dsp p moral tahun 1 penambahbaikan - jan 2013 -lawatan langkawi
Post on 10-Feb-2018
273 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
1/20
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
2/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 1Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
3/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 2Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN LADA BIL.1/2011
Pada 12 Januari 2011 bersamaan 7 Safar 1432 Hijrah BSMKP telah menganjurkan
majlis perhimpunan bulanan kali yang pertama bagi tahun 2011 bertempat di
Auditorium Kompleks LADA. Majlis dipengerusikan oleh Puan Mardhiyah Binti
Suhaimy dan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Shukri Bin Mohamad
Isa. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu
Negeri Kedah.
Acara kemuncak pada majlis tersebut
ialah ucapan daripada Timbalan Pengurus Besar Sektor Perancangan dan Pem-
bangunan, Tuan Haji Hanaffi bin Ahmad. Dalam ucapannya, beliau mengucap-
kan selamat tahun baru 2011 dan menyampaikan salam daripada Pengurus Be-
sar LADA yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana masih bercuti selepa
menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Selain itu, beliau
turut menegaskan supaya semua kakitangan LADA lebih proaktif dalam melak-
sanakan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam dan melihat semula
pencapaian pada tahun 2010. Majlis perhimpunan bulanan ini diakhiri dengan
nyanyian lagu 1 Malaysia dan lagu LADA. Majlis bersurai pada jam 9.30 pagi.
KURSUS INDUKSI KHUSUS 2010
Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan (BSMKP), LADA telah mengan-
jurkan kursus induksi khusus kepada kakitangan lantikan baru 2010 melalui 3 sesi
iaitu pada:
09- 12 Oktober 2010 ( Kumpulan Sokongan 2 ) melibatkan 22 peserta
20- 25 Oktober 2010 ( Kumpulan PnP dan Sokongan 1)- melibatkan 38 peserta
23- 28 Disember 2010 ( Kumpulan PnP dan Sokongan 1)- melibatkan 33 peserta
Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya di Kem Seri Negeri, Jalan Batu Asah, Mukim Ulu
Melaka yang melibatkan peringkat Kumpulan Sokongan 2 sehinggalah peringkat Pengurusan
dan Profesional. Kursus Induksi khusus ini adalah merupakan salah satu daripada syarat un-
tuk disahkan di dalam perkhidmatan.
AktivitiAktiviti LAD
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
4/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 3Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
HARI BERTEMU PELANGGAN
Mulai 2 Mac 2010, Unit Khidmat Korporat LADA akan mengadakan pro-
gram Hari Bertemu Pelanggan. Program ini melibatkan jabatan-jabatankerajaan, hotel-hotel, penghulu serta imam masjid-masjid sekitar Langkawi.
Program Hari Bertemu Pelanggan LADA telah ditetapkan iaitu pada setiap
hari Selasa minggu pertama pada setiap bulan. Maklumat lanjut, anda bo-
lehlah melayari laman web LADA, iaitu http://www.lada.gov.my.
Program Hari Bertemu Pelanggan diadakan bagi mendapatkan pandangan
dan cadangan serta mengetahui masalah-masalah daripada pihak pelanggan mengenai mutu perkhidmatan
yang diberikan oleh pegawai dan kakitangan LADA. Di samping itu juga, program ini dapat meningkatkan
mutu perkhidmatan LADA dari semasa ke semasa.
KAJIAN KEPUASAN PEKERJA
Pihak Pengurusan LADA melalui Unit Pengurusan Kualiti dan Keu-
rusetiaan, BSMKP telah menjalankan kajian kepuasan pekerja di
kalangan pegawai dan kakitangan LADA mengenai aspek kerja di
LADA. Kajian Soal Selidik ini telah dijalankan secara bertulis pada
18 Januari 2010 dan berakhir pada 3 Februari 2010. Hasil analisa
daripada kajian tersebut akan dibentangkan kepada pihak pengu-
rusan LADA untuk penambahbaikan dalam perkhidmatan jabatan
dan kepuasan bekerja di kalangan kakitangan.
Kajian akan memfokuskan kepada persekitaran bekerja, kemudahan, dan hubungan pegawai serta pihak ata-
san daripada aspek penyeliaan dan teman sekerja dengan kepuasan bekerja. Hasil daripada kajian ini diharap
dapat membantu untuk menambah baik perkhidmatan dan urusan kerja seharian.
AktivitiAktiviti LAD
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
5/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 4Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
PERTANDINGAN KECERIAAN PEJABAT
Pertandingan Keceriaan Pejabat ini dianjurkan bertujuan
untuk menarik penyertaan dan inisiatif semua bahagian di LADA untuk
mencantikkan dan memperkemaskan suasana ruang pejabat agar tampak
lebih kemas, selesa, dan menarik. Selain itu, me-
lalui program ini, diharapkan dapat melahirkan
kakitangan yang lebih bertanggungjawab terhadap
persekitaran kerja dan berkomitmen dalam tu-
gasan seharian.
