dokumentasi kejohanan merentas desa 2012

Post on 30-Jul-2015

366 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

DOKUMENTASI KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012SMK TAMAN SELAYANG68100 BATU CAVES, GOMBAK, SELANGOR

TARIKH : 26 APRIL 2012 (KHAMIS)MASA: 7.20 PAGI – 1.00 PETANGTEMPAT: TAMAN METROPOLITAN, KEPONG.

PENGENALAN :Acara merentas desa bagi para pelajar SMK TAMAN SELAYANG telah diadakan pada

pertengahan tahun 2012 dalam meneruskan tradisinya dari tahun ke tahun. Aktiviti ini yang terkandung dalam takwim sekolah 2012 telah dirancang lebih awal. Hal ini demikian kerana pihak sekolah ingin menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan sukan salah satu bidang kokurikulum yang terpenting di sekolah-sekolah.

Pada tahun 2012 para pelajar SMK Taman Selayang telah menyertai acara merentas desa di Taman Metropolitan, Kepong. Lokasi ini merupakan kali pertama diadakan oleh pihak sekolah. Sebanyak lima buah bas telah disediakan oleh pihak sekolah untuk membawa pelajar datang ke tempat pertandingan. Lokasi ini di pilih kerana pihak sekolah menitik beratkan keselamatan para pelajar yang akan menyertai kejohanan ini.

OBJEKTIF KEJOHANAN MERENTAS DESA :1. Memenuhi takwim sekolah sebagai acara tahunan2. Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar dan warga SEMENTAS tentang alam sekitar.3. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga SEMENTAS dalam

mengendalikan sesuatu acara besar seperti ini.4. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan.5. Memupuk semangat bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain di kalangan

warga SEMENTAS.6. Memberi peluang kepada semua Rumah Sukan mengutip mata.7. Menyemai semangat berjuang dan melatih murid mematuhi peraturan.

SYARAT-SYARAT KHAS KEJOHANAN MERENTAS DESA:

Kumpulan Umur :1. Pelajar Sesi Pagi :

a. Pelajar Lelaki – Ab. Pelajar Perempuan – B

2. Pelajar Sesi Petang :a. Pelajar Lelaki – Cb. Pelajar Perempuan – D

Jarak Laluan :

P1 dan P2 : 5KM (35 minit)L1 dan L2 : 6KM (30 minit)

Penyertaan Murid :1. Setiap rumah sukan hanya dibenarkan menghantar seramai 50 orang sahaja merangkumi

semua kategori.2. Kedudukan yang terbaik diperolehi oleh lima (5) orang peserta setiap rumah sukan akan

dikira untuk menentukan kedudukan bagi acara berpasukan.3. Setiap peserta akan dianggap memasuki secara individu.4. Peserta tidak harus mendapat pertolongan di sepanjang perlumbaan.5. Peserta yang didapati menggangu peserta lain dengan maksud melengahkan kederasan

lawan akan dibatalkan haknya untuk memenangi pertandingan ini walaupun dia mendapat tempat kedudukan.

6. Semua peserta mesti cukup sihat. Pengurus Pasukan mestilah berpuas hati dengan kesihatan peserta-peserta mereka sebelum membenarkan mereka mengambil bahagian.

7. Jawatankuasa pengelola tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan, kecederaan, yang disebabkan oleh kesihatan yang tidak baik.

8. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan, kecederaan, hilang harta benda semasa pertandingan dijalankan. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Pengelola akan mengambil langkah keselamatan yang rapi untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara tersebut.

9. Surat kebenaran ibu bapa serta penjaga hendaklah dikeluarkan oleh guru penasihat rumah sukan masing-masing.

10. Semua peserta yang beragama Islam diwajibkan berpakaian sukan yang menutup aurat.

Nombor Peserta :1. Nombor peserta akan disediakan oleh guru rumah masing-masing.2. Nombor-nombor untuk kumpulan umur sekolah menengah sesi pagi bermula dengan

huruf A bagi lelaki (kertas MERAH) dan B bagi perempuan (kertas BIRU).3. Nombor-nombor untuk kumpulan umur sekolah menengah sesi petang pulan bermula

dengan huruf C bagi lelaki (kertas Kuning) dan D bagi perempuan (kertas HIJAU).4. Nombor-nombor bagi setiap rumah sukan :

a. Rumah Merah : 1001 – 2999b. Rumah Biru : 3001 – 4999c. Rumah Kuning : 5001 – 6999d. Rumah Hijau : 7001 – 8999

Hadiah :1. Tempat 1 hingga 10 bagi acara individu untuk semua kategori.2. Tempat 1 hingga 5 bagi acara kumpulan terbaik.3. Piala pusingan bagi Johan keseluruhan Merentas Desa.

Pendaftaran / Borang Penyertaan :Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Sukan atau Penolong

Setiausaha Sukan SMK Taman Selayang.

Pemberian Mata :Penyertaan pelajar : 1 mataPeserta yang sampai dalam tempoh masa yang diperuntukkan : 1 mataAnggota pembantu kejohanan : 1 mata

Masa yang Diperuntukkan :Kategori A (L/PG) : 30 minitKategori B (P/PG) : 35 minitKategori C (L/PTG) : 30 minitKategori D (P/PTG) : 35 minit

Kejohanan Merentas Desa 2012 :

Kehadiran pelajar ke Taman Metropolitan dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak sekolah.

Guru-guru SEMENTAS membuat persediaan di tempat kejohanan.

Pelajar memakai nombor pada baju dan membuat senaman ringan sebelum acara bermula.

Guru-guru yang ditugaskan menjaga check point.

Pelajar dikehendaki berkumpul mengikut kategori masing-masing sebelum acara bermula.

Pelajar lelaki kelas 1 bersedia dan memulakan larian.

Pelajar kelas 2 lelaki bersedia dan memulakan larian.

Pelajar kelas 1 perempuan bersedia dan memulakan larian.

Pelajar kelas 2 perempuan bersedia dan memulakan larian.

Gambaran di sepanjang laluan merentas desa di Taman Metropolitan, Kepong.

Pelajar yang sampai ke garisan penamat. Guru-guru bertugas mengambil nombor peserta.

Pelajar yang berjaya menamatkan larian berehat seketika sementara menunggu keputusan rasmi.

Guru-guru juga berehat seketika sambil menikmati rojak dan cendol.

Guru-guru yang bertugas mengira markah statistik.

Acara penyampaian hadiah :

Pemenang-pemenang Kategori Lelaki Kelas 1

Pemenang-pemenang Kategori Lelaki Kelas 2

Pemenang-pemenang Kategori Perempuan Kelas 1

Pemenang-pemenang Kategori Perempuan Kelas 2

Johan keseluruhan di menangi oleh Rumah Merah.

top related