hari usahawan ppki kuang
Post on 21-Dec-2015
33 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
HARI USAHAWAN PENDIDIKAN KHAS
KM28, JALAN KUANG,
48050 RAWANG, SELANGOR.
TARIKH:
24.4.2013
(Rabu)
ANJURAN:
UNIT PENDIDIKAN KHAS
1. PENGENALAN
Hari Usahawan Pendidikan Khas merupakan acara PPKI SK Kuang yang diadakan buat kedua kali. Penyertaaan pelajar khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, Hari Terbuka Pendidikan Khas ini telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.
Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah berbentuk program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan dan melihat sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah aktiviti hari keusahawanan. Ia merupakan satu program untuk membantu meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif.
Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dan menzahirkan semangat kekitaan antara semua warga SK Kuang terutamanya antara murid berpendidikan khas dengan murid aliran perdana.
2. RASIONAL
Memberi pendekatan berkaitan kepimpinan, disiplin dan kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam diri para pelajar Pendidikan Khas.Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap pelajar.
3. OBJEKTIF
i. Mendapatkan dana bagi pelbagai aktiviti murid PPKI .a.Perkhemahan Ko- Korilulum PPKI
ii. Memberi pendedahan kepada murid mengenai kaedah perniagaan dan mengaplikasikan pembelajaran di dalam kehidupan seharian.
iii. Memberi pengukuhan pengetahuan tentang nilai wang Malaysia.iv. Melibatkan pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan.v. Mengukur keupayaan diri dari segi berinteraksi dengan murid aliran
perdana.
4. TEMA
“SUMBANGAN ANDA KEBANGGAAN KAMI”
5. SASARAN
Hari Usahawan ini disasarkan kepada murid - murid, ibubapa murid pendidikan khas, dan warga sekolah. Diharap penglibatan semua warga sekolah dapat menjana lebih banyak sumbangan bagi meningkatkan dan mempelbagaikan akiviti murid PPKI.
6. SASARAN KUTIPAN
Kutipan hasil jualan ada disasarkan sebanyak RM3000..00
7. JAWATANKUASA PENGELOLA
Penaung : Puan Hjh Ismawati binti Ismail (Guru Besar)
Pengerusi : Encik. SM Mahuddi bin Omar
Naib Pengerusi : Encik Nor Asyamsorizal bin Mohd Noor
Setiausaha : Puan Darimah binti Abdul Aziz
Bendahari : Encik Mohd. Shafiee bin Zainuddin
Ahli Jawatankuasa
Peralatan/Penyediaan tempat : Puan Darimah binti Abdul Aziz
Jualan Minuman & Flloet : Encik Mohd. Shafiee bin Zainuddin
En. Afandi Arief bin Amru
Jualan Buah : En. Mohd. Zulheimi B. Bahtiar Jamili
Jualan Makanan : Puan Amnah bt Hussain
Puan Siti Noraini bt Hamzah
Uts Razzina Bt Misuam
Kawalan Murid/ : Cik Farahiah Bt Mohh Nawawi
Cik Naimah Bt Nordin
Pn Hairani Bt Haron
Guru mengikut jadual
Keceriaan/Kebersihan : Cik Nurul Huda bt Abd Rashid
Puan Nur Hidayah bt Ismail
8. Tentatif program
Masa Acara
7.00 – 9.00 Persediaan gerai
9.00 – 5.00 Jualan bermula
5.00 -- 6.00 Mengemas dan pemeriksaan kebersihan tapak gerai
6.00 Bersurai
9. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA ANGGARAN1. Modal Jualan
i. Minuman & Flloet
ii. Makanan (laksa, belbagai kek , marshmellow)& Kerepek
iii. Buah- buahan
iv. Cenderahativ. Plastik
pembungkus & lain - lain
RM
RM
RM
RM
RM
200.00
700.00
200.00
200.00
100.00
JUMLAH BESAR RM1500.00
10. PENUTUP
Dengan terlaksananya Hari Terbuka Pendidikan Khas ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan muhibbah dalam kalangan warga SK Kuang, ibubapa murid PPKI, di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
..................................... .................................................
(Puan Darimah Bt Abdul Aziz) ( Encik. SM Mahuddi bin Omar )
Setiausaha Hari Terbuka PPKI Penyelaras PPKI
Disahkan oleh,
...................................................
(Puan Hjh Ismawati binti Ismail)
Lampiran 1: pelan tapak gerai
top related