dr. junaini binti kasdan junaini@dbp.gov

Post on 26-Oct-2021

10 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

DR. JUNAINI BINTI KASDAN

junaini@dbp.gov.my

DUA BENTUK KOMUNIKASI

Komunikasi verbal (lisan dan tulisan)

Komunikasi bukan verbal (bahasa isyarat, bahasa tubuh dll.)

Komunikasi Lisan(Rasmi)

- Perbincangan

- Mesyuarat

- Ceramah

- Taklimat

- Dialog

- Forum

- Debat

- Pidato

Komunikasi Tulisan(Rasmi)

- Surat

- Memo

- Notis

- Minit mesyuarat

- Laporan

- Kertas cadangan

- Rencana

- Berita

Komunikasi Lisan TakRasmi

? ? ? ?

Komunikasi Tulisan TakRasmi

? ? ? ?

BAHASA SEBAGAI SATU SISTEM

• Sistem Ucapan (Sebutan dan Intonasi)

• Sistem Tulisan (Ejaan dan Tanda Baca)

• Kosa Kata

• Tatabahasa

• Laras bahasa

Datuk Dr. Hassan Ahmad

Bahasa bukan sekadar soal

tatabahasa, ejaan, istilah dan kamus;

bahasa berkait dengan budaya, politik,

keadaan sosial, ideologi, psikologi,

sikap, hati dan jiwa manusia.

BAHASA MODEN

Bahasa yang tidak maju ialah bahasa

yang tidak mempunyai sistem tulisan,

dan tidak memiliki ciri standardisasi dan

modenisasi.

Bahasa moden ialah bahasa yang dapat

menterjemahkan karya yang ditulis

dalam bahasa-bahasa dunia yang maju.

Bahasa Kebangsaan ialah bahasa

Melayu dan hendaklah dalam

tulisan yang diperuntukkan melalui

undang-undang oleh Parlimen

Bahagian XII Perkara 152(1)

Perlembagaan Persekutuan

PENGUKUHAN DASAR

BAHASA

Surat Pekeliling Bil. 1, 2006: Langkah-

langkah Memperkasakan Bahasa

Kebangsaan Dalam Urusan Rasmi.

Pindaan Akta DBP bagi menguatkuasakan

dasar bahasa.

Penguatkuasaan undang-undang Kecil

mengenai bahasa kebangsaan oleh Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT).

Surat Pekeliling

Perkhidmatan Bil.9 Tahun 2011

- Panduan Penggunaan Bahasa

Kebangsaan Dalam

Perkhidmatan Awam

Bincangkan…

BAHASA BAKU

vs

SEBUTAN BAKU

BAHASA MELAYU BAKU

Bahasa yang lengkap dari segi penggunaan

aspek-aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya,

betul tatabahasanya, betul istilahnya, betul

penggunaan katanya, betul laras bahasanya,

dan betul sebutan serta intonasinya.

UNSUR BAHASA BAKU

Tatabahasa

Ejaan

Sebutan

Istilah dan kata umum yang betul

Tanda baca

Wacana

Laras bahasa

Sebutan yang betul atau baku bagi perkataan

dalam bahasa Melayu didasarkan pada lafaz

ejaan setiap perkataan yang dituturkan.

Dalam bahasa Melayu, setiap huruf mesti

dibunyikan.

Sebutan baku digunakan dalam situasi rasmi,

misalnya dalam situasi pengajaran dan

pembelajaran, semasa menyampaikan

ucapan, berbahas, berceramah,

mempengerusikan mesyuarat, dan bersiaran.

SEBUTAN BAKU

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Ditubuhkan pada 22 Jun 1956.

Nama asalnya ialah Balai Pustaka.

Pada tahun 1965, ditukar kepada

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Akta Dewan Bahasa dan Pustaka

(Ordinan 1959, Pindaan 1978, Pindaan

dan Peluasan 1995).

5 (1) Tujuan-tujuan Lembaga ialah:

(v) Untuk menggalakkan penggunaan

bahasa kebangsaan yang betul; dan

(vi) Untuk menggalakkan penggunaan

bahasa kebangsaan supaya ia akan

digunakan secara meluas bagi segala

maksud mengikut undang-undang

yang sedang berkuatkuasa.

