buletin edisi april 2014
Post on 31-Dec-2016
251 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERTANDINGAN POWER POINT
U nit Hal Ehwal Pelajar telah menyertai Pertandingan Power Point bertajuk
pencegahan dadah dan gaya hidup sihat. Pertandingan ini dianjurkan oleh Institut Pendidikan
Guru di Kampus Pendidikan Teknik pada 31 Mac hingga 1 April 2014. Pelajar yang terlibat ialah
Roslan Bin Hussin, Muhammad Khairuliman Bin Sulaiman Dan Saifullizan Bin Zulkifli yang dipim-
pin oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (KD). Politeknik Nilai telah berjaya memenangi juara kese-
luruhan dalam pertandingan tersebut.
EDISI APRIL 2014
SUNTIKAN HPV
U nit Hal Ehwal Pelajar bekerjasama dengan Pusat Kesihatan Seremban telah mengadakan
program pemberian suntikan HPV kali ketiga pada 2 April 2014. Tujuan program ini di-
adakan bagi membantu Pihak Kesihatan untuk memberi suntikan dos terakhir (kali ketiga)kepada
pelajar perempuan yang perlu mendapat suntikan kali ketiga dan bagi pelajar perempuan yang per-
tama kali mendapat suntikan . Suntikan ini mencegah jangkitan dari virus HPV yang menjadi punca
kanser servik dan sebaik baiknya vaksin ini diberikan ketika mereka berada pada peringkat remaja.
P rogram ini telah mendapat sambutan yang
sangat memuaskan dari pelajar hasil dari
kesedaran dan kepentingan suntikan ini dan secara
tidak lansung program CSR ini dapat menyumbang
kepada pencegahan kanser servik dikalangan pelajar
khususnya dan rakyat Malaysia amnya .
EDISI APRIL 2014
EDISI APRIL 2014
PROGRAM OUTREACH
STUDY@POLY 2014
U nit Hal Ehwal Pelajar Politeknik Nilai me-
wakili Zon 3 telah menyertai Karnival
Pengajian Tinggi yang telah dilaksanakan
dengan jayanya bermula pada 5 – 6 April 2014 di UPM.
Tujuan program ini diadakan untuk mempromosi dan
menerangkan dengan lebih jelas program yang dita-
warkan di Politeknik Nilai khususnya dan di Politeknik
Malaysia amnya..
Pegawai yang terlibat menyertai karnival promosi ini
terdiri daripada Puan Nor Azlinda Bte Md.Atan, Puan
Maw Suai, Puan Nurul Syafiqah Bte Sulaiman, Cik
Norshazila Bte Senawi dan Encik Ikhmal Hisham Bin
Abdul Halim.
EDISI APRIL 2014
KEM JATI DIRI, KEPIMPINAN
DAN PENGURUSAN ORGANISASI
J awatankuasa Perwakilan Pelajar , Pra JPP Politeknik
Nilai dan JPP dari Kolej Komuniti Tampin dan Jempol
seramai 44 orang telah menyertai Kem Jati Diri dan
Kepimpinan pada 28 – 30 April 2014 .
P rogram ini dianjur oleh Unit Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Nilai di Kem Brindley Pasir Panjang Port
Dickson.
T ujuan kem ini diadakan bagi memberi pendedahan
dan memantapkan lagi ciri kepimpinan jati diri
kepada semua pelajar JPP .
EDISI APRIL 2014
PROGRAM CSR
J awatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Nilai telah mengadakan pro-
gram CSR membersihkan kawasan Hutan lipur dan
Pantai Rekreasi Pasir Panjang Port Dickson pada
29 April 2014 . Program ini telah mendapat ker-
jasama dan kelulusan daripada Pejabat Hutan Dae-
rah Negeri Sembilan .
T ujuan CSR ini diadakan adalah sebagai
sumbangan pelajar kepada komuniti
dan pengunjung di kawasan rekreasi tersebut
supaya mereka dapat menikmati tempat riadah
yang selesa dan bersih .
EDISI APRIL 2014
KEJOHANAN POLYCUP 2014
U nit Sukan dan Unit Hal Ehwal Pelajar te-
lah menghantar 2 orang pelajar
Politeknik Nilai untuk mewakili Politeknik Zon Selatan
untuk menyertai perlawanan PolyCup 2014 peringkat
kebangsaan pada 30.4.2014 hingga 4.5.2014. Perla-
wanan tersebut diadakan di Akademik Bola Sepak
Negara Gambang Pahang .
P elajar yang telah menyertai pertand-
ingan tersebut terdiri pada Majlis Per-
wakilan Pelajar iaitu Muhammad Nawal Bin Mo-
hammad Zubir dan Kalai Veeran a/l Pragasam
dari Jabatan Perdagangan. Mereka telah me-
menangi Naib Juara dalam pertandingan terse-
but.
top related