hakcipta - ir.unimas.my · buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada...
Post on 11-May-2021
7 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulangmana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandunganbuku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa carasekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisdaripada PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Buku-buku terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.boleh dibeli pada harga diskaun istimewa bagi tujuankegunaan pelajar, promosi jualan, seminar dan latihankorporat. Maklumat lanjut, sila hubungi bahagian Jualandan Khidmat Pelanggan, PTS Publications & DistributorsSdn. Bhd.
Penerbit berusaha sedaya upaya memastikan buku yangditerbit ini mengandungi maklumat yang tepat danberautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan.Penerbit dan penulis buku ini tidak boleh dianggapmemberikan khidmat perundangan, perakaunan ataukhidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranyanasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkannasihat dan khidmat profesional daripada pakar yangberkelayakan.
Diedarkan oleh:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
No.3, Jalan Industri Batu Caves 1/6, Taman Perindustrian Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03 6188 0316 Faks: 03 6189 0316
Laman web: www.pts.com.myE-mel: sales@pts.com.my
Pengurus Jualan & Pemasaran: Zaharin Mohd Zain
(zaharin@pts.com.my)
Koordinator Jualan & Khidmat Pelanggan:
Khalilah Mad (khalilah@pts.com.my)
Hakcipta © Syahrul Nizam Junaini 2007Cetakan Pertama 2007
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Syahrul Nizam JunainiPersembahan hebat dengan PowerPoint / Syahrul Nizam Junaini.Mengandungi indeksBibliografi: ms. 133ISBN 978-983-3585-84-71. Oral communication. 2. Visual communication. I. Judul.302.2242
Muka Taip Teks: PerpetuaSaiz Taip Teks: 14 / 14
Dicetak oleh:Nightingale Printing Sdn. Bhd.Lot 20, Jalan Perusahaan 2,68100 Batu Caves, Selangor.
Diterbitkan oleh:PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.
No. 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300,
Kuala Lumpur.
Tel: 03 4142 7413 / 7416 Faks: 03 4142 7415
Laman web: www.pts.com.myE-mel: ptsprofessional@pts.com.my
Pengurus : Nazrul Samsudin
(nazruls@pts.com.my)
Editor Perolehan (Bisnes & Pengurusan) :
Mohd Khairulanuar Manshor (anuar@pts.com.my)
Editor Pengurusan (Bisnes & Pengurusan) :
Rozita Abdul Razak (rozita@pts.com.my)
Editor : Sabariah M. Salleh
Kulit dan grafik:Izwan Arif
(izwan@pts.com.my)
Kandungan
Book.book Page vii Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM
Sekapur Sirih xi
Bab 1 Ciri-ciri Persembahan Hebat 1
Ciri Penyampai yang Baik 1
Komunikasi Media 5
Kemahiran Persembahan 7
Kita Hanya Penyampai 8
Persembahan yang Hebat 10
Penutup 11
Bab 2 Kaedah, Persekitaran dan Khalayak 13
Kaedah Persembahan 13
Persekitaran Persembahan 18
Penutup 23
Bab 3 Reka Bentuk Visual Berkesan 25
Kesan Menggunakan Visual 26
Persembahan Hebat dengan PowerPoint
viii
Book.book Page viii Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM
Komunikasi dengan Visual 31
Bagaimana Elemen Visual Membantu? 33
Menggunakan Objek-objek Visual Lain 35
Penutup 36
Bab 4 Komunikasi Menggunakan Teks 37
Kandungan Teks 37
Mudahkan Fokus dan Aliran Maklumat 46
Bab 5 Panduan Reka Bentuk Multimedia 55
Reka Bentuk Elemen Multimedia 55
Asas Reka Bentuk 56
Warna dan Grafik 59
Gambar dan Foto 62
Menggunakan Animasi 65
Lebih Interaktif Lebih Menarik 66
Kunci Utama: Mudah dan Ringkas 68
Bab 6 Nada Suara dan Kemahiran Penyampaian 71
Pelbagaikan Nada Penyampaian 72
Kepetahan Bercakap 76
Wajah Ceria Khalayak Gembira 78
‘Bercakap’ Menggunakan Tangan 78
Seluruh Anggota Menari-nari 80
Teknik Peralihan Isi 82
Peranti bagi Menarik Perhatian 83
Penglibatan Khalayak 100 Peratus 84
‘Anda’ Memang Penting 85
Interaksi Dua Hala 86
Kandungan
Book.book Page ix Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM
Bab 7 Menambah Seri pada Persembahan 89
Cinta Pandang Pertama 89
Karisma dan Aura dalam Persembahan 91
Personaliti dan Persembahan 92
Senyum dan Senyumlah Selalu 94
Ciri-ciri Pertuturan yang Baik 95