(2) Bagi maksud perenggan (1) (v) dan (vi),

“untuk menggalakkan” termasuklah

memberi arahan, ulasan, nasihat,

bantuan, bimbingan, latihan, atau

pengawasan.

DEWAN BAHASA DAN

PUSTAKA (1956)

PERANAN DBP

• Membina dan memperkaya bahasa kebangsaandalam semua bidang.

• Memperkembang bakat sastera.

• Mencetak dan menerbitkan buku, majalah danrisalah lain dalam bahasa kebangsaan.

• Membakukan ejaan dan sebutan danmembentuk istilah.

• Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaanyang betul dan secara meluas.

Bahasa Melayu yang baik ialah bahasa

Melayu yang dieja dan diungkapkan

dengan betul, pemilihan kata yang

tepat, santun, logik serta gramatis.

Masalah Penggunaan Bahasa Melayu :

- Sebutan

- Ejaan

- Tatabahasa

SEJARAH RINGKAS

Rancangan pembakuan SistemEjaan Rumi Bahasa Melayu

bermula pada tahun 1904 dandisempurnakan pada tahun 1972.

Sistem Ejaan Rumi

yang pernah wujud

1. Sistem Ejaan Wilkinson (1904) – ejaan sekolahMelayu di Malaya.

2. Ejaan Za‟ba (1949) – ejaan sekolah hingga 1972.

3. Sistem Ejaan Fajar Asia – ejaan majalah Fajar Asia (1945 – 1954)

4. Ejaan Rumi Kongres 1956 – ejaan Asas ‟50‟ (Angkatan Sasterawan ‟50)

5. Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa MelayuUniversiti Malaya) – ejaan majalah Bahasa.

6. Sistem Ejaan Rumi Baru (1972) – digunakan diBrunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia hinggakini.

Penyatuan ejaan Rumi antara bahasa

Melayu di Malaysia dan di Indonesia

bermula pada tahun 1959. Walau

bagaimanapun, ejaan bersama yang

dipersetujui (Ejaan Melindo – 1959) tidak

dapat dilaksanakan.

Ejaan lama Bahasa Indonesia

'ch' - 'kh„ : achir → akhir

'dj' - „j‟ : djarak → jarak

'j' - „y‟ : sajang → sayang

'nj„ - „ny‟ : njamoek → nyamuk

„oe‟ - „u‟ : doeloe → dulu

'tj' - „c‟ : tjoetji →cuci

Ejaan lama Bahasa Melayu

„ch‟ - „c‟ : chawan → cawan

„dh‟ - 'd‟ : redha → reda

„dz‟ – „z‟ : dzalim → zalim

„sh‟ - „sy‟ : masharakat → masyarakat

„th‟ - „t, s‟ : hadith → hadis

„ě‟ – „e‟ : pěrang → perang

Persetujuan tentang Sistem Ejaan Rumi

Bersama yang ditandatangani pada 27 Jun

1967, telah diisytiharkan penggunaannya

serentak di Malaysia dan Indonesia pada

16 Ogos 1972 di bawah kerjasama MBIM

(kemudiannya berubah menjadi MABBIM).

Di Malaysia sistem ini dikenali dengan

nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa

Melayu.

Keselarasan atau kesesuaiandua huruf vokal yang membentuk dua suku katapada kata dasar, iaitupasangan di antara hurufvokal pada suku kata akhirtertutup.

Sistem keselarasan huruf vokal

LATIHAN 1Tandakan √ pada pilihan ejaan yang betul.

Ejaan Ejaan

1. celop celup √

2. jentik-jentik √ jentek-jentek

3. jelatik √ jelatek

4. kidong kidung √

5. warong warung √

6. sireh sirih √

7. bertih √ berteh

8. tebuk √ tebok

9. selekuh selekoh √

10. cengkerik √ cengkerek

11. kubis √ kobis

12. kerisek kerisik √

13. upih √ upeh

18 POLA KESELARASAN VOKAL

a

ě

i

u

a

i

u

e

o

a

e

o

FORMULA

Biasanya mengandungi hurufkonsonan akhir h, k, ng atau r.