Pertandingan ini juga selaras dengan Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 4 tahun 1991, Garis Panduan
Mengenai Strategi-strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam
serta Panduan Amalan 5S Sektor Awam yang dikeluarkan oleh MAMPU. Para pemenang bagi pertandingan ini akan
menerima hadiah yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato Azman bin Umar, Pengurus Besar LADA pada Ma-
jlis Perhimpunan Bulanan pada Bulan Februari 2011. Bagi menggerakkan program ini setiap bahagian/unit diperuntukkan
sebanyak RM2,000.00 bagi tujuan menjalankan aktiviti keceriaan pejabat. Sebanyak 13 bahagian/unit telah mengambil
bahagian. Pertandingan keceriaan pejabat ini telah dimenangi oleh Bahagian Kewangan LADA. Tahniah dan syabas diu-
capkan!
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK AIR HANGAT VILLAGE KEPADA LADAPada 24 Februari 2011, majlis penyerahan projek Air hangat Village kepada LADA telah berlangsung di Air Hangat Village yang meli-
batkan dua buah syarikat yang telah di lantik oleh LADA untuk melakukan pembaikan kemuda-
han dan naik taraf iaitu syarikat Azr Architect Sdn Bhd dan Aliran
permai Engineering Sdn Bhd di Air Hangat Village. Agenda program
tersebut melibatkan majlis menandatangani perakuan penerimaan
projek siap, penyerahan kunci-kunci bangunan oleh kontraktor
kepada LADA dan juga penerangan dan pembentangan oleh pe-
runding melalui kerja kerja penyelenggaraan landskap dan juga penyelenggaraan danoperasi sistem jakuzi.
M a j l i s t e r s e b u t dipengerusikan oleh Yang Bhg Dato Azman Bin Umar selaku Pen-
gurus Besar, LADA. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengurus Besar sektor Perancangan Dan Pembangunan, Tuan Hj
Hanafi Bin Ahmad, Pengurus Bahagian Teknikal, Encik Zamri Bin Mohd Nor, Pengurus BSMKP Encik Nizam B. Mohd Nasir, Pegawai
Penerangan Unit Khidmat Korporat, Encik Ramizi Bin Hassan dan beberapa orang pegawai dan kakitangan LADA yang lain.
AktivitiAktiviti LAD
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
6/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 5Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
ANUGERAH INDUSTRI PELANCONGAN 2011
28 Januari 2011: Bahagian Pelancongan telah berjaya menganjurkan Anugerah Industri Pe-
lancongan peringkat Langkawi yang melibatkan agensi agensi kerajaan, pihak media, NGO
dan juga para pengusaha industri pelancongan. Majlis tersebut telah dihadiri lebih daripada
400 tetamu dari sektor pelancongan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelan-
congan Malaysia, YB Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Ng Yen Yen berharap mutu perkhidmatan industri pe-
lancongan Langkawi perlu ditingkatkan kerana pulau ini menjadi tumpuan pelancong
terutamanya pelancong Eropah. Beliau juga menyentuh mengenai kebersihan tandas
awam serta peri pentingnya amalan kitar semula. Tegas beliau, pihak Kementerian Pe-
lancongan Malaysia sedang giat menjalankan Kempen Malaysia Bersih Malaysia Indah
atau lebih dikenali dengan 1 Malaysia Green & Clean. Kerjasama di antara semua
agensi amatlah penting dalam merealisasikan agenda tersebut. Justeru beliau menyeru
semua pihak agar sentiasa sensitif mengenai isu-isu semasa berkaitan pelancongan.
Anugerah itu diberi sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada pengusaha-pengusaha
industri pelancongan yang telah memperlihatkan daya usaha yang cemerlang dalam memban-
gunkan industri pelancongan negara amnya dan Langkawi khususnya.
Sementara itu, bekas pengurus pelancongan LADA, Megat Shahrul Azman bin Abas dipilih mene-
rima anugerah Tokoh Pelancongan 2011 selama khidmat baktinya dalam industri pelanconganselama lebih daripada 10 tahun. Anugerah itu adalah antara sebelas kategori utama yang turut
diadakan. The Westin Langkawi Resort & Spa menerima anugerah Hotel Terbaik, manakala Resto-
ran Putumayo menerima anugerah Restoran Terbaik, anugerah Penginapan Bajet dimenangi oleh AB Motel dan Osman Bin Ayob
meraih anugerah pemandu pelancong terbaik.
HBS Evergreen Tour Sdn Bhd memenangi anugerah Pengusaha Bot Terbaik, manakala Sala Travel & Tours Langkawi memenang
anugerah Agensi Pelancongan Terbaik. Anugerah pengusaha runcit outlet terbaik dimenangi oleh Kompleks Jeti Pelancongan Be-
bas Cukai, Kuah dan produk pelancongan terbaik dimenangi oleh Kereta Kabel Langkawi. Four Season Resort Langkawi pula me-
menangi anugerah pengusaha Hotel Hijau (Green) Langkawi dan tidak ketinggalan anugerah Program Produk Inovatif yang di-
menangi oleh Mardi Agro Park Langkawi. Tahniah dan syabas kami ucapkan!
