gambar program siswi

Post on 12-Apr-2017

237 Views

Category:

Education

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN

KERJA BERPASUKA

SET30

DR.BABUL AIRIANAH BT OTHMAN

NAMA : NOR AINI BT OTHMANMATRIK : 143447

KATA ALUAN

Salam saya ucapkan kepada Dr.Babul Airianah Bt Othman, pensyarah untuk hp kemahiran Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan . Saya Nor Aini Bt Othman, A143447.pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,FEP ingin menghantar beberapa gambar dan video berkaitan projek yang saya terlibat untuk semester ini.Projek Karnival Siswi Bestari 2013 ini berlangsung di bawah Biro Siswi kolej saya iaitu Kolej Pendeta Za’ba, KPZ.Karnival ini ditumpukan kepada mahasiswi Ukm. Antara program yang terdapat di dalam projek saya yang bersesuian dengan hp kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan ini adalahprogram keusahawanan,Kecantikan dan kebersihan wanita dan keselamatan.Program ini akan diadakan pelbagai jenis ceramah kepada mahasiswa dan mahasiswi dan kami juga dikehendaki mencari pengerai-pengerai mahupun para pelajar yang berminat untuk berniaga di Pusanika,ukm.Kami bertanggungjawab untuk mendedahkan para siswi mengenai kebersihan,kecantikan,keusahawanan,kecantikan dan kebersihan kepada mereka.Jawatan yang saya sandang di dalam Karnival ini adalah sebagai setiausaha namun saya dan beberapa ahi yang lain juga bertanggungjawab dalam mengendaikan ekspo gerai di Pusanika ,di sepanjang karnival berlangsung. Berikut adalah beberapa gambar pembuktian saya..

GAMBAR SEPANJANG MENGENDALIKAN KARNIVAL SISWI BESTARI 2013/2014

PERANCANGAN

1.Semua ahli berkumpul pada hari ini untuk membincangkan tugas masing-masing. Felo Cik Norazida bt Ibrahim (bertudung hitam dan bersweater putih) felo Pembangunan Siswi dan Felo Pembangunan Keusahawanan,Cik Azlin Sharima Bt Abdul Latef (bertudung dan berbaju coklat) turut menghadiri mesyuarat ini.

2.Perbincangan diadakan antara saya,setiausaha Karnival Siswi Bestari (bertudung merah) bersama lembaga pengarah karnival Nursyaza Damia bt Zainal mengenai tugasan minit mesyuarat yang sedikit terbengkala.

3.Mesyuarat diadakan sekali lagi.Perbincangan mengenai hadiah dan cenderahati yang akan diberi kepad peserta dan sponsor yang menyertai progran kami.Bersweater merah gelap adaah felo penasihat kami Cik Norazida bt Ibrahim dan berbaju belang dan bertudung hitam adalah pengarah projek kami Nurshahiela Ayu bt sabiin.Saya bertudung kelabu sedang menanyakan mengenai masalah yang dihadapi oleh saya dalam mengendalikan karnival ini.

Ini adalah hasil kerja berpasukan saya dan ahli-ahli dalam menyiapkan cenderahati yang akan diberikan kepada peserta yang terlibat dalam program Karnival Siswi Bestari kami.

5.banner-banner yang berjaya kami siapkan bersama.

6.nama -nama peniaga yang berjaya di kami cari untuk menyertai program keusahawanan kami.

PELAKSANAAN

1.kami telah memilih Auditorium Siswi untuk menjalankan program ceramah kami yang terdiri daripada ceramah dari Mary Kay dan Yakult

2.Saya (berbaju kurung biru) membantu unit pendaftaran mengambil nama peserta yang hadir dalam ceramah kesihatan anjuran program kami.

3.Bermulanya ceramah Mary Kay dan Yakult pada 9 Disember 2013

4.Penyampaian hadiah atas kesudian menyampai ceramah.

5.Pada 12 disember 2013,persiapan untuk bengkel keselamatan Aikido yang akan bermula pada pukul 2.30p.m di aras 3 Pusanika,Ukm.Saya bertudung merah dan ahli Siswi yang lain sedang bekerjasama menyusun pelapik untuk digunakan dalam persembahan aikido pada hari tersebut.

6.Penerangan dan contoh diberikan sebelum bengkel bermula.

7.Suasana pada bengkel keselamatan.Para peserta mencuba taktik-taktik menyelamatkan diri.Saya dan ahli pasukan yang lain juga bekerjasama dalam mempelajari teknik mempertahankan diri agar dapat membantu peserta yang datang.Gambar ketiga menunjukkan bagaiman saya ( bertudung merah) dan ahli Siswi bertudung hijau diajar teknik mempertahankan diri sebelum kami diarahkan untuk membantu peserta yang datang ke bengkel ini.

8.Berakhirnya bengkel Aikido pada pukul 5.00 petang.

9.Pengutipan deposit dari setiap pengerai-pengerai yang bersetuju menyertai program keusahawanan sempena Karnival Siswi Bestari kali ini.Saya dan rakan saya telah bekerjasama untuk mengutip deposit dari setiap pengerai pada sepanjang karnival berlangsung.Kami juga dikehendaki menarik para pelajar untuk menyertai program keusahawanan di samping menyebarkan kepentingan keusahawanan ini.

10.13 disember 2013 tepat jam 3.00 p.m semua ajk Biro Siswi berkumpul untuk menyusun meja dan keusi bagi majlis perasmian penutupan karnival siswi bestari 2013 yang akan diadakan di kafe kolej Pendeta Za’ba.Gambar pertama menunjukkan saya

(berbaju dan bertudung biru) dan rakan saya sedang bekerjasama beratih menjadi mc untuk majlis penutupan. Gambar kedua menunjukkan kami pasukan biro siswi sedang menampal banner di pentas.Gambar ketiga kami saya sedang membantu pasukan saya memasang stand dan gambar seterusnya menunjukkan ahli-ahli yang lain sedang menyusun meja.Gambar terakhir adalah menunjukkan ahli-ahli termasuklah saya yang hadir untuk menyusun meja pada hari tersebut.

11.13 disember 2013 jam 8.30 ,majlis prasmian penutupan karnival siswi bermula.Majlis dirasmikan oleh timbalan pengetua kolej pendata za’ba,Dr Mohd Suzeren bin Md Jamil pada gambar kedua.Gambar ketiga adalah barisan MEP kolej Pendeta Za’ba yang hadir pada malam itu.Gambar terakhir adalah peresembahan.Gambar pertama adalah saya (bertudung hitam dan berbaju pink)

12.Majlis tamat dan ajk menyusun semula meja dan kerusi.(gambar pertama menunjukkan saya sedang membantu dan bekerjasama dengan rakan yang lain menyusun meja.Gambar terakir adalah gambar bersama semua ahli-ahli siwi.

top related