Awalan me(N) + p, s, t, k

Contoh:

me(N) + pesan = memesan

me(N) + pasang = memasang

me(N) + salin = menyalin

me(N) + sapu = menyapu

me(N) + tarik = menarik

me(N) + tukar = menukar

me(N) + karang = mengarang

me(N) + kapak = mengapak

Awalan pe(N) + p, s, t, k

Contoh:

pe(N) + pesan = pemesan

pe(N) + pasang = pemasang

pe(N) + salin = penyalin

pe(N) + sapu = penyapu

pe(N) + tarik = penarik

pe(N) + tukar = penukar

pe(N) + karang = pengarang

pe(N) + kapak = pengapak

Kekecualian

ternak = menternak

tawa = mentertawakan

Kekecualian

pelopor = mempelopori

pelawa = mempelawa

percaya = mempercayai

punya = mempunyai

peduli = mempedulikan

Bentuk lain bagi kata asli BM

me(N) + m, n, ny, ng, r, l, w dan y = me

pe(N) + m, n, ny, ng, r, l dan w = pe

me(N) + b, f, dan v = mem

pe(N) + b, f dan v = pem

me(N) + d, c, j, sy dan z = men

pe(N) + d, c, j, sy dan z = pen

me(N) + g, h, dan huruf vokal = meng

pe(N) + g, h, dan huruf vokal = peng

Imbuhan me(N) dan pe(N)

pada kata satu suku kata

me(N) + satu suku kata = menge

pe(N) + satu suku kata = penge

Contoh:

mengecat / pengecat

mengecap / pengecap

LATIHAN 2

1. keluk

2. kelok

3. tempoh

4. tempuh

5. dukung

6. dokong

7. lancung

8. lancong

9. telor

10. telur

11. colek

12. culik

11. indah

12. endah

13. sosok

14. susuk

15. tembuk

16. tembok

17. golong

18. gulung

19. tunggak

20. tonggak

21. cebik

22. cebek

Sebutkan perkataan berikut dengan betul.

LATIHAN 3Tandakan √ pada pilihan ejaan yang betul.

Ejaan Ejaan

1. anih aneh √

2. calon √ calun

3. lakon √ lakun

4. lapur lapor √

5. pamir pamer √

6. pelosok √ pelusuk

7. perabut perabot √

8. tulen √ tulin

9. keripik kerepek

10. awet √ awit

11. jempol √ jempul

12. dendeng √ dending

KEKECUALIAN KESELARASAN VOKAL

Pola yang digunakan untukmengeja kata-kata yang diambil

daripada bahasa asing, khususnyadaripada bahasa-bahasa Nusantara

dan bahasa Inggeris.

a

ě

i

u

a

e

o

e

o

a

i

u

FORMULA

bisa dekan

rendang gelang

reda kepak

semak sebak

selak sepah

sepak perang

perak para

kelah kepang

lepa pelang

SEBUT DAN BINCANGKAN

LATIHAN 4Tandakan √ pada pilihan ejaan yang betul.

Ejaan Ejaan

1. emelkan e-melkan √

2. muhibbah muhibah √

3. jakuzi √ jakuzzi

4. nasionalisme √ nasionalisma

5. sesi √ sessi

6. stokin stoking √

7. odit audit √

8. organisme organisma √

9. talipon telefon √

10. landskap √ lanskap

11. otomobil automobil √

12. pensil pensel √

13. setem √ stem

EJAAN KATA PINJAMAN

Untuk mengeja kata pinjaman, yang dipentingkan adalah bentuk ejaan atau

bentuk visualnya. Oleh itu perubaanejaan dibuat menurut peraturan

penyesuaian huruf

1. Penyesuaian huruf-hurufkonsonan tertentu

c - s sen (cent)

c, cc - k karbon (carbon)

cc - ks aksen (accent)

ch - s mesin (mechine)

ch - k kolera (cholera)

s - z muzik (music)

sc - s sains (science)

sc - sk skala (scale)

q - k kualiti (quality)

th - t teori (theory)

x - ks kompleks (complex)

y - i ekonomi (economy)

2. Pengguguran satu daripadagabungan huruf konsonan yang sama

bb - b lobi (lobby)

ff - f trafik (traffic)

gg - g agresif (aggresive)

ll - l bil (bill)mm - m koma (comma)

nn - n tenis (tennis)

ss - s aset (asset)tt - t bateri (battery)

zz - z jaz (jazz)

