capa rengat

Post on 19-Jun-2015

4.735 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

PBS Slideshow form 2kaa3 Designer FAZdesign. ALL THE BEST FOR THE PRESENTATION

TRANSCRIPT

NAMA KUMPULAN PENCETUS UMMAH

2

Watak ‘’aku” bercerita tentang dirinyayang buat pertama kali menjejakkan kaki ke kampung.Sebelum ini ibunya sering menakut-nakutkannya dengan mengatakan bahawa kampung itu sebagai suatu tempat yang sunyi dan dikaitkan dengan penderitaan.

Pada mulanya “aku” memang berasa sunyi apabila berada di kampung.Namun begitu,lama-kelamaan apabila”aku” melihat keindahan di sekitar kampung,”aku” merasakan suatu cabaran yang menarik pula.Pada suatu hari,”aku” berjalan-jalan bersendirian kerana Pak Cik Kinto ke kota atas urusan.Aku berjumpadengan seorang budak perempuan bernama Su mengajak “aku” turut bermain-main.

3

Pada mulanya “aku” berasa malu untuk bermain bersama mereka.Namun begitu,budak-budak yang bermain –main itu bersikap mesra terhadapnya.”Aku” lepas bebas bermain.

Pelbagai jenis permainan yang dapat disertai.”Aku” paling gembira dapat bermain dengan Su.”Aku” dihadiahkan sejambak bunga capa rengat oleh Su.Ketika mereka sedang bermain,seorang budak lelaki datang memanggil Su pulang.Rupa-rupanya budak itu ialah adik tiri Su.

Ibu “aku” memendekkan masa berada di kampung.”Aku” berasa sedih untuk meninggalkan kampung.Ibunya memberitahu “aku” bahawa mereka tidakakan pulang ke kampung lagi kerana rumah dan tanah yang berada di kampung akan diserahkan kepada Pak Cik Kento.Apabila “aku” melihat capa rengat,tiba-tiba “aku” teringat akan Su.

4

Pengalaman berada di kampung,iaitu kawasan yang menimbulkan rasa suka,tenang,dan seronok.”Aku” berasa gembira berada di kampung kerana Pak Cik Kinto melayannya dengan baik.

Di kampung juga,”aku” dapat berkenalan dan berbaik-baik dengan seorang budak perempuan bernama Su, walaupun perkenalan itu hanya dalam masa singkat.

5

Kehidupan di desa yang tidak terkongkong.=“Aku”membandingkan kehidupannya di bandar yang sentiasa

terkongkong,tidak seperti kehidupan di desa yang bebas.

Keikhlasan dan kemesraan dalam persahabatan=Su berkawan dengan “aku” tanpa mengira asal usul “aku” yang datang dari

kota.Su dan kawan-kawannya mengajak “aku” bermain bersama.

Keindahan alam sekitar di kampung yang masih kekal terpelihara.=Di kampung itu,masih terdapat kawasan hutan dan gunung yang terpelihara daripada pembangunan dan pencemaran,misalnya bunga capa rengat atau melur hutan yang

diberikan oleh Su kepada “aku”.

PERSOALA

N

6

Watak utama dalam cerita ini ialah “aku”.

Watak sampinganya pula terdiri daripada ibu,Pak Cik Kinto,dan Su.

7

Aku =“Aku” anak yang membesar di kota. =“Aku” seronok berada di kampung setelah

menghayati keindahan kampung. =“Aku” rapat dengan Pak Cik Kinto ketika berada di

kampung. =“Aku” berasa sedih apabila hendak meninggalkan

kampung.

8

Ibu =Ibu berasal dari kampung tetapi telah lama tinggal di

kota. =Ibu pulang ke kampung untuk urusan tanah dan

rumah. =Ibu berasa kurang senang berada di kampung. =Ibu cemburu dengan keakraban “aku” dengan Pak

Cik Kinto.

9

Pak Cik Kinto =Dia bapa saudara “aku”. =Dia suka dan rapat dengan “aku”. =Pak Cik Kinto penembak yang mahir. =Pak Cik Kinto peramah dan mesra.