Acara Pelancongan & Geopa
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
7/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 6Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
SATUN-LANGKAWI INTERNATIONAL PARAMOTOR
CHALLENGE 2010
LANGKAWI, 27 Nov -- Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad mencadangkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengguna-
kan Paramotor untuk pengangkutan dan tugasan operasi. Katanya, peng-
gunaan paramotor lebih mudah dan tidak memerlukan banyak ruang lan-
dasan untuk berlepas dan mendarat. Adalah sesuai ATM menggunakan
paramotor untuk pengangkutan termasuk tugasan operasi serta mencari
dan menyelamat, katanya pada sidang media selepas menyambut keti-
baan paramotor yang menyertai Satun-Langkawi International Paramotor
Challenge 2010 di perkarangan Kompleks Pekan Rabu Kuah.
Seramai sembilan paramotor dari Malaysia selamat tiba yang mengambil masa sejam dengan jarak sejauh 58 kilometer. Mahathir
berkata, pada masa ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara yang menggunakan paramotor untuk tugasan pengangkutan. Pa-
ramotor itu juga boleh digunakan untuk operasi dan meninjau kejadian banjir. Paramotor dengan berat 30 kilogram berharga
RM25,000 hingga RM30,000 serta kelajuan antara 30 hingga 60 kilometer sejam.
Selain itu, Mahathir menyarankan golongan remaja yang berumur 15 tahun ke atas merebut peluang untuk menjadi seorang ahli
paramotor menerusi sukan tersebut untuk membiasakan diri dengan penerbangan.
KEJOHANAN TENIS GEOPARK REMAJA ANTARABANGSA LANGKAWI 2010
LANGKAWI, 14 Dis Thailand menyapu bersih tiga kejuaraan acara perseorangan yang diper-
tandingkan pada hari terakhir Kejohanan Tenis Geopark Remaja Antarabangsa Langkawi di
Kompleks Sukan Langkawi.
Suetrong Thanthita dari Thailand berjaya mengenepikan cabaran pemain Uzbekistan, Bak-
htiyarova Sofiya 6-7, 6-1 dan 6-1 untuk mengungguli perseorangan wanita bawah 14 tahun.
Pakaro Wijitbanjong turut menyerlah untuk menjuarai perseorangan wanita bawah 12 tahun dengan
mengalahkan Bark Sangbong dari Korea dengan 3-6, 6-3 dan 6-2.Pemain harapan Thailand, Khunjan Nawakarn meraih
kejuaraan perseorangan lelaki bawah 12 tahun setelah mengalahkan rakan sepasukan Pawat Sornlaksup 6-1 dan 6-1.
Malaysia turut meraih dua kejuaraan menerusi Syed Agil Syed Naguib dan Nur Eliza Khairul, masing-masing mengungguli kejuaraan
pada pertandingan akhir perseorangan bawah 16 tahun lelaki dan wanita. Jurucakap penganjur Md Noor Ahmad berkata, semua
perlawanan bergu di batal disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Lebih 200 pemain dari Rusia, Korea Selatan, , Afrika
Selatan, Sri Lanka , Singapura , Thailand, Filipina , Kazakhstan, Turmenistan, Tajikistan, Kyrgzistan, Uzbekistan dan Malaysia menyer-
tai kejohanan itu. Kejohanan itu dianjurkan oleh Persatuan Tenis Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi dan Persatuan Lawan
Tenis Kedah.
Acara Pelancongan & Geopa
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
8/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 7Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
IODA WORLD SAILING CHAMPIONSHIPS
LANGKAWI, 30 Dis-- Kejohanan Layar International Optimist Dinghy Associa-
tion (IODA) Dunia berlangsung dengan jayanya di Kompleks Latihan Perahu Layar
Kebangsaan di Langkawi.
Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, YB Datuk Dr
James Dawos Mamit dan dalam ucapannya menyebut, penyertaan kali ini disertai
sebanyak 55 negara dengan 232 pelayar dan dianggap antara penyertaan terbanyak
dalam siri Kejohanan tersebut. James Dawos kemudiannya melancarkan Kejohanan
itu dengan acara individu Optimist. Kejohanan itu mempertandingkan kategori opti-
mist individu dan berpasukan lelaki serta wanita. Beliau berkata, IODA dapat mem-
promosi Langkawi ke mata dunia sebagai destinasi terkenal. Beliau menambah IODA
boleh menjadi sukan pelayaran terkemuka bagi menarik ramai pelancong ke negara
ini terutama ke Langkawi, katanya pada sidang media selepas melawat beberapa
tempat tumpuan pelancong di sini hari ini.
Para pelayar yang mengambil bahagian bukan datang seorang, tapi turut membawa keluarga
yang diharap dapat menghebahkan mengenai Langkawi apabila pulang ke negara masing-
masing, katanya. Kejohanan yang bermula pada
30 Disember 2010, berakhir pada 8 Januari 2011.
ROYAL LANGKAWI INTERNATIONAL REGATTA 2011
Langkawi: Lebih Empat puluh kapal layar tempatan dan asing telah mengesahkan pen-
yertaan mereka dalam 'Royal Langkawi International Regatta 2011' yang berlangsung
sepanjang lima hari, bermula pada 11 Jan 2011 di sini. Ketua jawatankuasa teknikalkejohanan, Ahmad Zailani Bashah, berkata di antara negara-negara yang mengambil
bahagian adalah Australia, Hong Kong, Jepun, Taiwan, New Zealand, Thailand, Jerman
dan Malaysia.