3. Penyesuaian huruf bagi gabungandua huruf vokal

au - au audit (audit)

ea - ea idea (idea)

ea - i gris (grease)

ia - ia dialek (dialec)

ei - ei protein (protein)

ei - i kalori (calorie)

ee - i mi (mee)

iu - iu stadium (stadium)

ou - au akaun (account)

ou - u kupon (coupon)

oa - o kot (coat)

oo - u but (boot)

ue - u tisu (tissue)

4. Pengekalan gugus konsonandalam bahasa Inggeris denganbeberapa penyesuaian.

bl - bl blok (block)cl - kl klinik (clinic)dr - dr draf (draft)cr - kr kredit (credit)pr - pr protokol (protocol)st - st stor (store)scr - skr skrip (script)

6. Kata yang asalnya berakhir dengan –sion

- si, - sion, - syen

profesion - profession

dimensi - dimension

televisyen - television

Contoh

7. Kata yang asalnya berakhir dengan –tion- si, - syen

tradisi - tradition

konvensyen - convention

Contoh

8. Pengejaan istilah yang berakhir dengan –ism

nasionalisme - nationalism

komunisme - communism

organisma - organism

Contoh

9. Pengejaan istilah yang berakhir dengan –ist, –ive, –ole,

optimis - optimist

relatif - relative

isoindola - isoindole

Contoh

10. Pengejaan tatanama sebutan organik

-ane - -ana

-ate - -at

-ase - -ase

-ene - -ena

-ide - -ida

-ine - -ina

-one - -on

-ole - -ola

-ylide - -ilida

-olide - -olida

-ete - -et

-nitrile - -nitril

-ylene - -ilena

-ylidyne - -iliduna

-yne - -una

11. Pengejaan kata pinjaman daripadabahasa Inggeris yang telah mantap.

class - kelasclub - kelabglass - gelasgrant - geranplan - pelanstamp - setempencil - penselaction - aksidial - dailfile - failsize - saizpie - pailotion - losenimmigration - imigresen

Tidak berlaku peluluhan huruf p, s,

dan t pada kata dasar pinjaman yang

mendapat imbuhan me(N) dan pe(N)

Contoh:

me(N) + pamer = mempamer

me(N) + protes = memprotes

me(N) + struktur = menstruk

me(N) + sabotaj = mensabotaj

me(N) + takrif = mentakrif

me(N) + transformasi = mentransformasi

Imbuhan untuk kata pinjaman

me(N) + m, n, ny, ng, r, l, w dan y = me

pe(N) + m, n, ny, ng, r, l dan w = pe

me(N) + b, f, dan v = mem

pe(N) + b, f dan v = pem

me(N) + d, c, j, s, sy dan z = men

pe(N) + d, c, j, s, sy dan z = pen

me(N) + g, h, dan huruf vokal = meng

pe(N) + g, h, dan huruf vokal = peng

BINCANGKAN…

Perlumbaan atau Pelumbaan

Pelantikan atau Perlantikan

Pengisytiharan atau Perisytiharan

Persaraan atau Pesaraan

Persijilan atau Pensijilan

Pelaksanaan atau Perlaksanaan

LATIHAN 5Tandakan √ pada pilihan ejaan yang betul.

Ejaan Ejaan

1. samada sama ada √

2. siar raya √ siaraya

3. semulajadi semula jadi √

4. pilihanraya pilihan raya √

5. cogan kata √ cogankata

6. gadai janji √ gadaijanji

7. tengah hari √ tengahari

8. gambarajah gambar rajah √

9. timbang tara √ timbangtara

10. atur cara √ aturcara

11. urus setia √ urusetia

12. mampu milik √ mampumilik

13. rumah tangga √ rumahtangga

Salah satu cara untuk membentuk kata

dalam bahasa Melayu adalah dengan

menggabungkan dua kata dasar.

