graf bar stpm penggal 2

Post on 23-Jan-2017

1.261 Views

Category:

Education

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENGAJIAN AM 900PENGAJIAN AM 900GRAF BAR/PALANGGRAF BAR/PALANG

PengenalanPengenalan

Graf bar digunakan untuk menunjukkan data statistik dengan lebih jelas dan mudah.

Graf bar sesuai digunakan untuk membuat perbandingan atau melihat perubahan sesuatu pembolehubah dalam sesuatu tempoh masa dengan jelas.

Terdapat 4 jenis graf bar (STPM) iaitu Terdapat 4 jenis graf bar (STPM) iaitu :

1.graf bar kompaun/histogram

2.graf bar komponen

3.graf bar memesong/cermin.

4.Graf bar piramid

GRAF BAR KOMPAUNGRAF BAR KOMPAUN

GRAF BAR KOMPONENGRAF BAR KOMPONEN

GRAF BAR MEMESONG/CERMINGRAF BAR MEMESONG/CERMIN

GRAF BAR PIRAMIDGRAF BAR PIRAMID

Kaedah mengenal pasti Kaedah mengenal pasti media media

Menunjukkan bilangan/kuantiti/nilai mutlak– graf bar kompaun,histogram.

Con: Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi perkhidmatan sosial dan ekonomi pada tahun 1998 hingga 2001.

Menunjukkan jumlah/komposisi/diterapkan – graf bar komponen.

Con : Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kutipan hasil cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000 hingga 2005.

Menunjukkan perubahan positif dan negatif – graf bar memesong/cermin

Con : Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk membandingkan perubahan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dan beberapa buah negara terpilih bagi tahun-tahun yang dinyatakan.

Menunjukkan bilangan/jumlah kelahiran, jantina atau kumpulan etnik – Graf bar piramid.

Con: Berdasarkan maklumat yang disediakan dalam petikan di bawah, sediakan sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan kelahiran hidup mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik dan jantina di Semenanjung Malaysia pada tahun 2002.

Perkara yang wajib pelajar Perkara yang wajib pelajar beri perhatianberi perhatian

Tajuk media mengandungi negara, isu dan tahun

Tajuk mesti BERHURUF BESAR .

Pelajar tidak perlu melukis bingkai bagi media yang dipilih.

Pastikan pelajar menuliskan label yang mengandungi peratus, angka dan tahun pada paksi.

Label harus berada di bawah tajuk media

Skala perlu ditulis sama ada dalam angka juta atau ribu di bawah label.

Pelajar yang silap menulis bilangan (0) bagi ribu atau juta akan mendapat markah rendah dan menjejaskan perolehan markah keseluruhan media.

Pelajar perlu tuliskan titik asas (0)

Pastikan kedudukan media dalam keadaan di tengah-tengah kertas graf.

Tulis persamaan skala di bawah media.

Petunjuk perlu dibuat di bawah skala persamaan yan g ditulis.

Sumber mesti ditulis di bawah petunjuk dan diletakkan di bawah bahagian kanan.

Jangan lupa untuk membuat jadual secara lengkap untuk dihantar bersama-sama media yang dilukis.

Kaedah Melukis Kaedah Melukis dan dan

Ciri-ciri jawapan Ciri-ciri jawapan yang cemerlangyang cemerlang

Graf Bar Graf Bar Kompaun/HistogramKompaun/Histogram

Graf bar Kompaun dikenali juga sebagai graf bar bandingan atau bar kumpulan. Digunakan untuk memaparkan sesuatu pemboleh ubah dalam jangka masa tertentu.

Graf ini dapat menunjukkan perbandingan sesuatu pemboleh ubah dalam suatu kumpulan bar mengikut tempoh masa tertentu.

Tentukan graf bar yang dikehendaki setelah membaca petikan yang diberi dengan teliti.

Pindahkan data ke bentuk jadual untuk memudahkan melukis media.

