bizappweb.bizapp.my/jomtrack_web/www/jomtrack/examples/... · dalam dokumen ini, kami akan...

Post on 03-Jan-2020

22 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BIZAPP

MAY 2016 / VERSI 1.0.4

PRO MENCETAK SLIP POSLAJU

SELAMAT DATANG KE APLIKASI BIZAPP. Panduan pengguna ini dibuat secara ringkas. Terima kasih kerana membeli PAKEJ PRO.

PAKEJ PRO Bagi pakej ini, ada beberapa kelebihan fungsi yang anda boleh gunakan berbanding PAKEJ BASIC. Mari kita lihat kembali perbandingannya.

Modul / Fungsi PAKEJ

BASIC

PAKEJ PRO

PAKEJ SUPERB

1. Masukkan data tempahan pelanggan 2. Lihat semula rekod tempahan

pelanggan

2. Cetak slip poslaju 3. Imbas/masukkan No. Tracking

pelanggan

4. SMS No Tracking pelanggan 5. Masukkan produk sendiri 6. Follow stokis lain 7. Agen lain boleh follow anda 8. Topup kredit SMS 9. Blast SMS 10. Muat turun data (MS EXCEL)

Dalam dokumen ini, kami akan menerangkan secara sedikit teknikal untuk setup printer bagi membolehkan anda mencetak slip poslaju dari aplikasi BIZAPP.

PENCETAK DOT MATRIX Untuk mencetak alamat pengirim dan alamat penerima di slip poslaju, anda memerlukan sebuah pencetak berjenis DOT MATRIX. Ini kerana slip poslaju adalah jenis berkarbon dan mempunyai 4 helaian salinan. Penggunaan pencetak DOT MATRIX akan membolehkan kesan cetakan pada helaian hadapan akan memberi kesan salinan kepada helaian kedua, ketiga dan keempat slip. Printer anda juga mestilah mempunyai kemudahan mencetak menggunakan fanfold paper bagi memudahkan anda memasukkan borang slip poslaju. Antara pencetak DOT MATRIX yang biasa digunakan ialah PANASONIC model KX-P1121E atau EPSON LQ-series. Anggaran harga adalah antara RM400 hingga RM700 kalau tidak silap saya.

GOOGLE CLOUD PRINT Oleh kerana pencetak yang kita gunakan adalah berjenis DOT MATRIX dan model yang kita gunakan boleh dianggap jenis lama, pencetak ini tidak dilengkapi dengan kemudahan wifi dan tidak disokong untuk disambungkan dalam rangkaian (network). Walaupun anda boleh menggunakan kabel OTG untuk menghubungkan h/p anda terus kepada printer, malangnya perisian yang digunakan di dalam ANDROID atau IOS tidak mempunyai driver yang sesuai untuk printer DOT MATRIX kita. (Mungkin disebabkan printer DOT MATRIX ini telah agak ketinggalan zaman). Satu cara penyelesaiannya ialah dengan menggunakan Google Cloud Print. Cara ini sebenarnya lebih cool. Hasilnya, anda boleh mencetak slip poslaju dari aplikasi BIZAPP walaupun di mana anda berada. Syaratnya :

1) Printer anda telah di hidupkan.

2) Printer anda disambungkan kepada 1 PC atau laptop.

3) PC atau laptop anda pun tentulah perlu dihidupkan dulu.

4) PC atau laptop anda mempunyai akses ke internet. Itu sahaja.

Ops. Sebelum tu, anda kena lakukan satu lagi perkara.

1) Buka PC/laptop anda tadi dan pastikan komputer anda mempunyai browser CHROME. Jika tiada, sila muat turun di https://www.google.com/chrome/

2) Setelah itu, launch browser CHROME anda dan klik ke bahagian Menu yang terletak dibahagian atas sebelah kanan.

3) Pilih “Settings”.

4) Scroll hingga ke bahagian paling bawah sekali dan klik “Show Advanced Setting”.

5) Scroll lagi hingga ke bahagian paling bawah sekali dan klik cari bahagian “Google Cloud Print”

6) Klik butang “Manage”.

7) Pastikan anda telah sambungkan printer anda kepada komputer anda. Kemudian klik butang “Add printers”.

8) Jika anda masih belum login menggunakan akaun gmail anda, anda akan di bawa ke skrin login. Setelah itu, anda akan mendapat skrin berikut:

9) Klik butang “Add printer(s)”.

10) Selesai satu perkara. Yeaaa!!

PERISIAN TAMBAHAN (UNTUK PENGGUNA ANDROID SAHAJA) Bagi pengguna IOS, anda tidak perlu mengikut langkah ini.

Bagi pengguna ANDROID, untuk mencetak dari aplikasi BIZAPP, anda perlu muat turun satu lagi perisian yang anda boleh dapati dari GooglePlay. Sila cari perisian “PrinterShare Print Service” dan install di h/p anda.

Perisian ini adalah percuma.

Setelah selesai, sila ke bahagian ini dan ‘tap’ notifikasi ini untuk aktifkan servis PrinterShare ini.

Seterusnya anda akan mendapat skrin berikut :

Aktifkan servis ini :

Selesai lagi satu perkara.

Seterusnya, launch semula aplikasi PrinterShare yang anda telah install tadi.

Klik butang “Select”.

Pilih “Google Cloud Print”.

Pilih akaun gmail anda yang sama anda gunakan semasa anda setup Google Cloud Print di browser CHROME tadi.

Klik “ALLOW”.

Pilih printer DOT MATRIX anda.

Akhirnya…..

Tahniah! Anda berjaya setup Google Cloud Print untuk anda gunakan printer anda dari BIZAPP. Sekarang, jom kita cuba cetak slip poslaju dari BIZAPP.

MENCETAK SLIP POSLAJU DARI BIZAPP (ANDROID)

1) Log masuk ke aplikasi BIZAPP dan pilih satu rekod tempahan. Kemudian klik MENU CETAK SLIP POSLAJU.

2) Anda akan dibawa ke skrin berikut:

3) Klik icon CETAK berwarna kuning.

4) Pastikan nama printer anda tertera di bawah dan menggunakan servis Google Cloud.

5) Akhir sekali, tekan butang “Print”.

6) Arahan untuk mencetak telah pun dihantar kepada Google Cloud Print. Slip poslaju anda akan dicetak terus.

MENCETAK SLIP POSLAJU DARI BIZAPP (IOS) Bagi pengguna IPHONE atau IPAD, aplikasi BIZAPP tidak menggunakan aplikasi tambahan PrinterShare Print Service tetapi tetap menggunakan servis Google Cloud Print dari web.

1) Log masuk ke aplikasi BIZAPP dan pilih satu rekod tempahan. Kemudian klik MENU CETAK SLIP POSLAJU

2) Klik icon printer

3) Pilih printer DOT MATRIX anda. (pastikan anda telah sign-in ke akaun gmail yang betul )

4) Akhir sekali, klik butang “Print”.

VIDEO : Mencetak slip poslaju menggunakan BIZAPP dan printer PANASONIC KX-P1121E DOT MATRIX 24 pin.

https://www.youtube.com/watch?v=v0VrNhxHA0s

PENUTUP Sampai di sini sahaja isi kandungan bagi panduan mencetak slip poslaju dari BIZAPP.

Untuk pertanyaan lanjut, sila emailkan persoalan anda kepada :

EMEL : visionice98@gmail.com SMS/WHATSAPP : +60192105032

FB Admin : http://www.facebook.com/hasnolmizam FB PAGE : https://www.facebook.com/bizappmalaysia

top related