Contoh:

rangkai kata

rumah tangga

jalan raya

alat tulis

atur cara

RANGKAI KATA/KATA MAJMUK

Semua rangkai kata/kata majmuk dalam BM

dieja terpisah kecuali perkataan yang berikut

dieja sebagai satu perkataan:

kerjasama bumiputera

kakitangan suruhanjaya

sukarela pesuruhjaya

matahari tandatangan

setiausaha tanggungjawab

warganegara jawatankuasa

antarabangsa olahraga

beritahu

PENGEJAAN RANGKAI KATA

setiausaha jawatankuasa suruhanjaya

kerjasama sukarela antarabangsa yang

bertanggungjawab menurunkan tandatangan

dan memberitahu warganegara, pesuruhjaya

dan kakitangan bumiputera berolahraga di

bawah terik matahari

Penggandaan Kata Majmuk

Hanya kata depan yang digandakan.

Contohnya:

surat-surat khabarpemboleh-pemboleh ubahgambar-gambar rajahguru-guru besarbalai-balai rayaMenteri-Menteri besar

Penggandaan Kata Majmuk yang dikecualikan

Seluruh perkataan hendaklah digandakan.

Contohnya:

setiausaha-setiausahajawatankuasa-jawatankuasasuruhanjaya-suruhanjayakakitangan-kakitangan

LATIHAN 6Tandakan √ pada pilihan ejaan yang betul.

Ejaan Ejaan

1. prabayar √ pra-bayar

2. pasca siswazah pascasiswazah √

3. ilmuwan √ ilmuan

4. ekabahasa √ eka bahasa

5. dwi-tahunan dwitahunan √

6. pancawarna √ panca warna

7. anti-kerajaan √ antikerajaan

8. bio-kimia biokimia √

9. eko-pelancongan ekopelancongan √

10. tataurusan √ tata urusan

11. tele-sidang telesidang √

adi - adikarya (masterpiece)

bi - bitara (imcomparable)

dasa - dasawarsa (decade)

panca - pancalogam (alloy)

pasca - pascaperang (postwar)

pra - prasejarah (prehistory)

purna - purnabentuk (well-formed)

pramu - pramusaji (waiter)

swa - swaserap (self-absorb)

tri - trihuruf (trigraph)

tata - tatanama (nomenclature)

-wan - ilmuwan (scholars)

Imbuhan asing yang diterimasebagai imbuhan bahasa Melayu

audio - audiodigital

eko - ekopelancongan

agro - agroekonomi

sosio - sosiopolitik

geo - geopolitik

homo - homograf

poli - polisakarida

multi - multilateral

maha - mahakarya

ultra - ultrasonik

auto - automobil

semi - semikonduktor

Awalan asing yang dieja bercantum

Bentuk Kata Ganda

Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar, penggandaan

penuh atau penggandaan separa

Penggandaan Penuh

Proses menggandakan keseluruhankata dasar sama ada berimbuhan atau

tidak.

rumah-rumahketua-ketuaamalan-amalanpersatuan-persatuan

CONTOH

Penggandaan Separa

Proses menggandakan sebahagiankata dasar. Boleh merupakan kata

tunggal atau kata terbitan.

laki = lelakipohon = pepohondaun = dedaun

a) Penggandaan separa kata tunggal

CONTOH

b) Penggandaan separa kata berimbuhan:

berlari-laribermain-maintembak-menembakmencari-caribantu-membantutercengan-cengangkejar-mengejarjadi-jadiankekuning-kuningan

CONTOH

Penggandaan Berentak

Proses menggandakan kata dasarmengikut rentak bunyi tertentu.

