
Kajian ini ku abadikan buat……………
Bondaku Hjh. Rahmah bte Hj.Serin
Allahyarham ayahandaku Hj.Kamari bin Surat
(walaupun dirimu tidak dapat menatap kejayaan anakmu)
Ayah mertuaku Hj.Samat bin Jumaen
Allahyarhamah ibu mertuaku Hjh.Saodah bte Taslim
(yang baru meninggalkanku)
sesungguhnya kalianlah yang mengajar dan mendidikku mengenal
erti kehidupan dan sentiasa mendoakan kejayaanku
Isteriku yang dicintai Yuhanis bte Samat
Yang banyak memberi dorongan, pengorbanan
Dan harapan………….
Anak-anakku tersayang,
Nurul Aisyah
Nasrul Naemudin
Ahmad Naqiudin
Dan yang akan hadir
Menjadi pendorongku
Kepada seluruh ahli keluarga dan ipar-duaiku,
Yang sentiasa memberi sokongan
KepadaMu jua Ya Allah ku mohon kesejahteraan, kemuliaan dan kekuatan agar
termakbul segala cita-cita……..
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan
salam buat junjungan besar Rasulullah saw sebagai contoh teladan terbaik, para
sahabat dan pejuang Islam. Syukur kepada Allah swt, kesyukuran yang tidak
terhingga kerana dengan izinNya dapatlah saya menyiapkan laporan Projek Sarjana
Muda ini dengan jayanya.
Dengan sukacitanya saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada penyelia tesis, En.Jamaludin bin Ramli yang banyak memberi
panduan, tunjuk ajar dan nasihat bagi menyiapkan tesis ini dengan jayanya.
Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada semua
pensyarah yang memberi didikan dan pelajaran. Juga kepada Pentadbir dan guru-guru
Sekolah Menengah Teknik Kluang yang banyak memberikan kerjasama semasa
menjalankan kajian ini serta kepada semua pihak secara langsung atau tidak langsung
memberikan sumbangan untuk menjayakan projek penyelidikan ini. Semua kerjasama
amatlah dihargai.
Buat semua rakan-rakan seperjuangan, kenangan bersama selama ini amat-
amat dihargai. Akhirnya semoga Allah swt memberi kurniaNya kepada semua.
v
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan di antara
aspek-aspek iklim kerja iaitu sikap, persekitaran, sosial dan beban kerja dengan tiga
subskala burnout iaitu keletihan emosi, depersonalisasi dan pencapaian peribadi.
Kajian ini menggunakan instrumen terpiawai Maslach Burnout Inventory (MBI) bagi
mengukur tahap burnout di kalangan guru teknikal. Seramai 53 orang guru yang
mengajar subjek teknikal di Sekolah Menengah Teknik Kluang telah dipilih untuk
menjadi responden kajian. Data kajian dikumpulkan melalui soal selidik yang
diedarkan sendiri oleh penyelidik. Data yang diperolehi dianalisis secara dua
peringkat iaitu analisis deskriptif dan analisis korelasi. Hasil kajian menunjukkan
hampir semua aspek iklim kerja iaitu sikap, persekitaran, sosial dan beban kerja
dengan ketiga-tiga subskala burnout iaitu keletihan emosi, depersonalisasi dan
pencapaian peribadi terdapat hubungan yang signifikan. Manakala aspek beban kerja
dengan keletihan emosi dan pencapaian peribadi tidak terdapat hubungan yang
signifikan. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini menunjukkan faktor yang
berkaitan dengan pekerjaan guru seperti pendapatan, tekanan kerja, konflik peranan,
sokongan sosial dari pengetua dan rakan sekerja menyumbang lebih banyak kesan
terhadap burnout berbanding dengan faktor latar belakang guru. Kajian ini juga
mengemukakan beberapa cadangan bagi penyelidikan burnout selanjutnya.