Lukis dua paksi, iaitu paksi mendatar/X untuk mewakili pemboleh ubah bebas (tahun,bulan, umur dsb) dan paksi menegak/Y bagi menunjukkan nilai/kuantiti. Masukkan label dan unit paksi.Cadangan – Jarakkan 2cm di kanan dan kiri graf agar dapat menghasilkan kedudukan media yang seimbang.

Paksi menegak/X mesti dimulakan dengan nilai sifar (punca paksi/origin 0) dan ketinggiannya mestilah melebihi sedikit daripada nilai maksimum bagi pemboleh ubah berkenaan

Satu kelompok bar digabungkan dalam satu kumpulan semasa dilukis. Kumpulan bar yang pertama dan yang terakhir hendaklah dilukis terpisah daripada garis paksi supaya kelihatan jelas dan kemas.

Saiz atau lebar bar hendaklah sesuai; tidak terlalu kecil atau terlalu lebar. Jarak antara kumpulan bar sebaik-baiknya ½ atau sama dengan saiz bar.

Skalanya juga harus sesuai supaya graf yang akan terhasil kelihatan kemas dan seimbang, iaitu tidak terlalu besar sehingga memenuhi seluruh muka surat atau terlalu kecil; hanya memenuhi sebahagian kecil daripada kertas graf.

Kedudukan media mestilah di tengah-tengah kertas graf.

Tulis skala ; Skala: 1cm mewakili RM10juta. Di sebelah kiri.

Buat Petunjuk di bawah skala sebelah kiri. Petunjuk tidak memerlukan ruang yang terlalu besar.

Pindahkan sumber ke bawah sebelah kanan graf.

Warnakan menggunakan warna yang sesuai dengan kemas dan jelas. Ruangan besar gunakan warna yang cerah/terang.

Graf Bar Graf Bar Komponen/KomposisiKomponen/Komposisi

Graf ini dikenali juga sebagai graf majmuk.

Dibina bagi memaparkan maklumat pemboleh ubah yang diterapkan ke dalam jumlah melalui satu bar.

Nilai yang tertinggi pada bahagian atas bar merupakan jumlah nilai keseluruhan semua pemboleh ubah yang terlibat bagi satu-satu tahun. Pengiraan data dibuat secara nilai tokokan (nilai ditambah) bagi setiap komponen

Cara untuk mendapat data dan jadual sama seperti graf bar kompaun, Cuma sedikit perbezaan. :

i)Jadual perlu ada bahagian JUMLAH. Data perlu dibuat nilai tambah atau tokokan.

ii)Pada TAJUK – mesti ada perkatan JUMLAH

iii)Label Paksi Menegak – Masukkan perkataan JUMLAH

Warnakan untuk membezakan pemboleh ubah dan sertakan petunjuk di bawah graf berkenaan.

Kesalahan1.Perkataan `Jumlah’ tiada pada Tajuk

mak 18/20

Graf Bar MemesongGraf Bar Memesong

Dilukis untuk menunjukkan perubahan nilai sesuatu pemboleh ubah yang bernilai positif dan nilai negatif dalam satu jangka masa yang tertentu.

Apabila melukis graf bar memesong, hendaklah dipastikan bahawa nilai skala dicatatkan di atas dan di bawah sifar, iaitu di atas dan di bawah paksi mendatar. Pastikan juga bahawa graf mempunyai nilai positif dan negatif.

Data yang diberi biasanya dalam bentuk nilai mutlak, dan pelajar perlu membuat pengiraan untuk mendapatkan nilai positif atau negatif. Kebiasaannya nilai positif dan negatif ini dalam unit peratus (peratus perubahan).

Tulis perkataan ‘PERUBAHAN’ pada tajuk dan label paksi

Kesalahan1.Tiada `perubahan’ pada paksi Y tetapi ada pada Tajuk mak. 18/20

top related