kuih-muihlauk-pauksayur-mayurcerai-berai

a) Penggandaan berentak pengulangan vokal

CONTOH

batu-batangunung-ganangsuku-sakatdolak-dalikmundar-mandirhuru-harakucar-kacir

b) Penggandaan berentak pengulangan

konsonan

CONTOH

anak-pinaksaudara-maraperiuk-belangaremeh-temehsimpang-siurlintang-pukang

c) Penggandaan berentak bebas

CONTOH

KESILAPAN KERANA MENGGANDAKAN KATA YANG

MENGIKUTI KATA YANG BERMAKSUD KUMPULAN

ANTOLOGI CERPEN-CERPEN SEPATUTNYA ANTOLOGI CERPEN

BARISAN PEMAIN-PEMAIN SEPATUTNYA BARISAN PEMAIN

DERETAN KEDAI-KEDAI SEPATUTNYA DERETAN KEDAI

GABUNGAN KATA-KATA SEPATUTNYA GABUNGAN KATA

GOLONGAN PELAJAR-PELAJAR SEPATUTNYA GOLONGAN PELAJAR

JEMAAH MENTERI-MENTERI SEPATUTNYA JEMAAH MENTERI

MESYUARAT GURU-GURU BAHASA SEPATUTNYA MESYUARAT GURU BAHASA

PELBAGAI RANCANGAN-RANCANGAN SEPATUTNYA PELBAGAI RANCANGAN

PERHIMPUNAN PELAJAR-PELAJAR SEPATUTNYA PERHIMPUNAN PELAJAR

SENARAI NAMA-NAMA SEPATUTNYA SENARAI NAMA

MENGAPA INVENTORI ISTILAH BAHASA MELAYU

PELBAGAI?

Pembentukan istilah secara terancang bermula pada tahun 1957.

Sebelum tahun 1957

- Masing-masing universitimempunyai jawatankuasa istilahsendiri.

- Pengejaan istilah asingberdasarkan bunyi/sebutan

Sebelum 2004, pedomanpembentukan istilah bahasaMelayu yang diguna pakai

ialah Pedoman UmumPembentukan Istilah Bahasa

Melayu (1975)

Pedoman yang lama inimenggariskan 7 langkah yang

perlu diterapkan.

Langkah 1 Pilih kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.

Langkah 2 Pilih kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim digunakan.

Langkah 3 Pilih kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan.

Langkah 4 Pilih kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim digunakan.

Langkah 5 Pilih kata dalam bahasa Inggeris.

Langkah 6 Pilih kata dalam bahasa asing lain.

Langkah 7 Pilih yang terbaik antara 1 – 6.

INVENTORI ISTILAH BAHASA MELAYU

1. Bahasa Melayu termasuk bahasa Indonesia, dialek Melayu, dan bahasa Melayu Klasik

2. Bahasa-bahasa serumpun dengan bahasa Melayu

3. Bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain-lain

Di dan ke yang berfungsi sebagai katasendi untuk menunjukkan tempatatau arah ditulis terpisah daripadakata nama yang mengikutinya.

`CONTOH

PENGGUNAAN DI DAN KE

di antara ke sana

di dalam ke situ

di dasar ke bawah

di rumah ke tengah

di tengah ke sekolah

Dari : arah, masa, tempat

Daripada : punca, pecahan, perubahan, perbandingan, asal kejadian

Di : tempat

Ke : tempat, masa

Kepada : arah tuju, pecahan, perubahan

Pada : masa, tempat, perbuatan

PENGGUNAAN SENDI NAMA

Untuk, bagi: tujuan kegunaan, penggunaan lazim

Tentang : rujukan umum

terhadap : rujukan tentu

Antara : hubungan sesama perkarayang lingkungannya abstrak

dalam : ruang yang lingkungannyaabstrak

PENGGUNAAN SENDI NAMA

Di dan ke yang berfungsi sebagai imbuhanditulis bercantum dengan kata selepasnya.Imbuhan di bertujuan untuk menerbitkan kata kerja pasif pelaku ketiga, dan ke bertujuan untuk membentuk kata nama terbitan

`CONTOH

disimpan kedua

diawasi kelima-lima

disyorkan kehendak

dipercepat kesemua

diusir kehormat

Tanda baca ialah simbol atau tanda

yang digunakan untuk memberi isyarat

kepada pembaca supa melakukan

sesuatu di dalam bacaan. Tanda baca

diletakkan di tempat-tempat tertentu

dalam ayat berdasarkan tujuan dan

kesesuaiannya.

Tanda noktah (.)

Tanda koma (,)

Tanda soal (?)

Tanda seruan (!)