Apa yang menarik, pada kejohanan kali ini, satu acara baru telah diperkenalkan iaitu
acara dalam kelas Hobie 16 di mana kapal layar bersaiz 16 kaki perlu dikendalikan
oleh dua pelayar. Acara kelas baru ini ditawarkan bagi meningkatkan kompetensi dan
saingan kejohanan. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mendaftarkan tiga kapal untuk perlumbaan, iaitu Tentera Laut 1 ber-
saing di kelas Sukan, Zuhrah (Kelas Lumba), dan Musytari (Kelas Keenam).
The Evolution Racing muncul juara untuk kali yang keenam bagi Royal Langkawi International Regatta 2011. Pasukan daripada Aus-
tralia ini, yang telah bekerja keras bagi Kejohanan ini sangat berpuas hati kerana usaha gigih mereka akhirnya membuahkan hasil.
"Kami beruntung setiap kali datang ke Langkawi," kata ketua Pasukan, Davis selepas perlumbaan terakhir.
Pasukan Hi Fi memenangi tempat kedua, diikuti oleh EFG Bank Mandrake, Hong Kong bagi kategori Racing Class. Pasukan Katsu,
yang memenangi tempat pertama di kelas IRC1, turut membawa pulang piala pusingan LADA, manakala pasukan Phoenix membawa
pulang hadiah pertama di kelas IRC2. Pasukan Viewpoint, yang dinobatkan sebagai tempat pertama bagi Kategori Sport Boat Class
turut memenangi piala sukan Langkawi. Nina Cabriolet dari Andaman pula memenangi Piala Cabaran Malaysia Multihull.
Acara Pelancongan & Geopa
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
9/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 8Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
LE TOUR DE LANGKAWI 2011
LANGKAWI: Selepas tiga tahun menyepi, Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) kem-
bali dilangsungkan di bumi Langkawi, Kedah.
Ia ibarat sirih pulang ke gagang selepas kali terakhir kejohanan berprestij di pentas Asia itu diadakan
pada tahun 2007. Situasi itu jelas sekali menggembirakan seluruh peminat sukan tempatan khusus-
nya warga Langkawi yang selama ini begitu ghairah menantikan kembalinya LTdL di pulau legenda
itu. Berita gembira itu turut dikongsi bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
yang menjadi pencetus idea kepada kejohanan yang telah memasuki edisi ke-16 tahun ini.
Alhamdulillah saya gembira kerana akhirnya LTdL kembali diadakan di Langkawi. Selepas be
berapa tahun tidak diadakan di Langkawi, tahun ini LTdL dapat diadakan semula di Langkawi. Ta
kena kalau LTdL tidak diadakan di Langkawi kerana kejohanan ini sememangnya bermula di Lang
kawi. Saya mahu mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur (Kementerian Belia
dan Sukan) kerana kembali mengadakan LTdL di Langkawi, jelas Mahathir ketika ditemui pem
berita di Dataran Lang, Langkawi semalam.
Terdahulu, Mahathir sempat meluangkan masa bagi menghadiri majlis memperkenalkan barisan pelumba setiap pasukan yang be
tanding pada saingan LTdL 2011 yang akan membuka tirainya secara rasmi di Dataran Lang hari ini. Antara tujuan utama penganju
rannya adalah untuk mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan selain menjana ekonomi negara.
SULUH SOTONG LANGKAWI 2011
Langkawi 27 Februari 2011 : Suluh Sotong Langkawi 2011 telah diadakan pada 25 dan 26 Feb-
ruari 2011 di Jeti Nelayan Kuala Cenang, Langkawi Kedah. Acara ini telah mendapat sambutan
yang amat menggalakkan. Sebanyak 50 buah bot telah menyertai pertandingan ini. Acara ini
adalah julung-julung kali dianjurkan oleh Bahagian Pelancongan, Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA) dengan kerjasama Pengurusan Sumber Perikanan Kuala Cenang dan para
pengusaha pelancongan Langkawi.
Objektif acara ini adalah merupakan salah satu usaha untuk mempelbagaikan daya tarikan
pelancongan di Langkawi dan sebagai pemangkin kepada penganjuran acara tahunan Langkawi selain
mempromosikan Pulau Langkawi yang kaya dengan hasil lautnya. Acara ini merupakan kesinambungan
dari acara Sauk Sotong yang pernah diperkenalkan pada tahun 2004 oleh Majlis Tindakan Pelancongan
Langkawi (MTPL). Kali terakhir Sauk Sotong dianjurkan ialah pada 2009.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah oleh YB Dato Wira Mohd Johari Bin Baharom Timbalan Menteri Perta-
nian Dan Asas Tani, serta turut hadir YB Datuk Paduka Abu Bakar Bin Taib Ahli Parlimen Langkawi, dan Dato Azman Bin Umar
Pengurus Besar LADA.
