ekonomi islam meliputi sewaan, gadaian, perbankan

Post on 12-Jan-2016

69 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

EKONOMI ISLAM

TRANSCRIPT

Ekonomi Islam Meliputi Sewaan,

Gadaian, Perbankan Islam

Dan TakafulAwang Abdul AzizMohd Anbaari

Dayang Amanina

Sewaan (Al-Rahnu)

Definisi Sewaan

Bahasa • upah kepada barang atau sewa barangIstilah Syarak• aqad untuk menyewa manfaat barang• pertukaran manfaat dan faedah

terhadap sesuatu benda atau harta sebagai perkhidmatan dan tukaran ganti dengan nilai

Hukum Sewaan

• Kegiatan sewa adalah diharuskan dalam Islam selagi ia tidak bercanggah dengan syariat Islam

• Contohnya, seorang yang mempunyai sebidang tanah telah menyewakan tanahnya kepada seorang yang bercucuk tanam, manakala penyewa mesti membayar sewaan seperti yang telah diakadkan di antara mereka

Al-Talaq : ayat 6

“Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu) dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.

Sabda Nabi SAW bermaksud:-“Dari Aisyah RA; Rasullullah (SAW) dan Abu Bakar

(RA) menyewa seorang laki-laki dari Bani Dail. Dia masih memeluk agama para leluhurnya-

yang ditugaskan sebagai penunjuk jalan, Nabi dan Abu Bakar menyerahkan kendaraan dan

perbekalan kepadanya untuk diserahkan kembali setelah lewat tiga malam di gua Hira” (Riwayat

Bukhari)

Rukun

Sewaan

Orang yang

memberi

sewa

Penyewa

Sewa atau nilai

Manfaat

Sighah

Syarat orang yang memberi sewa & Penyewa

• Baligh• Waras

• Pilihan sendiri• Ahli tasarruf

• Islam dan bukan Islam

Syarat Bayaran Sewa

• Bayaran hendaklah bersih dari segi syara’.• Hendaklah boleh dimanfaatkan• Boleh diserahkan pada bila-bila masa.• Milik sendiri, iaitu boleh diserahkan

bayaran sewa itu sama ada menyerahkannya sendiri atau mewakilkan kepada orang lain.• Bayaran itu hendaklah diketahui dan

dipersetujui oleh kedua belah pihak

Syarat Manfaat

• Barang yang disewakan hendaklah bernilai dari segi syara’ dan seimbang dengan bayaran yang dikenakan.

• Barang itu boleh diserahkan oleh penyewa.• Tidak boleh menyewa untuk tujuan

mendapatkan bukan manfaat, tetapi ‘Ain barangan itu.

• Tidak boleh menyewa sesuatu untuk kepentingan orang yang memberi sewa agar melakukan sesuatu ibadat kepadanya

• Barang yang hendak disewa itu hendaklah diketahui jenis, kadar dan sifatnya

• Ijab diikuti dengan Qabul tanpa diselangi dengan perkataan lain.

• Ijab dan Qabul didengar oleh orang yang hampir.

• Ijab dan Qabul sama maksud dan maknanya.

• Tidak ada taklik atau sebarang syarat.• Ijab tidak berubah sebelum ada Qabul.

Syarat Sighah

Sebab-sebab yang membatalkan sewa

• Berlaku kerosakan kepada barangan yang disewa sebab penyewa atau terdapat kecacatan lama yang baru diketahui oleh penyewa.

• Selesai atau memenuhi manfaat yang diakadkan.

Hikmah Sewaan• Manusia perlu kepada sewa dan keperluan

lain yang tidak dimilikinya, seperti alat cucuk tanam, tanah, dan sebagainya.

• Pemilik barang dapat memperolehi keuntungan dari sewaan.

• Dapat mengeratkan hubungan Silaturrahim sesama manusia melalui urusan sewa.

• Sesuatu bentuk pertolongan kepada mereka yang berhajat daripada pemilik barang.

Gadaian (Al-Rahnu)

Definisi Gadaian (al-Rahnu)

Bahasa • TahanIstilah Syarak• menjadikan sesuatu barangan

sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan ia akan menjadi bayaran sekiranya tidak dapat dijelaskan hutang itu nanti

Hukum Gadaian

• Jumhur ulama bersependapat muamalat gadaian adalah diharuskan, baik ketika seseorang itu bermastautin, bermukim atau dalam keadaan bermusafir

Maksudnya : “dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang)….”