vi
ABSTRACT
The primary aim of this research was to identify the relationship between
nature of work aspects - attitude, environment, social and workload with three
subscales of burnout – emotional exhaustion, depersonalization and personal
accomplishment. This research uses the standardized Maslach Burnout Inventory
(MBI) instrument to measure the degree of burnout among technical teachers. As
many as 53 technical teachers at Sekolah Menengah Teknik Kluang were selected as
respondents. Research data were collected by researcher himself. The data collected
were analyzed in two stages: descriptive analysis and correlation analysis. The
findings show that there are significant relationship between most of the nature of
work aspects and three subscales of burnout. But there is no significant relationship
between workload with emotional exhaustion and personal accomplishment. In
general, the findings show that factors related to teacher’s work such as salary, work
stress, role conflict, social support from principal and colleagues contributed more
towards burnout compared to factors related to teacher’s background variables. Also
included in this research are suggestions for future research on burnout.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xii
Senarai Lampiran xv
Senarai Singkatan xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesis kajian 6
1.7 Kepentingan kajian 7
1.8 Batasan Kajian 7
1.9 Definisi istilah 8
1.9.1 Iklim Kerja 8
1.9.2 Burnout 9
1.9.3 Guru Teknikal 9
viii
1.9.4 Sekolah 9
1.9.5 Gaji 9
1.9.6 Situasi Kerja 10
1.9.7 Kenaikan Pangkat 10
1.9.8 Rakan Sekerja 10
1.9.9 Penyeliaan 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kajian Luar Negeri 12
2.3 Kajian Dalam Negeri 16
2.4 Mengapa Terjadi Burnout 17
2.4.1 Karakter Individu 17
2.4.2 Lingkungan Pekerjaan 21
2.4.3 Keterlibatan emosi 22
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Lokasi Kajian 25
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.5 Pembolehubah-pembolehubah 26
3.6 Instrumen Kajian 27
3.7 Prosedur Kajian 28
3.8 Kajian Rintis 28
3.9 Analisis Data 29
3.10 Rumusan 30
ix
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 31
4.2 Latar Belakang Responden 32
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 32
4.2.2 Taburan Responden Mengikut
Keturunan 33
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 33
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Status
Perkahwinan 34
4.2.5 Taburan Responden Mengikut
Pendapatan Kasar Sebulan 34
4.2.6 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar 35
4.2.7 Taburan Responden Mengikut
Jawatan Utama Disandang 36
4.3 Dapatan Item Iklim Kerja 37
4.3.1 Aspek sikap 38
4.3.2 Aspek persekitaran 39
4.3.3 Aspek sosial 40
4.3.4 Aspek beban kerja 41
4.4 Item Burnout 42
4.4.1 Keletihan emosi 43
4.4.2 Depersonalisasi 45
4.4.3 Pencapaian Peribadi 47
x
4.5 Analisis Hubungan Aspek-aspek Iklim
Kerja dan Burnout 49
4.5.1 Hubungan Antara Aspek Sikap
Dan Keletihan Emosi 49
4.5.2 Hubungan Antara Aspek Sikap
Dan Depersonalisasi 49
4.5.3 Hubungan Antara Aspek Sikap
Dan Pencapaian Peribadi 50
4.5.4 Hubungan Antara Aspek Persekitaran
Dan Keletihan Emosi 50
4.5.5 Hubungan Antara Aspek Persekitaran
Dan Depersonalisasi 51
4.5.6 Hubungan Antara Aspek Persekitaran
Dan Pencapaian Peribadi 51
4.5.7 Hubungan Antara Aspek Sosial
Dan Keletihan Emosi 52
4.5.8 Hubungan Antara Aspek Sosial
Dan Depersonalisasi 52
4.5.9 Hubungan Antara Aspek Sosial
Dan Pencapaian Peribadi 53
4.5.10 Hubungan Antara Aspek Beban Kerja
Dan Keletihan Emosi 54
4.5.11 Hubungan Antara Aspek Beban Kerja
Dan Depersonalisasi 54
4.5.12 Hubungan Antara Aspek Beban Kerja
Dan Pencapaian Peribadi 55
xi
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 56
5.2 Perbincangan 56
5.2.1 Hubungan antara aspek sikap
dengan item-item subskala burnout 57
5.2.2 Hubungan antara aspek persekitaran
dengan item-item subskala burnout 58
5.2.3 Hubungan antara aspek sosial
dengan item-item subskala burnout 59