Acara Pelancongan & Geopa
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
10/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 9Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
3RD INDONESIA-MALAYSIA JOINT GEOHERITAGE
CONFERENCE, 6-8 OKTOBER 2010
Usaha pemuliharaan geowarisan yang bersifat global memerlukan ker-
jasama di peringkat global juga. Un-
tuk mencapai matlamat itu, UKM
dengan kerjasama Universitas Pem-
bangunan Nasional Veteran Yogya-
karta, Indonesia telah menganjurkan
persidangan ini dengan matlamat
membangunkan pemuliharaan ge- owarisan menjuru
kepada pembangunan rantau. Dua orang pegawai Ba
hagian Geopark Norazizah Abdul Jalil dan Mohamad Zuhr
Abd Rashid telah menyertai persi- dangan tersebut
Sebanyak enam kertas ucaptama yang disampaikan oleh pakar dari Malaysia dan Indonesia meliputi konsep
pemuliharaan geowarisan, geopelancongan dan pembangunan lestari. Peserta persidangan telah dibawa mela
wat beberapa kawasan di sekitar Yogyakarta yang berpotensi menjadi calon geopark.
THE 9THEUROPEAN CONFERENCE, 1-6 OKTOBER 2010
Persidangan kali ke 9 ini juga merupakan sambutan ulang tahun ke 10 penubuhan
European Geoparks Network yang diadakan di Lesvos Geopark, Greece; salah
satu daripada empat ahli terawal semasa penubuhannya. Persidangan ini telah
dihadiri oleh Cik Rasanubari Asmah Rahmah dan En Khairul Nizam daripada Ba
hagian Geopark. Sepanjang persidangan ini 110 kertas kerja telah dibentangkan
oleh wakil daripada geopark-geopark dan juga
bakal geopark. Banyak idea-idea menarik dikongsi bersama untuk tujuanpembangunan geopark-geopark. 11 buah geopark baru telah di terima seba-
gai ahli baru dalam Global Geoparks Network menjadi keseluruhan 77 buah
geopark daripada 25 buah negara. Persidangan ini diakhiri dengan lawatan ke
Lesvos Geopark yang meliputi kawasan seluas 30 hektar yang mempunyai
beberapa taman dengan fosil tumbuhan dan pokok dan Muzium Petrified Forest.
Acara Pelancongan & Geopa
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
11/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 1Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
2ndWORLD ECOTOURISM CONFERENCE 2010 DAN
GREEN TOURISM INTERNATIONAL MART
Pada 8-11 Julai 2010 berlangsungnya 2ndWorld Ecotourism Conference
2010 (WEC2010)di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC), Kuala Lum-
pur. Bahagian Geopark dan Bahagian Pelancongan LADA telah
menghantar wakil untuk menyertai persidangan tersebut yang terdiri
daripada En Megat Shahrul Azman Bin Abas (Pengurus Pelancongan)
dan En Hapiz Bin Manap (Ketua Penolong Pengurus
Geopark) sebagai delegasi. En Jamirulhairi Bin Jamil dan En
Azman Bin Ariffin dari Bahagian Geopark juga menyertai pam-
eran semasa persidangan tersebut berlangsung. Sambutan
juga amat menggalakkan dari peserta-peserta domestik dan
antarabangsa untuk mengetahui Langkawi Geopark dengan lebih
dekat lagi.
GEOPARK TO SCHOOL
Pada 2 5 Ogos 2010, satu bengkel pembangunan modul pendidikan awam telah diadakan dengan kerjasama
UKM, UPM, UiTM, FRIM, dan Jabatan Perhilitan. Modul Pendidikan Awal mini bertujuan untuk memperku-
kuhkan pemahaman dan pengetahuan mengenai Langkawi Geopark. Pada peringkat awal ini pembinaan modu
dikhususkan kepada pelajar sekolah menengah. Sebanyak lapan modul awal telah dibina yang memberi pene
kanan kepada geopark, geologi, biologi dan pendidikan secara lestari keseluruhannya. Bengkel ini diikuti den
gan lawatan tapak pada 27-29 Ogos 2010 di Langkawi. Antara tapak perkhemahan yang dicadangkan di Panta
Pasir Tengkorak, Lubuk Semilang dan Teluk Mempelam, Kilim. Modul ini
akan diadakan pada awal tahun 2011 dengan pelajar sekolah menengah
di Langkawi sebagai peserta perintis. Modul ini seterusnya akan dibuat
penambahbaikan setelah penilaian dilakukan dan akan dijadikan modul
pendidikan bukan sahaja untuk pelajar sekolah di Langkawi tetapi untuk
pelajar di Malaysia dan daripada geopark-geopark lain.