10

Su =Su merupakan anak kampung dan mudah mesra. =Su mempunyai rambut pajang dan berketa-ketak. =Su mempunyai wajah yang kecil dengan mata yang

jernih dan berbulu lentik. =Su berhidung mancung berkulit hitam manis. =Su baik hati. =Su mempunyai ibu dan adik tiri. =Su tinggal berhampiran dengan gunung kapur.

11

Binaan plot *Permulaan=“Aku” bercerita tentang kepulangannya ke kampung.Pada

mulanya,”aku” berasa agak janggal dan sepi berada di kampung,tetapi lama-kelamaan “aku” berasa seronok.

*Perkembangan=“Aku” semakin rapat dengan Pak Cik Kinto.Ibu “aku” seakan-akan cemburu akan hubungan yang rapat itu.”Aku” ternampak beberapa orang budak kampung sedang bermain bersama-sama.Salah seorang budak kampung itu ,iaitu Su mengajak “aku” bermain bersama.

*Klimaks=Keesokan harinya,ibu “aku”ingin segera pulang ke kota sedangkan “aku” masih ingin berlama-lama di kampung.”Aku” mengikut ibu pulang dalam keadaan sedih dan terpaksa.

*Peleraian=Dalam perjalanan pulang ke kota,ibu memberitahu “aku” bahawa itulah kali terakhir mereka pulang ke kampung.”Aku” berasa sungguh sedih.

12

Teknik Plot

*Teknik pemerian.Contohnya,pengarang memerihalkan perwatakan Pak Cik Kinto dan suasana di persekitaran rumah Pak Cik Kinto.

*Teknik dialog.Contohnya,dialog antara “aku” dengan Su. *Teknik saspens.Contohnya,”aku” tetanya-tanya siapa budak

lelaki yang mendekati kumpulannya yang sedang bermain itu lalu memanggil Su pulang.

*Teknik imbas kembali.Contohnya,”aku” teringat akan perlakuan ibunya sewaktu dia keluar dari rumah pada petang itu.

13

*Latar Tempat

Di sebuah kampung yang agak jauh dari kota. *Latar Masa

Waktu petang. *Latar Masyarakat

=Masyarakat bandar dan kampung.”Aku” dan ibunya tinggal di kota,manakala Pak Cik Kinto dan Su tinggal di kampung.

=Masyarakat Melayu kampung yang baik dan mesra.Pak Cik Kintom melayan “aku” dan ibunya dengan baik.

=Masyarakat anak-anak kampung yang gembira.Su dan rakan-rakannyagembira bermain bersama-sama.

=Masyarakat bandar yang tidak selesa pulang ke kampung.Ibu “aku” tidak mahu berlama-lama tinggal di kampung.

14

=Penggunaan bahasa Inggeris.Contohnya,adventure. =Simile.Contohnya,aku dan Pak Cik Kinto dapatlah dikatakan

bagai belangkas matahari yang bagaikan bola api. =Personifikasi.Contohnya,kenikmatan menyerap masuk ke

dalam perasaan,matanya tajam menikam padaku,metahari yang semakin merah itu mencecah puncak gunung kapur.

=Metafora.Contohnya,jarum-jarum panas. =Inversi.Contohnya,di depanku terbentang sebidang paya yang

luas. =Sinkope.Contohnya,tak.

15

=Kasih sayang. Contohnya,perasaan kasih sayang antara “aku” dengan Pak Cik Kinto.

=Kemesraan. Contohnya,Su dan rakan-rakannyamelayan “aku” dengan mesra sehingga “aku”berasa tidak kekok bermain-main bersama dengan mereka.

=Keikhlasan. Contohnya,Su ikhlas berkawan dengan “aku” tanpa mengira “aku” budak kota.

=Keberanian. Contohnya,Su berani berenang masuk ke paya yang agak dalam dan meniti batang cenderai yang merentangi paya itu hingga ke hujung.

16

1) *Kita hendaklah menyayangi dan menghargai kampung halaman.Contohnya,”aku” mula menyayangi dan menghargai kampung.

2) *Kita hendaklah bersikap ramah mesraterhadap orang lain.Contohnya,Su mempunyaisikap ramah dan mesra walaupun dia baru mengenali “aku”.

3) *Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua.Contohnya,”aku” menghormati Pak Cik Kintodan ibunya.

17

top related