5.2.4 Hubungan antara aspek beban kerja
dengan item-item subskala burnout 60
5.3 Perbincangan item-item burnout 60
5.3.1 Keletihan emosi mempengaruhi
burnout 61
5.3.2 Depersonalisasi mempengaruhi
burnout 62
5.3.3 Pencapaian peribadi mempengaruhi
burnout 62
5.4 Rumusan 63
5.5 Cadangan
5.5.1 Cadangan tindakan 64
5.5.2 Cadangan kajian akan datang 66
5.6 Penutup 67
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Klassifikasi kekuatan kolerasi 29
3.2 Pecahan aspek-aspek iklim kerja 30
3.3 Pecahan subskala burnout 30
4.1 Taburan responden mengikut jantina 32
4.2 Taburan responden mengikut keturunan 33
4.3 Taburan responden mengikut umur 33
4.4 Taburan responden mengikut status perkahwinan 34
4.5 Taburan responden mengikut pendapatan kasar
sebulan 34
4.6 Taburan responden mengikut pengalaman
mengajar subjek teknikal 35
4.7 Taburan responden mengikut jawatan utama
yang disandang 36
4.8 Kekerapan peratusan, min dan sisihan piawai
terhadap iklim kerja dari aspek sikap 38
4.9 Kekerapan peratusan, min dan sisihan piawai
terhadap iklim kerja dari aspek persekitaran 39
4.10 Kekerapan peratusan, min dan sisihan piawai
terhadap iklim kerja dari aspek sosial 40
4.11 Kekerapan peratusan, min dan sisihan piawai
terhadap iklim kerja dari aspek beban kerja 41
xiii
4.12 Taburan responden menunjukkan keletihan emosi
mempengaruhi burnout 43
4.13 Taburan responden menunjukkan depersonalisasi
mempengaruhi burnout 45
4.14 Taburan responden menunjukkan pencapaian
peribadi mempengaruhi burnout 47
4.15 Hubungan antara iklim kerja (aspek sikap) dan burnout
(subskala keletihan emosi) 49
4.16 Hubungan antara iklim kerja (aspek sikap) dan burnout
(subskala depersonalisasi) 49
4.17 Hubungan antara iklim kerja (aspek sikap) dan burnout
(subskala pencapaian peribadi) 50
4.18 Hubungan antara iklim kerja (aspek persekitaran) dan
burnout (subskala keletihan emosi) 50
4.19 Hubungan antara iklim kerja (aspek persekitaran) dan
burnout (subskala depersonalisasi) 51
4.20 Hubungan antara iklim kerja (aspek persekitaran) dan
burnout (subskala pencapaian peribadi) 51
4.21 Hubungan antara iklim kerja (aspek sosial) dan
burnout (subskala keletihan emosi) 52
4.22 Hubungan antara iklim kerja (aspek sosial) dan
burnout (subskala depersonalisasi) 52
4.23 Hubungan antara iklim kerja (aspek sosial) dan
burnout (subskala pencapaian peribadi) 53
4.24 Hubungan antara iklim kerja (aspek beban kerja) dan
burnout (subskala keletihan emosi) 53
xiv
4.25 Hubungan antara iklim kerja (aspek beban kerja) dan
burnout (subskala depersonalisasi) 54
4.26 Hubungan antara iklim kerja (aspek beban kerja) dan
burnout (subskala pencapaian peribadi) 54
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia
C Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan Daripada
Jabatan Pendidikan Johor
D Surat Daripada UTM
E Analisis Data – Reliability Coefficients (Alpha)
xvi
SENARAI SINGKATAN
KBSR : Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
SMTK : Sekolah Menengah Teknik Kluang
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia
HEM : Hal Ehwal Murid
UKM : Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
PKPG : Program Khas Pensiswazahan Guru
SPSS : Statistic Package for Social Science
MBI : Maslach Burnout Inventory
JPT : Jabatan Pendidikan Teknik
PTV : Pendidikan Teknik & Vokasional
p : Aras Keyakinan
r : Nilai Pekali Korelasi
SP : Sisihan Piawai
% : Peratus
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Profesion perguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang
sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan harus peka dengan
perkembangan terkini dalam proses kepimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber
dan pencapaian matlamat pendidikan. Dengan pelaksanaan berbagai-bagai
reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab
guru menjadi lebih mencabar. Reformasi pendidikan seperti Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) menuntut pengorbanan guru dalam merealisasikan hasrat
kerajaan.