Tanda sempang (-)

Tanda sengkang (–)

Tanda noktah bertindih (:)

Tanda koma bertitik (;)

TANDA TITIK ATAU NOKTAH

1. Digunakan pada akhir ayat yang bukan pertanyaan atau seruan.

2. Digunakan pada akhir singkatannama orang. Contoh, Dr. Sdr. Prof.

3. Digunakan sebelum tanda penutupkata (“) dalam cakap ajuk. Contoh, kata kakak, “bunga itu sudah layu.”

4. Digunakan pada singkatan yang sudah umum ditulis denganmenggunakan titik. Singkatan tigahuruf atau lebih menggunakan satutitik sahaja. Contoh, b.p. (bagipihak), s.k. (salinan kepada), u.p. (untuk perhatian), dsb. (dansebagainya, hlm. (halaman)

5. Digunakan untuk menunjukkanangka perpuluhan. Contoh, 30.2, 100.01, 1.1

TANDA SEMPANG (-)

1. Digunakan untuk menulis kata

ganda. Contoh, surat-surat, riuh-

rendah, mencari-cari, tulis-menulis

2. Digunakan untuk menulis bentuk

terikat yang diikuti oleh kata nama

khas. Contoh, anti-Israel, petunjuk-

Nya, pro-Bosnia, hamba-Mu, se-

Nusantara.

3. Digunakan untuk merangkaikanhuruf dengan angka dan angkadengan akhiran –an. Contoh, ke-2, ke-100, tahun 90-an, awal 30-an.

4. Untuk menyambungkan suku katayang terpisah kerana perpindahanbaris. Contoh, Dasar pendidikannegara bertujuan untuk memben-tuk rakyat Malaysia yang bersatupadu.

TANDA SENGKANG (–)

1. Digunakan untuk menggantikannkata hingga. Contoh, 2 – 3 Mac 2012, Isnin – Selasa.

TANDA KOMA (,)

1. Digunakan untuk mengasingkan kata yang berturut-turut. Contoh, ibu membeli ikan, sayur dan daging.

2. Digunakan di belakang kata seru. Contoh, amboi, merahnya baju kamu!

3. Digunakan di belakang kata hubung pada awal ayat. Contoh, oleh sebab itu, saudara diminta hadir.

4. Digunakan sebagai penanda berhenti sebentar. Contoh, dari tadi lagi, kucing itu mengiau.

5. Digunakan sebelum kata “iaitu” sebagai tanda menjelaskan. Contoh, ... sejenis permainan kanak-kanak, iaitu lompat katak.

6. Digunakan untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza. Contoh, rumah itu besar, tetapi tidak berpenghuni.

7. Digunakan sebelum tanda pembuka dan penutup kata. Contoh, “terima kasih”, jawab encik Ali.

TANDA NOKTAH BERTITIK (:)

1. Digunakan pada akhir sesuatu pernyataan apabila diikuti oleh rangkaian. Contoh, peralatan yang diperlukan adalah seperti yang berikut: skru, pemutar skru dan nat.

2. Digunakan untuk memberikan penjelasan atau memperkenalkan sesuatu. Contoh, tarikh: 1 November 2011.

SINGKATANSingkatan bagi nama negara,

jabatan, institusi, organisasi danpertubuhan serta peristiwa yang terdiri daripada huruf pertama

(parap) ditulis tanpa titik.

CONTOH

JPM DBP

GPMS BBMB

PBB MRSM

JPJ SPM

EJAAN NAMA TEMPAT/ NAMA KHAS

Pada asasnya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis

memurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan

negeri masing-masing

Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972 dikekalkan dengan ejaan

cara lama.

CONTOH

Cheras KlangAyer KerohKampung Chemor

Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas

thaun 1972 digalakkan menggunakan ejaan baru.

CONTOH

Teluk Intan Teluk Air TawarTaman Bukit CahayaKampung Baharu

Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu, dikekalkan demikiaan.

CONTOH

Perancis KanadaAmerika SyarikatRapublik Rakyat China

Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa

dikekalkan demikiaan.

CONTOH

England CubaNew YorkBosnia Hersegovina

EJAAN NAMA ORANG

Ejaan nama orang menurut kehendak individu itu sendiri. Nama-nama yang telah wujud sebelum 1972 dikekalkan

dalam bentuk ejaan asal. Selepas tahun 1972, digalakkan menggunakan ejaan

baru. Walau bagaimanapun, ejaan nama yang sah adalah seperti yang

didaftarkan dalam sijil kelahiran dan dalam kad pengenalan.

