eed 3217 :ekspresi kreativiti kanak-kanak

Post on 16-Mar-2016

93 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

EED 3217 :EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK. PROF. MADYA DR. ABDUL RASID BIN JAMIAN arasid@putra.upm.edu.my. Edward de Bono. Lahir di Malta pada 1933 Bidang pemikiran kreatif Prinsip De Bono: A. sentiasa bersikap positif dan konstruktif B. tujuan berfikir C. pemikir alternatif - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

PROF. MADYA DR. ABDUL RASID BIN JAMIAN

arasid@putra.upm.edu.my

Lahir di Malta pada 1933 Bidang pemikiran kreatif Prinsip De Bono: A. sentiasa bersikap positif dan

konstruktif B. tujuan berfikir C. pemikir alternatif D. penglibatan nilai

Edward de Bono (1993) menggunakan pendekatan CoRT Thinking Programme yang membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak.

6 bahagian program Cognitive Research Trust

CoRT 1 – Keluasan CoRT 2 – Organisasi CoRT 3 – Interaksi CoRT 4 – Kreativiti CoRT 5 – Maklumat dan rasa CoRT 6 - Tindakan

CoRT 1 - terdapat perkara yang boleh diambil kira dan dikaitkan dengan kecerdasan pemikiran kreativiti kanak-kanak.

Aims, Goals and Objectives (AGO) – Tujuan, Matlamat dan Objektif

First Important Priorities (FIP) - Perkara Penting yang Menjadi Keutamaan

Consider All Factors (CAF) - Ambil kira semua faktor

Other People’s View (OPV) - Pandangan orang lain

Alternatives, Possibilities and Choices (APC) - Alternatif, kemungkinan, pilihan

Consequence & Sequel (C&S) - Kesan dan akibat daripada kesan

Plus, Minus & Interesting (PMI) – Yang baik, yang buruk dan yang menarik

Aims, Goals and Objectives (AGO) – Tujuan

Matlamat dan Objektif Membantu kanak-kanak supaya lebih

fokus apabila berfikir. Membantu supaya tidak tersasar jauh

daripada matlamat berfikir Menyelesaikan masalah yang utama.

AGO dapat dikaitkan dengan tujuan asal seseorang itu berfikir. Menggelak kanak-kanak daripada

memikirkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dan

hal yang remeh-temeh. AGO juga menghalang kanak-kanak menyeleweng ke arah lain.

First Important Priorities (FIP) - Perkara penting yang menjadi keutamaan

FIP untuk membantu kanak-kanak supaya mengambil kira perkara-perkara yang mustahak

Menghalang kanak-kanak berfikir perkara yang tidak penting

Kanak-kanak menyusun perkara-perkara yang penting sahaja sebagai maklumat penting.

 

Consider All Factors (CAF) - Ambil kira semua faktor Meluaskan pandangan ke arah yang

penting. Mudah dipelajari , diingat dan

digunakan dalam kehidupan seharian. Melatih otak kanak-kanak jangan

berfikir satu hala sahaja. Ia menolong meluaskan persepsi.

Other People’s View (OPV) - Pandangan orang lain Kanak-kanak fikirkan ada memberi

kesan kepada orang lain. OPV membantu kanak-kanak

memahami sudut pandangan orang lain.

Kanak-kanak boleh merasai apa kanak-kanak lain rasa.

Alternatives, Possibilities and Choices (APC) - Alternatif, kemungkinan, dan pilihan Digunakan supaya kanak-kanak berfikir

secara selari. Mengkehendaki kanak-kanak berfikir

mara ke depan dan beberapa perkara secara serentak.

Kanak-kanak akan mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi.

Consequence & Sequel (C&S) - Kesan dan akibat daripada kesan

Guna C&S untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan.

Tujuannya untuk membuat penilaian secara terbaik.

Plus, Minus & Interesting (PMI) – baik, buruk dan menarik Kanak-kanak mengarahkan mindanya ke

arah yang penting sahaja. Individu yang cekap akan membuat penilaian atas apa-apa yang mereka lihat mahupun dengar. Penilaian mereka berdasarkan apa yang mereka tahu.

