grid kurikulum · web viewianya dibina dari suruhan kawalan yang mengandungi pengendali (operator)...
Post on 07-Jun-2021
8 Views
Preview:
TRANSCRIPT
___________________________________________________________________
BAHASA PENGATURCARAAN
OBJEKTIF AM
Memberi pendedahan tentang kaedah memprogram PLC menggunakan bahasa-bahasa pengaturcaraan yang biasa digunakan.
OBJEKTIF KHUSUS
Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat :
Menerangkan tentang LIMA bahasa-bahasa pengaturcaraan yang biasa
digunakan untuk memprogram PLC iaitu Rajah tangga (Ladder Diagram), Set
Arahan (Instruction List), Teks Struktur (Structured Text), Carta Fungsi
Turutan (Sequential Function Chart) dan Fungsi Rajah Blok (Function Block
Diagram).
Melukis Rajah Tangga Asas.
Menulis Kod Mnemonik Rajah Tangga.
E4800 / UNIT 4 / 1
UNIT 4
OBJEKTIF
___________________________________________________________________
4.0 PENGENALAN
Proses pengaturcaraan PLC adalah merupakan aktiviti merancang seperti
membina dan memasukkan aturcara untuk melaksanakan tugasan yang
dikehendaki.
Berikut adalah bahagian-bahagian yang perlu ada di dalam sesuatu aturcara
PLC.
Mula
Memulakan sesuatu operasi
Mod Operasi
Menentukan kedudukan asal peranti masukan/keluaran dan juga
kedudukan mula.
Keadaan Reset
Mengawal operasi mula/henti secara manual atau secara automatik di
dalam aturcara.
Operasi/Turutan Proses
Merekabentuk aturcara seperti yang dikehendaki oleh tugas.
Isyarat Keluaran
Memicu peralatan keluaran.
Status Keluaran
Memaparkan lampu penunjuk atau penggera.
Tamat
Menghentikan operasi.
E4800 / UNIT 4 / 2
INPUT
___________________________________________________________________
4.1 BAHASA-BAHASA PENGATURCARAAN
Terdapat LIMA bahasa pengaturcaraan yang dikenali di peringkat
antarabangsa iaitu :
Rajah Tangga (Ladder Diagram)
Senarai Arahan (Instruction List)
Teks Struktur (Structured Text)
Carta Fungsi Turutan (Sequential Function Chart)
Fungsi Rajah Blok (Function Block Diagram)
4.1.1 Rajah Tangga (Ladder Diagram)
Rajah tangga merupakan bahasa pengaturcaraan jenis grafik yang
ditukar dari rajah litar pendawaian kawalan geganti. Rajah tangga
mengandungi landasan sesentuh dari kiri ke kanan rajah ( rujuk rajah
4.1.1 ). Sesentuh landasan ini disambung kepada elemen penyuisan
sedia buka ( normally open – NO ) atau penyuisan sedia tutup
( normally closed – NC ) menerusi laluan arus dan gelung
elemen.
Rajah tangga juga menunjukkan litar kawalan dan memaparkan fungsi
serta kombinasi operasi turutan bagi setiap cabang pada baris mendatar
secara berasingan.
E4800 / UNIT 4 / 3
Rajah 4.1.1 : Rangkakerja Rajah
+ve -veKeadaan / Masukan
Tindakan / Keluaran
NO NC
___________________________________________________________________
4.1.2 Senarai Arahan (Instruction List)
Merupakan bahasa jenis penghimpun berteks. Ianya dibina dari
suruhan kawalan yang mengandungi pengendali (operator) dan
kendalian (operand). Berikut adalah contoh aturcara yang
menggunakan bahasa senarai arahan.
LD A
AND B
ST C
4.1.3 Teks Struktur (Structured Text)
Merupakan bahasa jenis penghimpun berteks yang mengandungi
ungkapan dan suruhan. Contoh penggunaan bahasa ini adalah seperti
berikut :
Cylinder out = (Input A OR Input B) AND Output C
4.1.4 Carta Fungsi Turutan (Sequential Function Chart)
Merupakan jenis bahasa grafik ( rujuk rajah 4.1.4 ). Elemen-
elemennya terdiri daripada langkah, peralihan, pilihan dan cabang
selari. Setiap langkah menunjukkan status proses aturcara kawalan
yang aktif atau tidak aktif. Satu langkah mengandungi tindakan yang
berdasarkan kepada peralihan. Tindakan pula mengandungi struktur
turutannya sendiri.