PENULISAN PARTIKEL

Partikel pun yang membawamaksud juga ditulis terpisahdaripada kata sebelumnya.

CONTOH

rumah pun tidur pun

anak pun sudah pun

apa-apa pun besar pun

memancing pun dia pun

Kecuali:

untuk kata tugas yang berikut, pun ditulis sebagai satu perkataan:

adapun kalaupun

walaupun kendatipun

ataupun mahupun

bagaimanapun meskipun

sekalipun lagipun

biarpun sungguhpun

1. Kata sendi nama dalam digunakandi hadapan kata nama atau frasanama yang membawa pengertianlingkungan yang tidak mempunyairuang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, bahasa, bidang, danmasyarakat.

2. Penggunaan di dalam hanyaberlaku apabila kata dalamberfungsi sebagai kata nama arah.

PENGGUNAAN dalam DAN di dalam

Kata sendi nama dari digunakan dihadapan kata nama atau frasa namayang menyatakan arah, tempat danmasa.

PENGGUNAAN dari DAN daripada

1. Kata pemeri ialah hanya bolehdiikuti oleh kata nama atau frasayang bersifat persamaan sahaja.

2. Kata pemeri adalah hanya bolehdiikuti oleh kata sendi nama dankata adjektif yang bersifat huraiansahaja.

PENGGUNAAN ialah DAN adalah

… adalah berasaskan …… adalah berdasarkan …… adalah dibuat …… adalah digalakkan …… adalah dinasihati …… adalah diperakui …… adalah melambangkan …… adalah merupakan …… adalah tertakluk …

Kecenderungan menggunakanungkapan adalah + kata kerja

LATIHAN 13Tandakan √ pada pilihan ejaan yang betul.

Ejaan Ejaan

1. unggu ungu √

2. jambatan √ jembatan

3. war-war uar-uar √

4. syarahan √ sharahan

5. kecemerlangan √ kecermelangan

6. jiplak √ ciplak

7. menjolok mata mencolok mata √

8. cangkerang √ cengkerang

9. manfaat √ menafaat

10. taasub √ taksub

11. pangkalan √ pengkalan

12. gejolak √ gelojak

LATIHAN 14Tandakan √ pada pilihan ejaan yang betul.

Ejaan Ejaan

1. bestari √ bistari

2. biadap biadab √

3. cakerawala √ cakrawala

4. cendikiawan cendekiawan √

5. definisi √ definasi

6. durhaka derhaka √

7. sekali gus √ sekaligus

8. gemetar gementar √

9. istirehat istirahat √

10. keriting √ kerinting

11. pakaian resmi pakaian rasmi √

12. redha reda √

LATIHAN 15Tandakan √ pada pilihan ejaan yang betul.

Ejaan Ejaan

1. pemudah cara √ pemudahcara

2. benteras banteras √

3. justeru √ justru

4. serta merta serta-merta √

5. jangka masa panjang √ jangkamasa panjang

6. mukasurat muka surat √

7. pengelasan √ pengkelasan

8. sebutharga sebut harga √

9. memperingkatkan memeringkatkan √

10. penswastaan √ pengswastaan

11. mengetepikan mengenepikan √

12. engkar ingkar √

LATIHAN 16Tandakan √ pada pilihan ejaan yang betul.

Ejaan Ejaan

1. subbidang √ sub bidang

2. sosio ekonomi sosioekonomi √

3. audiodigital √ audio digital

4. pribumi peribumi √

5. prihatin √ perihatin

6. suka cita sukacita √

7. dukacita √ duka cita

8. bank draf draf bank √

9. reka bentuk reka bentuk √

10. ambulans √ ambulan

11. insuran insurans √

12. ansurans ansuran √

LATIHAN 17Tandakan √ pada pilihan ejaan yang betul.

Ejaan Ejaan

1. penggunaan optima penggunaan optimum √

2. Yang di-Pertuan Agong √ Yang dipertuan Agong

3. Polis di-Raja Polis diraja √

4. komisen √ komisyen

5. ikhtisas √ iktisas

6. coklat √ cokelat

7. katrij kartrij √

8. konco √ kuncu

9. rezab Melayu √ rizab Melayu

10. adapun √ ada pun

11. dia pun √ diapun

12. raksasa √ raksaksa

top related