Mudah digunakan. Ia sangat sesuai dengan kehidupan seharian kanak-kanak.

Topi putih: Pemikiran berdasarkan maklumat, fakta dan data.

Siapa?, berapa?, di mana?, bila?, bagaimana?.

Topi merah: Pemikiran berkaitan perasaan, naluri dan gerak hati.

Apa? dan mengapa?

Topi hitam: Pemikiran perihal penghakiman, kebenaran dan kesesuaian fakta.

Kanak-kanak mengetahui kebenaran sama ada betul atau salah, benar ataupun palsu

Kanak-kanak dapat menghindarkan diri melakukan kesalahan, kesilapan ataupun membuat keputusan yang tidak bijak. Soalan yang sering ditanya ialah Adakah...?

Mementingkan realiti dan kebenaran. Kanak-kanak cenderung mencari apa-apa sahaja yang terbukti salah.

Topi kuning: Pemikiran berkaitan kelebihan, manfaat dan keunikan sesuatu idea.

Lambang pemikiran konstruktif, iaitu gaya pemikiran membina, mencari segala kebaikan, manfaat, kelebihan, keunikan ataupun faedah daripada mana-mana idea. Kanak-kanak akan bertanya:

Apakah manfaatnya? Apakah faedahnya? Di manakah kebaikannya?

Topi hijau: Memikir idea baharu, cadangan, eksplorasi dan alternatif.

Gaya pemikiran kreatif. Kanak-kanak mencari idea, alternatif dan

menyediakan cadangan-cadangan baharu.

Kanak-kanak mencari sebanyak mungkin idea baharu. Idea yang ada jangan dikritik.

Mengambil idea lucu ataupun pelik ataupun dianggap gila-gila.

Kanak-kanak digalak mencabar idea lama.

Kita perlukan idea baharu. Kita perlukan cadangan baharu di

sini. Kita memerlukan cara baharu di sini.

Topi biru: Pemikiran tentang bagaimana mengawal dan menyelia proses berfikir bagi enam topi itu.

Kanak-kanak ini menganggap dirinya lebih baik daripada kanak-kanak lain.

Kanak-kanak ini dapat menegur idea kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini cuba menjadi ’hero’.

Memaksimumkan kejayaan melalui gabungan dengan idea kanak-kanak lain.

Howard Gardner mempercayai kanak-kanak yang kreatif dan mengalami perkembangan kecerdasan yang melibatkan otak dapat dibahagikan kepada sembilan kumpulan.

Kecerdasan bahasa Mempunyai kemahiran berbahasa

tinggi, baik dari segi pertuturan mahu pun penulisan.

Kecerdasan logikal/matematik Kanak-kanak sering digelar ‘pemikiran

saintifik’, iaitu melibatkan pemikiran induktif dan deduktif, penaakulan, proses pengiraan dan struktur logik.

Kecerdasan tampak/ruang Pengamatan tampak, menghasilkan imej

mental, peka dalam gambaran pola atau corak.

Kecerdasan kinestetik Pergerakan fizikal atau psikomotor,

kebebasan tubuh badan yang berkait rapat dengan gerak balas otak.

Kecerdasan ritma/muzik Penguasaan corak ton muzik dan bunyi.

Kanak-kanak sensitif pada bunyi dan irama.

Kecerdasan interpersonal Hubungan dengan orang lain dari segi

komunikasi. Mempengaruhi orang lain kerana mempunyai kemahiran tertentu.

Kecerdasan intrapersonal Mempunyai keyakinan dan pemahaman

pada diri sendiri, kemahuan, perasaan dan kesedaran yang dimiliki.

Kecerdasan spiritual Keupayaan luar jangkaan manusia biasa,

berkeupayaan bertindak atau berkomunikasi secara yang tidak lazim, mencakupi dimensi roh (ghaib) yang luar keupayaan manusia biasa.

Kecerdasan ekologi Keupayaan manusia menyesuaikan dirinya

dan mengadaptasikan dengan suasana dan keadaan alam persekitarannya.

Sekian.Terima kasih.

top related