Dalam suasana kerancakan memperkenalkan dan melaksanakan reformasi
pendidikan kini, sangat sedikit yang dilakukan untuk meneliti dan memeriksa
sama ada perubahan-perubahan yang dilakukan itu ada kena mengena dengan
corak tingkah laku dan sikap guru-guru. Kesan-kesan perubahan ini terhadap
guru-guru merupakan andaian semata-mata. Kajian-kajian empirikal perlu
dilakukan terhadap fenomena ini. Dalam meningkatkan kecemerlangan dalam
pendidikan, apatah lagi sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan guru
yang bertaraf dunia maka hal-hal seumpama inilah yang perlu dibongkar dan
disingkap.
2
Terdapat berbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya
guru pada masa kini. Sesetengah ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa
kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan kerjaya guru yang
menarik. Guru diharap mengetahui serba serbi tingkah laku manusia dan
memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang yang berjaya
(Lee Pau Wing, 1993).
Pada setiap hari persekolahan, seorang guru berdepan dengan purata
seramai 120 orang murid yang berlainan perwatakan maka ia tidak dapat
mengelak dari seribu satu macam masalah pelajar.Dalam usaha ia melayan
keperluan, kehendak dan keperihatinan kesemua 120 pelajar, ia menghadapi
pelbagai kebimbangan, tekanan dan desakan emosi. Dalam masa yang sama, ia
juga terpaksa mengharungi cabaran dan desakan dari segi perancangan untuk
mengajar, kerja-kerja perkeranian, kegiatan ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat
dan berbagai kerja lain seperti menganjurkan pertandingan, perkhemahan,
pameran dan kuiz.
Dalam pengajaran pula, guru perlu melibatkan diri dengan sepenuh hati,
sama ada dari segi fizikal contohnya pergerakan tangan, intonasi suara,
pergerakan kaki dan air muka. Dari segi mental contohnya jenis soalan yang
ditanya pelajar dan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Dari segi emosi
contohnya memberi galakan, menunjukkan kasih sayang dan perasaan empati
kepada pelajar. Dalam kesemua tugas yang dijalankan ini, ia juga perlu
mengekalkan hubungan yang baik dengan kesemua murid serta rakan sejawat.
Memandangkan tuntutan-tuntutan yang pelbagai dan berat ini tidak dapat
dinafikan bahawa kajian-kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa seorang
guru mudah mengalami tekanan dan tahap burnout yang tinggi.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelbagai kaji selidik telah diusahakan untuk mengenalpasti unsur-unsur
yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih berkesan.
Tumpuan kajian berpusat pada sifat-sifat diri guru, kelakuan guru dan sikap guru.
Fenomena guru mengambil keputusan bersara awal sering dikaitkan dengan
perubahan kurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia. Bertambah tinggi
peratus guru yang rasa terbeban dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) dan berasa stressful yang mengakibatkan minat mereka dalam
pengajaran menurun (Isahak Haron, 1993). Perubahan itu dikatakan
menyebabkan senarai tugas guru semakin panjang dan harapan terhadap guru
semakin tinggi. Guru sendiri dan persekitaran proses pembelajaran itu tidak
disediakan dengan sempurna untuk menghadapi perubahan. Dengan itu
memungkinkan guru berasa amat kecewa kerana tidak mampu menangani tugas
dan harapan yang sudah berubah.
Individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan jika ia dalam
keadaan tertekan (Smith, 1993). Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak
rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal
menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini
akan menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya apa lagi sifat kasih
sayang.Terdapat kajian-kajian membuktikan sesetengah guru memang mengalami
perasaan tertekan, sikap berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan
untuk berhenti atau bersara sebelum masa kerana dikatakan tertekan. Kebolehan
penyesuaian merupakan ciri paling asas dan penting dalam kehidupan manusia
untuk berkomunikasi dengan suasana kerja mereka.
4
Selagi manusia tidak dapat menyesuaikan diri dengan kerja maka selagi
itulah kepuasan kerja tidak akan tercapai.Oleh kerana tahap penyesuaian individu
terhadap suasana kerjanya adalah berubah-ubah dan berbeza mengikut keperluan
dan tujuan organisasi maka ketidakpuasan kerja berlaku di kalangan individu
yang membawa kepada tahap burnout.
Walaupun tekanan kerja seorang guru dianggap oleh sesetengah pihak sebagai
perkara remeh namun ia boleh menyebabkan gangguan mental kepada guru
tersebut (Tengku Habsah, 2002). Pendidikan perlu dibangunkan bagi memenuhi
keperluan ekoran daripada perubahan dalam masyarakat, teknologi dan budaya.
Keadaan burnout di kalangan guru-guru teknikal masa kini mungkin
disebabkan oleh beberapa faktor. Kajian ini cuba mengetengahkan dan
mengenalpasti hubungan antara faktor-faktor terpilih seperti keadaan pekerjaan
sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat, rakan sekerja, penyeliaan dalam
pekerjaan dan pekerjaan secara am.
1.3 Pernyataan Masalah
Banyak kajian tentang burnout di kalangan guru telah dijalankan di barat
tetapi hanya sebahagian kecil sahaja yang memberi tumpuan dalam kajian
mereka terhadap guru-guru teknikal. Hasil pemerhatian pengkaji selama lapan
tahun menjadi guru teknikal mendapati terdapat tanda-tanda burnout di kalangan
guru di mana ia boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran serta
fungsi guru itu sendiri. Oleh itu bukti-bukti awal dirasakan perlu untuk
mengetahui berkaitan iklim kerja dan tahap burnout di kalangan guru teknikal
supaya langkah-langkah persediaan dapat diambil untuk menghadapi
kemungkinan-kemungkinannya.
5
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah :
i) Mengenalpasti iklim kerja dari aspek sikap, persekitaran, sosial dan
beban kerja di kalangan guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik.
ii) Mengenalpasti burnout dari subskala keletihan emosi, depersonalisasi
dan pencapaian peribadi di kalangan guru teknikal di Sekolah
Menengah Teknik.
iii) Mengenalpasti hubungan antara aspek-aspek iklim kerja dengan
subskala burnout di kalangan guru teknikal di Sekolah Menengah
Teknik.
iv) Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
aspek-aspek iklim kerja dengan subskala burnout di kalangan guru
teknikal di Sekolah Menengah Teknik.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan masalah yang diutarakan, persoalan-persoalan utama yang
menjadi kajian ialah:
i) Sejauhmana iklim kerja dari aspek sikap, persekitaran, sosial dan
beban kerja di kalangan guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik?
ii) Sejauhmana burnout dari subskala keletihan emosi, depersonalisasi
dan pencapaian peribadi di kalangan guru teknikal di Sekolah
Menengah Teknik?
iii) Adakah terdapat hubungan antara aspek-aspek iklim kerja dengan
subskala burnout guru-guru teknikal?
iv) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara aspek-aspek iklim
kerja dengan subskala burnout di kalangan guru teknikal?
top related