Acara Pelancongan & Geopa
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
12/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 1Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
PIALA LADA 2010
Bermula pada 23 November 2010 dan berakhir pada 2 Januari 2011.Perlawanan ini melibatkan 9 pasukan di
seluruh Langkawi. Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Pasir Hitam menentang pasukan Kedawang. Kedua-
dua pasukan menonjolkan aksi yang amat memukau penonton
pada malam tersebut. Akhirnya pasukan Pasir Hitam telah muncul
juara setelah hampir 2 jam perlawanan.
PROGRAM JEJAK PUNCAK MACHINCANG 2010
Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada warga
LADA terutamanya bagi pegawai-pegawai
yang baru berkhidmat .Program ini adalah baik kerana para pe-
serta telah didedahkan di dalam pelbagai ilmu
serta teknik dalam aktiviti pendakian rentis-rentis hutan yang
mencabar selain mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara
pegawai dan semua kakitangan. Program ini telah diadakan di sekitar
kawasan Machincang Geoforest Park. Program ini berlangsung selama 2
hari 1 malam di kawasan rekreasi air terjun telaga tujuh bermula pada 29
Oktober 2010 sehingga 30 Oktober 2010.Tapak perkhemahan
adalah di sekitar air terjun Telaga Tujuh, kem Tok Ayah manakala
pendakian bermula di rentis ke puncak 701 Machincang. Program ini
telah berjaya diadakan dengan kehadiran 22 peserta bersama 15
orang urusetia ahli- ahli Kelab Sukan dan Kebajikan LADA.
Berita Kelab Sukan & Kebajika
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
13/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 1Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
LAWATAN RASMI SAMBIL BELAJAR KE BEIJING,
CHINA
Lawatan ini telah berjaya diadakan pada 5 10 November 2010
yang melibatkan 40 orang pegawai serta kakitangan LADA sepe-
nuhnya. Lawatan ini merupakan lawatan sambil belajar ke tempat
-tempat bersejarah dan bandar-bandar
utama di Beijing antaranya ialah Tianament Square yang meru-
pakan dataran terluas dan terbesar di Dunia.
Forbidden City juga menjadi tempat persinggahan yang mem-
punyai reka bentuk istana yang unik. Tempat tempat lain yang
dilawati adalah Tembok Besar China, Summer Palace ( Istana
Musim Panas ), Stadium Sarang Burung dan juga kedai pen-
jualan jade, sutera dan kristal.
KAYAK MUHIBBAH 2010
Program ini telah pun berjaya diadakan dengan jayanya pada 6
Disember 2010 sehingga 8 Disember 2010 di kawasan Kilim Ge-
forest park yang melibatkan secara keseluruhannya kakitan-
gan LADA seramai 40 orang. Peserta memulakan berkayak
dari hole in the wall sehingga ke Telok Mempelam. Peserta
telah didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan kayak. Program
seperti ini juga dilihat mampu menguji ketahanan fizikal dan mental
peserta selain mampu meningkatkan daya keyakinan diri.
Berita Kelab Sukan & Kebajika
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
14/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 1Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
MAJLIS PERPISAHAN
Timbalan Pengurus Besar II
Majlis ini telah diadakan di Burau Bay Resort memandangkan tempoh
perkhidmatan Datuk Haji Ismail Bin Said telah tamat pada 31 Oktober 2010.
Beliau telah dipinjamkan dari Kerajaan Negeri Kedah pada Januari 2009 se-
bagai Pegawai Pinjaman untuk mengisi jawatan Timbalan Pengurus Besar II
di LADA.
Datuk Haji Ismail telah bertukar ke Pejabat Daerah Sik sebagai Pegawai
Daerah di sana berkuat kuasa pada 1 November 2010. Namun demikian, LADA telah menerima Timbalan Pen-
gurus Besar ( Pengurusan ) yang baru iaitu Tuan Haji A.Rahman Bin Zainol.
Pengurus Pelancongan
Pada 31 Januari yang lepas, LADA telah kehilangan seorang lagi pegawai
apabila Encik Megat Shahrul Azman Bin Abas, Pengurus Pelancongan LADA
telah meletak jawatan setelah mendapat tawaran kerja di Syarikat
Prasarana Negara Berhad. Majlis perpisahan En Megat Shahrul Azman yang
juga merupakan Tokoh Pelancongan Langkawi 2011 telah diadakan di Muti-
ara Burau Bay Resort yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan
LADA. Beliau telah bersama LADA sejak 15 Mac 2007 sehingga 31 Januari 2011. sepanjang penglibatan beliau
sebagai Pengurus Pelancongan LADA beliau telah telah banyak menyumbangkan ilmu serta idea ke arah men-
transformasikan industri pelancongan di Langkawi. Encik Megat Shahrul Azman Bin Abas telah memulakan
kerjayanya sebagai Pengurus Pelaburan, Prasarana Negara Berhad pada Februari 2011. Semoga beliau terus
berjaya dalam semua bidang yang diceburinya.
Warna Kehidupa
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
15/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 1Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
SELAMAT DATANG KAKITANGAN LANTIKAN BARU
Pada tahun 2011, seramai 5 orang pegawai dan kakitangan yang telah dilantik. Pegawai dan kakitangan yang dimaksudkan adala
seperti senarai berikut:
Selamat datang kami ucapkan. Semoga kehadiran anda semua dapat membantu dalam meningkatkan mutu serta kualiti perhidmata
jabatan.