Persembahan yang Diingati 97
Memukau Khalayak Tanpa Menggunakan Ubat Guna-guna 99
Kemahiran Bercerita 100
Berani Gagal 100
Bergelak Ketawa 101
Bab 8 Mengurus Persembahan 105
Daripada Kandungan hingga Penyampaian 106
Fahami Peranan Anda 107
Persediaan Sebelum Persembahan 109
Merancang Kandungan Persembahan 111
Pilih Topik yang Anda Mahir 113
Kepentingan Permulaan yang Baik dan Bertenaga 114
Penerangan dan Hujah yang Berkesan 115
Sayalah Tumpuan Anda Semua 116
Menangani Sesi Soal Jawab 119
Slaid Terakhir dan Menamatkan Persembahan 120
Bab 9 Penambahbaikan Berterusan 123
Selamat Malam 124
Anda Tidak Dapat Lari 124
ix
Persembahan Hebat dengan PowerPoint
x
Book.book Page x Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM
Penambahbaikan Berterusan 125
Berbual-bual dengan Khalayak 130
Soalan Penutup: Adakah Persembahan Anda Hebat? 131
Rujukan 135
Indeks 139
Sekapur Sirih
”Ibu kapur di lembah paya
Tebang balam dicuaca redupSirih sekapur persembahan sayaMinta disimpan seumur hidup
“
Book.book Page xi Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM
Assalamualaikum WBT
Puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah yang memberikanbanyak rahmat kepada hambanya. Selawat dan salam kepada NabiMuhammad, ahli keluarga dan para sahabat serta para pengikut-nya hingga hari kiamat.
Segala perkara berlaku hanya dengan kehendak Allah. Ter-hasilnya buku ini hanya atas belas rahim dan rahmatnya semata-mata. Allah yang mencetuskan idea dan saya cuma sebagai juru-taipnya sahaja. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga buku ini di-terbitkan.
Saya mempunyai pengalaman lebih 10 tahun mengguna danmengajar perisian persembahan. Bermula sebagai pelajar hinggasebagai pengajar. Pengalaman yang ada insya-Allah cukup bagidikongsi bersama pembaca sekalian. Atas rasa terpanggil bagiberkongsi praktis saya dalam menyediakan slaid persembahan,buku ini saya hidangkan ke hadapan anda.
Buku ini ditulis bukan sekadar bagi eksekutif yang sering mem-buat persembahan atau presentation. Ia sebenarnya perlu dijadikanbuku pegangan bagi para pensyarah, pendidik, doktor, pegawai
Persembahan Hebat dengan PowerPoint
xii
Book.book Page xii Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM
komunikasi korporat, ahli perniagaan ataupun jurujual, perekabentuk, jurutera dan para pelajar. Rasanya tidak ada bidangkerjaya yang terkecuali daripada membuat persembahan.
Keistimewaan buku ini adalah ia padat dengan tip persembahanberkesan. Ia akan mengubah gaya persembahan anda buat selama-lamanya. Justeru itu, ia perlu menjadi milik semua. Semoga bukuini dapat memenuhi kehendak pembaca. Segala kekurangan harapdimaafkan.
Menulis adalah proses terasing. Menilai hasil tulisan adalahproses berjemaah. Terhasilnya buku ini berkat penilaian dankomen serta dorongan kawan-kawan.
Terima kasih kepada rakan sesama fakulti, Encik Jonathan Sidiyang menyumbang material bagi bab 5. Terima kasih juga atassokongan dan nasihat Encik Jeniri Amir. Tidak ketinggalanpenghargaan juga ditujukan kepada Profesor Madya Tin Win dariUniversiti Malaysia Sarawak kerana membenarkan saya mengulasmaterial beliau berkaitan pengucapan awam. Buku ini tidak akanmenjadi realiti tanpa inisiatif PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Akhir sekali terima kasih kepada bonda yang dimuliakan,Hajah Jobedah Seruji. Juga kepada isteri tercinta. Tidak lupaanak-anak tersayang, Nur A’isyah Nadheerah dan MuhammadAmar Nazeer. Terima kasih atas kesabaran, kasih sayang dansokongan selama saya menghasilkan buku ini.
Hj. Syahrul Nizam JunainiKampus BaratUniversiti Malaysia SarawakKota SamarahanNovember 2006
”
BabCiri-ciri
Persembahan Hebat
Sekadar tahu sahaja berkenaan kecemerlangan tidak mencukupi. Kita perlu cuba mendapatkannya dan
menggunakannya.- Aristotle -
1
“
Book.book Page 1 Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM
ara eksekutif pasti sering menjalankan urusan perniagaan dimerata-rata tempat dengan menaiki kapal terbang. Semasadi dalam pesawat, kita sering melihat ada antara ahli-ahli
perniagaan dan eksekutif yang sibuk menyediakan slaid per-sembahan. Masa yang berlalu dengan pantas menuntut merekamemanfaatkan setiap detik yang terluang.
