buletin pembimbing anda - rakan.jpm.gov.myrakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin...

Post on 09-Apr-2019

265 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BULETIN PEMBIMBING ANDA

ISU KELUARAN

1) PETUA CIPTA BAHAGIA BAGI PERKAHWINAN JARAK JAUH

2) PERCUTIAN VS PERSIAPAN SEKOLAH. MA-NA SATU MAK AYAH PATUT FOKUS?

3) MENANGANI STRES DENGAN BIJAK

4) DIREKTORI WAKIL AKRAB / SPPSI

5) UJIAN DA-RIPADA ALLAH

BULETIN BIL. 158/ DISEMBER 2016

Sumber : Internet.

Suami isteri tapi tak sebumbung malah tinggal berjauhan. Jarak beribu batu menjadi pemisah hubungan kasih dan sayang lantaran terpaksa memenuhi tuntutan kerjaya mahu pun mengejar cita-cita. Meski rindu cukup menebal namun pengorbanan harus dilakukan.

Habis macam mana nak cipta bahagia kalau pasangan tidak berada di depan mata? Perlukah berhenti kerja ataupun meninggalkan sahaja pengajian demi merapatkan jurang kasih sayang yang berjauhan? Semak jawapan ini...

1. Kena bertanggungjawab lebih

Memanglah sukar membesarkan anak-anak tanpa kehadiran pasangan. Jika isteri belajar menerima keadaan itu, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Belajar daripada pengala-man dan situasi baru membuatkan para isteri lebih berani dan tabah hadapi setiap cabaran. Janji, sama-sama pegang tanggungjawab!

2. Jaga emosi

Setiap hari asyik terkenang suami yang jauh di perantauan. Makankah suami, lenakah tidurnya, sedang buat apakah suami ketika ini? Bermacam persoalan bermain di ruang minda. Tak payah risau, zaman sekarang dah canggih. Cubalah rapatkan hubungi dengan internet. Kalau anda tenang dan tidak kelam kabut, anak-anak pun tak buat hal.

3. Fokus kepada anak

Tanpa suami para isteri boleh mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri. Didikan ibu lebih terfokus dan anak-anak hanya perlu mendengar satu arahan sahaja. Gunakan waktu itu dengan berkualiti untuk membentuk dan melatih anak-anak mengikut acuan yang digariskan oleh landasan agama.

4. Jangan malu luah perasaan

Kalau sayang pasangan, cubalah ingatkan diri bahawa pasangan sentiasa dekat. Ada peluang berbual, luahkan rasa sayang, rindu dendam, segala kata-kata yang boleh menguatkan emosi dan dalaman anda. Kongsi rasa tentang apa yang anda lakukan dengan anak-anak. Pasti suami akan rasa lebih dihargai dan bahagia walaupun tidak dapat turut serta membesarkan anak-anak bersama anda.

BULET IN BIL. 158/ DISEMBER 2016 Mukasurat 2

BULET IN BIL. 158/ DISEMBER 2016 Mukasurat 3

Bulan Disember paling ditunggu-tunggu terutama buat pelajar-pelajar sekolah. Mana tidaknya, cuti sekolah

yang panjang sudah tentu mahu diisi dengan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga tercinta. Anak-anak

pasti sudah bijak bertanya ke mana destinasi percutian yang akan dikunjungi.

Bila ditanya soalan itu, anda haruslah bijak untuk menjawabnya kerana suda pasti anak-anak ini mahukan per-

cutian yang menyeronokkan bagi mengisi masa cuti sekolah mereka. Bagi ibu bapa yang belum ada apa-apa

rancangan bercuti melainkan pulang ke kampung kerana menghadiri majlis kenduri kahwin dan melawat

keluarga di kampung perlulah menjelaskan kepada mereka dengan baik. Sekiranya tuntutan kerja ibu bapa tid-

ak dapat dielakkan, berbincanglah sebaiknya dan rancanglah percutian anda dimasa cuti sekolah yang akan

datang tetapi jangan sesekali berjanji kerana pasti mereka menuntutnya kelak.

Sekurang-kurangnya bawalah mereka berhibur di taman permainan dan menonton wayang di waktu hujung

minggu atau cuti umum.

Memandangkan perbelanjaan pun sekarang ni semakin meningkat dengan keadaan ekonomi tidak menentu

jadi kawal perbelanjaan anda. Gunalah pendekatan membawa anak-anak bersiar-siar di kawasan berdekatan

tempat tinggal saja atau pergi ke tempat-tempat yang tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Maklumlah

tidak lama lagi sesi persekolahan akan bermula. Sekarang ni musim cuti sekolah dan tidak lama lagi akan ber-

mula lah musim persekolahan baru maka persiapan sekolah amatlah diperlukan.