E4800 / UNIT 4 / 4
___________________________________________________________________
4.1.5 Rajah Fungsi Blok (Function Block Diagram)
Merupakan jenis bahasa grafik. Elemen-elemen yang terdapat di dalam
rajah fungsi ini digambarkan secara grafik fungsi dan blok
fungsi
( rujuk rajah 4.1.5 ). Elemen-elemen ini disambungkan dengan garisan
aliran isyarat dan dihubungkan secara terus kedalam rangkaian.
E4800 / UNIT 4 / 5
Langkah 1 MOTOR (MULA)
Langkah 2
Langkah 3
MOTOR (HENTI)
Peralihan 1
Peralihan 2
Tindakan
Rajah 4.1.4 : Contoh Aturcara Dalam Bahasa Carta Fungsi Turutan
ATAUSuis 1
Suis 2
Lampu
DAN Selinder keluar
Rajah 4.1.5 : Contoh Bahasa Rajah Fungsi Blok
___________________________________________________________________
JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT
1.1 Apakah maksud proses pengaturcaraan PLC?
1.2 Terangkan bahagian-bahagian yang perlu ada di dalam aturcara PLC.
1.3 Senaraikan LIMA ( 5 ) bahasa pengaturcaraan PLC dan yang manakah yang
paling popular?
E4800 / UNIT 4 / 6
Rajah Tangga merupakan bahasa pengaturcaraan yang popular digunakan kerana ianya mudah difahami.
Bandingkan jawapan kamu dengan jawapan di ruangan MAKLUMBALAS AKTIVITI.
AKTIVITI 4a
___________________________________________________________________
JAWAPAN 1.1
Proses pengaturcaraan PLC adalah merupakan aktiviti merancang seperti membina
dan memasukkan aturcara untuk melaksanakan tugasan yang dikehendaki.
JAWAPAN 1.2
Bahagian-bahagian yang perlu ada di dalam sesuatu aturcara PLC.
Mula Memulakan sesuatu operasi
Mod Operasi Menentukan kedudukan asal peranti masukan/keluaran dan juga kedudukan
mula.
Keadaan Reset Mengawal operasi mula/henti secara manual atau secara automatik di dalam
aturcara.
Operasi/TurutanProses Merekabentuk aturcara seperti yang dikehendaki oleh tugas.
Isyarat Keluaran Memicu peralatan keluaran.
E4800 / UNIT 4 / 7
MAKLUMBALAS 4a
___________________________________________________________________ Status Keluaran Memaparkan lampu penunjuk atau penggera.
Tamat Menghentikan operasi.
JAWAPAN 1.3
Terdapat LIMA bahasa pengaturcaraan yang dikenali di peringkat antarabangsa iaitu :
Rajah Tangga (Ladder Diagram)
Senarai Arahan (Instruction List)
Teks Struktur (Structured Text)
Carta Fungsi Turutan (Sequential Function Chart)
Fungsi Rajah Blok (Function Block Diagram)
Yang paling popular digunakan diantara kelima-lima bahasa tersebut adalah Rajah
Tangga kerana ia mudah difahami.
E4800 / UNIT 4 / 8
___________________________________________________________________
INPUT
4.2 ASAS RAJAH TANGGA
Sebuah Rajah Tangga terdiri daripada satu garis menegak di sebelah kiri dan
kanan yang dinamakan bus bar dan juga garis mendatar ke kanan yang
dinamakan garis-garis arahan ( instruction lines ).
Di sepanjang garis-garis arahan terdapat kombinasi-kombinasi logik keadaan
(conditions) yang akan menentukan bila dan bagaimana arahan-arahan di
sebelah kanan sekali akan dilaksanakan. Contoh Rajah Tangga ditunjukkan
seperti di Rajah 4.2.a di bawah.
Pasangan-pasangan garisan menegak di sepanjang garisan cabang dipanggil
keadaan (conditions). Keadaan-keadaan ini terdiri daripada dua iaitu :
i. Keadaan Sedia Buka ( normally open - NO ) ( )
ii. Keadaan Sedia Tutup ( normally closed – NC ) ( )
E4800 / UNIT 4 / 9
suruhan
00000 00001 00002 00003 00004
00005 00006 00007
Rajah 4.2.a : Contoh Rajah Tangga
___________________________________________________________________
Nombor-nombor pada setiap keadaan menentukan bit operasi setiap arahan.
Setiap arahan dalam Rajah Tangga samaada ON atau OFF bergantung kepada
status bit operasi yang telah ditentukan.
Keadaan normally open adalah ON jika bit operasi adalah ON dan akan
OFF jika bit operasi adalah OFF.