Al-Baqarah : ayat 283

Sabda Nabi SAW bermaksud:Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya

masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk

nafkah keluarganya.(Riwayat Tirmidzi)

Contoh Situasi• Ramzi memerlukan wang sejumlah $3,000.00.

Untuk mendapat wang sejumlah tersebut ia terpaksa berhutang daripada Fakhri dengan menggadaikan kebun getahnya iaitu sebagai cagaran kepada hutangnya itu dengan perjanjian apabila ia tidak dapat melunaskan hutangnya itu dalam tempoh yang telah ditetapkan, Fakhri bolehlah menjual kebun tersebut; dan jika harganya lebih mahal daripada jumlah wang yang diperhutangkan itu, wang selebihnya itu hendaklah diberikan kepada Ramzi kerana ianya adalah kepunyaan Ramzi.

Rukun Gadaian

Syarat Rahin (Penggadai) & Murtahin (Pemegang Gadai)

• Mukallaf• Pilihan sendiri• Penggadai dan

pemegang gadaian adalah harta masing-masing dengan milik

secara sah

Syarat Marhun (Barang yang Digadai atau Dihutang)

• Yang digadaikan bukanlah manfaat, tetapi ‘ain (barangnya)

• Mestilah boleh dijual

Syarat Marhun Bih (Hutang Barang yang Digadaikan)

• Mempunyai nilai dan boleh digunakan, seperti wang, emas dan perak.

• Jumlah hutang diketahui oleh kedua belah pihak

• Tidak berubah nilainya dan tidak bertambah

• Sighah, terdiri daripada ijab dan qabul

Syarat Sighah

Hikmah Gadaian• Pertolongan kepada mereka yang terdesak

dan memerlukan.• Dapat menjamin wang yang dihutangkan

kepada seseorang.• Memudahkan orang yang memerlukan

hutang mendapatkan wang apabila terdesak.• Lahirnya perasaan kasih sayang dan kasih

mesra sesama manusia.• Menjaga kemaslahatan manusia ketika

mengadakan muamalat gadaian.

Perbankan Islam

Definisi Gadaian (al-Rahnu)

• Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi)

Sejarah Perbankan Islam• Institusi Bank Islam yang pertama ditubuhkan

di Malaysia pada tahun 1983• Tahun 1993, bank perdagangan, bank

saudagar dan syarikat kewangan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (Bank SPI)

• Oleh itu, Bank SPI ini perlu memisahkan dana dan aktiviti transaksi perbankan Islam daripada perniagaan perbankan konvensional.

Konsep Syariah Dalam Perbankan Islam

Wadi’ah (Simpanan)

Mudarabah (Perkongsian keuntungan)

Bai’ Bithaman Ajil – BBA (Penjualan

dengan harga tertangguh)

Murabahah (Kos

tambah)

Musyarakah (Usaha sama)

Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)

Wakalah (Agensi)

Qard (Kontrak hutang)

Hibah (Ganjaran)

Wadi`ah (Simpanan) • Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang

atau harta sebagai amanah.• Pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset lain

sebagai simpanan di bank.• Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan

oleh pelanggannya. • Mekanisme operasi Wadi’ah ialah pendeposit wang di bank

akan dijamin wang tersebut akan dipulangkan semula. • Pendeposit boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.• Bank akan mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit

pelanggan dan pelanggan dan membayar hibah (hadiah) jika perlu.

Mudarabah (Perkongsian keuntungan)

• Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak, iaitu pemilik modal dan pengusaha.

• Pemilik modal akan menyediakan dana bagi pengusaha untuk menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui.

• Prinsip Mudarabah boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dalam dua cara iaitu antara bank (sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha.

• Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal.

Bai’ Bithaman Ajil (Penjualan dengan harga tertangguh)

• Merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.

• Mekanisme operasi Bai’ Bithaman Ajil ialah pelanggan dapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan yang telah di termasuk keuntungan.

• Bank membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai.• Hak milik aset berpindah tangan kepada bank. • Bank menjual aset itu kepada anda dan menyerahkan hak

milik aset kepada anda pada harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan.

• Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh yang telah dipersetujui.

Murabahah (Kos tambah)• Seperti mana BBA, transaksi Murabahah

melibatkan penjualan barangan di antara penjual dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

• Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti memaklumkan kepada pembeli kos sebenar aset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.

Musyarakah (Usaha sama)

• Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada perkongsian atau usaha sama perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.

• Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak sama nisbahnya dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi.

• Bagaimanapun, kerugian yang dialami akan dikongsi berdasarkan nisbah dana yang dilabur oleh setiap rakan kongsi.

Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)

• Lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya pembiayaan kenderaan.

• Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan) dan kontrak Bai’ (jual beli). Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan.

• Mekanisme operasi Ijarah Thumma Bai’ ialah pelanggan memilih kereta yang ingin dibeli.

• Pelanggan memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar deposit kereta dan berjanji akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut. Bank menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual.

• Penjual kereta memberi hak milik kereta kepada bank. Bank memajakkan kereta tersebut kepada pelanggan.

• Pelanggan akan membayar sewa Ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.

• Pada akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta tersebut kepada pelanggan pada harga yang telah dipersetujui.

Wakalah (Agensi) • Wakalah merupakan satu kontrak di mana seseorang

(prinsipal) melantik pihak lain bagi bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas-tugas khusus.

• Pihak yang menerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi atas perkhidmatannya.

• Misalnya seorang pelanggan meminta bank membuat pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat-syarat tertentu.

• Dalam hal ini, bank ialah ejen yang diberikan kuasa untuk melaksanakan transaksi kewangan bagi pihak pelanggan dan bank akan dibayar fi atas perkhidmatannya.

Qard (Kontrak hutang)• Di bawah Qard, pinjaman diberi untuk satu tempoh

yang tetap atas semangat ihsan dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar sahaja.

• Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih berdasarkan budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.

• Contohnya pemberi pinjaman meminjamkan sebanyak RM5,000 kepada peminjam berdasarkan Qard akan mengharapkan peminjam memulangkan sebanyak RM5,000 kepadanya kelak pada masa yang dipersetujui.

Hibah (Ganjaran)

• Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan kepada manfaat yang diterima.

• Contohnya dalam simpanan yang beroperasi di bawah Wadi`ah, bank lazimnya membayar kepada penyimpan Wadi`ah hibah walaupun pemegang akaun hanya ingin membuat simpanan mereka di bank.

Takaful (Insurans)

Takaful (Insurans)

• Insurans boleh ditakrifkan sebagai satu faedah, iaitu apabila satu kumpulan manusia berikrar untuk mengumpul tenaga dan sumber bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama apabila ditimpa musibah atau kesusahan

• Amalan Insurans sebegini diharuskan dalam Islam

Takaful (Insurans)

Maksudnya : “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”

Jenis-jenis InsuransInsurans Nyawa:• Memberi perlindungan risiko kepada

pemegang polisi ke atas kematian dan hilang upaya.

• Syarikat insurans juga memberi pinjaman kepada pembeli insurans yang mencagarkan polisinya.

Insurans Am:• Memberi perlindungan kepada pemegang

polisi yang mengalami kerugian harta atau pendapatan.

Prinsip & Konsep Insurans

• Insurans merupakan satu perjanjian bantu-membantu di kalangan pemegang polisi bagi meringankan kerugian yang ditanggung oleh ahli.

• Tiada unsur gharar atau ketidakpastian pada bayaran sumbangan dan manfaat.

• Bertujuan memberi keuntungan yang saksama di kalangan ahli.

• Sentiasa menjamin dan melindungi antara satu sama lain daripada kerugian atau kehilangan akibat ditimpa musibah atau bencana.

• Menggunakan konsep tabarru’ yang bererti menderma.• Mengamalkan konsep mudharabah yang bermaksud

berkongsi keuntungan yang telah dipersetujui di dalam perjanjian.

Ciri-ciri Insurans Islam• Gharar: Iaitu ketidakpastian atau kekaburan,

terutamanya jika melibatkan akad, perjanjian atau kontrak.

• Judi: Iaitu apabila pemegang polisi insurans nyawa meninggal dunia sebelum perjanjian atau hanya membayar sebahagian daripada premium yang dijanjikan dan kemudiannya diberikan pampasan yang tidak diketahui asal-usulnya.

• Riba: Iaitu melalui aktiviti pelaburan syarikat di dalam syarikat atau institusi kewangan yang mengamalkan riba.

Isu Semasa

Saham• Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya

Sekuriti (MPS SC), menerusi dua mesyuarat pada 16-17 Oktober dan 26 November 1997 telah mengesahkan aktiviti spekulasi adalah dibenarkan. Asas utamanya adalah aktiviti spekulasi adalah berbeza dengan berjudi.

• Spekulasi adalah tindakan beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Ambil untung dari perbezaan dua harga itu tadi.

• Islam tidak melarang kegiatan ambil untung melalui aktiviti jual beli.

• Nabi Muhammad saw sendiri tidak pernah membuat kawalan harga (price control) termasuk ketika ada orang ramai mengadu harga barang mahal.

top related