TAKZIAHKepada Keluarga Nor Hazizi
Langkawi 31 Julai 2010 : Pemergian buat selamanya Allahyarham Nor Hazizi Bin Che Mat dari Unit Pentadbiran Am,
bukan sahaja satu kehilangan besar kepada keluarganya malah turut dirasai oleh seluruh warga Lembaga Pemban-
gunan Langkawi (LADA). Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 31 Julai 2010 jam 9.10 malam di rumahnya
sendiri di alamat No. 263 Kg Kelibang, Mukim Kuah, Langkawi kerana serangan penyakit jantung. Berusia 41 tahun,
Arwahyarham telah meninggalkan seorang isteri berserta 3 orang anak ( 2 perempuan, 1 lelaki ) dalam lingkungan
umur 10 16 tahun. Arwahyarham mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 15 Julai 1997 secara kon-
trak dan diserap secara tetap pada 3 Ogos 2008. Arwahyarham sangat dikenali dengan sikapnya yang mudah beker-
jasama dan selalu memberi senyuman.
Kepada keluarganya, warga LADA mengucapkan takziah dan semoga tabah dalam menghadapi ujian Allah dan sama-sama
kita berdoa semoga arwahyarham di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah
Pegawai Bahagian / Unit
Encik Ikhwan Bin Mohd Said Pegawai Penerangan S41 Bahagian Geopark
Cik Sarah Binti Mohamad Arsad Penolong Pegawai Penerangan S27 Bahagian
Geopark
Encik Mohamad Izdzuan Bin Mohamad Khair Penolong Pegawai Pertanian G27 Bahagian
Peancangan dan Pembangunan
Cik Nor Azlina Binti Mohd Zin Pegawai Khidmat Pelanggan N17 Unit
Pentabiran Am
Cik Shariffah Aemee Dianna Binti Syed Mohamed Pegawai Penerangan S41
Unit Khidmat Korporat
Warna Kehidupa
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
16/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 1Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
SENARAI KAKITANGAN LADA YANG BARU
MENDIRIKAN RUMAH TANGGA
SENARAI KAKITANGAN LADA YANG BARU MENDAPAT CAHAYA MATA
BIL NAMA PASANGAN TARIKH
1 MOHD AMIRAN BIN AMIR NORADISMA BT IDRIS 05 . 02.2011
2 NOOR HAYATI BT ABD RAH-
MAN
SATILA AZRAL B. SAAD 26.11.2010
3 NUR SHUHADA BT SABRI ASMAWI BIN ISMAIL 25.11.2010
4 FAZEIAN BT FADHIL MOHD NUR AMIN B.ABD RAH-
MAN
02.10.2010
5 ASHIMAH BT SHUKOR SHAHRIN NIZAM B. ABD LATIF 12.09.2010
BIL NAMA ANAK TARIKH
KELAHIRAN
1 MOHD SHAHRUL NIZAM BIN
AWANG
MUHAMMAD ALIFF IMRAN 31.10.2010
2 HASHIM BIN RAMLI MUHAMAD ADAM HAFIY 21.10.2010
3 SAIFUL RIZAM BIN SUPERI MUHAMMAD ADAM
ZAQWAN
07.09.2010
4 MUHAMMAD ZUHRI BIN ABD
RASHID
MOHAMAD SYAZWI ZAFRI 03.08.2010
5 SHARIZA BT SOBRI NUR ALYA AMANI 06.08.2010
6 NORAZIZAH BT ABDUL JALIL MUHAMMAD SYAKIR IZZ 01.05.2010
Warna Kehidupa
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
17/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 1Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
11 BUAH GEOPARK BARU DIIKTIRAF UNESCO
11 buah kawasan dengan keindahan landskap dan ke-pentingan saintifik daripada sungai subterranean di China
hinggalah landskap yang terbentuk semasa Zaman Ais di
Finland telah menjadi ahli Global Network of National
Geoparks di bawah naungan UNESCO.
Kawasan-kawasan daripada 9 buah negara ini telah diu-
mumkan semasa Persidangan Geopark Eropah ke 9 di Les-
vos, Greece pada bulan Oktober yang lalu menjadikan jum-
lah keseluruhan 77 buah geopark di 24 buah negara dalam
Global Network.
Ahli baru termasuklah Basque Coast di Sepanyol, Dong Van
Karst Plateau di Vietnam, Pulau Jeju, Korea.
Kawasan lain di Asia termasuklah dua geopark daripada
China, Leye Fangshan dan Ningde dan juga Sanin Kaigan di
Jepun.
Dua buah geopark baru daripada Itali iaitu, Cilento & Vallo
di Diano dan Tuscan Mining Park. Geopark lain daripada
Eropah adalah Vikos-Aoos dari Greece, Rokua, Finland; dan
Stonehammer Geopark daripada Canada.
