falsafah bahasa melayu

Post on 07-Jun-2015

2.357 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BBM 3105BBM 3105FALSAFAH FALSAFAH

BAHASA MELAYUBAHASA MELAYUOLEHOLEH

PROF. MADYA DR. AHMAD PROF. MADYA DR. AHMAD MAHMOOD MUSANIFMAHMOOD MUSANIF

DEFINISI FALSAFAH• Perkataan “ falsafah” daripada bahasa

Yunani philosophia iaitu philo ertinyacinta dan sophia ertinya hikmat.

• Orang yang mula-mula menggunakanperkataan ini ialah ahli falsafah Yunanibernama Pythagoras.

• Munculnya perkataan philosophia keranakegiatan fikiran yang begitu pesatwaktu itu, membahaskan rahsia-rahsiaalam, soal metafizik dan masalahetika.

• Menurut Plato, philosophia bermaksud ilmu.

• Aristotle pula menambah, ilmu terbahagi kepadadua, iaitu ilmu nazari (theoretical science) danilmu amali (practicle science)

• Heraclitus menyatakan definisi tepat untukfalsafah sebagai ilmu yang membahaskanhakikat sesuatu.

• Ibnu Sina mengatakan tujuan falsafah untukmencari hakikat sesuatu dengan segalakemampuan akal manusia.

• Albertus Magnos menyatakan falsafahialah menyelidik tiap-tiap yang mungkin diketahui oleh akal manusia.

• Menurut Francis Bacon, skopperbahasan ilmu falsafah ialah Tuhan, manusia, dan alam tabiat.

• Falsafah menurut Descartes adalahhimpunan berbagai-bagai ilmu.

HAKIKAT BAHASA• Bahasa sebagai sekumpulan bunyi yang

diucapkan.

• Bahasa sebagai alat atai kenderaan yang mendukung dan menyampaikan maksud.

• Bahasa sebagai fenomena sosial yang menghubungkan antara individu ataukumpulan dalam masyarakat.

• Bahasa merupakan alat yang merakam, menimbunkan danmewariskan khazanah kebudayaan.

• Bahasa sebagai satu urutan lakuanpertuturan.

FALSAFAH BAHASA• Falsafah bahasa merupakan bidang yang

menyelidiki kebenaran dalam bahasa ataukajian bahasa (linguistik).

• Falsafah bahasa melibatkan dua bidangkajian iaitu: - bidang falsafah.

- bidang kajian bahasa(linguistik).

• Kebanyakan ahli falsafah berpendapatbahawa perkara yang mula-mula dikajidalam falsafah bahasa ialah bidangpemaknaan (semantik).

• Kemudian dikaji pula tentang hakikatpengetahuan (epistemologi), persoalan nilai(etika), aspek keindahan (estetika), budayadan sosial (antropologi dan sosiologi), alamjagat raya atau kosmos manusia (kosmologi), hakikat kewujudan (ontologi), dan tentangalam zahir dan ghaib (metafizik).

FALSAFAH BAHASA DAN FALSAFAH LINGUISTIK

• FB meneliti dan memeriksa secarafalsafah pengetahuan konsepsi yang wujud dalam fikiran secara abstrak.

• FL membincangkan dasar falsafah yang terkandung dalam konsep dan istilahlinguistik, iaitu meneliti kaedah danamalan ahli linguistik deskriptif dalamdisiplin mereka.

• FB merupakan percubaan atau pendiriandalam menganalisis ciri-ciri bahasa.

• FL (kebahasaan) merupakan percubaan untukmenjelaskan masalah-masalah falsafah.

• FB adalah nama untuk satu subject matterdalam falsafah manakala FL adalah namauntuk satu kaedah dalam falsafah.

HAKIKAT PENGETAHUAN

Pengetahuan bermaksud keadaan tahu,iaituhasil pekerjaan mengenali, menyedari,menginsafi, mengerti, dan menurani.

1.Pengetahuan indera yang diperoleh melaluikerja anggota pancaindera iaitu melihat, mengecapi, mendengar, membaui, danmeraba atau merasa.