Keadaan normally closed adalah ON jika bit operasi adalah OFF dan
akan OFF jika bit operasi adalah ON.
Rajah 4.2.b menerangkan keadaan di atas.
4.3 ISTILAH-ISTILAH ASAS
4.3.1 Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions)
Kombinasi logik antara keadaan-keadaan ON dan OFF mewujudkan
keadaan terkumpul bagi sesuatu arahan yang ingin dilaksanakan.
Keadaan inilah yang dinamakan Keadaan Perlaksanaan. Rujuk Rajah
4.3.1.
E4800 / UNIT 4 / 10
suruhan
suruhan
00000
Normally Open
Normally Closed
00000
Suruhan dilaksanakan apabila IR bit 00000 adalah ON
Suruhan dilaksanakan apabila IR bit 00000 adalah OFF
Rajah 4.2.b : Contoh Rajah Tangga
suruhan
00000 00001 00002
Rajah 4.3.1 : Contoh Keadaan Perlaksanaan
___________________________________________________________________
Arahan akan berada dalam Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions) ON apabila IR 00000 adalah ON, IR 00001 adalah OFF dan IR 00002 adalah ON.
4.3.2 Bit Operasi (Operand Bits)
Bit operasi bagi setiap arahan boleh terdiri daripada mana-mana bit
dalam kawasan-kawasan ingatan ( memory ) IR, SR, HR, TC atau TR.
Ini bermakna keadaan-keadaan ( conditions ) dalam Rajah Tangga
boleh ditentukan oleh bit I/O, bendera ( flags ), bit kerja ( work bits ),
pemasa / pembilang ( timers / counters ) dan lain-lain. Jadual 4.3.2
menunjukkan peta ingatan yang merujuk kepada PLC jenis OMRON –
SYSMAC CQM1H.
KAWASAN DATA BIT FUNGSI
Kawasan IR
KawasanInput
IR00000 - IR01515 Digunakan sebagai bit masukan
KawasanOutput
IR10000 – IR11515 Digunakan sebagai bit keluaran.
KawasanKerja
IR21600 – IR21915 Bit ini tidak mempunyai fungsi yang. khusus. Boleh digunakan secara bebas dalam program.
Kawasan SR SR24400 – SR25507 Bit ini melakukan fungsi yang tertentu seperti bendera (flags) dan bit kawalan.
Kawasan TR TR 0 – TR 7 Bit ini digunakan untuk menyimpan secara sementara status ON / OFF pada cabang-cabang program
Kawasan HR HR 0000 – HR 9915 Bit ni digunakan untuk menyimpan data dan mengekalkan status ON / OFF bila kuasa dimatikan.
Kawasan Timer/Counter TC 000 – TC 511 Nombor yang sama digunakan untuk timer dan counter. TC000 ke TC002 dgunakan utk. `interval timer’
E4800 / UNIT 4 / 11
Jadual 4.3.2 : Peta Ingatan
___________________________________________________________________
4.3.3 Blok Logik ( Logic Blocks )
Cara keadaan memberi tindakbalas terhadap sesuatu arahan adalah
ditentukan oleh perhubungan diantara keadaan-keadaan (conditions)
yang ada pada garisan arahan yang menghubungkan mereka. Sebarang
kumpulan keadaan yang terbentuk untuk menghasilkan satu keputusan
logik dinamakan blok logik. Rujuk rajah 4.3.3.
4.3.4 Blok Arahan ( Instruction Block )
Satu blok arahan adalah terdiri daripada semua arahan-arahan yang
terdapat di dalam satu blok . Blok itu diperolehi dengan melukis satu
garis mendatar tanpa memotong garisan yang menegak dan sebaliknya.
Rujuk rajah 4.3.3.
E4800 / UNIT 4 / 12
suruhan
00000 00002
00001 00003
Rajah 4.3.3 : Contoh Blok Logik
___________________________________________________________________
4.4 KOD MNEMONIK
Rajah Tangga tidak boleh dibaca oleh Konsol Pengaturcaraan. Oleh itu Rajah
Tangga perlu ditukar kepada kod mnemonik. Kod mnemonik memberikan
maklumat yang sama seperti Rajah Tangga dan boleh ditaip secara terus pada
Konsol Pengaturcaraan.
ALAMAT ARAHAN OPERASI / DATA
00000 LD 0000000001 OR 0000100002 AND 0000300003 AND LD00004 OUT 1000000005 TIM 000
#005000006 CNT 002
#001000007 FUN 01
E4800 / UNIT 4 / 13
Rajah 4.4 : Contoh Kod Mnemonik
___________________________________________________________________
JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT
1.1 Apakah yang anda faham mengenai Rajah Tangga dan lukiskan satu ( 1 )
contoh sebuah Rajah Tangga.
