cerita boneka

Post on 31-Jul-2015

60 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Langkah-langkah Pelaksanaan Cerita Menggunakan Boneka .

Cerita Sikap Malas Membawa Padah dimulakan dengan langkah aktiviti

nyanyian guru sebagai set induksi pengajaran.Lagu yang dinyanyikan oleh guru

ialah lagu KBSR tahun satu iaitu lagu Bunyi Binatang.Selepas menyanyikan lagu

ini, guru meminta murid menyenaraikan haiwan-haiwan yang terdapat dalam

lagu tersebut.Murid diminta mengajuk bunyi haiwan yang disenaraikan.Dengan

menggunakan pengetahuan sedia ada, murid-murid diminta menyebut nama

haiwan-haiwan yang mereka ketahui.Melalui nama haiwan yang mereka

senaraikan, guru memulakan cerita “ Sikap Malas Membawa Padah” dengan

menggunakan boneka dan pentas boneka .Guru menggunakan empat watak

boneka iaitu Si Ayam, Sang Kambing ,Si Arnab dan Si Itik. Empat boneka yang

digunakan merupakan boneka sarung kaki yang dihiasi wajah boneka dari kain

satin berbagai warna yang disulam mesin .Guru menggunakan pentas boneka

yang diperbuat dari kotak dan lukisan yang menarik di tampal di kotak tersebut

sebagai latar belakang.

Cerita Sikap Malas Membawa Padah dijalankan dalam bentuk dialog.Guru

akan mempelbagaikan warna ton suara serta menggunakan intonasi yang sesuai

semasa penyampaian cerita.Mulut boneka digerakkan mengikut dialog.Sebagai

contoh suara Si Arnab lebih nyaring berbanding dengan suara Sang Kambing

yang lebih garau.Untuk menarik minat murid-murid, guru akan memasukkan

nyanyian semasa penyampaian cerita iaitu lagu KBSR Muzik Tahun dua iaitu

lagu “Padiku”.

Padiku

Padi –padiku masak berwarna emas

Rasa hatiku gembira paling puas

Ho ho ho hoi,ho ho ho hoi

Pergilah pergi wahai burung jangan hinggap

Ho ho ho hoi,ho ho ho hoi

Semoga engkau tidak akan kena tangkap

Lagu ini dinyanyikan oleh Si Ayam ketika menuai padinya yang hidup

subur.Kegembiraan Si Ayam menikmati hasil usahanya ditunjukkan melaui

nyanyian lagu ini .Di akhir cerita ini guru akan berbincang bersama murid tentang

nilai-nilai yang didapati dalam cerita ini.Guru akan menyoal soalan secara lisan

untuk menguji kefahaman murid, Akhir sekali murid menjawab soalan

pemahaman yang disediakan oleh guru.

top related