Berikut tips mengurangkan kos perbelanjaan persekolahan anak yang bakal naik sekolah yang turut menjadi

panduan sewaktu berbelanja.

1. Senarai Pendekan Keperluan Yang Wajib Dibeli

Barangan yang tersenarai dalam keperluan masuk alam persekolahan adalah seperti baju sekolah, beg sekolah,

baju sukan, buku-buku tulis, buku aktiviti dan latihan, kasut sekolah, stoking, tudung, skaf dan juga alat tulis.

Utamakan yang perlu sahaja, manakala barang-barang yang lain boleh dibeli dari semasa ke semasa apabila

diperlukan.

2. Pakaian Sekolah

Jika anak baru menginjak tahun 1 atau tingkatan 1, baju sekolah dan baju sukan memang wajib beli baru. Teta-

pi jika anak kita masuk tahun dua, perhatikan kain/seluar sekolah mereka jika masih elok dan tidak singkat

kita boleh gunakan semula untuk tahun baru persekolahan atau pun hanya perlu sediakan sepasang sahaja.

3. Buku tulis

Buku tulis pula biasanya yang disenaraikan pihak sekolah mungkin untuk kegunaan setahun, kerana terlalu

banyak. Beli dulu mengikut subjeknya dan keperluan, andai tidak mencukupi, beli kemudian hari. Begitu juga

dengan keperluan lain, jika boleh diguna semula, guna semula.

4. Beli Barangan Lebih Awal

Disarankan anda membeli kelengkapan sekolah bermula awal November bagi mengelakkan masalah lain. An-

da juga boleh putuskan keperluan yang boleh dibeli untuk bajet gaji Oktober, November dan Disember. Con-

tohnya anda boleh beli kasut dan beg sekolah gaji bulan Oktober, baju sekolah, stokin, tracksuit gaji bulan

November, dan buku-buku serta alat tulis di beli pada gaji bulan Disember. Jadi tidaklah terlalu terbeban.

Mukasurat 4 BULET IN BIL. 158/ DISEMBER 2016

Menghubungi Rakan Pembimbing Anda

ENCIK AZMI B. IBRAHIM

JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

(JAIM)

azmi_ibrahim@esyariah.gov.my

ENCIK NAZARUDIN BIN ALI

AGENSI PENGUATKUASAAN

MARITIM MALAYSIA (APMM)

nazarudin.mmea@1govuc.gov.my

TUAN HJ RAMLI B. ISMAIL

AGENSI PENGUATKUASAAN

MARITIM MALAYSIA (APMM)

ramli.mmea@1govuc.gov.my

ENCIK SAIDUNKARNAEN B. BAKHORI

BHEPMM

saidunkarnaen@bhepmm.gov.my

PUAN ZAITON BINTI MD BAHROM

BHEPMM

zaiton@bhepmm.gov.my

ENCIK NORHISAM B. MISTAR

BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-

UNDANG (BHEUU)

norhisam.mistar@bheuu.gov.my

PUAN NOR WAHIDA BINTI ABDUL

MUNTAK

BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-

UNDANG (BHEUU)

wahida.muntak@bheuu.gov.my

ENCIK SIDEK BIN AHMAD

BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-

UNDANG (BHEUU)

sidek.ahmad@bheuu.gov.my

PUAN JOHANIZA BINTI JUHARI

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

(Mdi, WPKL)

johaniza.juhari@mdi.gov.my

PUAN HAZLINDA S BINTI MOHD ISA

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

(Mdi, Selangor)

hazlinda.isa@mdi.gov.my

PUAN MASITAH BINTI BASRO

JABATAN BANTUAN GUAMAN (JBG)

masita.basro@jbg.gov.my

ENCIK FARIS B. MAMAT

JABATAN BANTUAN GUAMAN (JBG)

faris.mamat.jbg@1govuc.gov.my

MOHD EZWANI BIN BAHAROM

BIPSM, JABATAN PERDANA MEN-

TERI (JPM)

ezwani@jpm.gov.my

PUAN FATIMAH BINTI MOHAMAD @

YOUSOF

BIPSM, JABATAN PERDANA MEN-

TERI (JPM)

fatimah@jpm.gov.my

PUAN ZARINA BINTI MOHAMED JAB-

ATAN PERDANA MENTERI (JPM)

zarina@jpm.gov.my

ABD WAHAB BIN DUN

Jabatan Peguam Negara (AGC)

