ceramah ma'al hijrah 1425 h

Post on 14-Jun-2015

3.608 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

CERAMAH AGAMA SEMPENA SAMBUTAN MA’AL HIJRAH 1425H

TAJUK CERAMAH : KEARAH MEREALISASIKAN

HIJRAH YANG SEBENAR DALAM DIRI PELAJAR

PENGERTIAN HIJRAH YANG SEBENARNYA

Hijrah dengan maknanya yang luas masih lagi membawa

maksud, lari kepada Allah dan meninggalkan segala apa yang menghalang perjalanan ke arah Allah s.w.t sama ada diri, harta,

anak, syahwat ataupun yang lainnya.

PAHALA ORANG YANG BERHIJRAH

Firman Allah Ta’ala:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "

(Al-Baqarah 218).

" Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil),

sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan

sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah

jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh). “

( Surah Aali Imran 195)

APAKAH TUGAS UTAMA PELAJAR/REMAJA

MUSLIM ZAMAN CYBER ?APAKAH HIJRAH YANG

WAJAR KITA LAKUKAN?

MENUNTUT ILMU SEBANYAK-BANYAKNYA

Kata Imam As-Syafe’i:Kau tidak akan memiliki ilmu kecuali dengan enam syarat :

- Kecerdasan /kebijaksanaan- Semagat waja- Rajin dan tabah- Berkemampuan- Bersahabat dengan guru- Waktu yang lama

“Sesiapa yang tidak memanfaatkan masa mudanya

untuk menuntut ilmu, maka bertakbirlah empat kali untuknya sebagai tanda

kematiannya”.Al-Imam As-Syafe’i

MEMILIH TEMANKata Imam As-Syafei :

“Belum pernah aku temui di dunia ini seorang teman yang setia dalam duka.

Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika duka

melanda, aku sering bertanya: siapakah yang sudi menjadi temanku? Semasa aku

senang ramai orang yang akan irihati, namun semasa aku susah mereka pun

bertepuk tangan”.

MENYEMAI AKHLAK MAHMUDAH /TERPUJI

Kata Imam As-Syafei r.a.:“Jagalah dirimu dengan budi pekerti yang mulia! Nescaya engkau akan

hidup sejahtera, dan tutur kata orang lain terhadapmu akan menjadi

indah”“Seseorang yang memiliki sifat wara’tidak akan memperdulikan

keburukan orang lain, oleh kerana ia sibuk dengan keaibannya sendiri.

Ibarat orang sakit ia tidak akan menghiraukan penyakit orang lain,

kerana ia sibuk dengan penyakitnya sendiri”.

• PERBAIKILAH DIRIMU & SERULAH ORANG LAIN

• AQIDAH YANG SEJAHTERA• ‘IBADAH YANG BENAR• AKHLAQ YANG UNGGUL• PUNYAI WAWASAN JAUH DAN

BERFIKIRAN POSITIF• KEKUATAN JASMANI• PERLU PENGORBANAN DAN KESABARAN

TIPS REMAJA MUSLIM CEMERLANG

WAHAI ANAK-ANAKKU SELAMAT BERHIJRAH DAN

RAIHLAH GANJARAN HEBAT DARI ALLAH TA’ALA

top related