contoh rph_kepercayaan kepada tuhan
Post on 27-Dec-2015
63 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4
RPH
KUMPULAN 1
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
PN SAADIAH AK SILA (SK Kelap Sawit No 5)
PN NUR ‘AQILAH BINTI HAMZAH (SK Sungai Saeh)
PN HIDAYAH BINTI ABD LATIF (SK Kelapa Sawit No 2)
CONTOH RPHPENDIDIKAN MORAL TAHUN 4
Kelas : 4 Cempaka
Masa : 8.30 – 9.30 pagi
Nilai Utama : Kepercayaan kepada Tuhan
Nilai sampingan : Hormat, kasih sayang
Tajuk : Mengenali jiran saya
Standard Kur. : Menghormati amalan beribadat pelbagai agama dan kepercayaan jiran
Standard Pemb : 1.1.1 , 1.1.4
Objektif Pembelajaran ( OP ) : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat;
i. Menyenaraikan dua daripada tiga amalan beribadat pelbagai agama dan kepercayaan jiran.( Kognitif )
ii. Mengamalkan dua sikap menghormati amalan beribadat pelbagai agama dan kepercayaan jiran. ( Psikomotor )
EMK : Kreativiti, TMK
BBM : Komputer riba, lcd projektor, kad manila, marker.
Aktiviti :
Set Induksi : Menayangkan gambar – gambar tempat beribadat pelbagai kaum (Guru menyoal dan mengaitkan set induksi dan nilai yang akan dipelajari) –rujuk lampiran
Langkah-langkah :
1. Guru menerangkan tentang nilai yang akan dipelajari.
2. Guru menunjukkan tayangan video berkaitan tajuk. - TMK Guru bersoal jawab dengan murid tentang paparan video tersebut
untuk menjana idea murid. ( berkaitan nilai / aktiviti ) – rujuk video
Contoh soalan :
1. Apakah yang kamu dapat lihat melalui tayangan video sebentar tadi?
2. Apakah amalan ibadat yang diamalkan di dalam video tersebut ? 3. Adakah jiran kamu mengamalkan amalan beribadat seperti di
dalam video tersebut? 4. Senaraikan dua amalan beribadat pelbagai agama dan
kepercayaan jiran kamu.
3. Guru memberi penerangan / arahan berkaitan aktiviti ( simulasi ) mengikut kumpulan.
Contoh aktiviti :
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil 2. Murid diminta menyediakan peta minda berkaitan amalan beribadat
yang telahpun disenaraikan. 3. Murid melakonkan cara menghormati amalan beribadat pelbagai
agama dan kepercayaan jiran.
4. Guru dan murid membuat rumusan aktiviti yang telah dijalankan. ( Penerapan nilai-nilai dan perlakuan)
Contoh soalan
1. Apakah yang telah kamu lakonkan bersama-sama kawan? 2. Adakah kamu akan mengamalkan aktiviti tadi terhadap jiran di
dalam kehidupan seharian? 3. Apakah nilai yang telah kamu pelajari pada hari ini?
Impak :
top related