Dunia perniagaan hari ini semakin kompetitif. Ia menuntutsemua pihak supaya saling bersaing. Bagi seorang eksekutif,kelainan yang ditonjolkan dalam persembahan mampu menarikperhatian pelanggan. Ia juga dapat menggugat para pesaing dalammerebut pelanggan.
Justeru, para eksekutif perlu mencari kaedah yang terbaik bagimenghasilkan persembahan yang canggih dan berkualiti. Bab inimembincangkan berkenaan ciri-ciri penyampai yang baik danpersembahan yang hebat.
Ciri Penyampai yang BaikPenyampai yang baik perlu mengetahui dan menguasai kandung-an persembahan. Beliau mendalami dan membutirkan dengan
P
Persembahan Hebat dengan PowerPoint
2
Book.book Page 2 Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM
teliti apa hendak disampaikannya. Beliau dapat menjelaskandengan sempurna setiap fakta yang tertera pada layar. Penyampaiyang baik juga mampu mengingat fakta sokongan bagi apa yanghendak disampaikan.
Bagaimanapun, menguasai kandungan ataupun topik sahajatidak mencukupi. Ramai jurujual yang tahu serba-serbi berkenaanproduk mereka masih gagal menjual produk itu. Begitu juga,ramai profesor yang gah namanya di persada ilmu, namun adasahaja pelajar yang tertidur semasa kuliah beliau. Kenapa semuaini berlaku?
Oleh itu, bagi menjadi penyampai yang baik, individu itubukan sahaja perlu mendalami kandungan persembahan. Beliaujuga perlu menguasai kemahiran persembahan. Kemahiran inimemperincikan kaedah maklumat dialirkan. Maka dengan itumaklumat sampai tepat kepada sasaran. Anak panah akan tepatmengenai sasaran apabila pemanahnya mempunyai kemahiranyang diperlukan.
Bagi penyampai yang baik, setiap kali membuat persembahanbeliau sentiasa menggunakan teknik terbaru. Beliau sentiasabelajar dan mencari teknik yang lebih baik bagi mencantikkan lagipersembahan yang akan datang. Usaha membaiki kualiti per-sembahan adalah usaha berterusan.
Penyampai yang berkualiti umpama pencerita yang pandaimemikat pendengar. Beliau juga dihormati kerana ilmu yang adapadanya. Dua bentuk ilmu yang perlu ada:
1. Ilmu berkenaan perkara yang disampaikan.
2. Ilmu dalam teknik bercerita.
Seperti kasut, apabila digilap ia menyilaukan mata dan memancar-kan serinya. Begitu juga dengan usaha belajar kemahiran per-sembahan. Hadiah bagi penat lelah menggilap kemahiran mem-buat persembahan menyilaukan khalayak. Khalayak terpukaudengan persembahan mereka. Pujian menggunung diterima.
Ciri‐ciri Persembahan Hebat
Book.book Page 3 Wednesday, January 3, 2007 5:03 PM
Menurut Lefton dan Buzzotta (2003), menguasai kemahiranpersembahan dapat meningkatkan proses memindahkan idea. Iamenentukan bagaimana satu pihak dapat menguasai pihak yanglain. Ia juga dapat memastikan proses komunikasi dua halasentiasa berterusan.
Dengan menguasai kemahiran persembahan, eksekutif pe-masaran dapat memasarkan produknya. Pensyarah pula dapatmenyampaikan ilmu kepada para pelajar. Persamaan yang adapada mereka adalah kedua-duanya menerima tepukan gemuruhdaripada khalayak. Keuntungan daripada segi kewangan mungkinlebih ketara pada eksekutif.
Buku ini membongkar khazanah dan rahsia kemahiran mem-buat persembahan. Anda akan dihidangkan dengan panduan, per-aturan, rahsia dan teknik persembahan yang betul.
Menguasai skil berucapProses komunikasi maklumat daripada penyampai kepadakhalayak melibatkan dua deria penting:
1. Mendengar bunyi yang keluar daripada mulut penyampai.2. Melihat apa yang dapat diperhatikan pada wajah dan tubuh
badan penyampai.
Istilah khalayak di sini mewakili pendengar dan penonton. Bagimemuaskan deria pendengaran khalayak, anda perlu tahu sebutandan penggunaan bahasa yang betul. Anda juga perlu menguasaikemahiran bercakap. Bagi memuaskan deria penglihatan khalayakpula, anda perlu tahu bahasa badan. Dengan melihat dan men-dengar secara serentak, proses perpindahan maklumat menjadilebih berkesan. Oleh itu, pergerakan mulut dan rahang juga perlujelas.
Anda biasa mendengar slot berita yang dipancarkan daripadacorong-corong radio. Anda dapat rasakan kekosongan yangwujud apabila tiada elemen visual dilibatkan. Anda cuma men-dengar dan tidak melihat.
3
top related