2.Pengetahuan ilmu hasil penyelidikan, pengamatan dan penganalisisan terhadappengetahuan pancaindera, untuk lebihmengetahui apa yang sebenarnya berlaku disebalik yang nyata secara zahiriah.

3. Pengetahuan falsafah terhasil sebagaipersambungan daripada pengetahuanilmu/sains dengan cara merumuskansesuatu secara sejagat danhakikat,daripada asal permulaan kepadapengakhiran, daripada serpihan kepadakeseluruhan dan daripada zahir kepadabatin.

PROSES BERFIKIR DAN BAHASA

Fikiran merupakan kandungan bahasa(content of language) dan bahasa sebagaiwahana fikiran (vehicle of thought).Inibermaksud bahasa sebagai alat untukmenyampaikan buah fikiran. Oleh itu, dalam proses berfikir, mungkin banyakmenggunakan bahasa, mungkin sedikitmenggunakan bahasa atau langsung tidakmenggunakan bahasa.

• Berfikir secara autistik.

• Berfikir secara mengingat kembali.

• Berfikir secara imaginasi.

• Berfikir secara memberi perhatian.

• Berfikir sebagai satu kepercayaan.

• Berfikir secara mendalam.

BAHASA DAN PENGELIHATAN DUNIA

PENUTURPengelihatan dunia bermaksud kemampuanmanusia melakukan persepsi terhadap alamnyata dan di samping itu menimbulkan apa yang dipersepsikan dalam konsep-konsep yang diwujudkan oleh bahasa.

Unsur-unsur bahasa yang menjadi teropongpengelihatan dunia penutur tidak terbataskepada perbendaharaan kata tetapi jugameliputi unsur-unsur nahu.

• Kategori genus.

• Tindak balas terhadap penggunaankata, ungkapan atau ayat.

• Sifat interaksi dalam permintaan.

SIFAT KESEJAGATAN BAHASA

Benjamin L. Whorf mengatakan bahawaada sesuatu kesejagatan dalam bahasa-bahasa asli manusia. Sifat kesejagatandilihat melalui ciri persamaan antarabahasa.

Dari segi binaan perkataan, semuabahasa mempunyai unsur asas perkataan, iaitu morfem.

• Semua bahasa juga mempunyai golongankata asas, kata nama, kata kerja, katasifat dan sebagainya.

• Semua bahasa manusia mempunyai tiga bunyiyang umum,iaitu vokal, konsonan, dandiftong.

• Semua bahasa mempunyai unsur perkataandalam ayat dan dikategorikan kepadasubjek, predikat, dan objek ayat.

SIFAT KHUSUS (PARTIKULAR) BAHASA

Ciri-ciri perbezaan mewujudkan sifatkhusus atau partikular antara bahasa.

Dalam sistem bunyi, julat atau range bunyi-bunyi vokal, konsonan, dan diftongberbeza. Urutan bunyi-bunyi dan ciri-ciri koartikulasinya juga berbeza.

Dari segi pembentukan kata, ada bahasayang bersifat isolatif (kata akarsahaja), aglutinatif (menggunakanpenambahan) dan infleksi (menggunakanpenambahan dan perubahan dalaman).

Dari segi sintaksis ada bahasa dalamtipologi SVO (subject-verb-object), SOV, dan VSO.

SIFAT TRANSENDENTAL BAHASA

Sifat transendental adalah sifat bahasa untuktujuan perhubungan dengan alam ghaib atau“tinggi” yang merentasi alam nyata.

Terdapat perhubungan antara Allah yang ghaibdengan manusia yang zahir. Yang ghaib tidakdiliputi oleh ruang dan masa sedangkan bahasamanusia ada ruang (gelombang bunyi dan tulisan) dan masa (waktu pengujarannya).

• Allah mengajar Adam a.s realitikewujudannya (Surah al-Baqarah,31).

• Allah berkata-kata dengan Nabi Musa (Al-A’raf,143).

• Allah menurunkan Al-Quran dalam bahasaArab (Surah Yusuf,2).

• Allah mengutuskan rasul dalam bahasakaumnya (Surah Ibrahim,4).

top related