Untuk sesebuah kawasan menjadi geopark, kriteria yang
perlu ada ialah warisan geologi dengan kepentingan dari segi saintifik dan pendidikan, kejarangan dan kecanti
kan. Kawasan tersebut juga perlu mempunyai struktur pengurusan yang berkesan, sempadan yang jelas dan
kawasan yang cukup untuk membenarkan pembangunan ekonomi secara lestari terutama-
nya melalui pelancongan.
(Sumber UNESCO News)
Info Menarik
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
18/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 1Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
SUDUT CELIK IT
Edisi 1/2011 Mengenali Sejarah Komputer
Tahu kah anda bahawa komputer yang anda gunakan pada hari ini telah berkembang teknologinya sejak 6dekad yang lepas, bahkan pada ianya dicipta, anda mungkin belum dilahirkan lagi. Sejarah perkembangan
komputer telah lama bermula iaitu sejak tahun 1940 dan dapat dibahagikan kepada 5 generasi dari meng-
gunakan elektronik sepenuhnya sehinggalah kepada penggunaan mikrokomputer. Mari Kita Lihat
Perkembangan Generasi Komputer Yang Telah Dihuraikan Oleh Pengkaji-Pengkaji Bidang Ini.
GENERASI PERTAMA (1940-1959)
Komputer dihasilkan adalah elektronik sepenuhnya. Saiznya agak besar (hampir menyamai sebuah
bilik tidur) dan dikategorikan kepada kerangka utama (Mainframe), ia menggunakan tiub vakum untuk memproses dan
menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil yang cepat panas dan mudah ter-
bakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan amat banyak agar tidak menjejaskan keupayaan komputer. Ia Juga
menggunakan tenaga elektrik dengan banyak.
GENERASI KEDUA (1959-1964)
Transistor dan diod digunakan bagi menggantikan tiub vakum walaupun ia mudah terbakar. Cara baru untuk
menyimpan ingatan iaitu teras magnetik diperkenalkan. ia menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litar
elektrik. Keupayaannya memproses lebih besar.
GENERASI KETIGA (1964-1980)
Ia bermula apabila IBM (International Business Machine) memperkenalkan Sistem/360 iaitu Kerangka
Utama yang mengandungi alatan-alatan yang lengkap bagi memenuhi semua keperluan pengaturcaraan
pada masa tersebut.
GENERASI KEEMPAT (1980-sekarang)
Penyelidikan mikroelektronik telah berjaya menghasilkan Litar Bersepadu/Terkamir atau Cip di mana beribu
transistor dipadatkan didalam kepingan empat segi silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale
Integration). Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer.
GENERASI KELIMA (sekarang-masa depan)
Arus kemodenan komputer diteruskan lagi dengan penemuan microprocessor dan juga semi conductor.
Kemajuan ini diteruskan lagi dengan teknologi LSI (Large Scale Integration) iaitu pemadatan ribuan micro-
processor ke dalam sebuah microprocessor sahaja untuk menjadikan komputer lebih kecil, padat dan
berkelajuan tinggi.
Info Menarik
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
19/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 1Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
RENUNGAN BERSAMA
Sabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan
tekun.' (Riwayat Abu Daud).
Menurut hadis ini, apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna peker
jaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah s.w.t.
Bersungguh-Sungguh
Allah Swt sukakan Muslim yang bersungguh-sungguh membuat kerja yang baik, apatah lagi, kalau pekerjaan itu terkait dengan urusan
dakwah Islam, menyebarkan kefahaman Islam. Ketekunan berceramah, menulis dan mengarang bahan-bahan ilmiah akan menyebab
kan umat itu terlepas bebas daripada belitan tipu daya orang yang sombong dan zalim.
4 kunci untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah iaitu:
Ikhlas laksanakan tugasan atau kerja dengan keikhlasan.
Menjaga hubungan dengan ALLAH segala kerja yang lakukan mestilah berhubung dengan Allah. Buat sesuatu kerja kerana Alla
dengan keikhlasan hati. " Barang siapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungan-Ny
dengan orang tersebut."(HR. Hakim)
Muadjaddah Buat sesuatu kerja mestilah bersungguh-sungguh. Ikhlas melaksanakan kerja dengan kesungguhan dan amana
demi Allah.
Muhasabah menilai/meneliti kembali kerja yang dilakukan untuk mendapat keberkatan dari Allah. Mungkin pada masa ini kita
ada melakukan kesalahan sesama manusia, mohon maaf kepada mereka yang kita lukai ataupun kerja yang kita buat mestilah mengi
kut tempoh yang dah ditetapkan dan jika kita menggunakan masa tersebut pastikan kita menggantikan semula supaya kita mendapa
keberkatan dari Allah.
Semoga kita memperbaiki diri kita untuk mendapat keberkatan Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah, hubungan kita sesama manu
sia dan membuat amal dan kerja dengan keikhlasan di hati demi Allah.
Info Menarik
-
7/22/2019 DSP P Moral Tahun 1 Penambahbaikan - Jan 2013 -Lawatan Langkawi
20/20
e-BuletinLADA - EDISI 01/2011 1Lembaga Pembangunan Langkawi | Langkawi Development Authority
Kalendar Acara Langkawi 201
top related