abd.wahab@agc.gov.my

PUAN FARIDAH BT KHATIB

Jabatan Peguam Negara (AGC)

faridah.khatib@agc.gov.my

ENCIK AHMAD RIDHWAN BIN MAT

ZAIN

JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC)

ridhwan.mz@agc.gov.my

PUAN CHE NORLIZA BINTI YAHYA

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

cnorly@stats.com.my

PUAN FAIZAH BINTI KASSIM

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

faizah.kassim@stats.gov.my

PUAN ERMA MARLINA BT. HAMSAN

(JAWHAR)

erma@jawhar.gov.my

PUAN MUZAZILA BT. MUSTARI

(JAWHAR)

muzazila@jawhar.gov.my

PUAN NORYATI BT. AHMAD

Mahkamah WPKL

noryatiahmad@kehakiman.gov.my

PUAN RODIAH BT. JAMALUDIN

Mahkamah

rodiah@kehakiman.gov.my

PUAN ROSMAYATI BINTI JUMIN

MAHKAMAH SEREMBAN

rosmayati@kehakiman.gov.my

ENCIK AMARENDRAN A/L RAJA-

RATNAM

BAHAGIAN PENGURUSAN HAR-

TANAH (BPH)

amar@bph.gov.my

PUAN ROZILAWATI BINTI MAMAT @

AZIZ

BAHAGIAN PENGURUSAN HAR-

TANAH (BPH)

rozilawati.bph@1govuc.gov.my

DATIN ANIDA BINTI AHMED

BAHAGIAN PENGURUSAN HAR-

TANAH (BPH)

anida.bph@1govuc.gov.my

ENCIK KALIBASKARAN A/L MUNI-

ANDY

MAMPU

kalibaskaran@mampu.gov.my

PUAN MAZLOMI NURUL AKMAR

BINTI MOHD NOR

MAMPU

mazlomi@mampu.gov.my

PUAN AIDAH BINTI MARUSIN

MAMPU Sabah

aidah@mampu.gov.my

SHALIZA BINTI AHMAD SHAAFFIE

1MOCC, MAMPU

shaliza.as.1mocc@1govuc.gov.my

TUAN HJ KHAIRUDDIN BIN BAKAR

Unit Perancang Ekonomi (EPU)

khairuddin.bakar@epu.gov.my

PUAN NAJAH HAINUNI BINTI HAJI

MAT

Unit Perancang Ekonomi (EPU)

najah@epu.gov.my

ENCIK MOHD AZIMIN BIN CHE WIL

(ICU N.Sembilan)

azimin@nsb.icu.gov.my

PUAN NORWAHIDAH BINTI BA-

HARUDDIN

ICU PUTRAJAYA

norwahidah@icu.gov.my

ENCIK REDZUAN B. RUZALI

Parlimen

redzuan.ruzali@parlimen.gov.my

PUAN DARA ISNITA BINTI MOHD

RUFIN

PARLIMEN

isnita@parlimen.gov.my

PUAN SITI HAJAR BT. SULAIMAN

Majlis Keselamatan Negara (MKN)

hajar@mkn.gov.my

ABDUL HAZAN BIN JAMBANGAN

Majlis Keselamatan Negara (MKN)

hazan@mkn.gov.my

PUAN FAIROJIBANU BINTI ZAINAL

ABIDIN

(JPNIN)

fairojibanu@jpnin.gov.my

PUAN SUHAIRA BT. RAMLI

(JPNIN)

suhaira@jpnin.gov.my

ENCIK MUHAMMAD MARZUKHI BIN

HASHIM

SPRM PUTRAJAYA

marzukhi@sprm.gov.my

HARUSSANI BIN HAMZAH

SPRM PUTRAJAYA

harussani@sprm.gov.my

PUAN FAZLIN BINTI NAIMAN

SPP PUTRAJAYA

fazlin@spp.gov.my

PUAN JAWIAH BINTI HASHIM

CGSO

jawiah.cgso@1govuc.gov.my

PUAN NORHALIZA BINTI ABU BAKAR

Biro Pengaduan Awam

norhaliza@pcb.gov.my

NORHAFIDA BINTI DARUS

ILKAP

norhafida@ilkap.gov.my

Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pengalaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan

Telefon JPM atau hubungi Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi) JPM :-

Badrul Hani Bin Abu Hani Mohammed Kamal Bin Hj. Mohamed Yusoff

(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )

03-8872 3488 03-8872 1906

badrul@jpm.gov.my kamal@jpm.gov.my

Haji Ahmad Azam Bin Hj. Hassan Nurulliza binti Muklas (Pegawai Psikologi Kanan) (Pegawai Psikologi Kanan) 03-8872 5673 03-8872 5697

ahmadazam@jpm.gov.my nurulliza_muklas@jpm.gov.my

KOSONG Suhainiza Binti Saibani (Pen. Peg. Psikologi)

03-8872 3499 03-8872 3496

suhainiza@jpm.gov.my

Nalia Mariana Binti Ab. Rahman (Pen. Peg. Psikologi) Siti Norayu Binti Zakariah (Pembantu Tadbir)

03-8872 1907 03-8872 3498

nalia@jpm.gov.my norayu@jpm.gov.my

BULET IN BIL. 158/ DISEMBER 2016 Mukasurat 5

ENCIK MOHD FAIZAL B. OMAR BAKRI

Pejabat Perdana Menteri

mfaizal@pmo.gov.my

PUAN KAMALA BINTI KAMARUDDIN

Pejabat Perdana Menteri

kamala@pmo.gov.my

PUAN CLARE NELLY UNGAH

Pej. SUP Sabah

clare@supsabah.jpm.my

MARYSIA MEJOR

PSUP SABAH

marysia.supsabah@1govuc.gov.my

PUAN MERIAH BINTI IDRIS

LPKP Sarawak

meriah.lpkpsrwk@1govuc.gov.my

PUAN FARIDAH BT. MOHAMAD

OTHMAN

PSUP SARAWAK

faridah.mohamad@supsrwk.gov.my

PUAN PELANGI BINTI HAJI SIDI

PSUP SARAWAK

pelangi_sidi@supsrwk.gov.my

SURIA BINTI SIDEK

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

suria@bpe.gov.my

CYNTHIA KUEH LEE LING

KG BARU

cynthia@kgbaru.jpm.my

MOHAMMAD HADIL BIN BERAHEM

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

(SPR)

mhadil@spr.gov.my

ZAINALDIN BIN MD NOR

ISTANA NEGARA

zainaldin@istananegara.gov.my

ROHAYA BINTI ABDUL GHAFAR

BTN

rohaya@btn.gov.my

BALAMANI MUTHIAH

BITU

balamani@jpm.gov.my

JASMI BIN SALLEH

ESSCOM

jasmi@jpm.gov.my

HESDEY BIN AHMAD

UKAS

hesdey@ukas.gov.my

PUAN KHATIJAH BINTI JUSOH

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN

AWAM (SPA)

khatijah@spa.gov.my

ENCIK SAHRUN BIN AMZAH

UNIT PPA1M, JPM

sahrun.ppa1m@jpm.gov.my

PUAN NORSIDAH BT. MANSOR

BIRO TATANEGARA SARAWAK

norsidah@btn.gov.my

ENCIK RIKHAN B. AHMAT

(JAWI)

rikhan.ahmat@jawi.gov.my

PUAN SHAREENA IZZATUL BT.

RAHIM

PERMATA

shareena.permata@1govuc.gov.my

PUAN SITI ZALEHA BT. MOHD

FATHILLAH

Unit Kerjasama Awam Swasta

sitizaleha@ukas.gov.my

PUAN NORMAH BT. ZAKARIA

Pej. Pengarah Tanah dan Galian WP

normahz@ptgwp.gov.my

ZAINAB BINTI PUTEH

PERDA

zainab@perda.icu.gov.my

NORASHIDAH BINTI MAT NOH

SERANTA (FELDA)

norashidah@serantajpm.gov.my

PUAN NOOR AINI BINTI BABA

JKSM

nonibaba@esyariah.gov.my

PUAN NOR HALIJAH DOLGANI

JAWI

halijah@jawi.gov.my

PUAN ZALEHA BINTI SHAIK ABDUL

KADIR

KABINET

zaleha@kabinet.gov.my

PUAN ZAIZURINA BINTI MANSOR

ILIM, JAKIM

zaizurina@islam.gov.my

BULET IN BIL. 158/ DISEMBER 2016 Mukasurat 6

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.

Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah

menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita

atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam

kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu

sekali? Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta

kembali kekuatan kita.

Allah timpakan ujian supaya kita bersabar. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Kita selalu tidak redha

dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita

hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita

yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita. Bukankah Allah telah berkata

dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat

betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci

kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak

bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada

hikmahnya.

Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah

sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya

Allah yang mengetahui rahsia kehidupan. Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir

biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan

sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang

sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.

Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping

berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan

syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan

azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar

kita lemah-selemahnya.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang

seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa

menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang

terbaik.

Sumber : Internet.

top related