dsiplin

Post on 12-Jan-2016

222 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

disiplin

TRANSCRIPT

ORIENTASI TAHUN 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA

- TAKLIMAT DISIPLIN -

Definisi Disiplin 

Disiplin ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan yang memberikan latihan pada pemikiran dan kelakuan agar individu boleh mengawal diri untuk sentiasa berkelakuan baik, disamping sedia mematuhi hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan atau undang-undang.

Matlamat

• Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu dan prestasi pelajaran murid dari semasa ke semasa.

• Menambah serta memupuk minat dan semangat untuk belajar bagi meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan murid.

• Melahirkan generasi terpelajar yang bertanggungjawab serta bersatu padu dan setia kepada negara.

• Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan taat kepada perintah agama.

• Melahirkan insan yang kamil.• Mempertingkatkan serta mengekalkan keyakinan masyarakat

terhadap sekolah. 

BAHAGIAN B:PAKAIAN DAN SAHSIAH MURID

Pakaian Seragam Sekolah • Murid dikehendaki memakai seluar panjang berwarna biru gelap. Sekiranya

bertali pinggang, pastikan ia berwarna gelap, tidak terlalu lebar dan tidak mempunyai kepala yang besar atau bertuas.

• Baju putih berlengan pendek hendaklah dipakai dengan sempurna iaitu memasukkan kaki baju ke dalam bahagian atas seluar.

• Murid dikehendaki memakai kasut kanvas (bukan kulit) berwarna putih serta dipadankan dengan stokin berwarna putih juga.

• Pakaian seragam sekolah hendaklah dipakai pada hari persekolahan, hari peperiksaan, kelas tambahan, lawatan dan majlis-majlis rasmi sekolah. 

Pendidikan Jasmani / Sukan • Sewaktu menjalani pendidikan jasmani dan latihan sukan, murid-murid

dikehendaki memakai baju ‘ T ‘ berwarna putih dan seluar ‘trek’ berwarna gelap. Baju ‘T’ yang ranggi, berwarna warni atau bertulis dengan kata-kata yang tidak sesuai adalah DILARANG SAMA SEKALI

Lencana Sekolah / Tanda Nama• Murid-murid dikehendaki memakai rencana sekolah dan tanda nama (teg nama)

yang disematkan di bahagian dada kiri pakaian seragam sekolah, pada hari-hari persekolahan, hari-hari peperiksaan, lawatan, kegiatan persatuan, badan beruniform dan majlis-majlis rasmi sekolah.

Rambut dan Kuku

• Murid tidak dibenarkan berambut panjang iaitu sehingga bahagian belakang mencecah kolar baju dan bahagian tepi mencecah cuping telinga.

• Murid dikehendaki menjaga rambut supaya sentiasa bersih, dan disisir dengan kemas.

• Murid-murid dilarang mewarnakan rambut atau menyimpan fesyen rambut yang aneh seperti ‘punk’ dan sebagainya.

• Murid juga dilarang menyimpan kuku panjang.

BAHAGIAN C:

TATA KELAKUAN

Dalam Bilik Darjah

 • Semua murid dikehendaki berada di dalam bilik darjah pada setiap

masa belajar dengan keadaan senyap dan bersopan.• Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas tanpa kebenaran

guru.• Murid-murid hendaklah memastikan suis lampu dan kipas ditutup

sebelum meninggalkan bilik darjah untuk rehat, ke balai bacaan, ke makmal, ke bilik komputer, ke bilik tayang atau balik.

• Murid-murid yang mendapati dirinya kurang sihat boleh memberitahu guru untuk berehat di bilik sakit, balik ke rumah atau ke hospital.

• Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas untuk ke tandas secara berkumpulan atau berteman.

• Perhimpunan – Murid-murid dikehendaki beratur di tapak perhimpunan apabila loceng pertama dibunyikan sebelum masuk ke kelas untuk pelajaran pertama. Murid-murid juga dikehendaki berbuat demikian apabila loceng akhir dibunyikan sebelum balik.

• Dalam Kawasan Sekolah• Murid-murid dikehendaki sentiasa berada dalam kawasan sekolah

sepanjang waktu persekolahan.• Murid-murid tidak dibenarkan keluar meninggalkan kawasan sekolah

kecuali dengan izin guru besar atau wakilnya.• Murid-murid tidak dibenarkan berlari-lari, membuat bising sewaktu

pergi ke kantin, ke tempat perhimpunan, ke tandas, ke perpustakaan, ke bilik tayang, ke bilik komputer dan ketempat-tempat lain dalam kawasan sekolah.

• Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke bilik guru besar, bilik penolong kanan,pejabat, setor sukan, bilik SPBT, bilik sumber, bilik komputer dan bilik-bilik larangan yang lain kecuali atas arahan atau dengan izin guru.

• Perpustakaan• Murid-murid dikehendaki berpakaian seragam sekolah ketika

memasuki perpustakaan.• Murid-murid dilarang bermain, berbual-bual atau berbuat bising di

dalam perpustakaan.• Pinjaman dan pemulangan buku-buku perpustakaan hendaklah

mengikut peraturan-peraturan perpustakaan.• Murid-murid digalakkan menggunakan perpustakaan dengan sebaik-

baiknya.

Waktu Rehat

 • Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu

rehat kecuali dengan izin guru.• Murid-murid yang tidak ke kantin hendaklah berada di pondok-

pondok bacaan, perpustakaan, atau tempat-tempat rehat yang lain.• Murid-murid dilarang bermain, berkejar-kejaran pada waktu rehat

kerana ini boleh menyebabkan murid letih dan berpeluh sehingga tidak boleh belajar.

• Murid-murid yang pergi ke kantin hendaklah makan dan minum di tempat duduk yang disediakan.

• Murid-murid hendaklah beratur ketika membeli makanan. Dilarang memotong ketika membeli makanan.

• Murid-murid dilarang makan dan minum sambil berdiri atau berjalan.• Murid-murid dikehendaki berhenti makan atau minum sebaik sahaja

loceng naik rehat berbunyi.• Murid-murid dilarang membeli makanan dan minuman dari penjaja

di luar kawasan sekolah.

BAHAGIAN FKEHADIRAN

Waktu Belajar• Persekolahan dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.• Waktu persekolahan adalah seperti berikut:

• Hari Isnin hingga Rabu: Mula = 7.45 pagi - 1.30 tengah hari

• Hari Khamis Mula = 7.45 pagi - 1.05 tengah hari

• Hari Jumaat Mula = 7.45 pagi – 12.05 tengah hari

• Pada hari Jumaat murid-murid dilarang berada dalam kawasan sekolahdari pukul 12.10 tengah hari hingga pukul 2.00 petang.

• Murid-murid dilarang datang lewat ke sekolah dan pihak sekolah akan memaklumkannya kepada ibu bapa/ penjaga murid.

• Murid-murid yang tidak dapat hadir belajar disebabkan sakit atau hal-hal lain hendaklah memberitahu sekolah dengan bersurat.

• Kelas-kelas tambahan, jika diadakan oleh seseorang guru, adalah wajib bagi murid-murid menghadirinya.• Ibu bapa / penjaga yang ingin membawa pulang anak/ jagaan mereka keranasesuatu hal peribadi,

hendaklah mendapatkan izin daripada guru besar dengan mengisikan maklumat yang dikehendaki oleh sekolah.

• Ibu bapa/ penjaga dilarang membawa kenderaan masuk ke kawasan sekolah untuk menghantar atau mengambil anak/ jagaan mereka.

 

top related