1.2 Terangkan maksud istilah berikut:
i. Blok Logik
ii. Blok Arahan
E4800 / UNIT 4 / 14
AKTIVITI 4b
Bandingkan jawapan kamu dengan jawapan di ruangan MAKLUMBALAS AKTIVITI.
___________________________________________________________________
JAWAPAN 1.1
Sebuah Rajah Tangga terdiri daripada satu garis menegak di sebelah kiri dan kanan
yang dinamakan bus bar dan juga garis-garis mendatar ke kanan yang dinamakan
garis-garis arahan ( instruction lines ).
Di sepanjang garis-garis arahan terdapat kombinasi-kombinasi logik keadaan
(conditions) yang akan menentukan bila dan bagaimana arahan-arahan di sebelah
kanan sekali akan dilaksanakan. Contoh Rajah Tangga adalah seperti yang
ditunjukkan di bawah.
E4800 / UNIT 4 / 15
MAKLUMBALAS 4b
suruhan
00005 00006 00007
00000 00001 00002 00003
___________________________________________________________________
JAWAPAN 1.2
i. Blok Logik
Cara keadaan memberi tindakbalas terhadap sesuatu arahan adalah ditentukan
oleh perhubungan diantara keadaan-keadaan (conditions) yang ada pada
garisan arahan yang menghubungkan mereka. Sebarang kumpulan keadaan
yang terbentuk untuk menghasilkan satu keputusan logik dinamakan blok
logik seperti yang ditunjukkan di bawah.
ii. Blok Arahan
Satu blok arahan adalah terdiri daripada semua arahan-arahan yang terdapat di dalam satu blok . Blok itu diperolehi dengan melukis satu garis mendatar tanpa memotong garisan yang menegak dan sebaliknya.
E4800 / UNIT 4 / 16
suruhan00000 00002
00001 00003
___________________________________________________________________
SOALAN
a. i. Lukiskan simbol sesentuh keadaan NO dan keadaan NC.
ii. Terangkan apa yang berlaku pada bit operasi (operand bit)
ketika sesentuh berkeadaan NO dan ketika sesentuh berkeadaan NC.
b. Terangkan fungsi bit operasi pada kawasan TR dan kawasan HR.
c. Terangkan maksud Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions) dalam suatu
Rajah Tangga.
d. Terangkan fungsi kod mnemonik dalam PLC.
E4800 / UNIT 4 / 17
PENILAIAN KENDIRI
___________________________________________________________________
JAWAPAN
a. i. Keadaan NO
ii. Keadaan NC
Pada keadaan normally open - Bit operasi akan ON bila sesentuh sedia buka
ON dan akan OFF bila sesentuh sedia buka OFF.
Pada keadaan normally closed - Bit operasi akan ON bila sesentuh sedia tutup
OFF dan akan OFF bila sesentuh sedia tutup ON.
b. Fungsi bit operasi pada kawasan TR
Bit ini digunakan untuk menyimpan secara sementara status ON / OFF pada
cabang-cabang program.
Fungsi bit operasi pada kawasan HR
E4800 / UNIT 4 / 18
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
___________________________________________________________________
Bit ini digunakan untuk menyimpan data dan mengekalkan status ON / OFF
bila kuasa dimatikan.
c. Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions)
Kombinasi logik antara keadaan-keadaan ON dan OFF mewujudkan keadaan
terkumpul bagi sesuatu arahan yang ingin dilaksanakan. Keadaan inilah yang
dinamakan Keadaan Perlaksanaan seperti yang ditunjukkan di bawah .
Arahan akan berada dalam Keadaan Perlaksanaan (Execution Conditions) ON
hanya apabila ketiga-tiga keadaan adalah ON, iaitu, apabila IR 00000 adalah
ON, IR 00001 adalah OFF dan IR 00002 adalah ON.
d. Fungsi kod mnemonik dalam pengaturcaraan PLC adalah untuk memberikan
maklumat yang sama seperti Rajah Tangga kerana Konsol Pengaturcaraan
tidak boleh membaca Rajah Tangga. . Kod ini boleh ditaip secara terus pada
Konsol Pengaturcaraan.
c.
E4800 / UNIT 4 / 19
SYABAS! Sekiranya anda dapat menyelesaikan semua
masalah yang diberi. Sekiranya terdapat sebarang
masalah, berjumpalah dengan pensyarah anda.
suruhan
00000 00001 00002
___________________________________________________________________
E4800 / UNIT 4 / 20
top related